Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan
PENGENALAN
Tahu kah anda bahawa setiap negara berdaulat di dunia memerlukan undangundang? Undang-undang tertinggi inilah yang dikatakan Perlembagaan. Di Malaysia kita ada Perlembagaan Persekutuan yang menjadi rujukan semua pihak dari jawatan tertinggi iaitu Yang Dipertuan Agung hinggalah rakyat biasa. Justeru Perlembagaan merupakan komponen penting dalam Kenegaraan. Jadi, unit ini akan membincangkan secara asas mengenai konsep Ketinggian Perlembagaan di samping proses penggubalan Perlembagaan dan kepentingannya dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan perkara-perkara penting Perlembagaan Persekutuan terutama bahagian unsur-unsur tradisi seperti kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa raja-raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi. Unsur-unsur tradisi ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini dan ia merupakan sebahagian daripada kontrak sosial antara kaum Melayu dan bukan Melayu semasa negara ini menuntut kemerdekaan.
Definisi Perlembagaan
Sesetengah individu dalam masyarakat tidak sedar bahawa keamanan dan ketenteraman dalam negara yang kita nikmati sekarang adalah disebabkan kejayaan kerajaan menguruskan negara melalui undang-undang negara. Undang-undang tertinggi negara inilah yang dikatakan perlembagaan. Secara terperinci perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi satu set hak, peraturan terperinci, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam negara dan autoriti awam dengan rakyat. Jadi perlembagaan merupakan satu
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 97 dokumen yang mengandungi set undang-undang yang berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh mentadbir dengan lancar. Malaysia pula merupakan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan keutuhan sempadannya, mempunyai sistem pemerintahan, ideologi kebangsaan, kedaulatan undang-undang, simbol negara, tradisi, adat resam, kesenian dan lain-lain lagi. Wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai kesan, pengaruh dan kepentingan terhadap pembentukan perlembagaan negara dan seluruh sistem kehidupan di Malaysia. Penulisan ini membicarakan tentang konsep perlembagaan dan nilai-nilai tradisi perlembagaan Malaysia. Ini kerana pelbagai aspek sistem kehidupan meliputi politik, perundangan, pemerintahan, pentadbiran, kebudayaan, kehakiman, ekonomi, pelajaran, bahasa dan lain-lain lagi bagi membina rekabentuk perlembagaan Malaysia sendiri. Perlembagaan merupakan perubahan dalam pentadbiran negara. Jadi, apakah bentuk undang-undang yang dilaksanakan sebelum pemodenan tersebut berlaku?
KONSEP PERLEMBAGAAN
Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu: prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain, badan perundangan iaitu parlimen, badan pemerintah seperti jemaah menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan yang lain seperti kewarganegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997) pula menyatakan perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud dari kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan, atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Apa yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran ataupun syor, tetapi ia merupakan undang-undang agung negara.
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 99
PERLEMBAGAAN
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 100 tersusun kerana berasaskan piagam-piagam yang telah dibuat dari semasa ke semasa dan berlaku sejak beberapa kurun yang lalu. Adat resam (convention) juga telah dianggap oleh penduduk negara tersebut sebagai sudah menjadi undang-undang negeri.
Kepentingan Perlembagaan
Secara umum Perlembagaan Persekutuan mempunyai kepentingan sebagaimana berikut:
Menjamin kestabilan politik dan sisitem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsipprinsip umum bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan.
Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan bercakap, kebebasan agama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan menentukan juga tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan
negara.
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 101 Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Ini kerana perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula tahu ke arah mana hendak dituju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menentukan sistem kerajaan kita. Perlembagaan yang terkandung dalam Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Malaysia yang ada sekarang ini. Perlembagaan kita merupakan perlembagaan bertulis yang berlandaskan sistem kerajaan demokrasi berparlimen. Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan rakyat. Dalam perlembagaan juga dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara. Malaysia mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undangundang tertinggi negara dan perlembagaan. Ia menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kedudukan negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Atau lebih tepat lagi, jika kita katakan perlembagaan yang mencorakkan penubuhan kenegaraan Malaya dan Malaysia. Dengan ini perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang menjadi sumber bagi memerintah negara. Perjanjian Persekutuan 1948 telah mencadangkan sebuah negara baru bernama Persekutuan yang ada pada masa ini adalah diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh suruhanjaya ini. Ia dimulakan pada bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini kemudianya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama. Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Perlembagaan Persekutuan 1957 ini telah dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan bagi negara Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963. Kemasukan Singapura, Sabah dan Serawak ke dalam Persekutuan Malaysia menyebabkan Perlembagaan Persekutuan 1957 dipinda dan diadakan beberapa pindaan mengenai bab pemakaian bagi negeri tersebut. Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia dalam tahun 1965, tanpa menjejaskan asas Perlembagaan Malaysia. Sehingga tahun 1985, beberapa pindaan telah dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan, menyentuh perkara atau fasal tertentu selaras dengan perubahan kehendak, keperluan dan kepentingan kerajaan.
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 102
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 103
PTM diiktiraf secara rasmi sebagai Perlembagaan Persekutuan pada 31 Ogos 1957 (Perlembagaan III)
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 16 September 1963 (Perlembagaan IV) Rajah 7.3: Perjalanan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan dari Malayan Union hingga Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perlembagaan Persekutuan kini mengandungi 183 perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Kabinet dan badan kehakiman serta beberapa peruntukan tentang kewarganegaraan, agama rasmi, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidmatan awam, hak asasi rakyat dan pilihan raya.
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 104
Lima Prinsip Rukun Negara: 1. Kepercayaan Kepada Tuhan. 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. 3. Keluhuran Perlembagaan. 4. Kedaulatan Undang-undang. 5. Kesopanan dan Kesusilaan.
I- Sebuah negara yang bersatu - mengatasi masalah Dualisme Ekonomi. II- Sebuah masyarakat berdemokrasi iaitu menerima hakikat bahawa rakyatlah yang memilih ahli-ahli parlimen dan kerajaan. III- Sebuah masyarakat adil - khusus untuk keadilan ekonomi. IV- Sesebuah masyarakat yang liberal - iaitu yang bertolak ansur, cuba mengelakkan konflik yang berpanjangan. V- Sebuah masyarakat yang progresif iaitu keupayaan kita menggunakan kemahiran sains dan teknologi ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara. Justeru, keperluan Rukun Negara adalah sebagai memenuhi keperluan Perlembagaan itu sendiri. Rukun Negara adalah sebagai lima prinsip yang memang terkandung dalam kehendak-kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan akan menjadikan arah tuju pembinaan negara bangsa Malaysia menjadi lebih jelas khasnya dalam masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 105 Bil 1. Tajuk Bahagian Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan Kebebasan Asasi 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Kewarganegaraan Persekutuan Negeri-negeri Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri-negeri Peruntukan-peruntukan Kewangan Pilihanraya Kehakiman Perkhidmatan Awam Kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat Am dan pelbagai Peruntukan sementara dan peralihan 12. 13. 14. 15. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dsb Prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-raja 152-160 162-180 181 182-183 5-13 14-31 32-69 70-72 73-95E 96-112 113-120 121-131A 132148 149-151 Perkara 1-4
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 106 Bahagian 1. 2. 3. Tajuk Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi persekutuan Kebebasan Asasi Kewarganegaraan Bab 1- Perolehan Kewarganegaraan Bab 2- Penamatan Kewarganegaraan Bab 3- Tambahan 4. Persekutuan Bab 1 - Kepala Utama Negara Bab 2 - Majlis Raja-Raja Bab 3 - Pemerintahan Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan Bab 5 - Acara Perundangan Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan Guaman 5. 6. Negeri-negeri Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri Bab 1 - Hal Undang-undang Persekutuan dan negeri Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah Bab 3 - Pembahagian beban kewangan Bab 4 - Tanah Bab 5 - Pembangunan Negara Bab 6 - Tinjauan Persekutuan,nasihat Persekutuan kepada Negeri dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai Kegiatan-Kegiatan Negeri. Bab 7 - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo 93-95 95A 95B-95E 7. Peruntukan peruntukan kewangan 96-112E Perkara 1-4 5-13 14-31 14-22 23-28A 29-31 32-69 32-37 38 39-43 44-65 66-68 69 70-72 73-95 73-79 80-81 82 83-91 92
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 107 Bab 1-Am Bab 2- Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo 8. 9. 10. 11. Pilihan raya Penghakiman Perkhidmatan Awam Kuasa kuasa khas menentang perbuatan subversive, kekerasan yang dirancang dan perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang memudaratkan awam dan kuasa-kuasa darurat. ( Di gantikan oleh Akta A442 mulai daripada 31.12.78). 12. 12A. 13. 14. Am dan Pelbagai Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Borneo Peruntukan sementara dan peralihan Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya. (152-160) (161-161H) (162-180) (112A-112E) (113-120) (121-131A) (132-148)
(149-151)
(181)
Pelaksanaan Perlembagaan
Kewibawaan Perlembagaan juga bergantung kepada keupayaan peruntukan ini dilaksanakan, iaitu dilaksanakan dalam konteks semangat dan kerohanian perlembagaan itu tadi. Satu persoalan perlaksanaannya adalah persoalan pindaan perlembagaan dalam menghadapi perubahan sosiopolitik atau ekologi sosial masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia mempunyai beberapa peristiwa dan sejarah yang menunjukkan perlembagaan Malaysia pernah dipinda antaranya isu pemisahan Singapura, isu berkaitan jantina atau gender dan kekebalan Raja. Dalam isu pemisahan Singapura, pemisahan adalah dilarang sama sekali dan memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan telah dibuat dengan 2/3 dari ahli dewan rakyat menyokong pendaan ini. Oleh itu, Singapura telah keluar dari persekutian Malaysia. Isu jantina atau gender dalam Artikel 8 (2) telah dipinda untuk memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang yang mendiskriminasikan wanita dan tiada lagi diskriminasi jantina di Malaysia. Seterusnya, isu kekebalan Raja adalah menyentuh tentang immunity raja-raja dimana mereka tidak boleh dihadapkan di mana-mana mahkamah jika melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan telah dibuat kerana memikirkan isu
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 108 immunity sudah tidak sesuai lagi mengikut peredaran zaman. Pindaan ini boleh dibuat dengan mendapat 2/3 majoriti dewan rakyat.
Perkara Terlibat Hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah, kewarganegaraan dan lainlain. Hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, jentera kerajaan negeri, hari kelepasa dan lainlain. (meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri) Meliputi keupayaan kerajaan negeri untuk membuat undang-undang selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan misalnya pemberian biasiswa, perlindungan binatang liar, kesihatan awam dan lain-lain.
Senarai Negeri
Senarai Bersama
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 109 yang diwarisi daripada zaman prapenjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan. Terdapat empat unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah institusi beraja, agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang melayu. Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan
Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan Agama Islam Dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan
Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong
Rajah 7.7 : Unsur-Unsur Tradisi Yang Diwarisi Dan Diserapkan Menjadi Sebahagian Daripada Kandungan Penting Perlembagaan Persekutuan
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 110 Jelaskan perbezaan antara pemerintahan beraja mutlak berbanding dengan sistem raja berperlembagaan yang telah dilaksanakan di negara ini.
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 111
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 112 Bincangkan langkah-langkah kerajaan dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu di Malaysia. Sejauh manakah keberkesanananya?
ii)
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 113 permit yamg dinikmati oleh sesiapa pun. Ini bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang berasa dianiyai atau diabaikan.
Dalam Perkara 153 ini menuntut Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti kepentingan sah kaum-kaum lain. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh Yang diPertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun (iaitu orang Melayu dan kaum bumiputera lain). Hak istimewa yang diperuntukkan kepada orang Melayu adalah bayaran pengorbanan mereka bersetuju dengan syarat kerakyatan longgar yang diberikan kepada orang bukan Melayu. Hak ini adalah sebagai jaminan kepada orang Melayu supaya mereka dapat memperolehi kekayaan ekonomi di bumi mereka sendiri yang sejak sekian lama menjadi monopoli orang bukan Melayu.
Hak-hak Asasi
Hak-hak asasi penduduk di Malaysia telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana di negara barat khasnya Amerika Syarikat. Bahagian 2 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan hak-hak asasi individu bagi memastikan hak asasi yang sah dari segi undang-undang. Sementara, perkara 5 hingga 13 dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan menerangkan akan maksud hak asasi dalam negara Malaysia. Justeru, setiap warganegara Malaysia berhak mendapat jaminan perlindungan daripada kerajaan persekutuan.
Kewarganegaraan
Aspek kewarganegaraan merupakan perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah disentuh dalam Perkara 14 hingga 22, Bahagian 3. Terdapat empat syarat yang akan menentukan seseorang tersebut mendapat taraf kewarganegaraan iaitu kuatkuasa undangundang, pendaftaran, masukan atau permohonan dan pencatuman wilayah.
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 114
RUMUSAN
Sebagai sebuah negara yang berdaulat Malaysia mempunyai Perlembagaannya sendiri. Walau bagaimanapun, perlembagaan ini telah beberapa kali diubah. Perubahan ini bagi mengikut perkembangan semasa yang berlaku dalam negara. Antara faktor keharmonian dan keselamatan negara adalah setiap masyarakatnya mendokong Perlembagaan Persekutuan. Justeru Perlembagaan Persekutuan hendaklah dijunjung oleh rakya warganegara Malaysia ke mana mereka pergi di peringkat persekutuan.
KATA KUNCI
1. Pemerintahan beraja 2. Raja berperlembagaan 3. Undang-undang 4. Bumiputra 5. Persekutuan 6. Suruhanjaya 7. Kewarganegaraan 8. Hak-hak Asasi 9.Membuat kesimpulan 10.Ketinggian Perlembagaan
LATIHAN
1. Apakah yang diperuntukkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan? 2. Bagaimanakah agama Islam itu menjadi tunggak budaya dan identiti Melayu? 3. Jelaskan mengapa konsep Malaysian Malaysia yang diutarakan oleh Lee Kuan Yew ditentang keras oleh orang Melayu. 4. Apakah relevannya bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi di negara ini? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan Istimewa orang Melayu? Jelaskan. 6. Terangkan proses-proses dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n | 115
7. Bolehkah perlembagaan diubah? Terangkan prosedurnya. 8. Buatkan perbandingan antara Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis. 9. Bincangkan aspek kontrak sosial yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
RUJUKAN
Abdul Aziz Bari. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia.