Surat Sokongan Bas Sekolah

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Persatuan Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Fasa 3

Taman Cheras Utama


56000 Cheras
Negeri Selangor Darul Ehsan
( No. Pend : 1231 – 07 – Selangor )

Ruj Kami : PPPKRF3/Pent./2011 ( 1 ) Tarikh : 11 Januari 2011


Ruj Tuan:

Kepada :

Seperti Yang Berkenaan

Tuan,

PENGESAHAN EN JARIZAN BIN MAT, K/P: 741111-09-5021 DAN


MENYOKONG PERMOHONAN BELIAU MENDAPATKAN LESEN BAS
SEKOLAH.

Perkara di atas dengan hormatnya mohon dirujuk.

2. Sesungguhnya saya mengesahkan bahawa segala keterangan dan


maklumat yang diberikan oleh penama di atas adalah benar dan tepat. Beliau
merupakan ahli kariah kami yang tinggal di F-04-20, Blok F, Pangsapuri Kos
Rendah Taman Cheras Utama sejak 2006 hingga sekarang.

3. Sehubungan itu Persatuan Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Fasa 3,


Taman Cheras Utama amat menyokong beliau dapat mengadakan
perkhidmatan bas sekolah yang beroperasi untuk anak-anak taman ini. Selain
itu sokongan ini juga dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut antaranya:

3.1. Taman perumahan kami mempunyai 8 Blok kediaman dan jumlah


rumah ialah sebanyak 724 pintu. Jumlah penduduk di taman kami
lebih kurang 2000 orang. Hampir 97% pelajar sekolah rendah dari
taman ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri dan
pelajar sekolah menengah belajar di Sekolah Menengah Damai
Perdana dan Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn 2.
3.2. Kebanyakan ibubapa dan penjaga murid yang tinggal di taman
perumahan kami bekerja dengan kerajaan & swasta, ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai ruang masa untuk
menghantar dan mengambil anak. Justeru itu dengan adanya
perkhidmatan bas sekolah dikalangan penduduk taman ini, sedikit
sebanyak dapat memudahkan perjalanan anak-anak kami dan
boleh menjamin keselamatan mereka.

3.3. Selain itu pada masa kini, bilangan bas-bas yang menawarkan
perkhidmatan bas sekolah yang melalui taman kami amatlah
terhad DAN tidak terdapat seorang pun dikalangan penduduk kami
yang menawarkan perkhidmatan ini.

3.4. Harapan kami dengan adanya perkhidmatan bas sekolah di taman


kami ianya akan dapat mengatasi kelewatan kedatangan murid ke
sekolah dan dapat mengurang bebanan ibubapa.

4. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar permohonan penama ini
dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak tuan, supaya beliau
dapat memberikan perkhidmatan kepada anak-anak kariah, selain itu dapat
membantu menambah pendapatan keluarga.

5. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat saya hargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT PPPKRF3 TCU”

RAHIM BIN HJ SELAMAT


Pengerusi.
Persatuan Penduduk Perumahan Kos Rendah Fasa 3
Taman Cheras Utama.

You might also like