Teks Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia - Jom Ke Sekolah 2017

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT


kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah Tahun 2017
pada hari ini.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas


dan tahniah kepada semua sekolah kerana berjaya mengadakan majlis
pelancaran ini. Bagi makluman hadirin sekalian, semua sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan program ini secara
serentak pada 5 hb dan 6 hb Februari Tahun 2017.

3. Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting seiring dengan


Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan
tekad dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan
negara seperti yang dihasratkan. Sesungguhnya transformasi pendidikan
merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi secara
berterusan daripada semua pihak.

4. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sedia maklum bahawa sekolah


sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras
masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi supaya dapat memenuhi
evolusi yang dilaksanakan. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif
perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Justeru, Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian
daripada usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan
kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap.

5. Pengurusan disiplin di sekolah memerlukan komitmen daripada


semua pihak agar kemenjadian murid akan lebih cemerlang. Dengan
pelaksanaan program ini, diharapkan warga sekolah dapat memberikan
saluran yang sesuai untuk menerima aduan dan menyelesaikan masalah
yang berkaitan disiplin murid. Oleh hal yang demikian, besarlah harapan
saya agar pihak sekolah dapat menerima cadangan-cadangan yang
membina untuk mengatasi permasalahan yang timbul dalam proses
pengurusan disiplin murid di sekolah.

6. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, objektif Program Jom ke Sekolah ini


adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih
mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu mencegah
salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan
perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada
di dalam atau di luar sekolah. Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk
membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah.

7. Tuan-tuan dan puan-puan, pihak sekolah perlu sentiasa prihatin terhadap


murid-murid. Pihak pentadbir sekolah seharusnya memastikan pengurusan
disiplin sentiasa ditambah baik untuk meningkatkan proses
perkhidmatannya. Dalam hal ini kerjasama pihak polis dan sekolah
sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kedua-dua pihak perlu berganding
bahu bagi menangani masalah disiplin murid.

8. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


PDRM terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan seluruh
warga pendidik atas daya usaha untuk menjayakan Program Jom ke
Sekolah. Program Jom ke Sekolah merupakan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS) KPM bersama-sama PDRM melalui Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

9. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat memberi tumpuan yang


sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada
untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya
anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat
menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat, dan mengasah
budaya kepimpinan kerana andalah merupakan aset negara yang bernilai
pada masa hadapan. Dalam menghadapi persaingan global yang semakin
sengit pada hari ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu
dikuasai sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan. Jauhilah perkara
yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala yang tidak
sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, dadah serta lain-lain gejala
negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan anak-anak sekalian.
Sayangi diri, hormati ibu bapa dan guru- guru anda. Gunakanlah masa
yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana masa muda hanya sekali.
Oleh itu, berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang
kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only the best among
you will survive and thrive.

10. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan


Program Jom Ke sekolah Peringkat Kebangsaan 2017.

Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

YB. Dato Seri Mahdzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like