Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni Dalam Pendidikan
Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni Dalam Pendidikan
Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni Dalam Pendidikan
Teori kecerdasan pelbagai memainkan peranan yang sangat penting sebagai asas bagi
penerapan Seni dalam Pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Penekanan yang khusus diberikan untuk mengenalpasti aspek-aspek dalam
teori kecerdasan pelbagai.
Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and
understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat
termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, serta kelompok penduduk yang
mempunyai kriteria yang istimewa (special population).
Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang
berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri
mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja.
Teori Kecerdasan Pelbagai berkembang mengikut konteks penggunaannya.
Setiap manusia mempunyai 8 kecerdasan yang mempunyai aspek dan kualitinya yang
tersendiri. Kecerdasan setiap individu ialah dilihat pada kebolehan menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan mengenal dan mencipta
masalah, membentuk keperluan terhadap pengetahuan baru, kebolehan mencipta
sesuatu hasil atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.
Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta
mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda
Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi teori kecerdasan
pelbagai Howard Gardner sebagai;
Kecerdasan Visual-Ruang
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi
tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak
dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang.
Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual
dan ruang secara grafik.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan
anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu
juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal
dengan mental.
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan,
muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas
atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik.
Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah
rentak dan tempo dengan mudah.
Kecerdasan Intrapersonal
.Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan
tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri
yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan
serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatanmurung dan mengelamun tetapi
sentiasa berwaspada dan berwawasan.
Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,
tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
Kecerdasan Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna
dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar
bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam
sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.