Dokumentasi Program Memberus Gigi 2016

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI

TOPIK

BUTIRAN / AKTIVITI

NAMA PROGRAM

Program Kesihatan Pergigian - Memberus Gigi

Mencapai kesihatan mulut bertaraf dentally fit di kalangan murid-murid


MATLAMAT

supaya dapat menyumbang kepada kesihatan menyeluruh.

Setelah mengikuti program ini, murid-murid dapat :


1. Mengetahui cara menggosok gigi dengan betul.
2. Mengetahui kepentingan menjaga kesihatan dan
OBJEKTIF

kebersihan gigi.
3. Mengamalkan amalan memberus gigi dalam kehidupan
harian.
4. Mengetahui jenis makanan yang memberi impak kepada
kerosakan gigi.

TARIKH PELAKSANAAN
TEMPAT
SASARAN
PERSONALIA
KOS / SUMBER

IMPAK

28hb April 2016

Dataran Sinar, Sekolah Kebangsaan USJ 12.


Semua murid tahun 1 hingga tahun 6.
Klinik Pergigian Seksyen 7, Shah Alam
Murid dapat mengikuti latihan amali kebersihan gigi iaitu aktiviti
memberus gigi seperti yang ditunjukkan dan diterangkan oleh
jururawat bertugas.

Kekuatan :
1. Aktiviti memberus gigi dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi
pertama melibatkan murid Tahap Satu dan sesi kedua
melibatkan murid Tahap Dua.
2. Semua murid dikehendaki membawa berus gigi, ubat gigi dan
cawan plastik.
3. Hebahan melalui sistem perkhidmatan SMS dan facebook
rasmi sekolah membolehkan maklumat dapat disampaikan
dengan mudah dan cepat.
4. Aktiviti memberus gigi berjalan dengan lancar dan tidak
memakan masa yang lama.
REFLEKSI
Kelemahan :
1. Terdapat segelintir murid yang tidak membawa berus gigi
seperti yang diarahkan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat
mengikuti aktiviti yang dijalankan.
Penambahbaikan :
1. Murid yang tidak membawa kelengkapan memberus gigi perlu
dikawal oleh guru matapelajaran supaya mereka tidak
membuat bising dan bermain dengan rakan.
2. Peringatan diberikan oleh semua guru kepada murid ketika
berada di dalam kelas.
Disediakan oleh,

(SUHAILY BINTI SAAD)


Setiausaha Unit Kesihatan,
Sekolah Kebangsaan USJ 12.

You might also like