Gelaran Pembesar

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Setiap pembesar mempunyai gelaran yang berbeza mengikut negeri iaitu;-

--------------------------------------------------------------------------
Perak

> Raja Bendahara;


- Orang Kaya Besat Diraja Penghulu Bendahari
- Orang Kaya Temenggung Paduka Raja
- Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
> Orang Besar Delapan
> Orang Besar Enam Belas
> Orang Besar Tiga Puluh Dua

Negeri Sembilan

> Undang Sungai Ujong


> Undang Jelebu
> Undang Rembau
> Undang Johol

Kedah

> Tunku Bendahara


> Tunku Temenggung

Kelantan

> Raja Bendahara


> Raja Temenggung
> Perdana Menteri
> Engku Besar Jeram
> Raja Bendahara Banggol,
> Raja Kampung Laut,
> Raja Bukit Panar,
> Tengku Kota,
> Tengku Aria Pahlawan,
> Dato’ Kaya Hulubalang Kaduk dan
> Dato’ Panglima Perang Londang.
 
Terengganu

> Dato' Seri Lela Diraja


> Tengku Nara Wangsa
> Dato' Bija Sura
> Dato' Indera Guru
1.    Kedah
Di negeri Kedah terdapat seorang pembesar Raja Bendahara yang lebih tinggi
tarafnya daripada Menteri Berempat dan gelarannya ialah Seri Paduka Maharaja
Sura. Menteri Berempat pula terdiri daripada Seri Paduka Raja Laksamana, Seri
Maharaja Anggota Desa dan Seri Maharaja Putera Dewa. Selain itu, terdapat seorang
Syahbandar yang tergolong dalam pembesar enam belas.
2.    Pahang
Di Pahang, Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Maharaja Indera Perba, Orang
Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan Orang Kaya Indera
Syahbandar. Orang Besar Berempat ini diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.
Pembesar pertama berkuasa di Tanjung Lindung, pembesar kedua di Temerloh,
pembesar ketiga di Bera ke Kuala Luit dan pembesar keempat di Luit ke Bebar.
3.    Perak
Orang Besar Berempat juga dikenal sebagai Orang Empat di Balai. Mereka ialah
Bendahara, Orang Kaya Besar Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung
Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Orang Besar Delapan pula
terdiri daripada Maharajalela, Syahbandar, Laksamana, Imam Paduka Tuan, Sri
Amar Diraja, Sri Adika Raja, Panglima Kinta dan Panglima Bukit Gantang. Orang
Besar Enambelas memakai gelaran Maharaja, Paduka dan Sri.
4.    Negeri Sembilan
Ketua pemerintah memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Di bawahnya ialah 4
orang Undang yang merupakan ketua daerah yang dipanggil Luak. Terdapat 4 Luak
utama iaitu Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Di bawah Undang, Lembaga
merupakan ketua bagi setiap suku anggota masyarakat. Di bawah Lembaga ialah
Buapak, iaitu gabungan perkataan ibu dan bapak.
5.    Kelantan
Terdapat 7 orang di peringkat pusat, iaitu Raja Bendahara Banggol, Raja Kampung
Laut, Raja Bukit Panar, Tengku Kota, Tengku Aria Pahlawan, Dato’ Kaya
Hulubalang Kaduk dan Dato’ Panglima Perang Londang.

You might also like