PANTUN
PANTUN
PANTUN
1.0 PENGENALAN
Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu
pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Zaba di
dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa penciptaan
pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum
telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi
daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang
dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain (Harun
Mat Piah, 1989: 122).
Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan,
haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering
berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di
bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115) menjelaskan bahawa
penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk
memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam semulajadi sebagai
perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat.
Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu
(Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu
berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah
dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam.
Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap
pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan
falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai
pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban
masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.
1.1 DEFINISI PANTUN
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada penggunaannya
yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti,
tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi melayu yang
tidak diragui sifat keasliannya. Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam
bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau
empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b,
atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat
dijumpai pantun yang bertulis hasil nukilan atau karya seseorang.
Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman
dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema
dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang
berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut
tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan
makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit
atau abstrak.
Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir
seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawa
kepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63), seperti
pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat,
pantun teka- teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun
agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan
sebagainya.
1.2 FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU
1.2.1 Pantun Dalam Sistem Politik dan Pemerintahan
Di dalam sistem pemerintahan beraja di zaman dahulu, Sultan di lambangkan sebagai
seorang yang sangat berkuasa dimana kata-katanya harus diterima sebagai sesuatu yang
benar. Sebagaimana dalam cerita Singapura di langgar Todak pantun ini memperlihatkan
bahawa Raja tidak boleh dilawan kata-katanya. Apabila seorang raja murka, maka buruklah
padahnya. Bagaimana Hang Nadim telah dihukum bunuh atas di atas sumbangannya memberi
idea kepada raja. Bila seorang raja merasa terhina, padahlah akibatnya. Pada waktu itu, raja
tidak boleh dilawan kata-katanya. Dengan berpantun membawa makna sindiran terhadap
peristiwa tersebut. Rakyat jelata tidak mampu menzahirkan dengan kata-kata, hanya berpantun
dapat meluahkan apa yang terbuku di kepala.
1) Carik baju raja,
Dilompati todak,
Bukan disengaja
Sebab akal budak.
Dalam kisah Tun Jana Khatib disebutkan pula, itulah dipantunkan orang;
2) Telur itik dari Senggora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.
Dalam pantun di atas di gambarkan bagaimana tindakkan keterlaluan mendapat balasan yang
setimpal. Seorang alim ulamak di hukum atas perbuatan yang tidak mempengaruhi raja. Tun
Jana Khatib seorang manusia mulia tetapi di hina raja. Di hukum bunuh di atas perbuatan yang
kononnya bertidak pandai terhadap permaisuri. Kononnya beliau membuat perbuatan sihir
sehingga sebatang pokok pinang boleh terbelah dua.
3) Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Pantun ini menunjukkan bahawa di zaman itu pangkat menjadi sesuatu yang penting dan
sangat di muliakan. Gading di gambarkan sebagi sesuatu yang sangat berharga, manakala
tanduk ialah sejenis barang yang tiada nilainya. Apabila seseorang telah mendapat sesuatu
yang lebih baik, yang lama akan dilupakan. Pantun ini merujuk kepada sumbangan Hang Tuah
kepada rajanya. Apabila tidak di perlukan, segala jasanya terdahulu hilang di pandangan raja.
1.2.2 Pantun Dalam Sistem Ekonomi
4) Pergi ke belukar memasang pikat,
Pulangnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.
Pantun di atas menunjukan bahawa sikap berjimat cermat adalah amalan yang baik. Walaupun
pendapatan sedikit, namun kesannya seumpama lebih daripada yang di terima. Masyarakat
dahulu kala mengambarkan bahawa kita mestilah bersyukur dengan apa yang ada. Waalaupun
hanya mendapat sedikit rezeki, mereka harus menerimanya dengan hati terbuka.
5) Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga ke selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.
Sikap berjimat tergolong dalam amalan mulia, sedangkan sikap boros ialah pekerjaan syaitan.
Pantun ini mengajak manusia menjadi seorang manusia yang mengamalkan sikap
kesederhanaan dan berjimat cermat. Syaitan digambarkan sebagai makluk yang tidak pernah
bersyukur, oleh kerana itu perbuatan seumpama itu di kaitkan dengan syaitan. Ianya mampu
melahirkan masyarakat yang peka kepada pembaziran.
6) Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.
1.2.3 Pantun Untuk Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang
menerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas
dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun begitu, oleh
sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi sehingga ia
berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu
berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan dua contoh pantun budi
yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :
7) Pisang emas di bawa belajar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang
berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan
melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah jumlah
hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang budi
seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun.
Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun.
Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan
bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.
Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalnya sekiranya kita
menyelamatkan nyawa seseorang daripada menimpa kecelakaan atau kemalangan terutama
yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya selagi hayat dikandung badan.
Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada penerimanya sekiranya kita mengambil
contoh pemberian sedekah, bantuan berbentuk wang tunai atau kerja buat, cederahati kenang-
kenangan kepada orang-orang miskin atau mereka yang memerlukan dalam meringankan
beban kerja atau kos sara hidup yang perlu ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini
disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.
8) Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi kepada
masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat mementingkan
nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu kala amat
menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang
pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal menantunya
berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk meminang untuk
anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak. Sekiranya
didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal.
Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-
temurun dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu memandang
tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga, kebanyakan perbuatan
seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima
kasih, memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana pantun
menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu
yang penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.
1.2.4 Pantun Dalam Adat Istiadat
Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini.
Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi
pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan
ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk
menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat dan huraiannya :
9) Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang;
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.
Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini.
Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini menceritakan
tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang
begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai serunya.
Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada
kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin
dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni
selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihak perempuan dan merisik
tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat
pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.
10) Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut
menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau
haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang yang
beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu
untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam
masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa kedua-
dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan,
belanja perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu
bahawa gadis tersebut sudah berpunya. Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki
haruslah merisik terlebih dahulu perempuan tersebut untuk memastikan perempuan tersebut
bukan milik orang lain.
Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah
masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang
pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk
kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada
peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun
bukan sahaja berfungsi menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang
kehidupan sesebuah masyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.
1.2.5 Pantun Meluahkan Kasih Sayang dan Kerinduan.
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan
masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara,
suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami
dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan
kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.
Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya ialah
mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang
kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cinta
antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan
sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat tradisional dalam
menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telah memperlihatkan bahawa masyarakat tradisional
sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam berkasih sayang.
Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat dihalang oleh manusia
daripada terus belaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi. Berikut merupakan dua contoh
pantun kasih sayang dan penerangannya :
11) Bunga melur di atas titi,
Mari dibungkus di dalam kertas;
Dalam telur lagi dinanti,
Inikan pula sudah menetas.
Pada rangkap pertama pantun kasih sayang di atas memaparkan mengenai ajaran
tentang kesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan sesebuah
perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan sebagainya. Kesetiaan dalam
perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapat
berjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran. Rangkap pertama cuba
menceritakan mengenai kesetiaan seorang jejaka menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu.
Dalam perhubungan, kesetiaan perlu wujud bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan.
Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri serta mematangkan seseorang dalam
melakukan perhubungan. Seandainya ajaran ini tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan
itu tidak akan dapat bertahan lama malah masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana
konsep kesetiaan dan ketaatan tidak dilaksanakan dalam perhubungan.
12) Lama sudah tidak ke ladang,
Padi sudah dililit kangkung;
Selama tuan tidak kupandang,
Putus hati pengarang jantung.
Rangkap kedua pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat
mestilah mempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan. Sifat ini hanya boleh dimiliki oleh
mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil perhatian. Ajaran ini
sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu, dapat menguntungkan
seseorang dan mengukuhkan lagi perhubungan agar aman dan harmoni. Sikap keprihatinan ini
ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak memandang lelaki lain selain daripada
kekasihnya. Keprihatinan ini wajar diikuti oleh masyarakat agar dapat mewujudkan satu
perhubungan yang kukuh seterusnya dapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga,
kekasih mahupun masyarakat. Oleh sebab itu, sikap ini sangat penting dalam perhubungan dan
seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat dinihari.
Kesimpulannya, pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan masyarakat
Melayu. Pengaruh pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga
menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu
mereka mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi
akan datang dan tidak ditelan perubahan zaman.
1.2.6 Pantun Untuk Sindiran dan Tempelak
Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22)
kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah
menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-
pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat
teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah
diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan
sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan
dua contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :
13) Pondok robek makan api,
Anak Cina main teropong;
Katak bertingkir besar hati,
Dapat dunia bawah tempurung.
Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia
yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan berusaha untuk memajukan
diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya dengan rasa
gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan membawanya ke mana-
mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada
pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang diceritakan sebagai situasi yang
dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut.
Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau maksud sosial dan moral sastera.
14) Ayam dikepuk dipanggil pulang,
Kain tercarik tersangkut duri;
Usah ditepuk air di dulang,
Kelak terpercik muka sendiri.
Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak
memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di
dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat handai akan
mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh
saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar.
Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi
mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan
pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah penggunaan
kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara
terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau takut kerana tidak manis
didengar orang dapatlah disembunyikan.
1.2.7 Pantun Menyampaikan Mesej Berunsur Keagamaan
Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah.
Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-
lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang
disuruh oleh Allah dan meninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat
Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau
buruk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama dan penerangannya :
15) Redup bulan nampak nak hujan.
Pasang pelita sampai berjelaga;
Hidup mati di tangan tuhan,
Tiada siapa dapat menduga.
Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan ialah
sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petandanya. Contohnya, bulan yang redup
menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga bermakna
hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga kerana segalanya
hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah
sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir untuk setiap manusia
sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi
sesuatu itu atas kemahuannya. Contohnya, bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari boleh
mati dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.
16) Sayang-sayang buah kepayang,
Buah kepayang hendak dimakan;
Manusia hanya mampu merancang,
Kuasa Allah yang menentukan.
Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah kepayang
iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu seperti
manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya. Selain itu,
buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi
hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Manusia boleh merancang berbagai
perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang walaupun mengetahui
yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada siapa hanyalah hambanya.
Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai
keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna
bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk
serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-
makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang
terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik
dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi.
1.3 KESIMPULAN
Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu.
Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya
kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang
niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau.
Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut
terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk
memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan
kajian tersebut agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan
zaman.
Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan sebagai
alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan
menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seseorang dalam sesuatu
keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-hal yang tidak rasmi. Selain itu, pantun juga
dianggap sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan
perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat. Pantun juga menjadi
medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan berbentuk keagamaan. Di samping
itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak yang ditujukan kepada seseorang
dengan niat untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau sahsiah individu atau mereka yang
berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.
Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama ini
agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang
dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh orang-orang
Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari pantun Melayu, kita dapat mengenali
masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali masyarakat Melayu melalui
pantun dan kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita dengan masyarakat Melayu
kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan akrab. Inilah peninggalan
pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak bernama, khazanah yang
memperkayakan perbendaharaan sastera kita.
2.0 TEKS KLASIK SASTERA MELAYU
MISA MELAYU
2.1 LATAR BELAKANG KARYA
Penulis Misa Melayu
Misa Melayu ditulis di istana oleh seorang pujangga istana bernama Raja Chulan. Nama
penuhnya ialah Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang diPertuan Muda Sultan Mansur
Syah bergelar Marhum Pulau Juar, Kampung Gajah , Perak .Raja Chulan mengarang Misa
Melayu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain dan selesai ditulis pada 1908 masehi
di Mukim Bandar , 36800 Kampung Gajah, Perak. Mukim Bandar terletak di tebing kiri Sungai
Perak, kira-kira 7 km dari Kampung Gajah , Perak.
Raja Chulan dianggarkan hidup sekitar 1720- 1786 masehi. Datuknya Sultan Mansur
Syah yang menjadi salah seorang Yang Dipertuan Muda Perak atau terkenal dengan nama
Marhum Pulau Tiga. Sultan Mansur Syah ialah anak Sultan Mudzaffar Shah II iaitu Sultan Perak
ke-10 ( memerintah 1636-1653). Pada zaman Sultan Mudzaffar Shah III (1728-1752) Raja
Chulan telah dianugerahi gelaran Raja Kecil Besar pada tahun 1752.Apabila Sultan Mudzaffar
Shah III mangkat pada tahun 1752, diganti oleh Sultan Iskandar Zulkarnain , iaitu Sultan Perak
ke-15 (1752-1765). Apabila Sultan Iskandar Zulkarnain mangkat 1765, Raja Kemas yang
bergelar Raja Muda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak (1765-1773).
Raja Chulan yang bergelar Raja Kecil Besar dinaikkan pangkat menjadi Raja Bendahara
Perak. Raja Chulan berkhidmat dengan 9 orang sultan. Raja Chulan akhirnya menjadi Raja
Muda Perak pada 1773 dan mangkat pada 10 Februari 1787. Untuk mengelakkan kekeliruan,
Raja Chulan yang disebut di atas merupakan orang yang berbeza dengan Y.A.M. Raja Sir
Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah.
Bentuk
Misa Melayu ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dalam tulisan jawi . Jadi ini merupakan satu
karya yang unik. Contoh sastera sejarah prosa ialah Sejarah Melayu, Salasilah Melayu dan
Bugis, Hikayat Merong Mahawangsa , Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-lain. Contoh sastera
sejarah bentuk puisi ialah Syair Perang Siak, Syair Perang Kompeni Welanda Dengan China ,
Syair Perang Inggeris Menyerang Kota dan lain-lain
Tema
Tema karya ini ialah tentang sejarah raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara
tahun 1700 hingga 1780-an. Penceritaan agak teratur menurut kronologi. Anehnya Raja Chulan
tidak memuatkan unsur-unsur mitos. Antara isi ceritanya ialah :
Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung, Raja Iskandar Zulkarnain /
( Alexander The Great yang memerintah Macedonia di Iraq) . Jurai keturunannya hingga
kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan ( Raja Chola) yang
memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang Belanda telah
mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban setelah
mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah. Sejarawan Andaya menyatakan pada 22
oktober 1746, Arry Veerbrugge dihantar ke Perak untuk berunding mengenai perniagaan
bijih timah dan membina loji di Pengkalan Halban , berhampiran dengan muara Sungai
Kinta - Sungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti.
Raja Chulan juga terlibat dalam rundingan peminangan Raja Muda akan Raja Budak
Rasul
Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain menyusur pantai negeri
Perak.
Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan
Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan
Sungai Perak di hulu Sungai Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting
seperti Sungai Galah,Tanjung Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain.
Istiadat melenggang perut permaisuri Raja Iskandar.
Perkahwinan Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul.
Kisah Sultan Muhammad ( waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa
dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua).
Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda. Sultan Muzaffar
meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya , puteri Sultan
Muazaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul dkahwinkan dengan Raja Muda.
Kisah Sultan Muhammad Syah ) 1744-1750) mengorbankan kedudukannya sendiri
selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di bawah pemerintahan seorang
sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.
Latar Tempat
Istana dan makam Sultan Iskandar Zulkarnain terletak di Pulau Indera Sakti . Pulau ini
merupakan sebuah 'pulau' di dalam Sungai Perak, kira-kira 16 km ke hulu dari Teluk
Intan . Kini Pulau Indera Sakti telah lama tidak ada penduduk . Penduduknya berhijrah
kerana masalah [banjir]] dan sistem perhubungan bertukar dari jalan air kepada jalan
raya. Kesan sejarah yang masih ada hanyalah makam Sultan Iskandar Zulkarnain.
Semasa pertabalan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak tahun 1986, baginda dan
rombongan telah singgah di Pulau Indera Sakti dan lain-lain. Selain itu lokasi istana
Sultan Perak pindah ke hulu-hulu Sungai Perak seperti di Sungai Budiman - Pulau
Besar , Pulau Tiga , Pulau Juar, Geronggong dan terakhir di Kuala Kangsar.
Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah.
Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak.
Mukim Bandar
Di Pulau Juar , Kampung Gajah terdapat sebuah makam Sultan Perak yang bernama
Sultan Mansur Syah.
Kampung Pulau Tiga terletak kira-kira 3 kilometer di utara Kampung Gajah , Perak, di
tepi kanan Sungai Perak. Terdapat 2 makam sultan di Kampung Tanjung Bidara, Pulau
Tiga. Makam ini berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara dan tepi
Sungai Perak.
Pengkalan Halban terletak berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara Sungai
Kinta. Pokok halban amat keras dan sesuai dibuat rebana, Rebana ialah alat muzik
yang menggunakan kayu halban dan kulit lembu menyerupai kompang tetapi
mempunyai bunyi yang lebih nyaring. Dalam Islam, hanya alat muzik begini yang tidak
tidak berlubang dibenarkan
Latar sosial
Dalam Misa Melayu ,terdapat pelbagai bangsa seperti Rawa , Minangkabau, India dan
Cina yang tinggal di sepanjang Sungai Perak terutama di Pulau Indera Sakti dan Mukim
Bandar . Ini termasuklah Pulau Juar , Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru,
Kampung Teluk Memali hinggalah ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah
sekarang ini.
Terdapat pelbagai adat diketengahkan dalam penceritaan buku Misa Melayu seperti
Adat Bertindik, Berinai, Istiadat Pelantikan dan Pertabalan, Istiadat Menjunjung Duli,
Istiadat Melenggang Perut, Istiadat Kemangkatan dan Berkabung, Istiadat Menurun
Tambak dan Batu Nisan serta Istiadat Membayar Kaul (Niat).
Istiadat Perkahwinan
Raja Iskandar ingin berkahwin dengan Raja Budak Rasul, anak Sultan Muzaffar Syah. Raja
Aliuddin dan Raja Chulan diminta merisik dan meminang dengan membawa emas sekati.
Semasa menikah, Raja Iskandar membawa 100 tahil emas, 10 pasang hamba ( orang Jawa),
dan 1000 keping timah. Akad nikah dimulai dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara
bersiram.
Istiadat Pertabalan
Waktu Sultan Muzaffar Syah III mangkat , Raja Iskandar diberi memakai segala alat
kebesaran kerajaan. Raja Iskandar ditabal menjadi menjadi Sultan Perak dengan
gelaran Paduka Seri Sultan Zukarnain Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil
Alam.
Sultan Mahmud Syah ditabalkan sebelum jenazah Sultan Iskandar dikebumikan.
Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda ditablkabn berikutan kemangkatan
kekandanya Sultan Mahmud Syah
Setiap pertabalan dan adat menjunjung duli disertai dengan gendang nobat Ibrahim Khalil atau
disebut 'bermahalil'.
Upacara Melenggang Perut
Tatkala Permaisuri Sultan Iskandar mengandung 7 bulan. Temasya diadakan di balai
panca persada selama 40 hari 40 malam. Seluruk rakyat termasuk Cina, india dan
Belanda memberi hadiah. Persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda Seri
indera dan Nakhoda Jumaat.
Istiadat Membayar Kaul
Sultan Iskandar di Pulau Indera Sakti jatuh sakit. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik
berjaga-jaga, menurun jin, titik dan perdikiran. Akhirnya Raja Muda dan rakyat bernazar agar
baginda sembuh. Sultan Iskandar dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau Indera
Sakti dengan perahu.
Ekonomi Sungai Perak
Belanda telah mempunyai gudang bijih timah di Pengkalan Halban. Pengkalan Halban terletak
berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara Sungai Kinta- Sungai Perak, 10 km ke
selatan Kampung Gajah sekarang. Kompeni Belanda di Betawi ( Jakarta sekarang ) , mengiring
7 buah kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang
bertugas sebagai jurubahasa Belanda. Rundingan semula serta perjanjian akhirnya
membolehkan Belanda memonopoli perdagangan bijih timah di Perak dan berhasil membeli
500 bahara timah.
Di dalam hutan negeri Perak banyak gajah hinggakan sebuah kampung digelar
Kampung Gajah. Hanya Sultan Perak iaitu ( Sultan Iskandar Zulkarnain ) dibenarkan berniaga
gajah. Di Pulau Indera Sakti banyak kedai dan toko-toko Cina. Sebuah kampung di Rantau
Panjang dan Kampung Air Mati ada kedai emas Cina . Di Pasir Salak turut ada kedai Cina.
Selain Belanda yang menjalankan perniagaan bijih timah, pedagang India, Cina , Jawa dan
Siam turut berdagang. Antaranya ialah pakaian , garam, tembakau , gambir , pinggan mangkuk
tembikar Cina, alatan seperti parang , keris , benang emas, rempah, candu dan lain-lain.
2.2 HURAIAN BAHASA MELAYU KUNO
Sebuah inskripsi Bahasa Melayu Kuno yang digelar Kawi ditemui di Pengkalan Kempas di
Negeri Sembilan, Malaysia. Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu,
bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba.
Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.
Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada
zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur
bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia),
Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:
Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.
Pengaruh Sanskrit dan Hindu
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana
kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi
bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang
mudah dilentur antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan
daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, fonem,
perkataan dan rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu Kuno tidak
mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
Batu Bersurat dan Candi
Salah satu bukti sejarah Bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah
ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno
pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan
yanb berasal dari selatan India. Banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi
oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus
dan Pagar Ruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.
Bukti kegemilangan Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang
penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa
Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303
[1]
) ditulis dalam
tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa
Melayu pada abad itu.
Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat
pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah
dan rahmat
Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kerajaan Melayu kuno.
Kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diketahui adalah seperti Oc-eo, Lembah Bujang, Ko-ying,
Kerajaan Funan, Srivijaya, Kerajaan Angkor Wat, Majapahit, Kedah Tua dan Melaka.
Zaman kegemilangan
Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan kerajaan
Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam daripada Arab
dan India. Ini menyebabkan penyerapan unsur unsur Arab dan Parsi dalam Bahasa Melayu.
Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu Zaman Kerajaan Melaka, Zaman
Kerajaan Acheh dan Zaman Kerajaan Johor-Riau.
Tokoh dan Hasil Karya
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah Fansuri,
Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Hasil karya
yang terkenal pula ialah:
Hikayat Raja-raja Pasai
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Hikayat Amir Hamzah
Bustanus Salatin
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
Hikayat Iskandar Zulkarnain
Hikayat Hang Tuah
Misa Melayu
Tajus Salatin
Ciri ciri Bahasa Melayu Klasik
Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan
dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:
Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
Menggunakan bahasa istana
Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran
(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti sebermula,
alkisah, hatta, adapun.
Banyak menggunakan partikel pun dan lah
Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab
yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai
bidang bahasa seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata
umum.
Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian
daripada itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan
lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah
daripada teks-teks bahasa Arab.
2.3 KOSA KATA PINJAMAN
Kosa kata pinjaman dalam Bahasa Melayu dipengaruhi oleh perkembangan dan kemajuan
yang dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan,
pentadbiran, persuratan, keilmuan, pengaruh agama dan kebudayaan. Sejarah telah
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah berkembang daripada status Bahasa Melayu
Purba menjadi Bahasa Melayu Kuno seterusnya Bahasa Melayu Moden setelah melalui
penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Jawa, Arab, Cina, Belanda,
Portugis dan Inggeris.
Antara kosa kata pinjaman yang terdapat dalam buku Misa Melayu adalah;
hijrah nasab khalifah
indera shahadan di-biari
putera patek ayapan
gambang nank mushkil
lanchang sukachita enche
Holanda langsong rial
gedong menunggui murka
2.4 PERKATAAN
Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada
perkataan perkataan yang kekal daripada dulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam,
air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti
dalam jadual jadual di bawah:
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
vulan bulan
nasyik asyik
nayik naik
mangalap mengambil
mamava membawa
saribu seribu
vanakna banyaknya
sukhacitta sukacita
ko ke
sarivu seribu
samvau sampan
datam datang
Awalan ni- menjadi di-
Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa
Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
nimakan dimakan
niminumna diminumnya
niparvuat diperbuat
Awalan mar- menjadi ber-
Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa
Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
marvanum berbangun
marvuat berbuat
marlapas berlepas
Akhiran -na menjadi -nya
Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
vinina bininya
vuahna buahnya
Tanda (-) sempang dan ( ) pepet dalam ejaan
Antara contoh ejaan perkataan dalam buku Misa Melayu adalah;
Tanda (-) sempang ( ) pepet
l -kesah n g ri
di-ambil-nya pu t ra
ka-Sayong b b rapa
tidak-lah s karang
seperti-nya k rajaan
ka-balai s ri
kadar-nya B rapa
Ejaan Bahasa Melayu Lama dan Bahasa Melayu Baharu
Selain itu terdapat perbezaan ejaan yang sangat ketara antara Bahasa Melayu Lama dan
Bahasa Melayu Moden. Walau bagaimanapun perbezaan ini masih mengekalkan aspek makna
bahasa. Antara contoh Perbezaan Ejaan Lama dan Ejaan Baharu dalam Misa Melayu adalah;
Ejaan Lama Ejaan Baharu
cherita cerita
delapan lapan
pachat pacat
dudok duduk
bichara bicara
kapada kepada
sukachita sukacita
enche encik
meshuarat mesyuarat
kechil kecil
raayat rakyat
Ringkasan
Secara ringkasnya berikut merupakan ciri ciri Bahasa Melayu Kuno
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit seperti tatkala, air dan sebagainya
Bunyi b ialah w dalam Bahasa Melayu Kuno. Contohnya bulan ialah wulan
Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan - dngan atau dangan
Awalan ber- ialah mar- dalam Bahasa Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha; saya - sahaya)
2.5 STRUKTUR AYAT
Bahasa Melayu Klasik cenderung menggunakan ayat yang panjang, berulang dan berbelit.
Lebih banyak penggunaan ayat pasif dan songsang berbanding ayat aktif. Ayat-ayat biasanya
dimulakan dengan perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta dan adapun. Buku Misa
Melayu banyak dipengaruhi oleh Bahasa Istana dan Bahasa Arab.
Antara contoh ayat yang terdapat dalam Buku Misa Melayu adalah;
Contoh ayat panjang
Ada pun asal-nya raja itu di-cheritakan oleh orang yang empunya cherita dahulu kala daripada
hijrah Raja Iskandar Dzul-Karnain yang menjalani daripada matahari masok ka-matahari naik
dan nasab-nya daripada Raja Nushirwan Adil, chuchu chichit daripada Raja Suran yang turun
ka-dalam laut jatoh ka-negeri Raja Fatihul-ardzi.
Contoh ayat songsang
Maka sudah mangkat Al-Marhum Jalilullah, maka putera baginda marhum besar kerajaan dan
adinda yang muda menjadi Duli Yang di-Pertuan Muda.
Contoh permulaan perdu kata
Ada pun adinda baginda..
Maka segala anak-anak raja..
Hatta beberapa lama-nya
Contoh pengaruh Bahasa Arab
Wa-bihi nastainu billahi ala l-kesah.
Dzillu llahi fil-alami.
2.6 STRUKTUR MAKNA
Kajian Struktur Makna berkaitan dengan aspek Semantik dalam bahasa. Semantik ialah bidang
yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas
dan mempunnyai makna. Dalam istilah bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat,
emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani semantikos
yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa,
semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitian makna
bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Secara umum semantik ialah ilmu tentang erti atau
perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang
atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta
pengaruh makna terhadap masyarakat.
Dalam Bahasa Melayu Klasik, maksud disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat
ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang
diujarkan sahaja. Begitu juga dengan Struktur Makna dalam Misa Melayu.
Contoh ayat Makna tersurat
Maka baginda itu pun mangkat. Raja telah meninggal dunia.
Apa pekerjaan adinda datang ini? Apa tujuan adik datang?
3. TEKS MODEN SASTERA MELAYU
HURAIAN BAHASA MELAYU MODEN
Bahasa Melayu Moden merujuk kepadabahasa yang digunakan pada abad ke-19 hinggalah
sekarang. Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia
Tenggara. Keadaan ini telah mengakibatkan bahasa Portugis, bahasa Belanda dan
kemudiannya bahasa Inggeris mula bertapak di Nusantara, dan seterusnya mempengaruhi
bahasa Melayu.Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu
Klasik, tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat. Namun
begitu, bahasa Melayu Moden ini tidak menerima sistem pembentukan bahasa tersebut. Ianya
juga tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang pernah diguna pakai
sebelumnya. Banyak istilah-istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam Bahasa
Melayu Moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari masa ke
semasa. Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak mempunyai
keupayaan untuk berbuat demikian.
Keterbukaan bahasa Melayu Moden menerima unsur-unsur bahasa asing telah
menajadikannya semakin dinamik dan dapat meneruskan kelangsungannya.Tidak seperti
Bahasa Melayu Kuno atau Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden tidak mampu
berkembang secara bersendirian. Catatan sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu Moden
telah mengalami beberapa perancangan dan pembangunan oleh sebuah badan bahasa yang
ditubuhkan khas iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bahasa Melayu Moden telah
diangkat statusnya sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
Definisi Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga
sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara.
Dalam tempoh tersebut, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti dengan
bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris telah bertapak di nusantara dan seterusnya
telah mempengaruhi bahasa Melayu.
Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu Moden telah mengalami dua
fasa perkembangan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang dunia Kedua dan selepas
Perang Dunia Kedua.Jika dilihat sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu Moden
mendapat kedudukan yang tinggi, ekoran daripada kecemerlangan sebelumnya. Sungguhpun
kerajaan British yang mentadbir Tanah Melayu pada ketika itu, pegawai-pegawainya
dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa yang diadakan bagi
membolehkan mereka berhubung dengan penduduk tempatan dengan mudah dan lancar. Oleh
itu tidak hairanlah sekiranya terdapat ramai pegawai atasan British seperti Brown, Kilkinson,
Maxwell, Winstedt, Dussek, Marsden, Skinner dan lain-lain didapati mahir dalam menggunakan
bahasa Melayu.
Sebaliknya, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mengubah dasarnya dengan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Individu yang
berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan diberi keutamaan untuk bekerja dengan
pemerintah Inggeris. Akibat dari itu, ramai pelajar Melayu telah diberikan pendidikan Inggeris
dan dihantar berkursus di England. Mereka telah menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan
seharian. Pada ketika itu, individu yang boleh berbahasa Inggeris dianggap sebagai orang bijak
dan bertaraf tinggi. Namun begitu, apabila negara kita mencapai kemerdekaan status bahasa
Melayu telah dikembalikan. Perkara 152 Perlembangaan Persekutuan telah mengangkat
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan wajib digunakan dalam urusan rasmi. Bahasa
Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah
rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Status bahasa Melayu ini telah diperkukuhkan lagi
dengan pengubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain digunakan dalam institusi
pendidikan, bahasa Melayu juga telah diperluaskan penggunaannya dalam urusan kehakiman,
persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
3.0 KAJIAN TEKS SASTERA MELAYU MODEN
KONSERTO TERAKHIR
3.1 LATAR BELAKANG KARYA
Penulis Novel
Novel Konserto terakhir ialah tulisan Abdullah Hussain. Beliau lahir pada 25 Mac 1920, di
Sungai Limau, Yan, Kedah. Pendidikan awalnya adalah di Sek.Melayu Sungai Limau sehingga
lulus darjah 5. Kemudian,beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris St.Michael
(1932-33). Seterusnya, beliau bersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935.
Dari segi pekerjaan, beliau pernah bekerja sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah
perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun1939, Pengarang Akhbar Sahabat (1941),
Pengarang Majalah Puspa di Medan, pernah bekerja di Kem Tentera Sg. Petani dan juga
sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). Dalam bidang penulisan beliau banyak menulis
cerpen, novel, biografi, autobiografi, esei, kritikan, drama, dan sebagainya. Hasil-hasil karyanya
yang lain adalah seperti Issabela (terjemahan), Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan
banyak lagi. Sepanjang pelibatannya dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kejayaan
seperti memenangi Sayembara Mengarang Cerpen sempena Hari Buruh di Medan(1950),
Peraduan Penulisan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri, SEA Write
Award, dan kejayaan yang terbesar beliau telah memenangi anugerah sasterawan Negara ke 8.
Sinopsis Keseluruhan
Konserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah
datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di Bandar untuk mencari pekerjaan.
Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh
sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya
mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang
kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik
daripada keluarga Datuk Johari. Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang
baik. Dia dapat merasakan bahawa dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayurnya itu seperti
mempunyai dunia sendiri.
Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati yang mempunyai
tunang bernama Mohsin. Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya itu
sehinggakan dia cemburu dengan hubungan antara Hayati dan Mohsin. Di samping itu, Hilmi
juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah
merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan dipotong
gajinya. Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke luar negeri, Hilmi ditugaskan untuk
menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar
Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan
Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang
bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat
untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran.
Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan
Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi
piano dimainkan. Lebih-lebih lagi apabila Hayati memberi ole-ole kepada Hilmi. Datin Salmah
telah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Hayati. Akhirnya Hilmi
terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung. Hilmi tidak
jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi
kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik
dengan Encik Bakar.
Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet,
seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul
Sebuah Intermeso. Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita
perkahwinan Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios
minyak petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya.
Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai Pemain Biola Hikmat Malaysia. Hayati pula telah
mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music
selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat
berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul Detik-detik Perpisahan
sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah
iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia.
KugiranDahlia dengan cepat mendapat popularitinya.
Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Rumah tangga yang
dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang terjadi dalam rumah tangganya itu telah
tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik
Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut
Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan
olehRTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu
penyusunan muzik semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra
Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh
pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama susunan muzik itu Hilmi Potpouri.
Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan
minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan
Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati
telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan Orkestra Perdana
itu. Keadaan Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang
sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi
anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan DatukJohari dan Datin Salmah menyesal
kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk
Johari dan keluarganya balik kerumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari
menerima panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.
Tema
Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup seorang anakmuda yang berasal
dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi
seorang seniman besar negara.
Berikut ialah bukti-bukti yang dapat dikaitkan dengan kewujudan tema novel Konserto Terakhir.
1. Melalui novel ini, pengarang mengetengahkan liku-liku yang dilalui oleh Hilmi yang sebelum
ini tidak mengetahui langsung bahawa dia mempunyai bakat sebagai seorang pemuzik. Bakat
itu lahir secara tidak sengaja apabila dia mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh Hayati.
2. Hilmi telah bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari. Setiap
kali Hayati bermain piano, Hilmi sengaja mencari kerja yang dekat dengan suara alunan piano
itu.
3. Minat Hilmi terhadap muzik semakin memuncak. Dia telah mengusik piano Hayati dan
memainkan beberapa buah lagu seperti lagu anak ikan. Pengarang melukiskan bakat yang
ada pada Hilmi itu yang membolehkan nalurinya menggerakkan jari-jarinya bermain piano
walaupun sebelum ini dia tidak ada asas muzik dan tidak pernah mengenal piano. Peristiwa itu
menyebabkan piano itu rosak dan Datin Salmah memarahi Hilmi.
4. Keazaman untuk menjadi pemuzik menyebabkan Hilmi belajar muzik daripada Encik Bakar,
seorang pemimpin quartet yang terkenal. Dengan bimbingan Encik Bakar, Hilmi boleh bermain
biola, trompet, seksofon, dan klarinet. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu seperti Sebuah
Intermeso dan banyak lagunya yang menjadi pujaan ramai.
5. Dunia muzik yang ada jatuh dan bangunnya juga dirasai oleh Hilmi. Hilmi memulakan
kariernya dalam dunia muzik apabila bermain dalam quartet di bawah pimpinan Encik Bakar
dan akhir-nya digelar sebagai Pemain Biola Hikmat Malaysia.
6. Dia juga telah menubuhkan sebuah kugiran yang diberi nama Kugiran Dahlia mengikut
perkembangan muzik di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi ketika itu. Pengaruh muzik itu
mula hilang dan Hilmi kembali menyertai orkestra dan telah memimpin orkestranya dan menjadi
johan tiga kali berturut-turut dalam pertandingan yang dianjurkan oleh RTM.
7. Kejayaannya itu menyebabkan dia telah ditawarkan untuk memimpin pertunjukan Orkes
Perdana yang sama tarafnya dengan Royal Performance di England dan membuat
arrangement semua lagu ciptaannya dan arrangement itu diberi nama Hilmi Potpouri.
8. Walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu dilaluinya untuk menjadi seorang pemuzik
profesional, namun bagi Hilmi yang tabah, dia telah melalui setiap cabaran hidupnya dengan
nilai-nilai murni.
3.2 KOSA KATA PINJAMAN
Analisa kata-kata asing dalam bahasa Melayu menunjukkan salah satu proses pembinaan
tamadun Melayu. Ini menjelaskan sifat-sifat bahasa dan budaya Melayu dan juga terutamanya
masyarakat Malaysia sehingga kepada pembentukannya sekarang. Oleh yang demikian,
bahasa Melayu boleh dianggap sebagai salah satu kunci untuk memahami faktor-faktor yang
meringkaskan intisari kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu. Ini adalah kerana bahasa Melayu
pernah memainkan peranan penting sebagai bahasa rasmi di Nusantara sejak masa lampau
sehingga sekarang. Bahasa Melayu mula menerima pengaruh asing sejak zaman bahasa
Melayu kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti bahasa Melayu klasik
menerima bahasa Arab dan bahasa Melayu moden menerima bahasa Eropah. Bahasa Melayu
mudah menerima bahasa asing disebabkan bahasa Melayu itu sendiri yang bersifat dinamik.
Peminjaman ini secara tidak langsung telah memperkaya kosa kata Bahasa Melayu.
Peminjaman kosa kata asing ini melalui:
a. Peminjaman terus dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan. Contoh: psychology psikologi
b. Peminjaman penterjemahan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu.
Contoh : honeymoon bulan madu.
Ada beberapa sebab bahasa Melayu perlu meminjam kosa kata asing:
a. Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep baru kerana tiada perkataan yang
sesuai dalam bahasa Melayu:
Contoh: syurga, camca, mee, taubat.
b. Perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing
Contoh: doctor (tabib), polis (mata-mata), radio (tetuang udara)
c. Sikap mengagungkan bahasa asing sehingga perkataan bahasa Melayu dianggap lapuk dan
ketinggalan zaman
d. Kekerapan penggunaan bahasa asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan
dalam bahasa Melayu kerana mempunyai maksud yang berbeza.
d. Untuk mengatasi masalah makna. Contoh perkataan riak tidak boleh digantikan dengan
perkataan sombong dalam bahasa Melayu.
- Peminjaman bahasa asing berlaku disebabkan pertembungan budaya seperti perniagaan,
peperangan dan penjajahan, penghijrahan, pendidikan dan penyebaran agama.
- Unsur-unsur daripada bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu termasuklah bunyi,
tulisan, imbuhan, kosa kata, istilah, peribahasa dan struktur ayat.
Contoh kosa kata pinjaman yang terdapat dalam Novel Konserto Terakhir adalah;
serius piano not
biola morning coffe kejengkelan
klarinet intermeso silaturrahim
seksofon abstrak janggal
famili quartet langsir
3.3 PERKATAAN
Pemilihan kata (Diksi)
Dalam novel Konserto Terakhir, penulis telah menggunakan keseragaman kata yang
berkesan dan bertenaga dalam penceritaan seperti;
- Wajahnya berisi kehairanan
- Hati Hayati bergegar ketika dia mendengar ucapan Abang Mi.
- Datin Salmah pula semakin gila membeli bunga-bunga
Penggunaan kata simile (Perbandingan)
Digunakan untuk menegaskan maksud secara berbanding menggunakan perkataan bagai atau
seperti. Contohnya;
- Dia gelisah seperti ayam dara yang pertama kali mahu bertelur.
- Bunyi tayar yang mencengkam tanah bagai jeritan orang kesakitan.
- Mengangguk seperti anak bodoh.
- Nasi itu bagai berpasir.
- Terasa bagai bahunya terkena paluan.
Penggunaan kata Metafora
Contohnya;
- warna perlindungan
- tasik matanya
Penggunaan kata Personafikasi (Perlambangan Manusia)
Contohnya;
- Perasaan rendah dirinya meronta-ronta mahu melepaskan diri.
- Pemandangan halaman rumah itu menjadi begitu riang.
- Lampu-lampu jalan yang berlari ke belakang.
Penggunaan kata Hiperbola
Contohnya;
- Jari-jarinya yang panjang menduri landak.
- Anak mata yang berapi-api itu.
- Kau bagiku adalah malaikat yang datang.
Penggunaan kata Imejan
Contohnya;
- Langit bulan November
- Alat-alat subversif
Penggunaan Peribahasa
Contohnya;
- Jauh panggang dari api.
- Hangat-hangat tahi ayam.
- Panjang akal
- Tunggul kayu
3.4 STRUKTUR AYAT
Sastera Melayu Moden cenderung menggunakan ayat-ayat yang pendek, ringkas dan mudah
difahami tidak seperti teks Sastera Melayu Lama yang dipenuhi dengan ayat-ayat yang
berulang, panjang dan berbelit. Pemilihan struktur ayat turut dipengaruhi oleh latar masa, latar
tempat dan latar budaya penulis serta karya. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek serta
didominasi oleh ayat aktif memudahkan pemahaman pembaca serta dapat menaakul isi cerita
dan mesej dalam masa singkat. Berdasarkan kajian terhadap Novel Konserto Terakhir,
terdapat beberapa contoh struktur ayat seperti;
Contoh Penggunaan Ayat Pendek
Sila minum.
Abang Mi, mak.
Minuman siapa ni?
Suruh dikemaskan.
Dari mana?
Ya? Ada apa?
Ya, Kedah!
Masuk
Kasut siapa ni?
Contoh Penggunaan Ayat Songsang
Yang perempuan itu isterinya.
Waktu itulah dia melihar Hilmi.
Dari mana dia Datin ambil?
Hampir setengah jam dia menunggu.
Sejam lebih dia mengemaskan tempat itu.
Contoh Penggunaan Ayat Aktif
Dia telah mendapat cat yang dicarinya.
Dia menjenguk ke depan beranda untuk melihat motokar.
Dia tidak dapat menahan perasaan jengkelnya.
Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang.
Aku akan simpan sampai ke akhir hayatku.
3.5 STRUKTUR MAKNA
Hiponim (Struktur Makna)
Makna hiponim mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 540) ialah kata yang
maknanya terangkum dalam makna kata yang lain, misalnya kambing, lembu dan rusa adalah
hiponim daripada binatang. Siti Hajar (2009) juga memberikan definisi yang sama merujuk
kepada definisi yang dibuat oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Hiponim berasal dari
bahasa Yunani Kuno anoma nama dan hypo di bawah(modul BML3083). Abdullah Hassan
(1980: 248, dlm. Darwis Harahap, 1994: 35) menyatakan hiponim ialah makna umum
merangkumi makna khusus. Sementara Kamarudin dan Siti Hajar (1997: 69) menjelaskan
Abdullah Hassan (1980: 248) mendefinisikan hiponim sebagai sesuatu kata yang mempunyai
lingkungan atau pemeringkatannya dalam struktur makna. Walaupun kedua-dua pendapat oleh
dua penulis di atas nampak berlainan bentuk pernyataannya, namun ia mendukung maksud
yang sama bagi memberi huraian tentang takrif hiponim. Sebagai contoh, bunga ialah makna
yang umum yang merangkumi nama jenis-jenis bunga sebagai makna yang khusus seperti
cempaka, mawar, melati, kemboja dan sebaginya.
Huraian seterusnya akan diambil dari modul BML3083 (2012). Hiponim adalah perkataan
yang maknanya mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat. Hal ini
berlaku apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan
lain (Abdullah Hassan, 2005:233). Asmah Osman (2000: 24) pula menyatakan hiponim ialah
kata penggolong atau pemasukan sepenuhnya. Verhaar menyatakan hiponimi adalah
ungkapan (biasanya berupa kata tetapi dapat juga berupa frasa atau kalimat) yang maknanya
dianggap merupakan bagian dari makna suatu ungkapan lain (Abdul Chaer, 1990: 102). Istilah
hiponimi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat dilihat
terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi, 2004).
Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyai
makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubungan
hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi (Baskaran, 2003; Jackson dan Z
Amvela, 2000; Yule, 1994). Istilah ini dicipta oleh Bazell pada tahun 1955, tetapi kegunaannya
mengikut pengertian ini diperkenalkan oleh Lyons pada tahun 1963 (Ruth M.Kemson dalam
Zaiton Ab. Rahman, 1991: 103). Hubungan kehiponim dalam pasangan kata adalah hubungan
antara lebih kecil (secara ekstensional) dan yang lebih besar.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 540) menyatakan hiponim adalah hubungan antara
hiponim dengan superordinatnya. Superordinat ialah makna am kerana merupakan
pengelompokan kata iaitu merangkumi sesuatu makna perkataan-perkataan lain yang ingin
dihuraikan. Superordinat atau dikenali juga sebagai hipernim ialah makna umum iaitu
merangkumi makna yang lebih luas. Superdinat pula membawa makna khusus kerana
menghuraikan makna superordinat. Contoh:
Hipernim: Kenderaan (superordinat/ makna am)
Hiponim : Perahu, kapal terbang, lori, van, bas, kereta (makna khas/ superdinat)
Relasi makna juga dapat dilihat dari aspek hiponim selain dari aspek sinonim, antonim,
polisem, homonim, ambiguiti, dan pertindihan makna. Relasi makna bermaksud hubungan
semantik yang tedapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain.
Satuan bahasa mungkin berupa kata frasa dan ayat. Relasi makna dapat menyatakan:
(i) Kesamaan makna
(ii) Pertentangan makna
(iii) Jangkauan makna
(iv) Kegandaan makna
(v) Kelebihan makna
Relasi makna ini dapat difahami umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga
kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan
hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, cempaka, melur, raya, kenanga, kasturi,
ros, melati, dan sebagainya.
Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas
mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal
yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai superordinat. Item-item leksikal yang di bawahnya
pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di
atasnya. Item-item leksikal ini dikenali sebagai subordinat atau hiponim. Hubungan di antara
hiponim-hiponim ini dikenali sebagai ko-hiponimi (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela,
2000). Antara contoh hubungan hiponimi yang terdapat dalam bidang tata hias adalah seperti
berikut:
Berdasarkan novel Konserto Terakhir, penulis banyak menggunakan hubungan semantik
atau struktur makna yang memudahkan pemahaman pembaca. Ayat-ayatnya membawa makna
secara tersurat atau secara terus. Walau bagaimanapun terdapat juga penggunaan Ayat Kiasan
yang membantu penulis menegaskan makna. Antara contoh struktur makna yang akan
dihuraikan dalam novel ini adalah Hiponim, Ayat Yang Membawa Makna Secara Langsung
dan Ayat (Bahasa) Kiasan.
Hiponim
Hipernim Hiponim
Alat muzik
piano
klarinet
seksofon
trompet
Ayat Makna Secara Langsung
Hilmi tidak tahu bagaimana mahu menyatakan perasaan hatinya.
Yati tidak mahu tahu lagi.
Dia memegang begnya erat-erat.
Encik Bakar melonjak kegebiraan.
Hilmi terpinga-pinga dengan jawapan yang serupa itu.
Ayat (Bahasa Kiasan)
Kiasan merupakan satu kumpulan ayat yang mempunyai maksud tertentu khusus kepada
sesuatu budaya. Bagi bahasa Melayu, bahasa kiasan terbahagi kepada beberapa pembahagian
seperti berikut:-
1. peribahasa - selalunya dipersembah dalam bentuk ayat yang lengkap.
2. simpulan bahasa - terdiri daripada dua perkataan
3. bidalan - dalam bentuk ayat yang abstrak
4. pepatah - bahasa kiasan yang berasal daripada adat resam yang dipusakai orang
Melayu sendiri
5. perbilangan - diambil dari pengalaman hidup
6. perumpamaan - juga dipanggil fasa metafora
Selain pembahagian kiasan di atas, dalam novel Konserto Terakhir, penulis menggunakan
Ayat Kiasan sebagai satu cara untuk menyampaikan maksud secara halus atau terselindung.
Penggunaan ayat kiasan seperti ini berkait rapat dengan budaya Melayu yang sangat
mementingkan kesantunan bahasa. Antara contohnya adalah;
Contoh Ayat Maksud Tersirat
Hidungnya menghidu bau keringat kering. Bau kurang enak
Dia belum lepas hari. Berpantang selepas bersalin.
Takkan kita nak biarkan dia makan tidur sahaja. Tidak berbuat apa-apa
Dia tu bau-bau bacang sahaja dengan Datuk. Saudara jauh
Matahari hanya tinggal segalah sahaja lagi. Lewat petang
Tetapi mata pak ciknya membawa makna yang berbeza,
lembut.
Memandang dengan rasa
sayang.