Tujuan Rekod Kerja

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TUJUAN REKOD

KERJA

TUJUAN REKOD KERJA

Untuk membuat perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan


mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat
mengelakkan pembaziran.
Mendokumentasikan perancangan membuat pakaian yang diperlukan
Melakar stail pakaian
Mengukur badan
Mengenal pasti proses menjahit
Menyusun atur pola
Menamakan tanda pola
Mengubahsuai pola mengikut ukuran badan sendiri
Menghasilkan pola mengikut ukuran badan sendiri
Membentang fabrik dan menyusun atur pola
Menyatakan peraturan menggunting dan mengguntik fabrik
Mengira kos projek

LAKARAN DAN
HURAIAN REKOD
KERJA

HURAIAN STAIL PAKAIAN

LISU PEMADAN

Lisu dibuat pada pakaian untuk mendapatkan bentuk padanan yang elok sebagai
hiasan. lisu yang digunakan pada rekaan stail pakaian ini ialah lisu setentang. ia dibuat
pada bahagian tengah belakang blaus.

BELAH

Fungsi belah pada pakaian ialah untuk memudahkan pemakai memakai dan
menanggalkan pakaian. Rekaan stail pakaian ini mengunakan belah kelepet sama lebar
yang dibuat pada bahagian tengah hadapan blaus. Belah jenis ini memerlu8kan lapik
dalam nipis dan lembut untuk memberikan bentuk yang elok dan rata. Lapik ini akan
ditetapkan pada pakaian dengan jahit silang pangkah.

BAHU MENDATANG

Bahu mendatang digunakan pada pakaian sebagai stail atau member gaya. Bagi
pakaian ini , bahu mendatang selapis berbentuk lurus dibuat pada bahagian atas
belakang blaus. Ia digunting pada selapis fabric dengan ira melintang.

KOLAR

Antara kegunaan kolar pada pakaian ialah sebagai penyudah garis leher, perhiasan,
memberi kepanasan, menutup kecatatan pada leher dan member gaya. Kolar lurus
berkancing rapat telah dijadikan pelengkap gaya pada pakaian ini.

LENGAN

Lengan dibuat pada pakaian untuk mengemas lubang lengan. Selain itu ia juga member
gaya kepada pakaian.bagi rekaan stail pakaian ini lengan padanan rata. Ini
menekankan lagi kekemasan pada bahagian legan blaus ini.

KELIM

Kelim yang digunakan adalah jahit mesin. Kegunaan kelim pada pakaian ini ialah untuk
member bentuk dan juga sebagai hiasan.

KANCING

Kancing dibuat pada pakaian untuk menutup dan membuka belah pada pakaian.
Kancing juga berfungsi sebagai hiasan. Oleh itu butang berlubang empat digunakan
dan lubang butang melintang digunakan untuk blaus ini.

SENARAI UKURAN
BADAN

BI
L

BAHAGIAN BADAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

GARIS MELINTANG
Leher
Bidang hadapan
Dada
Jarak mercu dada
Pinggang
Punggung
Bahu
Bidang belakang
Keliling lengan
Garis leher belakang
Garis leher depan

1
2
3
4
5
6

GARIS MENEGAK
Garis tengah belakang
Labuh blaus
Jarak pinggang ke punggung
Panjang hadapan blaus
Labuh lengan
Bahu ke mercu

SENARAI UKURAN BADAN

UKURAN(cm)

45
45
117
27
116
120
43
47
55
8.5
14

45
70
21
71
63/45/35
27

POLA PAKAIAN

FABRIK DAN
BAHAN

FABRIK DAN BAHAN


Fabrik juga dikenali sebagai tekstil dan perkataan ini berasal daripada perkataan
textilis yang bermaksud tenunan. Walau bagaimanapun secara amnya perkataan fabrik
bukan hanya untuk fabrik bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik
berkait dan fabrik yang dibina khas iaitu fabrik terikat dan bernep. Fabrik tebahagi
kepada dua iaitu fabrik asli dan fabrik buatan.
Fabrik yang sesuai untuk membuat pakaian ialah fabric cotton sederhana tebal
bercorak atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu
jenis pakaian terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik yang

digunakan ialah fabrik kapas campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga perlu
menepati citarasa pemakai.
Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk menghasilkan
berbagai artikel rumah tangga dan pakaian. Gentian kapas didapati daripada daripada
pokok kapas yang ditanam dikebanyakan negara seperti India, Mesir, China, Mexico
dan Amerika Syarikat.Terdapat pelbagai mutu dan gentian kapas. Gentian yang halus
dan panjang akan menghasilkan fabrik kapas yang bermutu tinggi.
Fabrik yang saya gunakan untuk membuat pakaian ini ialah fabrik kapas
campuran tanpa corak. Warna yang kami pilih adalah warna biru dan hitam.. Fabrik
kapas campuran ini merupakan daripada gentian kapas yang dicampur dengan gentian
lain seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran.
Kelebihan mengunakan fabric ini adalah :

tahan lasak.

mudah dikendalikan.

tahan panas dan tidak mudah mengembang.

mudah dijahit.

7.0 PENGEKOSAN

PENGEKOSAN.
7.1. Kos bahan.
BIL

BAHAN

KUANTITI
(meter)

HARGA
SEUNIT

JUMLAH
HARGA

(RM)
1

Fabrik kapas kain tanpa


corak (lengan, kolar, dan
bahu mendatang)

Kertas gam nipis

Kertas gam tebal

Kertas mahjung

Kertas minyak

Benang

2 (BIRU)
0.5 (HITAM)

5.50

13.75

0.15

RM 3.10

0.20

0.15

KEPING

2 KEPING

JUMLAH

7.2. Kos upah

(RM)

RM 3.30

RM 0.50

RM 0.60

RM 1.00

0.22

0.25

1.20

1.00

16.62

KOS UPAH
BIL
KEPAKARAN

UPAH SEORANG /
(jam)

BIL. (jam)

RM 0.50

JUMLAH
HARGA
(RM)
RM 3.00

Membuat pola

RM 20.00
RM 1.00

Menjahit

JUMLAH

20

RM
23.00

7.3. Kos sampingan.


KOS SAMPINGAN
BIL
PERKARA

JUMLA
H (RM)

Eletrik
Jahit kemas tepi

RM 4.00
RM 1.50

Jahit lubang butang

JUMLAH

RM 2.00

RM 7.50

7.4 Kos pakaian:


KOS BAHAN + KOS UPAH + KOS SAMPINGAN = KOS BLAUS
RM 16.62 + RM 23.00 + RM 7.50 = RM 47.12

8.0 SUSUN ATUR


POLA

9.0 LANGKAH
KERJA MENJAHIT

9.0 LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT


Langkah 1
Manjahit belah kelepet sama lebar.
1. Letakkan lapik dalam nipis berpelekat
di sebelah dalam lapik belah kelepet
sama lebar.
2. Tekan dengan seterika untuk
mendapatkan bentuk dan untuk lapik
melekat pada kain
3. Lekatkan lapik pada pakaian dengan
jahit silang pangkah.

Langkah 2
Menjahit bahu mendatang selapis
1. Letakkan lapik dalam nipis berpelekat di sebelah dalam bahu mendatang.
2. Cantumkan bahu mendatang pada badan belakang dengan kelim lipat
tindih.
3. Gunting basi kelim yang berlebihan dan
kemaskan dengan jahitan mesin pengemas tepi.

Langkah 3

Menjahit kelim bahu


1. Cantumkan bahu mendatang pada badan
hadapan dengan kelim lipat tindih.
2. Gunting basi kelim yang berlebihan dan
kemaskan dengan jahitan mesin pengemas
tepi.
Langkah 4
Menyedia dan mencantum kolar lurus berkancing
rapat.
1. Sediakan kolar lurus. Lekatkan lapikdalam tebal berpelekat pada sebelah dalam
lapisan atas fabrik kolar.
2. Jahit mesin di sekeliling bahagian atas kolar.
3. Gunting basi kelim yang berlebihan dan snip bahagian yang
melengkung.Balikkannya ke sebelah luar.
4. Cantumkan kolar ke garis leher dengan jahit mesin.
Langkah 5
Menjahit kelim rusuk
1. Temukan sebelah luar badan hadapan dengan
sebelah luar badan belakang.
2. Cantumkan dengan kelim belah kangkung.
Tekan kelim terbuka.

Langkah 6
Menjahit lengan padanan rata
1. Sediakan lengan padanan rata. Jahit kedut mesin dibahagian kepala
lengan dari noch belakang ke noch hadapansebaris dengan garisan
pemadan. Cantumkan kelim lengan dan kemaskan dengan jahitan mesin
pengemas tepi.
2. Cantumkan lengan temukan bahagian luar lengan dengan bahagian luar
badan mengikut garis pemadam.
3. Jahit garisan pemadan dengan jahitan mesin dan kemaskannya.

10.0 REFLEKSI

Dalam pengajian saya pada semester 3 PISMP Reka Bentuk Dan Teknologi,
saya dikehendaki mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk Pakaian RBT 3106 dengan
bimbingan pensyarah iaitu Pn. Rohani Binti Seman.Saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing saya yang banyak membantu saya dalam
menjalankan projek jahitan ini disampin dengan sokongan rakan-rakan.
Sebelum saya memulakan aktiviti menjahit dan menghasilkan baju, saya telah
didedahkan dengan ilmu pengetahuan asas mengenai jahitan seperti kajian fabrik, seni
reka pakaian, proses jahitan dan rekod kerja. Pendedahan terhadap ilmu pengetahuan
baru ini telah memberi saya sesuatu yang berharga dimasa akan dating. saya dapat
mengenali lebih mendalam mengenai pakai dan jenis febrik. ini dapat membantu saya
dalam mengetahui fabrik, corak, jenis pakaian yang sesuai dengan saya.
Tugasan yang diterima kali ini juga amat mencabar kerana saya terpaksa
membuat baju blaus. Ketika menjalankan tugas ini berbagai dugaan seperti kesilapan
dan kerosakan terjadi pada balus yang saya jahit. Dengan dibimbing dan diberikan
tunjuk ajar oleh pensyarah, saya berjaya menghasilkan baju pada masa yang
ditetapkan. Saya juga dapat merasa dan menjadikan ini pengalaman yang amat penting
bagi saya untuk menjadikan salah satu panduan pada masa akan datang.
Setelah selesai menyediakan blaus. saya diminta untuk menyediakan satu rekod
kerja. Dalam menyediakan rekod ini saya dapat mengimbas kembali ilmu yang telah

saya pelajari. Ilmu ini amat penting bagi diri saya untuk masa akan datang. Dalam
menyediakan rekod kerja ini juga dapat memupuk diri saya untuk bersabar dan belajar
cara untuk menguruskan maklumat dan penyusunan ilmu pengetahuan. Saya juga
dapat merapatkan hubungan sesama rakan. Sikap tolong menolong, kerjasama dan
sebagainya.Saya juga berasa bangga dengan hasil kerja saya sendiri dan pada masa
ini,Insyaallah saya mampu untuk menjahit dan dapat menguasai kemahiran-kemahiran
asas yang telah saya pelajari dalam matapelajaran ini.

You might also like