Penulisan Laporan Kempen Penggunaan Bahasa Baku
Penulisan Laporan Kempen Penggunaan Bahasa Baku
Penulisan Laporan Kempen Penggunaan Bahasa Baku
Pada 15 hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen
Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah
Besut , Encik Ahmad Harif.
Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan
murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar
mendalami bahasa kebangsaan.
Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tahun 4,
5 dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan. Manakala bagi
murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan bercerita.
Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah
berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah berupa wang
tunai dan sijil penghargaan.
Disediakan oleh,
Osman
26 Februari 1997.