Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
ALAM SEKITAR
Kegiatan ekonomi yang tidak terkawal akan memberi kesan negatif terhadap
alam sekitar. Antaranya ialah
a Kepupusan sumber
b Pencemaran
f) Pulau haba
g Hujan asid
Kepupusan sumber
Kepupusan sumber terjadi kerana penerokaan sumber yang tidak terkawal.
Penerokaan sumber hutan secara berleluasa telah menyebabkan kepupusan flora
dan fauna. Kegiatan ini turut mengurangkan jumlah keluasan hutan negara. Selain
itu, beberapa spesies hidupan liar turut diancam kepupusan akibat kemusnahan
habitat semulajadi. Antaranya ialah badak sumbu, tapir , harimau belang, seladang,
orang utan dan sebagainya.
Penggunaan racun serangga dan baja kimia secara tidak terkawal dalam
bidang pertanian telah menyebabkan tanih menjadi kurang subur dan memudaratkan
alam sekitar. Pembuangan sisa toksik dari kilang industri terus ke dalam sumber air
telah menyebabkan kualiti air merosot. Sisa toksik ini telah memusnahkan habitat
hidupan akuatik. Selain itu, hidupan akuatik dan khazanah sumber air seperti
terumbu karang, ikan, rumpai, ikan dugong, kuda laut diancam kepupusan dan
musnah akibat penggunaan pukat tunda dalam aktiviti perikanan.
Penerokaan sumber mineral juga tidak terkecuali mengalami kepupusan. Hal
ini kerana, penerokaan secara giat dan tidak terkawal akan menyebabkan bekalan
sumber merosot sebelum waktunya. Seperti yang diketahui, mineral seperti gas asli,
petroleum , bijih timah merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Namun
begitu penerokaannya perlu dikawal bagi memastikan sumber dapat digunakan
dalam jangka panjang.
Pencemaran
Pencemaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu pencemaran air, udara dan
bunyi. Pencemaran terjadi akibat kegiatan ekonomi terutamanya melibatkan proses
pembandaran, perindustrian serta penggunaan kenderaan bermotor.
Pencemaran udara telah menjadikan tahap kualiti udara merosot
terutamanya di bandar – bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh,
Kuching dan beberapa kawasan lain. Di samping itu, pencemaran udara turut
berlaku di zon perindustrian seperti Lembah Klang, Shah Alam dan Larkin. Hal ini
berlaku kerana kilang – kilang tersebut melepaskan asap , gas dan partikel habuk ke
udara. Pelepasan gas beracun akan menyebabkan pencemaran udara kerana ia
mengandungi karbon monoksida, sulfur dioksida, gas metana dan nitrogen dioksida.
Selain itu, pencemaran udara juga berlaku disebabkan beberapa faktor lain seperti
pembakaran bahan api fosil, pembakaran jerami selepas musim menuai, ekzos
kenderaan, pemecahan batu di kuari, kilang simen dan semburan racun serangga.
Habuk dan debu batuan akan terampai di udara yang menyebabkan udara tercemar.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pencemaran
air. Antaranya ialah pembuangan sisa industri, sisa pertanian, sisa penternakan,
tumpahan minyak dan sebagainya. Pencemaran air terjadi apabila sisa – sisa
dibuang terus ke dalam saliran air dan sungai. Pembuangan sisa pepejal seperti
kayu, plastik, dan logam dari sektor perlombongan dan perindustrian telah
mencemarkan sungai. Selain itu, sektor pelancongan dan pertanian turut
mencemarkan sungai melalui pembuangan sisa cecair seperti sisa toksik dan air
kumbahan yang kotor dan berbau yang dialirkan terus ke sungai tanpa dirawat.
Penggunaan racun rumpai dan baja kimia juga menyebabkan berlakunya
pencemaran air sekaligus mengancam kehidupan akuatik.
Pencemaran bunyi dari mesin, jentera, kuari, enjin kenderaan dan pembinaan
bangunan mengakibatkan bunyi bising dan gangguan.
Perubahan pandang darat
Kesan rumah hijau
Rumah hijau ialah komposisi gas di atmosfera yang mengawal kadar kepanasan
bumi. Gas tersebut merangkumi karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen
dioksida dan metana. Gas rumah hijau penting kerana berfungsi
dalam mengekalkan suhu bumi agar tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Namun begitu, kepesatan kegiatan ekonomi telah meningkatkan lagi pelepasan gas
karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida ke atmosfera. Keadaan ini
menyebabkan peningkatan suhu di atmosfera kerana gas – gas yang dilepaskan
akan memerangkap lebihan haba dari bumi sekaligus meningkatkan suhu bumi.
Kesan rumah hijau akan menyebabkan kecairan ais di kutub utara dan kutub selatan.
Faktor – faktor yang mendorong berlakunya kesan rumah hijau ialah kegiatan
perindustrian, pembakaran terbuka, pembakaran bahan api di stesen jana kuasa dan
pembebasan asap kenderaan .
Penipisan lapisan ozon
Lapisan ozon merujuk kepada lapisan yang berada di lapisan stratosfera yang
bertindak melindungi bumi daripada sinaran ultraungu yang berbahaya. Gas
Kloroflurokarbon (CFC) dan hidrogen oksida merupakan punca utama yang
menyebabkan penipisan lapisan ozon. Gas – gas ini akan dibebaskan melalui
peralatan seperti peti sejuk, alat penyaman udara, bahan aerosol, baja nitrogen
dalam sector pertanian, kapal terbang supersonic yang membebaskan nitrogen
oksida, dan ujian senjata nuklear. Penipisan lapisan ozon terjadi apabila CFC
dibebaskan ke atmosfera, klorin yang terdapat dalam CFC akan bertindak balas
dengan ozon dan menghasilkan oksigen yang menyebabkan lapisan ozon semakin
nipis.
Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan banyak sinaran ultraungu sampai ke
bumi. Pembebasan CFC yang berterusan akan memusnahkan lapisan ozon yang
menyebabkan sinaran ultraungu dipancar terus ke bumi tanpa ditapis. Terdapat
beberapa kesan penipisan lapisan ozon :
Pulau haba
)
e Kegiatan pembinaan yang menghasilkan debu dan habuk
Hujan asid
Faktor utama yang menyebabkan berlakunya hujan asid ialah kegiatan perindustrian,
pembakaran bahan api seperti petroleum, arang batu dan gas asli dan penggunaan
kenderaan bermotor. Hujan asid berlaku apabila gas – gas yang dibebaskan ke
udara seperti karbon dioksida, nitrus dioksida dan sulfur dioksida bertindak balas
dengan wap air, oksigen, dan bahan kimia lain di atmosfera akan menghasilkan asid
lemah. Sulfur oksida yang bertindak balas dengan gas di atmosfera akan
menghasilkan asid sulfurik manakala nitrogen dioksida akan menghasilkan asid
nitrik. Apabila udara sejuk dan berlaku proses pemeluwapan, wap - wap air yang
mengandungi asid (asid sulfirik dan asid nitrik) akan turun dan ini dipanggil hujan
asid.
Hujan asid boleh diukur menggunakan kala “pH”. “pH” bagi air hujan yang neutral
ialah 7.0. Sekiranya pH semakin rendah, ini menunjukkan kandungan itu semakin
berasid. Hujan asid banyak berlaku di kawasan yang pesat dengan perindustrian .
Antaranya ialah Pulau Pinang,Selangor dan Johor. Sekitar tahun 1985 hingga 1987,
hujan asid di turun di Petaling Jaya, Prai dan Senai dengan pH 4.40.
Hujan asid akan mendatangkan banyak kesan negatif antaranya ialah merosakkan
tanaman dan tumbuh – tumbuhan, mengancam hidupan akuatik, melunturkan cat
bangunan, mengganggu proses fotosintesis, penyakit barah kulit dan mata, serta
menyebabkan gangguan pernafasan. Selain itu, hujan asid juga akan membantutkan
tumbesaran tumbuh – tumbuhan, menyebabkan sakit buah pinggang , menjadikan
air larian dan tanah menjadi berasid dan tidak subur serta mampu menghakis
bahagian besi bangunan dan kenderaan