Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas1
Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas1
Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas1
Senaraikan lima kata nama am dan lima kata nama khas yang terdapat dalam petikan di
bawah.
Pokok periuk kera tumbuh di negara China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan
Madagaskar. Di Malaysia, terdapat hampir 120 spesies periuk kera.
Di Malaysia, periuk kera juga dikenali dengan nama periuk kerengga, moyong akar,
dan kencong kera. Manakala di Indonesia, spesies ini dikenali sebagai kantung semar.
Setiap spesies periuk kera mempunyai bentuk periuk dan warna yang berbeza. Daun
pokok periuk kera berbentuk bujur dan berwarna hijau terang.
Periuk kera juga tergolong dalam spesies pokok herba kerana berkhasiat mengubati
beberapa penyakit. Kini, sejenis makanan yang menggunakan kelongsong daun periuk
kera amat popular dalam kalangan pelancong. Makanan ini dikenali sebagai lemang
periuk kera.
Kata nama am