Pengenalan Fabrik Hbls3303
Pengenalan Fabrik Hbls3303
Pengenalan Fabrik Hbls3303
Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah menggunakan sumber semula jadi
sebagai bahan asas untuk membuat pakaian bagi melindungi tubuh mereka. Kini, dengan
kemajuan sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu
daripada sumber aslidan bahan kimia untuk pakaian dan artikel lain. Kajian fabrik meliputi
klasifikasi gentian, kegunaan, dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita
untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga.
Fabrik ialah singkatan daripada perkataan textile fabrik. Lazimnya orang
akanmenggelarkan fabrik sebagai tekstil. Tetapi tekstil dan fabrik adalah dua benda yang berbeza
namun ianya saling berkait. Perkataan tekstil sebenarnya sering disalahanggap dan hanya terhad
kepada kain, benang dan jahitan sahaja. Tekstil berasal daripada perkataan Latin texera yang
membawa maksud untuk menenun . Tekstil adalah material fleksibel yang diperbuat daripada
tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, atau dan cara
pressing. Istilah tekstil dalam penggunaannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah 'kain'
(fabrik). Namun ada sedikit perbezaan antara dua istilah ini, tekstil dapat digunakan untuk
menyebut bahan apapun yang terbuat daripada tenunan benang, sedangkan 'kain'(fabrik)
merupakan hasil jadinya.
PEMBINAAN FABRIK
Pembinaan fabrik terdiri daripada gentian yang dijadikan yan dan yan seterusnya dijalin untuk
dijadikan fabrik. Yan yang terdiri daripada gentian atau
membentuk satu lembar panjang yang kukuh dan tidak mudah berjerumbai. Terdapat dua jenis
yan yang asas iaitu :
1. Yarn filamen
ialah yan yang panjang dan perbuat daripada sutera atau gentian buatan. Yarn filament adalah
licin, halus, dan melungsur.
2. Yarn staple
ialah yan span dan dibuat dengan memintal beberapa gentian staple yang pendek seperti kapas
atau bulu biri-biri. Filamen gentian buatan juga boleh dipotong pendek dan dijadikan yan staple.
Yan staple adalah tebal, berbulu, gebu, dan merangkap lebih banyak udara
FABRIK TENUN