Daya

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAHUN 6

SAINS

TEMA 2

DAYA 1. TOLAKAN DAN TARIKAN Daya ialah suatu tolakan dan tarikan. (Rujuk : http://www.bbc.co.uk/schools/scienceclips/ages/5_6/pushes_pulls.shtml) 2. KESAN-KESAN DAYA a. Kesan Daya i. ii. Daya menyebabkan objek pegun mula bergerak. Daya mengubah pergerakan objek.

Daya mengubah arah pergerakan objek.

Daya boleh hentikan pergerakan objek.

Daya mengubah pergerakan objek.

iii.

Daya mengubah bentuk sesuatu objek.

TAHUN 6

SAINS

TEMA 2

DAYA 3. GESERAN Daya yang melawan arah pergerakan objek. Berlaku apabila dua permukaan bersentuhan.

Kesan Geseran a. Geseran antara dua permukaan akan memanaskan permukaan yang bergesel. b. Geseran menyebabkan objek berat sukar digerakkan. c. Geseran menyebabkan permukaan objek haus dan koyak. d. Geseran memperlahankan dan menghentikan pergerakan objek. e. Geseran membolehkan objek berada dalam kedudukan pegun.

Faktor yang Mempengaruhi Geseran i. Keadaan permukaanpermukaan yang licin menghasilkan geseran yang

kurang, manakala permukaan yang kasar menghasilkan geseran yang kuat.


(Rujuk : http://www.bbc.co.uk/schools/scienceclips/ages/8_9/friction.shtml)

ii.

Berat objek-

objek yang berat menghasilkan daya geseran yang lebih kuat.

(Rujuk : http://www.bbc.co.uk/schools/scienceclips/ages/10_11/forces_action.shtml)

Kebaikan Geseran
1. Geseran membolehkan kita berjalan atau berlari tanpa tergelincir. 2. Geseran membolehkan kenderaan yang bergerak diperlahankan atau dihentikan. 3. Geseran membolehkan kita memegang objek. 4. Geseran membolehkan kita menajamkan pisau dan sebagainya.

Keburukan Geseran
1. Geseran menyebabkan tapak kasut atau tayar haus. 2. Geseran menghasilkan haba di dalam mesin. 3. Geseran menyebabkan pembaziran tenaga.

TAHUN 6

SAINS

TEMA 2

CARA MENGURANGKAN GESERAN 1. Geseran boleh dikurangkan a. Pengguling atau alas bebola.

b. Pelincir seperti minyak, lilin dan gris.

c. Serbuk bedak atau alas udara.

d. Melicinkan permukaan.

e. Bentuk aerodinamik.

TAHUN 6

SAINS

TEMA 2

CARA MENGURANGKAN GESERAN 2. Geseran boleh ditambahkan a. Bahan yang kasar.

b. Corak pada permukaan.

TAHUN 6

SAINS

TEMA 2

GERAKAN 1. KELAJUAN i. ii. iii. iv. Setiap objek yang bergerak mempunyai kelajuan. Objek yang pegun tidak mempunyai kelajuan. Kelajuan menunjukkan berapa laju suatu objek itu bergerak. Objek mana yang bergerak laju boleh ditentukan dengan - membandingkan jarak yang dilalui di dalam masa yang diberikan oleh dua objek yang bergerak. v. Objek yang bergerak laju melalui jarak yang lebih jauh di dalam masa yang ditentukan.

650 km

110 km

Kapal terbang bergerak lebih laju berbanding kereta dalam masa 1 jam.

48.3 meters/jam

300 meter/jam

TAHUN 6

SAINS

TEMA 2

PENGIRAAN KELAJUAN

KELAJUAN =

JARAK MASA

Unit kelajuan boleh ditulis seperti berikut : i. ii. iii. Kilometer per jam (km/j) Meter per saat (m/s) Sentimeter per saat (cm/s)

JARAK =

LAJU X MASA

MASA=

JARAK LAJU

LAJU

JARAK

x
MASA

You might also like