Minit Mesyuarat Ppda SKBB
Minit Mesyuarat Ppda SKBB
Minit Mesyuarat Ppda SKBB
2012 Tarikh Hari Masa Tempat : 19 Januari 2012 : Khamis : 1.00 - 1.45 ptg. : Bilik Gerakan SK Bohor Baru
Agenda: 1. Ucapan Pengerusi Majlis 2. Aktiviti Tahunan PPDa 3. Minggu Antidadah 4. Hal-hal lain Kehadiran : 1. En. Nordin Bin Abd. Karim 2. Pn. Zahariah Binti Hassan 3. Pn. Norenafidah Binti Mat Tarmidi 4. Pn. Rosniza Binti Kasim 5. En. Mohammad Jamid Bin Abdul Hamid 6. Pn. Madiha Binti Redzwan
1.
Ucapan Pengerusi Majlis 1.1 Puan Zahariah selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini. 1.2 Puan Zahariah juga berharap program PPDa kali ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. Beliau juga berharap agar murid di sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan dadah. Aktiviti Tahunan PPDa 2012 2.1 Puan Norenafidah selaku penyelaras unit PPDa mengedarkan takwin unit PPDa SKBB dan menerangkan aktiviti yang dirancang pada tahun ini ialah: a. Minggu PPDa b. Ceramah dan Pameran PPDa c. Karnival PPDa d. Program 5 minit 2.2 Beliau berharap semua program yang dirancang memberi menafaat kepada semua murid dan mendapat kerjasama daripada semua guru. Tindakan : AJK PPDa
2.
3.
Minggu Antidadah 3.1 Penyelaras PPDa juga memaklumkan bahawa Minggu Antidadah akan diadakan pada bulan Mar atau April tahun ini dan beberapa pertandingan akan diadakan seperti tahun-tahun sebelum serta wajib disertai oleh semua muridmurid. 3.2 Jawatankuasa akan ditubuhkan dan mohon bantuan semua guru-guru kelas dan guru matapelajaran tertentu.
4.
Hal-hal lain 4.1 Puan Zahariah meminta guru-guru untuk bekerjasama memperindahkan sudut PPDa sekolah. 4.2 Encik Nordin berharap semua guru bekerjasama untuk menjadikan sekolah bebas Dadah dan program yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik.
Disediakan oleh, (PN. NORENAFIDAH BINTI MAT TARMIDI) Setiausaha PPDa Sekolah Kebangsaan Bohor Baru
PERKARA Ucapan Pengerusi Majlis 1.1 Puan Rohani selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini. 1.2 Pn.Rohani juga berharap program PPDa kali ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan.Beliau juga berharap agar murid di sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan dadah. Pengesahan minit mesyuarat -Pn.Azura membentangkan minit mesyuarat kali pertama -Cik Norhafiza mengesahkan minit mesyuarat dan disokong oleh Pn. Arnizailani. Perkara Berbangkit -Pn.Zaini memaklumkan yang karnival PPDa peringkat Zon Bangsar akan diadakan pada 23/4/2011 di SK Hartamas. -Cikgu Azlan memaklumkan yang beliau telah memilih murid untuk menyertai pertandingan dalam Karnival PPDa. Karnival PPDa -Karnival ePPDa akan diadakan di SKBD pada 12/4/2011 dan persembahannya akan diadakan semasa hari Karnival di SK Hartamas pada 23/4/2011. -Pelajar yang terlibat dengan ePPDa ialah : 1.Asha Ganesh 2.Michelle Ong 3.Alyssa LiewMenon 4.Yasmin Iman
-Pelajar yang terlibat dengan sajak: 1.Mohd Alif Irwan b. MohdNadzli -Pelajar yang terlibat dengan poster : 1.Kasih Leia IxorabtAzhar -Pn Rohani berharap semua murid berjaya dalam pertandingan ini. Hal-hal lain -Semua Ajk dikehendaki memberi kerjasama melatih murid-murid untuk persediaan pertandingan dalam Karnival PPDa Zon Bangsar yang akan diadakan nanti.