Kertas Kerja Lawatan Ke ASWARA Dan MIB

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SMK SENAWANG 3 @ SMK TAMAN

FOREST HEIGHTS
70100 SEREMBAN, NSDK

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KERJAYA
PEMBUATAN ROTI DAN SENI BUDAYA

AKADEMI SENI BUDAYA DAN


WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
DAN MALAYSIAN INSTITUTE OF
BAKING (MIB)

5 NOVEMBER 2015

1.0 Pendahuluan
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ialah sebuah
institusi pengajian tinggi dalam bidang seni, budaya dan warisan di Malaysia.
Ia ditubuhkan sebagaiAkademi Seni Kebangsaan (ASK) pada tahun 1994 di
bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Namanya ditukar kepada nama kini bermula pada 1 Ogos 2006 melalui Akta
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam
bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di
bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (dahulu dikenali
sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia).
Ia
bertujuan
menghasilkan seniman yang
mahir
dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya di samping memantapkan
kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan
kepada pendidikan seni bagi melahirkan penghibur yang berilmu dan
profesional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA berusaha
mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan,
penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di
peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tinggi dalam bidang-bidang
penyelidikan yang menjurus kepada pemupukan nilai-nilai kebudayaan,
pemuliharaan dan pentadbiran warisan yang pelbagai.
Malaysian Institute of Baking (MIB) pula merupakan kolej yang
terkemuka di dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang
pembuatan roti. Kolej ini telah lama bertapak di Malaysia. Oleh itu, Malaysian
Institute Of Baking (MIB) amat sesuai dilawati oleh pelajar untuk didedahkan
bidang kemahiran pembuatan roti.

2.0 Matlamat
Program lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar
dengan proses pembuatan roti supaya mereka jelas dengan bidang kerjaya
berkaitan serta suasana belajar di dalam kampus yang lebih mendalam
seterusnya dapat menarik minat mereka untuk belajar dengan bersungguhsungguh dan melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

3.0 Objektif
3.1 Para pelajar dapat mendedahkan diri di dalam kerjaya kesenian
dengan lebih mendalam.
3.2 Pelajar dapat meninjau prospek kerjaya yang sesuai dengan
personaliti
mereka.
3.3 Pelajar mendapat pengetahuan yang mendalam tentang penggunaan
teknologi dalam pembuatan roti.
3.4 Pelajar mendapat pengetahuan mendalam tentang dunia kampus

4.0 Sasaran
40 Pelajar Tingkatan 3

5.0 Tentatif Lawatan


Tarikh : 5 November 2015
Hari

: Rabu

Masa : 7.30 pagi 5.00 petang


7.30 pagi
7.40 pagi
8.30 pagi
11.00 pagi
12.00 ptg
3.30 ptg
5.00 ptg

Berkumpul di sekolah
Bertolak dari sekolah
Tiba di ASWARA
Makan tengahari di ASWARA
Bertolak Ke MIB
Tiba di MIB
Bertolak balik
Sampai di sekolah

6.0 Tempat
6.1 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
6.2 Malaysian Institute of Baking (MIB)

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi
N. Pengerusi

: Hj. Hamidon Bin Hj. Khalid (Pengetua SMK Senawang 3 )


: 1. Pn. Norasyikin bt Jantan ( GPK 1)
2. En. A Halim b. Saat ( GPK Koku. )
Setiausaha
: Pn. Nurhida Mohd Noh
Bendahari
: Pn. Noor Azlina Binti Abdullah Hashim
Guru Pengiring : En. Mohd Amin b. Kalam (Kawalan Disiplin)
Pn. Norashikin Binti Jantan(Kawalan Disiplin)
Pn. Noor Azlina Binti Abdullah Hashim (Kawalan Disiplin)
Pn. Nurhida Mohd Noh (Kawalan Disiplin)
8.0 Anggaran Perbelanjaan
8.1 Pengangkutan ( Bas )
8.2 Makanan Pelajar RM 8.00 x 40 orang

RM 900.00
RM 320.00
-----------------RM 1220.00
------------------

9.0 Pendapatan
9.1 Sumbangan YAB Dato Seri Utama
Haji Mohammad Bin Haji Hasan

RM 1220.00

8.0 Penutup
Siri lawatan ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada para
pelajar dan menyuntik semangat mereka untuk mengambil peluang
mendalami serta mengenali kerjaya bidang penerbitan. Secara tidak
langsung juga, para pelajar dapat menceburi bidang kerjaya yang berkaitan.

Di sediakan oleh

Diluluskan oleh

___________________________

__________________________

(Pn.Nurhida Binti Mohd Noh)


Khalid )
Kaunselor Pelajar

( Hj. Hamidon Bin Hj.


Pengetua

You might also like