Ketidaksamaan Sosial Di Malaysia
Ketidaksamaan Sosial Di Malaysia
Ketidaksamaan Sosial Di Malaysia
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan
JKA219 Ketidaksamaan Sosial. Kursus dibawah bimbingan Puan Soijah Binti Likin yang
telah banyak memberi kami pendedahan tentang konsep Ketidaksamaan Sosial yang berlaku
dalam masyarakat kita pada hari ini. Di dalam tugasan ini kami telah membincangkan faktor faktor yang menyebabkan Ketidaksamaan Sosial di Malaysia. Secara dasarnya
Ketidaksamaan Sosial merupakan perbezaan yang wujud dalam setiap masyarakat sama ada
masyarakat tradisional, masyarakat membangun atau masyarakat maju. Ketidaksamaan Sosial
ini berlaku di dalam setiap bangsa dan agama. Ketidaksamaan Sosial boleh wujud dalam
pelbagai jenis dan bentuk. Sebagai contoh perbezaan di antara orang kaya dan orang miskin,
perbezaan antara golongan yang dihormati dan dipandang rendah, perbezaan jantina dan
perbezaan antara ras dan etnik. Fenomena Ketidaksamaan Sosial yang pelbagai ini melahirkan
pelbagai konsep, teori juga kepercayaan di dalam kalangan masyarakat itu sendiri.
Ketidaksamaan Sosial dalam kalangan masyarakat boleh mempengaruhi urusan urusan kehidupan manusia sama ada di dalam organisasi kekeluargaan mahupun dalam urusan
politik, pentadbiran dan ekonomi masyarakat masa kini. Perbezaan yang wujud ini adalah
bersifat sejagat kepada semua manusia. Ini bermakna pembentukan dalam ketidaksamaan
sosial adalah satu proses asas dalam setiap kebudayaan masyarakat. Sebagaimana Beteille
(1997:11) menegaskan: each society has its culture.. of which evaluation is an inherent
feature, and this provides a universal source of inequality. Petikan tersebut menegaskan
tentang proses penilaian yang dibuat terhadap kepentingan seseorang individu atau kumpulan
sosial berdasarkan kepada sumber - sumber berharga yang dimiliki oleh mereka. Sumber
berharga yang dimaksudkan adalah kuasa, kehormatan atau martabat yang berbeza pada
setiap masyarakat. Perbincangan secara lanjut tentang Ketidaksamaan Sosial akan dijelaskan
mengikut Diferensiasi Sosial iaitu bentuk ketidaksamaan sosial yang berlaku di Malaysia.
2.0
Isu perkauman pula sememangnya tidak dapat dielakkan bilamana terdapat kumpulan
- kumpulan masyarakat yang cuba mempertahankan kumpulan masing - masing dan menindas
kaum lain. Sikap ini jika dibiarkan akan mengganggu perkembangan ekonomi, politik dan
keamanan negara. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai kumpulan yang mempunyai sifat
prasangka dan prejudis yang mana boleh membawa kepada rasisme. Prasangka adalah satu
pandangan buruk terhadap individu dan kelompok lain dengan hanya menunjuk kepada ciri ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan atau jantina. Manakala rasisme merupakan satu
masalah yang dihadapi oleh seluruh masyarakat dunia. Kesan rasisme boleh membawa
kepada penindasan golongan minoriti yang disisihkan. Golongan ini akan tersisih dari aspek
penempatan perumahan, persekolahan, pekerjaan dan pelbagai lagi aspek lain yang
seharusnya dapat dinikmati bersama kumpulan masyarakat lain.
Di kalangan masyarakat berbilang etnik di Asia khususnya di Malaysia, orang - orang
imigran Asia seperti masyarakat Cina didapati lebih mendominasi bidang ekonomi
berbanding golongan peribumi. Mereka menjalankan perniagaan yang mana mendatangkan
keuntungan lebih tinggi dari golongan peribumi. Manakala bidang politik pula sebaliknya.
Bidang politik Malaysia banyak didominasi oleh golongan peribumi. Kuasa politik
majoritinya dipegang oleh golongan peribumi dan golongan lain sebagai pemegang minoriti
sahaja. Pendominasian di dalam sektor - sektor tersebut membawa kepada Ketidaksamaan
Sosial dalam faktor etnik dan ras pada masyarakat. Bagi mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat berbilang kaum dan agama, individu itu sendiri perlu memahami konsep asas
kepada cara hidup berkelompok dan mengamalkan sikap bertolak ansur sesama individu lain.
Hubungan Kaum dan etnik adalah penting kepada mana-mana perbincangan
diskriminasi dan ketidaksamaan di Malaysia. Hubungan kaum dan etnik telah lama
memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi, masyarakat dan budaya. Negara
kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13
Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik
ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pendidikan,
dan peluang pekerjaan di samping perumahan dan sebagainya.
Terdapat beberapa faktor penting seperti bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik
yang menjadi penyebab kepada tercetusnya konflik antara kaum. Apabila kepercayaan dan
tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan
kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara. Kesan penjajahan
merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia. Walaupun Malaysia telah
mencapai kemerdekaannya selama 59 tahun, tetapi kesan penjajahan British masih segar di
minda setiap rakyat. Dasar pemerintahan British bercorak pecah dan perintah telah
mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu, Cina dan
India.
Berdasarkan situasi Malaysia yang mempunyai komposisi pelbagai kaum perbezaan
etnik dan ras begitu ketara, Tidak dapat dinafikan wujud konflik ketidaksamaan sosial
diantara masyarakat pelbagai kaum. Namun konfik tersebut masih mampu ditangani dengan
peranan dan usaha kerajaan dalam mengurangkan jurang antara kaum dari aspek sosio,
ekonomi, politik dan sebagainya untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Dari
sudut peluang-peluang pendidikan, pekerjaan kerajaan memberi kesamarataan kepada semua
kaum untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik.
3.0
Faktor Ketidaksamaan Sosial Berdasarkan Kebudayaan Dan Adat Resam
Masyarakat.
Menurut Edward Burnett Tylor (1871) Kebudayaan adalah kompleks yang mencakupi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat istiadat, kemahirankemahiran serta kebiasaan-kebiasaan yang didapatkan oleh manusia sebagai ahli masyarakat.
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup masyarakat. Manakala E.B.Taylor
mentakrifkan kebudayaan sebagai keseluruhan yang meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni
lukis, moral, undang-undang, adat dan segala kebolehan dan tabiat lain yang diperolehi oleh
manusia sebagai ahli masyarakat. Berdasarkan takrifan tersebut kita boleh bandingkan ciri-ciri
ketidaksaaman sosial berdasarkan kaum yang terdapat di Malaysia.
3.1 Kaum Melayu
Kaum Melayu melangsungkan perkahwinan bermula dengan pihak lelaki merisik
pihak perempuan dan seterusnya akan melangsungkan pertunangan selama beberapa tempoh
yang ditetapkan sehinggalah perkahwinan berlansung. Dari segi budaya makanan melayu
ialah nasi lemak, gulai lemak cili api, keropok lekor, nasi dagang, nasi kerabu dan gulai
nangka. Dari segi pakaian kaum melayu mengenakan baju kurung, kebaya, kurung kedah bagi
orang perempuan manakala kaum lelaki baju melayu.
Dari segi perayaan pula kaum melayu akan melalui sebulan berpuasa pada bulan
ramadhan, selepas berpuasa barulah perayaan aidilfitri berlangsung pada bulan syawal.
Perayaan kedua yang diraikan kaum melayu adalah raya aidiladha (Hari raya korban).
Manakala dari segi alat muzik kaum melayu menggunakan kompang, rebana, sape, canang,
gedombak dan juga gambus.
Sewaktu mengandung kaum melayu akan adakan adat melenggang perut yang juga
dikenali sebagai Kirim Perut oleh masyarakat melayu dibahagian utara Semenanjung
Malaysia dan disesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini akan dilakukan
kepada wanita yang mengandung anak sulung dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia
dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin
menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi didalam
perut.
Sewaktu bersalin, persediaan akan dilakukan oleh keluarga berkenaan. Mengikut
kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya
tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil
bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di
bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita
yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Sesudah bersalin, bayi
akan diazankan serta diiqamahkan. Bagi bayi lelaki akan diazankan di kedua belah telinganya
manakala bayi perempuan akan diiqamatkan. Biasanya bapa atau datuk bayi tersebut yang
akan menjalankan tanggungjawab ini.
Selepas kelahiran bagi kaum melayu, tanggal pusat/ cuci lantai akan diadakan. Pada
sestengah tempat, ia juga dipanggil sebagai adat naik buai kerana selagi bayi itu belum
tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelokeloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Bagi kaum melayu akan diadakan upacara
sunat/ khatan bagi budak lelaki dan perempuan. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya
dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini
sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi
kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika
umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok
Mudim.
3.2 Kaum India
Bagi kaum India pula budaya dan adat resamnya berbeza dengan kaum melayu. Adat
budaya perkahwinan orang india ialah merisik dengan menekankan aspek iaitu agama, kasta,
sub-etnik dan etnik. Biasanya mereka akan mengumpul maklumat tentang pasangan daripada
kawan-kawan dan saudara mara ataupun orang tengah. Kemudian mereka akan membuat
kunjungan (Pen Paarttal) melihat bakal isteri. Kedatangan dengan membawa buah tangan
tertentu.
Pengantin perempuan akan melayani semua tetamu termasuk bakal suaminya.
Kunjungan balas akan dilakukan dari pihak perempuan. Seterusnya mereka akan ikat janji
setelah capai persetujuan dengan perbincangan bapa-bapa. Bakal pengantin lelaki akan lafaz
ikat dengan menukarkan sirih pinang (Taambuulan Marrutal). Setelah itu, merekan
menjalankan parisam iaitu pertunangan dengan diberi hantaran dari pihak lelaki yang
berjumlah ganjil. Kemudian bapa akan menyerah dulang kepada anak yang berupa sari tanda
beri restu. Kalungan bunga disarungkan oleh saudara mara kepada kedua pengantin. TIga hari
sebelum perkahwinan, thaali (rantai perempuan) akan diambil dan diletakkan di tempat
sembahyang atas suruhan pembuat thaali.
Makanan tradisi india ialah, Roti canai, roti naan, kari, tosai, tandoori, idli, vadai, putu
mayam, dan maruku. Manakala dari segi pakaian, perempuan akan memakai sari, punjabi, dan
lelaki pula akan memakai dhoti dan kurta. Proses kelahiran kaum india, semasa mengandung
adat valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung menjangkau usia tujuh
hingga Sembilan bulan. Ibu mengandung akan dipakaikan gelang tangan baru iaitu suulkappu
(suul-kandungan ibu dan kappu dikenali sebagai ciir akan diatr dalam dulang.
Waktu kelahiran dicatat dengan tepat bagi menetukan bintang bayi mengikut almanak
Hindu dan juga menentukan mental, fizikal, dan rohani bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan
sejenis madu dan minyak sapi disapu dibahagian telinga dan pada lidah sewaktu tali pusat
dipotong. Sedikit minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu akan disapu ke mulut
bayi. Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan
rumah bersama duit tembaga.
Bagi upacara kematian kaum ini, ahli keluarga akan mendapatkan surat permit/
kebenaran bagi melangsungkan upacara pembakaran mayat. Mereka akan menghubungi
syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian. Anak lelaki atau
saudara lelaki terdekat dengan si mati akan melangsungkan adat (persediaan sebelum
upacara). Si mati akan diletakkan di ruang tamu (kepala mengadap selatan). Manakala ibu jari
kedua-dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan di atas dada dengan ibu jari
kedua-dua tangan diikat bersama. Kain akan ditutup sampai ke paras leher : warna putihlelaki/janda, jingga kuning atau merah pada wanita berkahwin/ bujang. Setelah selesai
dipakaikan kain si mati akan dimandikan serta disapu minyak dan serbuk seeka di dahi.
Selepas mandi akan dipakaikan pakaian kegemaran/ pakaian kahwin. Seterusnya akan
dimasukkan kedalam keranda dan diletakkan di anjung rumah buat penghormatan terakhir.
Keranda akan diarak keluar (ahli keluarga lelaki) ke tempat upacara pembakaran dijalankan.
Simati akan dibakar oleh anak lelaki atau waris terdekat.
3.3 Kaum Cina
Masayarakat Cina mempunyai adat resam dan pantang larang yang unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan
mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai
peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum
tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi
adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
Perayaan bangsa Cina ialah perayaan Ching Ming yang merupakan hari bagi
masayarakat cina berziarah ke makam orang tua dan leluhur, bersihkan makam dan juga
melakukan ritual sembahyang bagi para leluhur. Kegiatan ini dilakukan sepuluh hari sebelum
dan sesudah hari Cheng Beng. Hari Ching Ming biasanya jatuh pada tanggal 4,5 atau 6 April
dan dirayakan dalam 10 hari sebelum dan 10 hari selepas hari Ching Ming. In bermakna kaum
Cina ada 20 hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi kehormatan dan
peringatan kepada nenek moyang , ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang telah mennggal
dunia. Ching Ming bermaksud bersih dan cerah dalam bahasa Cina.
Adat resam dan cara perayaan kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan
Buddha, mempunyai kepercayaan bahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab
menjaga makan minum ahli keluarga yang telah mati. Ini sebagai tanda sayang kepada yang
mati dan bukan kepercayaan hantu. Majoritinya telah menyembah kubur ini adalah dengan
niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati. Pembakaran bahan-bahan
kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka pada nenek moyang kerana mereka
percaya bahawa roh roh akan hidup macam mereka juga. Oleh itu, bahan-bahan keperluan
dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh nenek moyang. Kertas perak
merupakan duit bagi leluhur.
Perayaan hantu lapar atau Hungry Ghost Festival turut wujud di Malaysia. Kaum Cina
yang beragama Taoist akan mengingati Perayaan Hantu Lapar pada bulan tujuh, mengikut
kalendar Cina. Biasanya mereka akan merayakan Perayaan Hantu Lapar selama lima belas
hari, iaitu bermula dari malam hingga bulan mengambang. Siapakah hantu-hantu itu?
Biasanya, mereka roh-roh yang mati tanpa keluarga . Jadi, mereka kebiasaanya merayaurayau di merata tempat. Oleh sebab mereka tiada keluarga, tidak ada yang akan sembahyang
kepada mereka. Orang Budist pula tidak percaya ini akan menghulur makanan dan wangwang kertas kepada roh-roh ini. Jika dilihat, ditempat sembahyang biasanya ada satu raksasa
bermuka hitam dan lidah panjang. Dia adalaah merupakan ketua yang menjaga pintu neraka.
Sesetengah hantu atau roh dalah dulu manusia yang berdosa dan telah masuk neraka atas
perbuatan mereka.
Perkahwinan kaum Cina, secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan.
Pada asalnya budaya cina membenarkan percintaan dengan monogami merupakan norma
masyarakat Cina. Perkahwinan dalam konteks konfusianisme merupakan satu peristiwa yang
amat penting kepada kedua belah keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan
Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkhwinan diantara dua orang dengan nama keluarga
yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganut agama konfuniasisme.
Perkahwinan akan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang berlainan dan
teruskan jurai keturunan bapanya.
Secara kesimpulannya di Malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan
India. Disebabkan itulah berlakunya ketidaksamaan sosial kerana mempunyai adat resam dan
budaya yang berbeza. Walaupun mempunyai adat resam dan budaya yang berbeza, kaum
Melayu, Cina dan India tetap hidup aman dan damai di negara Malaysia. Ketidaksamaan
Sosial adalah sifat umum dalam setiap masyarakat manusia. Ketidaksamaan di antara
kumpulan sosial wujud dalam pelbagai bentuk. Pembahagian ketidaksamaan, seperti orang
kaya dan orang miskin, yang berkuasa dari tidak berkuasa, diantara yang dihormat dan
dipandang rendah, antara jantina, ras dan etnik, wilayah atau negara adalah fenomena
ketidaksamaan sosial yang sangat ketara dalam masyarakat hari ini.
4.0
5.0
Malaysia merupakan sebuah Negara yang lahir daripada kelompok masyarakat yang
berbilang etnik seperti Melayu, Cina, India, kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli yang menjadi kaum minority. Oleh yang demikian, tidak dinafikan
akan terdapatnya perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya. Sekiranya dilihat daripada sudut
taraf sosial, pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya itu merangkumi skop yang lebih luas,
bukan sahaja dilihat dari segi ras, etnik dan adat budaya. Menurut Slavian (1997),
kepelbagaian intelekual murid terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif,
etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.
5.1 Faktor Taraf Sosial di Malaysia.
Merujuk kaum Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina
adalah sebahagian daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web
Wikipedia, Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus
daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya,
bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi
masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India. Secara geografinya, etnik Cina
kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-bandar besar di Malaysia
termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini terbiasa daripada dasar
penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan pecah dan perintah.
Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding
kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta
etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isu
pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolahsekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebih lengkap
berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di kawasan bandar
tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang rata-rata diduduki
oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh
sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan
mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk
menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan
sebagainya.
Etnik Cina mempunyai kelebihan kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi
masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan yang
lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat
menghantar anak-anak ke sekolah. Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009,
etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata
kerana inginkan pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura
dengan berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara.
Ini menggambarkan mereka mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula
dengan faktor kewangan yang baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti
Melayu dan India rata-rata kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia
maklum, pecahan pendapatan kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik
Cina.
10
6.0
Menurut Unger & Crawford (1992) jantina merupakan perbezaan antara perempuan
dan lelaki yang secara sosial bukan berdasarkan perbezaan biologi. Hal yang hampir sama
dikemukakan Moser (1993) jantina adalah peranan sosial yang terbentuk dalam masyarakat.
Perbezaan peranan jantina ini terbentuk oleh faktor-faktor ideologi, sejarah, etnik, ekonomi
dan kebudayaan. Jantina adalah perbezaan perilaku antara lelaki dan perempuan bukan secara
biologi, melainkan terbentuk melalui proses sosial dan budaya. Jantina boleh berubah
sementara jantina biologi tidak berubah (Grewal & Kaplan, 2002). Sementara itu menurut
Mosse (1996) berpendapat jantina merupakan satu set peranan yang diberikan kepada
perempuan dan laki-laki, bukan secara biologi dan peranan ini dapat berubah sesuai dengan
budaya, kelas sosial, usia dan latar belakang etnik. Gender menentukan berbagai pengalaman
hidup, yang boleh menentukan akses terhadap pendidikan, kerja, alat-alat dan sumber daya.
Manakala umur dikategorikan kepada dua kelompok iaitu umur kronologi dan
umur biologi. Umur kronologi ditentukan berdasarkan pengiraan kalendar, berdasarkan tahun
kelahiran. Sedangkan usia biologi adalah usia yang dilihat dari jaringan tubuh seseorang dan
bergantung pada faktor pemakanan dan persekitaran sehingga umur biologi ini boleh
dipengaruhi oleh pelbagai situasi semasa ( Lestiani, 2010 ) .
6.1 Ketidaksamaan Jantina Di Malaysia.
Ketidaksamaan gender bermaksud perbezaan di antara kaum lelaki dan perempuan
berdasarkan jantina. Ketidaksamaan ini lebih berfokus kepada kaum wanita, di mana kaum
wanita dibezakan dengan kaum lelaki terutamanya dalam bidang pendidikan, peluang
pekerjaan dan hak-hak dalam keluarga sehingga membawa kepada gerakan-gerakan
feminisme. Terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya ketidaksamaan gender
sehingga memberi kesan kepada kaum wanita. Antara faktor-faktor berlakunya
ketidaksamaan gender adalah disebabkan oleh adat dan budaya yang diamalkan oleh sesebuah
masyarakat. Sejak azali lagi kaum wanita sentiasa dipandang rendah. Wanita sentiasa
dipinggirkan hak-hak dalam masyarakat. Selain itu, sifat semula jadi wanita juga adalah
faktor ketidaksamaan gender. Wanita sering dikaitkan dengan sifat fizikal yang lemah dan
sopan-santun.
Hal ini menyebabkan wanita sering ditindas oleh kaum lelaki. Sebagai contoh,
berlakunya kes-kes kahwin paksa di mana seorang bapa yang berkuasa dalam keluarga dan
tidak memberi peluang kepada anak perempuan dalam membuat keputusan. Kesan
ketidaksamaan gender boleh dilihat dari segi pendidikan kaum wanita. Ibu bapa memberi
layanan yang berbeza terhadap anak lelaki dan anak perempuan. Anak lelaki dihantar ke
sekolah manakala anak perempuan berada di rumah menjalankan kerja-kerja rumah. Hal ini
menyebabkan wanita kurang mendapat pendidikan berbanding lelaki. Selain itu, antara kesan
lain ialah berlakunya penderaan fizikal dan mental ke atas wanita. Sifat wanita yang lemah
menyebabkan lelaki lebih suka wanita berada di bawah penguasaannya. Kaum lelaki sering
bertindak sesuka hati dan menjadikan wanita sebagai tempat melepaskan geram. Sebagai
contoh wanita sering menjadi mangsa rogol, penderaan seksual dan sebagai tempat
melepaskan nafsu semata-mata. Sebagai kesimpulannya, ketidaksamaan gender perlu
dihapuskan bagi memelihara hak-hak antara kaum lelaki dan wanita. Pihak kerajaan dan
badan-badan NGO berperanan dalam menghapuskan penindasan ke atas kaum wanita.
11
12
kanak-kanak tidak diiktiraf pada zaman pertengahan di Eropah. Ini bermaksud dalam setiap
masyarakat, tahap-tahap umur dalam proses pengetuaan biologi individu adalah sesuatu yang
diiktiraf secara sosial. Menurut pengertian budaya yang menentukan peringkat-peringkat
umur juga telah mempengaruhi hubungan kuasa, kekayaan dan status di kalangan anggota
masyarakat.
Dalam masyarakat industri moden, banyak daripada kuasa, staus dan kekayaan
golongan tua telah beralih tangan kepada golongan peringkat umur pertengahan. Golongan
muda dianggap lebih produktif dan berkebolehan. Ini disebabkan golongan muda memiliki
taraf pendidikan, pengetahuan, kemahiran, sikap dan pemikiran baru yang lebih sesuai dengan
perkembangan dan perubahan dalam masyarakat. Menurut Cohn (1982), penekanan kepada
produktiviti dalam masyarakat industri telah mengakibatkan golongan tua menjalankan
pekerjaan yang tidak produktif. Mereka mungkin hanya terlibat dalam pekerjaan tradisional
yang tidak diminati atau tiada status oleh golongan muda.
13
7.0
Seperti yang kita sedia maklum, jumlah penduduk Malaysia adalah sebanyak 28.3 juta
yang terdiri daripada berbagai bangsa dan kaum. Laporan Bancian Penduduk dan Perumahan
2010 memberikan maklumat statistik daripada bilangan penduduk Malaysia ini, ianya
dibahagikan kepada pecahan etnik penduduk Malaysia iaitu Melayu sebanyak 46.8 peratus,
Cina 34.1 peratus, India 9.0 peratus, Orang Asli 8.7 peratus dan lain-lain 1.4 peratus. 1
Daripada pecahan itu pula, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan
agama Islam, 19 peratus agama Buddha, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hinduisme dan 3
peratus Konfusianisme, Taoisme dan agama tradisional Cina lain. Ini menunjukkan
ketidaksamaan dari segi konteks beragama yang begitu ketara dalam negara Malaysia.
Hak untuk kesaksamaan memerlukan setiap ahli dalam kumpulan agama dan
kepercayaan termasuk mereka yang tidak menganut mana-mana agama dapat mengambil
bahagian dalam mana-mana bidang seperti kehidupan, ekonomi, sosial, politik, budaya dan
sebagainya. Adalah dapat diperhatikan di dalam konteks agama ini, agama-agama utama di
Malaysia ialah Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Sudah terbukti terdapat hubungan yang
sangat rapat antara kaum-kaum dan agama-agama di Malaysia kerana negara kita merayakan
setiap perayaan agama masing-masing dengan tiada diskriminasi sesama agama malah
disambut dengan aman dan harmoni. Dalam konteks ketidaksamaan agama ini juga, tiada
statistik ditemui yang telah memisahkan antara kaum dalam ketidaksamaan agama ini dengan
pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan lain-lain.
Oleh dengan itu, adalah tidak wajar untuk membuat kesimpulan yang tepat berkaitan
dengan kesan ketidaksamaan agama seseorang individu di dalam negara ini menjejaskan
kepada keupayaan mereka untuk mengambil bahagian yang sama rata dalam semua aspek.
Walau bagaimanapun, melalui penyelidikan telah dapat mengenal pasti terdapat juga pola
diskriminasi kepada seseorang individu seperti contoh, mengamalkan agama yang bebas dan
menukar agama yang lain. Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah
dengan bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana
tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tertakluk
kepada Fasal (4),2 mengembangkan agamanya.3 Daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa
umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan
ajaran agamanya masing-masing dengan tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh
melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat
Islam.
Ketidaksamaan atas dasar agama dan kepercayaan di Malaysia memberi kesan kepada
semua penganut kumpulan agama, termasuk masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama
Islam dan komuniti penganut minoriti agama yang lain seperti agama Hindu dan agama
Kristian. Walau bagaimanapun, telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara
3. Agama bagi Persekutuan.
14
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang
diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu,
segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama
Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara
yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau
upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya
sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong
kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam
Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat
peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan
suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang
berhubungan dengan agama Islam. 4 Ini bermaksud secara terang-terangan, Perlembagaan
Malaysia telah meletakkan agama Islam sebagai sebuah agama yang mempunyai kedudukan
yang istimewa berbanding dengan agama-agama yang lain dan ini sedikit sebanyak
menunjukkan ketidaksamaan dari segi keistimewaan agama-agama di dalam negara ini.
Walau bagaimanapun, soal kebebasan beragama tidak seharusnya diperbalahkan
kerana masyarakat majmuk di Malaysia tidak pernah mengalami sebarang bentuk penindasan
sama ada dari sudut perkauman mahupun keagamaan. Kedudukan agama Islam dan agamaagama lain telah diperjelaskan melalui Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 3(1) yang
memperuntukkan bahawa Islam sebagai agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. 5 Hak
kebebasan beragama seperti mana yang diperuntukkan di dalam Artikel 11 Perlembagaan
telah sekian lama menjadi nadi perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Malah
pengekalan dan pembinaan rumah-rumah ibadat merupakan bukti bahawa hubungan antara
masyarakat majmuk di Malaysia tetap terpelihara. 6 Keadaan ini seharusnya perlu dihargai,
dipelihara dan dipertahankan bagi memastikan kelangsungan budaya toleransi dapat dihayati
oleh generasi baru walaupun terdapat ketidaksamaan dari segi beragama di dalam Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan, Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan, Perkara
3: Agama Bagi Persekutuan (1-5)
5
Salleh Mohd. Yusof (2004), Islam Hadhari: Perjuangan Menjadikan
Malaysia Sebuah Negara Islam Maju, Progresif dan Moderat. Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Khas
Kementerian Penerangan Malaysia, h. 7-10.
6
Antaranya seperti Buddha; Statute of the Buddha di Sarawak dan Burmese, Buddha Temple di Georgetown,
Kristian; Catholic Church Jalan Templer di Petaling Jaya dan St. Peters Church (gereja tertua di Malaysia yang
dibina oleh Belanda pada 1710) di Melaka, Hindu; Arulmigu Mahamariaman Temple Lebuh Queen Street di
Georgetown dan Sri Sithi Vinayagar Temple Jalan Templer di Petaling Jaya. Lihat Ahmad F. Yousif (1998),
op.cit., h. 79-129.
15
Sehubungan dengan ketaksamaan agama ini, kerajaan terus mengekalkan dua sistem
perundangan, di mana mahkamah syariah mempunyai kuasa ke atas agama, keluarga, dan
beberapa isu-isu jenayah yang melibatkan orang Islam dan mahkamah sekular mempunyai
kuasa ke atas isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam dan penduduk keseluruhannya. Selain
itu, perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai orang Islam sejak lahir. Orang Islam
tidak boleh menukar kepada agama lain secara sah kecuali dalam kes-kes tertentu yang amat
jarang. Namun penganut agama lain boleh memeluk agama Islam dan kumpulan agama
minority ini umumnya bebas mengamalkan kepercayaan mereka. Undang-undang dengan
tegas melarang penyebaran agama selain Islam kepada orang Islam oleh orang bukan Islam,
tetapi membenarkan dan menyokong orang Islam menyebarkan agama Islam kepada penganut
lain. Umat Islam yang ingin keluar daripada agama Islam menghadapi halangan besar kerana
tidak mempunyai hak untuk meninggalkan Islam mahupun proses undang-undang mengenai
penukaran yang jelas dalam undang-undang.
Walau bagaimanapun, terdapat juga peristiwa-peristiwa yang negatif yang berlaku
akibat ketidaksamaan ini. Seperti contoh : pada bulan November 2008, majlis perbandaran di
Sepang, Selangor, dilaporkan merobohkan sebuah kuil Hindu dalam kawasan berpagar di
hartanah peribadi. Majlis Perbandaran mendakwa bahawa kuil itu melanggar undang-undang
kecil majlis manakala pemilik rumah di mana kuil itu terletak menyatakan bahawa mereka
tidak diberikan notis perobohan yang akan dibuat. 7 Contoh seterusnya ialah pembiayaan
untuk tempat-tempat ibadat bukan Islam datang daripada peruntukan khas Jabatan Perdana
Menteri atau kerajaan-kerajaan negeri. Menurut kumpulan-kumpulan minoriti agama, tempattempat ibadat bukan Islam kurang diberi peruntukan secukupnya dan kerajaan membuat
keputusan memberi pembiayaan secara arbitari. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) melaporkan bahawa kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri terus melambatkan,
kadangkala bertahun-tahun, kebenaran untuk membina atau mengubahsuai tempat bukan
Islam ibadat, walaupun mereka agak cepat memberi kelulusan untuk membina masjid-masjid.
8.0
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, boleh kita rumuskan disini banyak faktor-faktor telah kita
huraikan di atas yang menyebabkan ketidaksamaan di Malaysia. Walaupun begitu,
ketaksamaan ini juga menimbulkan kejadian-kejadian yang kita tidak ingini. Sesungguhnya
negara Malaysia ini memberi tempat kepada semua kaum untuk mencari rezeki dan hidup
aman. Oleh itu, kita harus sentiasa menjaga sensitiviti antara kaum walau dalam apa jua
keadaan sekalipun. Ini kerana tanpa perpaduan antara kaum, negara yang aman, makmur dan
maju tidak akan dapat dicapai. Dalam erti kata lain, setiap individu di Malaysia perlu belajar
menjadi seorang manusia yang penuh kasih sayang dan berkemanusiaan. Kita perlu buka
mata dan memahami budaya-budaya kaum lain melalui rukun tetangga, petukaran budaya,
mempelajari bahasa ibunda kaum lain dan sebagainya. Eratkan hubungan melalui nilai-nilai
universal seperti semangat kejiranan, perpaduan, kecintaan sesama manusia, kesama rataan,
keadilan dan sebagainya. Semaikan etika humanistik di dalam budaya setiap kaum, dimana
lagi mendalam kita menghayati dan menghargai warisan budaya kita, lagi tinggilah jiwa
kemanusiaan kita.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2008/09/29/mpaj-roboh-kuil
16
Bibiliografi
Knatyya Mariappan, Buku teks Ketidaksamaan Sosial, Universiti Sains Malaysia (2000).
Minority Rights Group International, World Directory of Minorities and Indigenous Peoples:
Orang Asli, available at: http://www.minorityrights.org/4538/malaysia/orang-asli.html.
Ng, C., The Hazy New Dawn: Democracy, Women and Politics in Malaysia, Asia Research
Institute Working Paper Series No.136, Asia Research Institute: National University of
Singapore, 2010.
NGO Shadow Report Group, NGO Shadow Report on the Initial and Second Periodic Report
of the Government of Malaysia: Reviewing the Governments Implementation of the
Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW),
2005, available at: http://www.iwraw-ap.org/resources/pdf/Malaysia_SR.pdf.
Salim, R., Malaysias Action Plan in Line with UN Womens Strategic Plan 2011-2013:
Leadership and 30 Percent Women in Decision Making Position, Kuala Lumpur, 13 June
2011.
Segawa, N. Malaysias 1996 Education Act: The Impact of a Multiculturalism-type
Approach on National Integration, Journal of Social Issues in Southeast Asia, April 2007,
Vol. 22(1).
Sinnadurai, V., Rights in Respect of Education under the Malaysian Constitution, in
Trindade, F.A. and Lee, H.P. (eds), The Constitution of Malaysia Further Perspectives and
Developments, 1986.
Syukri, A., Govts Appeal against Gender Equality Cases an Insult to Msian Women,
Malaysian Digest, 31 January 2012.
Teik, K.B., Ethnic Structure, Inequality and Governance in the Public Sector: Malaysian
Experiences, United Nations Research Institute for Social Development: Democracy,
Governance and Human Rights Programme Paper Number 20, 2005.
University of Malaya Consultancy Unit, Experiences of non-heterosexual persons in Klang
Valley, Malaysia: An Exploratory Study, Ministry of Women, Family and Community
Development, 2006.
Wade, G., The Origins and Evolution of Ethnocracy in Malaysia, Asia Research Institute
Working Paper Series No. 112, Asia Research Institute: National University of Singapore,
April 2009.
Zaltun, M.K., Sexuality Under Attack: The Political Discourse of Sexuality in Malaysia,
Paper submitted for the Sexuality and Human Rights in Muslim Societies in South/ Southeast
Asia Conference, Jakarta, September 23-26, 2004, reprinted in Isis International, October 16,
2007.
17