Teks Ucapan Persaraan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS UCAPAN MAJLIS PERSARAAN DAN

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

OLEH

Y.BHG TUAN HJ. AMIN BIN MOHD RASHID


PENGARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh : 5 OGOS 2010


Masa : 9.30 pagi
Tempat :

1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam kekeluargaan,

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang diraikan;

1. Pn. Hajah Marinal bt. Hussin, Timbalan Pengarah IPG Kampus


Pendidikan Islam;
2. Pn. Hajah Faridah bt. Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian
Melayu;
3. Pn. Hajah Kelsom bt. Abdullah, Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran
dan Sunnah dan
4. En. Salehuddin bin Mustafa, Penolong Pegawai Pengurusan
Prasekolah dan Teaching School.

Yang dihormati;
Ketua-ketua jabatan, pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua unit,
kaunselor dan para pensyarah yang dihormati sekalian.

1. Saya berasa gembira kerana majlis persaraan dan anugerah


perkhidmatan cemerlang dapat dilaksanakan dengan kerjasama antara
pihak pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam dengan
Jawatankuasa Pendidikan Komuniti.

2
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

2. Kampus Pendidikan Islam akan kehilangan Timbalan Pengarah, dua


orang Pensyarah Kanan dan Penolong Pegawai Pengurusan
Prasekolah dan Teaching School yang berkebolehan dan
berpengalaman kerana mereka akan bersara pada bulan Ogos ini.

3. Kata orang, banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan persaraan.


Ada yang indah berwarna-warni, tetapi ada juga yang pedih dan
menyakitkan. Sesekali persaraan mengingatkan kita kepada realiti
bahawa kita telah banyak menyumbang bakti dan menabur budi.
Persaraan mengingatkan kita betapa kita turut bersama membangun
dan melakar sejarah bangsa, membina nama dan warna keemasan
IPG Kampus Pendidikan Islam.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

4. Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Pn. Hajah Marinal , Pn. Hajah Faridah, Pn. Hajah
Kelsom dan En. Salehuddin yang telah begitu banyak berjasa serta
menabur bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

5. Kesemua empat pegawai yang akan bersara, masing-masing telah


memberi perkhidmatan purata 30 tahun setiap seorang. Hal ini
bermakna jika dikumpulkan perkhidmatan mereka kepada negara ialah
selama 120 tahun. Masa itu merupakan satu tempoh masa yang
panjang. Tahniah saya ucapkan.

3
Sidang hadirin yang dikasihi,

6. Bersara juga mempunyai makna lebih daripada pengertian material


dalam skim perkhidmatan. Bersara bermakna kita sudah semakin dekat
dengan destinasi yang dituju. Bersara seharusnya difahami sebagai
satu lagi milestone (batu tanda) yang telah dilalui betapa usia kita
sudah semakin hampir kepada garisan penamat. Dan bersara juga
adalah fasa terakhir untuk mempersiapkan diri kita menempuh Alam
yang lebih abadi.

7. Sehubungan itu, izinkan saya membacakan beberapa hadith sebagai


peringatan – bukan sahaja relevan untuk pesara – malah untuk semua
yang hadir pada pagi ini.
Hadith riwayat Tirmidzi: “Tidak bergerak telapak kaki seseorang hamba
pada Hari Kiamat sehingga diminta bertanggungjawab tentang 4
perkara:

Tentang masa muda untuk apa dihabiskan


Tentang harta dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan
Masa hidup di mana dimanfaatkan
Dan masa sihat ke mana dihabiskan.”

8. Al Hakim meriwayatkan: Rebut lima perkara sebelum datang lima


perkara: Masa mudamu sebelum tua; masa lapang sebelum sibuk;
masa kaya sebelum miskin; masa sihat sebelum sakit dan masa hidup
sebelum mati.

9. Saya tidak berhasrat untuk menakut-nakutkan tuan-tuan dan puan-


puan dengan hal-hal tentang kematian dan seumpamanya. Saya juga
tidak berhasrat untuk menganggu selera makan di hadapan hidangan

4
lazat yang sepatutnya menyelerakan biarpun ramai yang terpaksa
melupakan seketika penyakit ghout, darah tinggi dan kencing manis.

10. Tetapi itulah realiti kehidupan yang terpaksa kita fahami, sedari
dan siap siaga setiap masa, apatah lagi ketika usia di hujung senja.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah;
Budi baik dikenang juga.

Tenang-tenang air laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut;
Budi baik rasa nak junjung.

Patah dahan bunga kemboja,


Pucuk paku subur di titi,
Budi tuan kami tak lupa;
Sudah terpaku di dalam hati.

11. Sekali lagi saya mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia


ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas sumbangan dan jasa bakti Pn. Hajah Marinal Hussin, Pn.
Hajah Faridah Hashim, Pn. Hajah Kelsom Abdullah dan En.
Salehuddin Mustafa sepanjang berkhidmat di Kampus Pendidikan
Islam ini. Saya percaya tanpa kerjasama dan komitmen tuan-tuan
dan puan-puan semua, IPG ini tidak akan berada pada tahap ini.
Saya juga berdoa semoga Allah memberkati kehidupan dan segala
usaha yang akan dilaksanakan kelak.

5
Akhirnya marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan dan
kejayaan kepada rakan-rakan kita yang akan memulakan penghidupan
atau kerjaya baru selepas bersara. Tidak lupa, sekalung penghargaan
kepada isteri dan suami yang selama ini begitu setia mengharungi hidup
bersama serta tabah memberi sokongan dan dorongan kepada
pasangan masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Sebagai langkah penjimatan, kita juga melaksanakan Majlis Anugerah


Khidmat Cemerlang pada hari ini. Hal ini ini bersesuaian dengan dasar
perbelanjaan berhemah yang menjadi dasar dan amalan kerajaan pada
masa ini.

TEKS UCAPAN PENGARAH

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

12 . Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada


mereka yang berjaya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Tahun 2009. Anugerah yang diterima haruslah dijadikan teras dan
pendorong untuk lebih berusaha bagi mempertingkatkan sistem
penyampaian pengajaran dan pembelajaran, berpengetahuan,
berkemahiran, berintegriti serta memiliki kualiti peribadi yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

13.         Kita seharusnya sentiasa berfikir di luar lingkungan. Iaitu


berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan
amanah dengan mencari penyelesaian yang kreatif dan inovatif di luar

6
kelaziman. Hasrat yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju menjelang 2020 akan tercapai sekiranya semua pihak seiring
dan berusaha bersungguh-sungguh mengaplikasikan matlamat ini.
Perkara ini selaras dengan visi IPG kita iaitu IPG Peneraju
kecemerlangan Pendidikan Guru.

14.         Penyampaian anugerah ini merupakan satu pengiktirafan


kepada semua pensyarah atas komitmen mereka dalam memastikan
semua tanggungjawab yang diamanahkan, berjaya dilaksanakan
dengan sebaik mungkin dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Malah pengiktirafan ini juga bertujuan mendorong pensyarah lain
meningkatkan prestasi masing-masing.

15.         Setiap penerima APC telah dinilai dalam pelbagai aspek,


terutama kompentesi mereka. Penilaian ini merangkumi kemahiran
P&P, perkhidmatan profesional seperti mengadakan kursus pendek,
penyeliaan praktikum, penilaian pelajar, BIG dan kualiti peribadinya.
Mereka merupakan sebahagian daripada pensyarah yang telah
bertugas dengan cemerlang sepanjang tahun lepas.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

16. Panel Pembangunan Sumber Manusia yang bersidang pada

1/3/2010 telah memilih sejumlah tujuh orang daripada DG Gred 48 ke

atas, enam orang DG Gred41 dan DG44 serta tujuh orang bagi

kategori pengurusan dan kumpulan sokongan. Pensyarah yang telah

mencapai Gred DG52 ke atas, pemilihan dilaksanakan oleh pihak IPG-

KPM. Tiga orang Pensyarah Kanan Gred DG 52 dari IPG Kampus

7
Pendidikan Islam telah terpilih. Dengan sukacita saya ingin

mengucapkan tahniah dan syabas kepada pensyarah dan kakitangan

pengurusan yang akan menerima APC pada tahun ini .

17. Nisbah pemilihan APC ialah lapan peratus daripada jumlah

perjawatan yang diisi sehingga 31 Disember dan pemilihannya

berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi serta aktiviti yang dilaksanakan

sepanjang tahun 2009. Pelbagai halangan terpaksa kita lalui pada

tahun ini, terutama peruntukan yang terhad dan kesibukan warga

kampus menyedia dan menyiapkan dokumentasi bagi penilaian MQA.

Pihak Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dan bersyukur majlis ini dapat dilaksanakan

dengan jayanya.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.

You might also like