Camera CCTV
Camera CCTV
Camera CCTV
DVR 4-Channel
3) Monitor
Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakam oleh kamera secara langsung. Paparan
imej pada monitor bergantung kepada bilangan port yang digunakan pada DVR. Monitor komputer
adalah yang paling popular digunakan kerana harganya yang murah dan mudah dipasang.
Contoh penyambungan dalam sistem pemasangan CCTV adalah seperti gambarajah di bawah.
Dome Camera
Sesuai dengan namanya - Dome Camera - kamera ini berbentuk seperti kubah. Reka bentuknya
yang simple menjadikannya jenis kamera yang paling popular dan sering digunakan dalam
pemasangan CCTV, kerana kamera ini sangat mudah untuk dipasang.
Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan dome, membuatkan kita
tidak dapat mengetahui arah mana yang sedang di fokuskan oleh kamera tersebut.
Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk pemasangan di dalam ruang (indoor), baik di dalam rumah
atau pun di ruang pejabat.
2. Standard Box Camera
Berbentuk seperti kotak, kamera ini sering digunakan untuk pemasangan baik indoor mahupun
outdoor.
Jenis kamera ini boleh juga digunakan untuk keperluan surveillance jarak jauh.
Apabila pemasangan di outdoor dengan posisi yang boleh di capai oleh tangan, sebaiknya di
tambahkan sebuah pelindung, supaya dapat mencegah kerosakan terhadap kamera tersebut.
3.
Vandal proof camera bermaksud kamera tersebut anti kerosakan. Ia diperbuat dari bahan yang di
reka khusus untuk melindungi kamera dari sebarang kesan kerosakan yang melampau.
4.
Waterproof Camera
Kamera ini biasanya untuk pemasangan outdoor. Berbentuk bullet camera kamera yang
mempunyai reka bentuknya seperti peluru.
Reka bentuk pelindung luarannya direka khusus agar dapat menahan air hujan, debu, dan suhu yang
melampau.
5.
Tingkat pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya pemasangan kamera yang
menggunakan Infra Red. Semakin banyak titik infra red di dalam kamera, maka akan semakin jelas
kecerahan gambar yang dirakam oleh kamera.
6.
PTZ Camera/Speed Dome Camera adalah kamera serba lengkap yang memiliki lensa zoom hingga
puluhan kali dan mekanisme 'pan tilt' berupa motorservo yang mempunyai pergerakan yang halus.
Pergerakan fokus kamera ini tidak dapat dikesan oleh individu.
7.
IP Camera
Kamera yang mengirimkan 'discrete streaming video' melalui kabel UTP. Umumnya ia dilengkapi
dengan IP Address. Dengan adanya IP Camera, kita dapat maklumat secara langsung dan boleh
mengakses hasil rakaman melalui jaringan LAN/WAN tanpa harus menggunakan tambahan
converter.
8.
Sesuai dengan namanya, kamera ini merupakan kamera CCTV yang dimaksudkan untuk
penggunaan yang tersembunyi di mana ia tidak dapat dikesan oleh individu tertentu . Bentuknya
bermacam-macam, ada yang seperti smoke detector, jam dinding, lampu, bahkan pemancut air.
KAEDAH PEMASANGAN CCTV
Pelajar terlebih dahulu mengenal pasti tentang peralatan yang diperlukan dalam pemasangan CCTV.
Spesifikasi bagi system CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah
mencakupi seperti berikut :
i.
1 unit DVR (4-channel / 1 BNC output / 1 VGA output / 1 network port
ii.
Hard Disk (80Gb)
iii.
4 biji kamera CCTV
iv. Monitor boleh guna monitor komputer
Dalam projek amali ini, kabel CCTV yang digunakan adalah jenis coaxial cable RG59/6 series. Ini
merupakan kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR.
Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel
video pada DVR dan kamera jenis Dome.
Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan palam
3-pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.
4. Proses Menarik Kabel (Lay-out cabel)
Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik masuk untuk menarik kabel
RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada
ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia nampak lebih kemas dan
tersusun
DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu kabel untuk
bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi
kamera tersebut.
5. Penempatan Monitor dan DVR
Monitor dan DVR adalah peralatan yang melengkapi sistem CCTV anda. Tentukan tempat dimana monitor
dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan bagi memudahkan proses setting (biasanya pengguna akan
merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR). Untuk keselamatan ada baiknya
set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh
merosakkan atau mengambil set DVR.
Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR, maka
berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan
monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di bangunan
pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses 'setting'
DVR
merujuk
kepada
manual
yang
disertakan
dapat
dilakukan.
Sambungan kabel kamera, monitor dan mouse untuk proses 'setting' DVR
Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor memaparkan imej yang telah dirakam
oleh kamera CCTV