Perlembagaan Rukun Negara

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN KELAB RUKUN NEGARA

1. NAMA
Persatuan ini dinamakan Persatuan Rukun Negara SK Saint Thomas,
Kuantan.

2. MATLAMAT
Melahirkan murid yang mengetahui dan memahami prinsip Rukun Negara
serta mengamalkannya dalam kehidupan harian.

3. OBJEKTIF:
3.1 Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara
3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan
kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan
3.4 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara
hidup yang berterusan bagi melahirkn masyarakat yang mempunyai jati
diri, setia, bersatu-padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan
beretika sejajar dengan wawasan negara.

4. KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 SK Saint Thomas, Kuantan.
.

5. GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini.
5..2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana, atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak
dicalonkan sebagai AJK.
6.3 Pemilihan AJK secara undian.
6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri daripada:

PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS

6.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

7. DERMA
7.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang
ditetapkan.
7.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
7.3 Ahli yang menyertai projek yang memakan belanja besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.

8. KEHADIRAN / PENYERTAAN
8.1 Ahli dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 70% daripada
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
8.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan
kehilangan hak-hak keahlian.

9. AKTIVITI
9.1 Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
9.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

10. PERATURAN-PERATURAN
10.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas persatuan.
10.2 Peraturan khas yang telah ditetapkan oleh persatuan hendaklah
dipatuhi oleh ahli.
10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan akan
dikenakan tindakan tata tertib.

11. TINDAKAN DISIPLIN


11.1 Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan kelas dan tidak
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
11.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Menggantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
11.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak ahli kelab.
11.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil bo
membuat rayuan kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan
guru penasihat adalah muktamad.

12. PINDAAN PERLEMBAGAAN


12.1 Mana-mana bahagian dari perlembagaan persatuan ini sah sehingga ia
dipinda.
12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, guru
penasihat, murid, ahli jawatankuasa atau pentadbir sekolah secara
bertulis.
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan
disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar.

13. HAL-HAL LAIN


13.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggung jawab sendiri terhadap
persatuan masing-masing.
13.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti
persatuan dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan Sekolah

--------------------------------------------- Tarikh:
Guru Besar
SK Saint Thomas, Kuantan

You might also like