Cara Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Cara Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Cara Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
-toleransi
-rasional
-hemah tinggi
Cara Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang disokong oleh
gabungan masyarakat pelbagai kaum. Rakyat Malaysia terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum dan agama serta hidup makmur dalam
kehidupan sehari-hari. Keunikan masyarakat 1 Malaysia ialah sikap
saling bertolak-ansur yang diamalkan sejak laungan merdeka mewarnai
bumi bertuah ini. Ironinya, simpulan perpaduan itu mula goyah apabila
terdapat campur tangan anasir-anasir jahat yang mempunyai agenda
sulit. Maka, masyarakat Malaysia perlu segera celik akan kepentingan
perpaduan kaum dan berusaha membenihkan semula
semangatbersatu teguh bercerai roboh agar terus bercambah serta
menjadi pegangan hidup.
Tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang harmoni merupakan
kesan perpaduan kaum yang utuh. Penerimaan adat dan budaya kaum
lain merupakan elemen penting dalam menjana perpaduan. Amalan ini
mencetuskan rasa saling menghormati dan sudah pasti setiap kaum
akan mengelakkan sebarang insiden yang boleh menggores hati kaum
yang lain. Percampuran budaya yang tercetus hasil perkahwinan
campur juga menjadi bonus ke arah perpaduan antara kaum, sekaligus
melahirkan masyarakat yang harmoni di Malaysia. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa perpaduan kaum yang teguh akan melahirkan
masyarakat yang harmoni.
Seterusnya, keharmonian yang tercetus hasil daripada ikatan perpaduan
yang erat mampu memajukan ekonomi negara. Hal ini boleh dijelaskan
melalui peningkatan jumlah pelabur asing yang berminat untuk menjana
perniagaan mereka di Malaysia kerana persekitaran perniagaan yang
aman pasti mendatangkan keuntungan yang maksimum kepada
mereka. Jika jumlah pelaburan asing tinggi di Malaysia, peluang
pekerjaan untuk rakyat Malaysia akan terbuka luas. Secara tidak
langsung, bukan sahaja ekonomi negara meningkat secara global tetapi
ekonomi rakyat juga akan semakin rancak disebabkan peluang-peluang
yang
masih
berada
di
bangku
sekolah.