Hubungan Etnik

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

a.

Huraikan langkah-langkah serta kesan pembangunan ekonomi yang dirancang dan dijalankan oleh kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Perasaan perkauman di negara ini sejak merdeka sehingga kini tidak banyak berubah. Biarpun peristiwa 13 Mei 1969 menyedarkan banyak pihak tentang pentingnya perpaduan untuk keselamatan dan pembangunan negara tetapi ia tidak berupaya mengikis perasaan perkauman di kalangan kumpulan etnik di negara ini. Malahan pada masa ini, ikatan kesetiaan etnik memainkan peranan yang amat penting. Hampir seluruh kegiatan, tindakan dan pergerakan adalah berasaskan kepada etnik (Sanusi, 1984: 43-44). Jika keputusan pilihan raya 1986 boleh dijadikan sebagai ukuran perasaan perkauman di negara ini, kita boleh rumuskan bahawa perasaan perkauman kumpulan etnik di negara ini amat tebal. Pilihan raya 1986 memperlihatkan betapa parti yang bersifat perkauman sahaja yang mendapat tempat di hati pengundi. Parti yang tidak mengharapkan sokongan satu-satu kaum tidak mampu bersaing dengan parti yang bercorak perkauman. Ini mudah difahami kerana dalam masyarakat berbilang etnik yang kumpulan etniknya bersaing antara satu sama lain untuk merebut sumber kekayaan yang sama, seruan-seruan menggunakan faktor etnik biasanya dengan mudah dapat mengumpulkan sokongan daripada anggota-anggota kumpulan etnik itu (Sanusi, 1984: 43). Perasaan perkauman yang tebal ini wujud di sebalik usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik. Usaha itu termasuklah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan, membentuk sistem pendidikan yang berorientasi perpaduan, penggubalan prinsip Rukun Negara dan melancarkan rancangan pembangunan 20 tahun Dasar Ekonomi Baru. Menerusi Dasar Ekonomi Baru, kerajaan berusaha untuk menambah penglibatan orang-orang Melayu dalam industri dan perdagangan. Hasrat ini jelas dinyatakan dalam buku Rancangan Malaysia Kedua 1971-75 (1971: 178): Tujuan utama Rancangan ini ialah menambah penyertaan orang
1

orang Melayu dan bumiputera-bumiputera yang lain dalam kegiatan pembuatan dan perdagangan. Penyertaan yang dimaksudkan ialah dari segi hak milik, pengurusan dan pekerjaan. Kerajaan telah menetapkan matlamat iaitu dalam tempoh dua puluh tahun, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kegiatan-kegiatan perdagangan dan perusahaan dalam semua bidang dan peringkat harus mempunyai penyertaan orang-orang Melayu dan lain-lain rakyat bumiputera dari segi hak milik dan pengurusan. Keutamaan juga diberi untuk mempercepatkan lagi tambahan pekerjaan bagi orang-orang Melayu dan bumiputera-bumiputera lain di semua peringkat dalam kegiatan pembuatan supaya mencerminkan corak penduduk berbilang kaum. Secara umum, di mana industri berkembang, di situlah peluang terbuka luas untuk manusia yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti agama, bahasa dan keturunan bekerja di bawah satu bumbung. Revolusi industri di England umpamanya, telah menemukan mereka yang tinggal di utara dengan mereka yang tinggal di selatan dan di antara orang Irish dengan Inggeris. Bila orang Prostestan dari Utara Jerman memulakan kegiatan industri di Rhine, orang Katholik yang bertani di kawasan itu bekerja dengan mereka. Perkembangan industri kapas di India pula telah menemukan orang India dari pelbagai agama dan kasta dalam satu tempat kerja yang sama. Di negara kita, perkembangan industri juga telah memberi peluang kepada rakyat pelbagai etnik untuk bekerja di bawah bumbung yang sama. Lantaran itu, melalui penglibatan orang Melayu dalam industri, peluang mereka untuk berinteraksi dengan etnik lain sudah tentu lebih banyak jika dibandingkan dengan keadaansebelumnya. Sungguhpun begitu, jika peluang ini digunakan atau dimanfaatkan sepenuhnya barulah ia dapat mengubah pola hubungan etnik di negara ini atau setidak-tidaknya di kalangan mereka yang terlibat dalam industri. Jika tidak, peluang akan hanya tinggal peluang seperti yang dikatakan oleh Williams, R. (1964: 161) opportunity clearly is not interaction.

Oleh kerana peluang berinteraksi yang terdapat dalam industri belum tentu dapat mewujudkan perpaduan di kalangan pekerja yang terdiri dari pelbagai etnik, kemungkinan berlakunya konflik tidaklah mustahil. Mengikut pandangan yang konvensional, interaksi di tempat kerja atau dalam industri pada mulanya akan melemahkan tradisi kekeluargaan, status dan pekerjaan. Kemudian akibat interaksi dari mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza boleh menyebabkan wujudnya ketegangan antara kaum. Bagaimanapun, dalam jangka masa yang panjang, industri akan menghapuskan perasaan perkauman kerana pekerja-pekerja akan sedar bahawa peluang untuk memajukan diri bukan bergantung kepada faktor etnik tetapi berdasarkan kepada kecekapan (Bluner, H., 1965: 220-231). Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi adalah dua istilah yang sangat penting apabila membincangkan konsep pembangunan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi merupakan prasyarat pembangunan ekonomi dalam usaha untuk membentuk identiti sesebuah negara dari perspektif ekonomi. Mengikut Berger (Dalam Hazil (1990:18) ...Dalam erti kata yang seluas-luasnya, pembangunan adalah difahami sebagai suatu proses yang menyebabkan sesuatu negara miskin menjadi kaya. Kadang-kadang negara yang kaya menjadi lebih kaya lagi... Apa yang penting di sini ialah kedua-dua istilah mempunyai matlamat untuk pembaikan dalam taraf hidup kerana ia melibatkan keadaan-keadaan serta syaratsyarat untuk memperbaiki perkembangan masyarakat keseluruhan dari perspektif pembangunan ekonomi. Oleh itu pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak seharusnya disamakan dengan peningkatan pendapatan per kapita, pengeluaran atau jumlah eksport sahaja, tetapi ia perlu dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, kemampuan penyelesaian masalah kemiskinan, keperluan asasi manusia, keupayaan mendapat tempat perlindungan, keupayaan memperoleh peluang pekerjaan, keupayaan menghantar anak ke sekolah, keadaan alam sekitar yang bersih serta lain-lain petunjuk sosial

bersangkutan dengan suasana kehidupan yang sempurna dan layak dinikmati oleh manusia (Nor Aini et.al, 1996). Pandangan di atas menjelaskan bahawa agihan pendapatan mesti

diseimbangkan dan kadar kemiskinan mestilah dikurangkan supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan. Mengikut Bartelmus (1994), pembangunan ekonomi sebenarnya adalah untuk memperbaiki kualiti taraf hidup atau kebajikan penduduk bagi generasi hari ini dan akan datang. Justeru itu pembangunan pesat dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah matlamat yang perlu dicapai oleh setiap negara di dunia ini. Pembangunan ekonomi penting bukan sahaja bagi meningkatkan pendapatan dan hasil negara, serta mewujudkan peluang pekerjaan bagi menampung pertambahan penduduk yang pesat, tetapi juga memastikan mutu hidup rakyat meningkat (Rahimah, 2003). Dalam konteks pembangunan ekonomi di Malaysia, peningkatan mutu hidup rakyat ini perlu diberi penekanan supaya seimbang dengan peningkatan mutu hidup pelbagai kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Era modenisasi telah menyaksikan kebanjiran rakyat yang berbilangkaum di Negara kita dengan dipacu lagi oleh pembangunan ekonomi yang cukup pesat. Kebanjiran rakyat yang berbilang kaum di negara inimenunjukkan integrasi kaum yang kian kukuh. Hal inimerupakan satu perkembangan yang cukup positif buat negara kita dalam menghasilkan satu negara berbilang kaum yang harmonis, kaya dengan pelbagai adat dan tradisi masyarakat. Namun, sedar atau tidak keharmonian yang telahpun kita capai ini bukanlah datang dengan sendirinya kerana pelbagai usaha telahpun dijalankan oleh pihak kerajaan dalam memastikan keharmonian rakyat yang multi-etnik ini sentiasa terjaga. miliki sekarang. Antara langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia ialah pembangunan ekonomi negara. Kerajaan telah merangka pelbagai pelan pembagunan ekonomi agar seluruh kaum dan etnik di negara Usaha-usaha ini akhirnya mendatangkan hasil dan kesan yang baik sehingga kita mampu merasai keharmonian berbilang kaum yang kita

ini terlibat secara lansung dalam membangunkan ekonomi negara.

Sepertimana

rancanganr pra merdeka iaitumeliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama telahpun membuka ruang kepada seluruh rakyat yang berbilang kaum mengambil peluang untuk meningkatkan daya saing dalam mengejar pembangunan diri. Hal ini secara tidak lansung telahpun mewujudkan hubungan etnik yang berbilang kaum di negara kita. dirancang. Seterusnya, perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah membuka lembaran baru dalam sejarah etnisiti di negara ini. Peluang yang lebih cerah dibuka untuk semua rakyat dan sekali gus membuka ruang kepada kaum Melayu dan Bumiputera bagi bersaing antara satu sama lain. Dasar yang bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang mewujudkan jurang sosial yang besar antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan nasional. Dasar Ekonomi Baru telah mampu berjalan dengan lancar sejak ia dilaksanakan sehinggalah membuahkan hasil jangka masa panjang iaitu keharmonian berbilang kaum yang kita kecapi sekarang ini. Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan dasar-dasar awam yang berkaitan dengan partanian, perindustrian dan K-Ekonomi bagi memastikan rakyat mendapatkan status sosial ekonomi yang terbaik. Walaupun pembangunan ekonomi lebih rancak pada sektor perindustrian, sektor pertanian masih lagi diberikan keutamaan. Bersesuaian dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan telahpun dipertanggungjawab untuk memajukan pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar seperti FELDA, Lembaga Penyatuan dan PemulihanTanah Negara (FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sehinggalah sektor perindustrian diberikan lebih perhatian pada tahun 1970, beberapa lagi dasar baru telah digubal oleh pihak kerajaan seperti Dasar Perindustrian dan Dasar Penswastaan. Jelas bahawa dasar-dasar yang telah digubal merupakan satu usaha yang direncanakan bagi membangunkan status sosial rakyat dan seterusnya meningkatkan integrasi kaum dengan meningkatkan daya saing dalam kalangan mereka bagi
5

Seluruh kaum

bergabung tenaga dalam memajukan negara melalui pembangunan ekonomi yang

mencapai kemajuan.

Di samping itu, kerajaan telah berusaha untuk membasmi

kemiskinan rakyat.Hal ini adalah kerana kemiskinan merupakan factor utama yang dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar bahkan ia jugamenjadi masalah di kawasan bandar. Dengan keadaan ini, kerajaan telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mewujudkan peluang pekerjaan bagi semua golongan rakyat yang menganggur, meningkatkandaya pengeluaran dan pendapatan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. Hal ini akhirnya berkesan bagi membasmi kemiskinan dengan kadar statistik kemiskinan yang menurun dari tahun ke tahun dan sekali gus dapat menaiktaraf kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,kesihatan dan kemudahankemudahan prasarana yang lain. Kesimpulannya, pelbagai langkah pembangunan ekonomi telahpundirancang dan dijalankan oleh pihak kerajaan dalam konteks hubungan etnikdi Malaysia sehinggalah memberikan hasil yang cukup positif danmemberansangkan. Semuanya yang telah dirangka bertujuan untukmerapatkan jurang social yang terdapat pada rakyat, menintegrasikan rakyatmelalui peluang pekerjaan dan sebagainya bagi menjadikan masyarakatmajmuk yang berbilang kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan amandan harmoni.

b.

Jelaskan Islam Hadari sebagai satu pendekatan menyatupadukan masyarakat pluralistik seiring dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama lain di Malaysia.

Dalam proses untuk mengejar modenisasi ini, negara telahpun berhadapan dengan beberapa masalah bagi mencapai wawasan kemodenan yang diimpikan oleh negara ini. Pelbagai dasar telahpun digubal setelah tragedi berdarah 13 Mei 1969 bagi memastikan perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara ini bertambah erat agar kita sentiasa berada di dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera. Antara dasar yang telahpun digubal bagi menyatupadukan masyarakat multi-etnik yang seiring dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama lain di Malaysia ialah dasar Islam Hadhari. Dasar Islam hadhari yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sememangnya merupakan satu pendekatan yang berkesan dan realistik dalam memacu agenda pembangunan Negara. Antaranya ialah membawa kepada kemajuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan anutan kepercayaan agama masyarakat. Menurut Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam tahun 2003, pendekatan Islam Hadhari menjurus kepada pembinaan peradaban yang dicanai di atas asas Islam bagi mempertingkatkan mutu kehidupan, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan serta pembangunan fizikal, ekonomi dan perdagangan. Ianya bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berahklak mulia, jujur lagi amanah serta bersedia menangani cabaran dunia global. (Wan Abdul Hamid, 2005). Walaupun konsep dan pendekatan Islam Hadhari ini telah banyak melalui proses polemik dan propaganda politik, pendekatan Islam Hadhari tetap kekal menjadi salah suatu agenda kerajaan dalam mendekati masyarakat Muslim di Malaysia ini. Dari segi konsepnya, gagasan Islam Hadhari bukanlah merupakan suatu ajaran atau konsep baharu. (JAKIM, 2005) Pendekatan berasaskan pembinaan peradaban Islam ini pernah diutarakan di Malaysia oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim dengan membawa konsep pembentukan Masyarakat Madani pada pertengahan tahun 1990-an dahulu. Hadhari bermaksud bermaksud ketamadunan,
7

seerti dengan perkataan umranatau madani. Justeru kita tidak seharusnya berasa kekok, pelik atau hairan dengan konsep ini. Dasar Islam Hadhari merupakan satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan n egara yang bersifat menyeluruh, berdasarkankepada perspektif tamadun Islam. Pendekatan yang telahpun diperkenalkan ini meliputi semua aspek spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan undang-undang yang sememangnya selaras dengan agenda pembangunan negara bagi melahirkan masyarakat madani. Dasar ini meliputi 10 aspek yang telahpun ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pendekatan Islam Hadhari tidak hanya melibatkan bangsa Melayu dan umat Islam sahaja tetapi ianya juga meliputi keseluruhan masyarakat multi-etnik di Malaysia ini. Ianya telahpun dibuktikan dengan prinsip Islam Hadhari yang salah satunya merupakan Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita. Hal ini adalah jelas menunjukkan bahawa dasar ini memberikanpendekatan penyatupaduan masyarakat. Hak kumpulan minoriti dan agamalain diberikan pembelaan hasil daripada dasar ini. Islam Hadhari memberikankemuliaan insan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada kumpulan majoriti mahupun minoriti. Di samping itu, prinsip ini menekankan bahawa Islam Hadhari memberikan penghormatan yang amat besar kepada agama yang bersama-sama berkongsi ruang di dalam negara ini. Ianya adalah kerana agama Islam itu sendiri yang menekankan penganutnya agar hidup dalam keadaan harmoni dan berkasih sayang serta berkenal-kenalan. Nilai-nilai ini tidak bertentangan dengan nilai-nilai sejagat mahupun nilai-nilai agama lain di Malaysia. Bertitik tolak dari situ, prinsip Islam Hadhari yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan untuk semua orang dan bukanlah hanya untuk sekelompok tertentu sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa setiap orang di negara ini perlulah menguasai ilmu pengetahuan dalam segala bidang tanpa dibatasi oleh warna kulit, sempadan geografi serta agama dan anutan. Inilah satu pembuktian bahawa dasar Islam Hadhari merupakan satu pendekatan penyatupaduan masyarakat pluralistik di negara ini. Selain itu, Islam Hadhari juga menekankan perkara utama dalam kehidupan sosial masyarakat Islam iaitu berkenal-kenalan kerana ianya menjadi fitrah manusia untuk hidup berkasih
8

sayang dan saling berhubung di antara satu sama lain.

Manusia dicipta dengan

pelbagai jantina yang terdiri daripada pelbagai kaum etnik agar dapat bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera, bersatupadu bagi mencorak dan membentuk masyarakat yang lebih berkualiti dan mantap dari segala aspek. Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan, negara, kedudukan keluarga, orang bukan Islam dan harta. Walaupun Islam memberi kelonggaran dalam penglibatan orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada orang Islam. Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk menjaga kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip persamaan dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan martabat Islam (Wan Hirni Marlina, 2007: 80). Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan seperti mewujudkan perbezaan dan diskriminasi antara kaum dan i a seolah- olah bertentangan dengan konsep persamaan dan keadilan dalam Islam. Walau bagaimanapun, peruntukan orang Melayu ini merupakan jaminan bagi orang Melayu untuk sama- sama mencapai kejayaan kerana tanpa dibantu sukar untuk berjaya disebabkan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah British. Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jelas menunjukkan orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan berbanding etnik lain. Jika diteliti walaupun orang Melayu mendapat kedudukan istimewa, namun pada masa yang sama hak kaum lain dijamin dan tidak boleh dilucutkan. Selain itu ia adalah persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu sewaktu menggubal perlembagaan dan bukan keputusan sebelah pihak sahaja. Hal ini ditambah lagi kerana peruntukan tersebut adalah bagi menjamin kedudukan orang Melayu yang bermaksud menjamin kedudukan Islam. Pada masa yang sama orang bukan Melayu lebih berjaya dari segi ekonomi dan pendid ikan berbanding orang Melayu. Namun, kedudukan istimewa orang Melayu ini perlu dilaksanakan dengan
9

betul iaitu untuk membantu orang Melayu keluar dari arus kemiskinan tanpa menafikan hak etnik lain. Kedudukan istimewa ini juga perlu dirasai oleh semua orang Melayu dan bukannya segelintir orang Melayu seperti yang dipersepsikan oleh etnik bukan Melayu. Jika ini dilaksanakan, jelaslah ia menepati prinsip keadilan dalam Islam. Apapun pendekatannya, Islam tetap merupakan penyelamat ummah yang relevan sepanjang zaman. Ini diakui oleh Allah sendiri yang telah menghantar Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup segala nabi dan rasul, yang ajarannya sesuai dan segar sepanjang zaman. Cuma umat Islam sahaja yang leka sedangkan umat bukan Islam pula berlumba-lumba mengejar kemajuan ini. Kealpaan ini harus dihentikan kerana umat Islam punyai misi yang tersendiri, bagi menegakkan ajaran Allah s.w.t. di muka bumi sebagai penyelamat untuk seluruh umat manusia. Pengutusan Nabi Muhammad adalah di atas tujuan itu, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Surah al-Anbiya: 207) Justeru itu, walaupun Rasulullah s.a.w. sudah lama meninggalkan kita, ajarannya tetap relevan dan rahmat yang dibawanya harus diteruskan oleh umatnya kepada seluruh alam. Bagi mencapai kejayaan dan membina tamadun Islam di Malaysia, suatu hadis baginda dapat menjadi pedoman kita iaitu bekerjalah untuk hidup seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seolaholah kamu akan mati keesokan harinya. Kesimpulannya, kehidupan bermasyarakat bukanlah tuntutan sosial sematamata bahkan ianya menjadi fitrah manusia sejak dahulu lagi. Perhubungan kerjasama pelbagai etnik akan dapat melahirkan satu suasana kehidupan yang aman dan harmonis.

10

You might also like