Kisah Cinta Ahmad Ammar
Kisah Cinta Ahmad Ammar
Kisah Cinta Ahmad Ammar
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial,
video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh
sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang
berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2
November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di
Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan
pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan
aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai
pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan
sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam
kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2
November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai Syahid yang tertangguh
oleh para sahabatnya.
Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab
Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat
untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk
kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga
telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara
Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi
kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi
pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya
kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang
kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap
Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat
nabi, auliya, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun
Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham
menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang
termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika
allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi
jenazah Ammar ke kubur.
Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam
Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam
Teruskan Membaca: