75% found this document useful (8 votes)
12K views59 pages

Karangan Contoh

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1/ 59

PELANCONGAN

SEBAB-SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT/ DESTINASI PELANCONGAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong memilih negara kita sebagai
destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di negara
sendiri? Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh
dikomersialkan. Antaranya termasuklah destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan, Industri
Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat Menarik, Sukan dan Agrotourism. Klasifikasi ini
penting kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan memudahkan mereka membuat
pilihan untuk melancong ke tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat tersebut wujud kerana
keunikan identiti dan keistimewaan tersendiri. Contohnya, destinasi pelancongan berasaskan
tempat-tempat menarik seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara
Bako. Selain itu, destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran
Sukan Antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour De Langkawi yang menjadi acara
tahunan di Pulau Langkawi. Jelaslah sektor pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat
menarik minat pelancong.

Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang menarik terdapat di negara ini. Malaysia
mempunyai hutan yang menarik. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran kita contohnya,
Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Promosi ini keunikan dan
keindahan alam semula jadi telah diwara-warakan melalui iklan-iklan di media cetak dan media
elektronik termasuklah di laman-laman web. pameran di tempat-tempat awam seperti pasar raya,
pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Contohnya pertandingan memancing Joran anjuran
Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak langsung turut mempromosikan tempat-
tempat menarik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir dan Empangan Temenggor.
Ringkasnya, Promosi destinasi pelancongan yang giat dilakukan dalam usaha memperkenalkan
destinasi menarik di Malaysia merupakan pemangkin Malaysia menjadi lokasi tarikan utama
pelancong kerana tak kenal maka tak cinta.

Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan
budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki
masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat
Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum
Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal
dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat
dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti sate,
ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-
lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada
para pelancong untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam
menjana ekonomi negara. .

Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Apabila melancong di pantai, pulau, dan
kawasan tanah tinggi, kita dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia
yang melancong bersama-sama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Port Dickson, Desaru Kota Tinggi,
Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan lokasi lain yang boleh dijadikan destinasi
pelancongan keluarga. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang
mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para
pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai
tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai
hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan
hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya
mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan
kawasan reakrasi seperti ini menjadi faktor dominan menarik pelancong dari dalam dan dari luar
negara.

Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya, Mega Mall di
Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit. Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain.
Barangan yang dijual di negara kita setanding dengan negara di luar negara. Selain itu, terdapat
juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan
kraftangan Malaysia kerana menarik dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai
pihak. Pada setiap tahun juga, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega. Contohnya
seperti yang telah dilakukan oleh First World Hotel. Agensi tersebut telah menyediakan pakej yang
murah, serendah RM 88.00 untuk satu malam meliputi penginapan, makan malam, sarapan, makan
tengah hari dan lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej istimewa tersebut, sudah
pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memajukan sektor
pelancongan di negara kita. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu melancong luar negara kerana
Malaysia mempunyai segala-galanya.
Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha yang dilakukan amat
kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita
merentasi benua dan dunia akan menjadi nyata. Segala usaha yang dirancang dan direncana
memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatinan dan rasa
bertanggungjawab serta cinta akan negara , nama Malaysia akan menjadi sebutan dan pilihan
utama seluruh penduduk dunia sebagai destinasi merehatkan minda.

SEKTOR PELANCONGAN MERUPAKAN SALAH SATU INDUSTRI PERKHIDMATAN TERPENTING DI


NEGARA KITA. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MERANGSANG PERKEMBANGAN INDUSTRI
PELANCONGAN TERSEBUT.

............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah
pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti
Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat,
Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu
dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang
tumbuh bak cendawan selepas hujan mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha
bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk
dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke
negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang
mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para
pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai
tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai
hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan
hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya
mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan
kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan
iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh
pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di
bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini
disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir
putih. Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak,
berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati
para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan
oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para
pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan
prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan
selesa untuk kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai syurga dunia
dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga
diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati
keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai
Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai
pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.

.............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya
keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki
masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat
Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum
Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal
dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat
dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate,
ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-
lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada
para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.
.............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut
memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah
mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa
buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi
bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara
di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut
mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan
Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan
sebagainya. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti
ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain.
Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

.............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang
pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan
kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan
rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan
utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG BERPOTENSI UNTUK LEBIH MAJU DALAM SEKTOR
PELANCONGAN. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, ANDA INGIN MENULIS RENCANA UNTUK DISIARKAN
OLEH AKHBAR TEMPATAN. TAJUK RENCANA TERSEBUT IALAH USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN
SEKTOR PELANCONGAN NEGARA.
Tulis rencana itu selengkapnya.

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang
penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti
cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor
pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih
ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak
mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat
beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan
baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara (negara-negara asing). Banyak produk
pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep
pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah
dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim
durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat
menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu
yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan
keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan.
Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan
mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu
dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia.
Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai
destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya
ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan
masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan
yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di
seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan
juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di
sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal
maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan
langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang
menarik.
Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih
kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini. Sebagai contoh,
penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan
badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat
antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara
antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak pada setiap tahun.
Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak
kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Acara
antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Dengan cara
ini, lebih ramai pelancong akan mengunjungi negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam
acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di negara kita,
bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat
meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini
adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan
melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan
pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang
tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini.
Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong.
Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini
lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata pepatah berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan
awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat
Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan
iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat
sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia
dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan mancanegara.
Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah
destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.
(Sumber: Dr.Ghazali Lateh)

ISI PENTING ESEI PELANCONGAN

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di
mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik)
berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion
daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta
pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga
paling ramai menerima pelancong di Asia Timur selepas China dan Hong Kong.

* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang
bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-
industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan
mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika
usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang
sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang,
kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya
menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi
galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar
negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita (pengalaman-
pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai
pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan
memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh
pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam,
pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak
menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan
industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik
kepada pelancong.

Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan,
agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan
industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan
hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan
sebaik-baiknya.

Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini
dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam
industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum
Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah
dianjurkan di sini.

Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri
pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan
sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan
dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan
sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun
acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai
kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan
memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor
swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki
sikap menyumbang kepada industri ini.

Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam


hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan
semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat
negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.
Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri
dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi
industri itu.

Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat
mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar
negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-
idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini
dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan
berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan
merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan
ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN


PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:

Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.


Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau

Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.

Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.

Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.

Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.

Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.

Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.

Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.

Iklim:

Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.

Suhu bawah 0 C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.

Pemandangan yang menarik:

Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.

Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.

Gua yang menarik + cth gua.


Kesan sejarah + cth lokasi.

Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.

Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.

Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf

lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Ketersampaian kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /

jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.

Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .

Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +

Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.


Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.

Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGAN

Pendapatan negara + RM?

.Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.

Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.

Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.

Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.

Menggalakkan industri kraftangan / desa.

Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.

Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.


KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya,
taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.

Kepupusan pokok berharga + cth pokok.

Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya
kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran
matahari.

Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.

Kemusnahan kawasan tadahan hujan.

Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.

Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah
berlaku.

Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai /
pantai.

Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.

Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai
dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.

Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.

Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan


udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.

Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.
USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN

Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang
+ cth.

Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.

Menambah lesen agensi pelancongan.

Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.

Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth

Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.

Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.

Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).

Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.

Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke
destinasi antarabangsa.

Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru /
membina hotel kos sederhana.

Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan
pelancong.
MODUL PASCA BAHASA MELAYU 1 SPM : 2

TEMA: ALAM SEKITAR

SOALAN 1

Deklarasi Langkawi yang telah dimeterai dalam kalangan negara-negara Komanwel telah
mengetengahkan isu pencemaran alam sekitar dalam kalangan negara-negara anggota
membuktikan bahawa pencemaran alam sekitar telah menjadi isu sejagat.

Nyatakan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar di peringkat antarabangsa.

Cadangan Isi:

1. Kerjasama negara-negara di dunia dalam pertubuhan antarabangsa

o Contoh, negara-negara Komanwel, ASEAN

2. Penguatkuasaan undang-undang di peringkat global

o Undang-undang maritim

o Ekstradisi tertuduh untuk dibicarakan di negara masing-masing

3. Sumbangan negara-negara maju dalam pelbagai aspek terhadap negara-negara dunia ketiga

o Sumbangan kewangan

o Sumbangan ilmu

4. Pemantauan bersama

o Semua negara bersepakat menjaga kelestarian alam sekitar

5. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

o Mencari punca dan penyelesaian masalah pencemaran


SOALAN 2

Sejak akhir-akhir ini, kawasan tempat anda tinggal terganggu oleh pencemaran alam yang serius
berpunca daripada aktiviti pembangunan dari kawasan berdekatan.

Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan bagi menyatakan langkah-langkah
menyelesaikan masalah pencemaran alam tersebut.

Format Surat Kiriman Rasmi

Cadangan Isi:

Pendahuluan

Menyatakan contoh pencemaran alam yang serius berpunca daripada aktiviti pembangunan
dari kawasan berdekatan;

Tanah runtuh dan hakisan tanah akibat pembangunan lereng bukit/ pembalakan haram; air
sungai tercemar; banjir kilat atau;

Debu dan asap berpunca daripada industri; pencemaran air; kualiti air bersih tergugat;
hidupan akuatik terancam atau;

Bunyi bising dan gegaran berpunca daripada aktiviti pembangunan; pembinaan kawasan
perumahan dsb.

Langkah-langkah menyelesaikan masalah pencemaran alam:

1. Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar

- Pemantauan secara berkala untuk memastikan kualiti air, udara dan bunyi sentiasa berada pada
tahap memuaskan

- Melayan setiap aduan yang diterima daripada penduduk setempat


Turun padang bagi memastikan kesahihan setiap aduan

2. Tindakan undang-undang

- Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemaju yang tidak mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan

- Kompaun, denda atau tindakan mahkamah bergantung kepada seriusnya kesalahan yang
dilakukan

3. Peranan Wakil Rakyat

- Campur tangan wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah setempat

- Mesyuarat bersama komuniti melibatkan agensi kerajaan, persatuan penduduk, wakil rakyat dan
pihak pemaju bagi mencapai kesepakatan

4. Peranan Media Massa

- Media massa berperanan sebagai medium maklumat kepada masyarakat luar

- Menyalurkan maklumat terkini mengenai perkembangan pembangunan setempat dan


kesannya terhadap alam sekitar

5. Perpaduan Komuniti

- Penduduk setempat berganding bahu menyelesaikan masalah pencemaran tersebut

Ungkapan menarik:

- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

- Lintah darat

- Bagai aur dengan tebing

- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

SOALAN 3
Sebagai pegawai khas di Jabatan Pertanian, anda dijemput untuk memberikan ceramah kepada
penduduk di taman tempat tinggal anda. Tajuk ceramah tersebut ialah Bertani Secara Kecil-Kecilan
Membawa Banyak Manfaat Kepada Rakyat.

FORMAT : Ceramah

TUGASAN SOALAN : Bertani Secara Kecil-Kecilan Membawa Banyak Manfaat Kepada Rakyat.

Cadangan Isi:

1. Sumber pendapatan

Lebihan tanaman boleh dijual sebagai sumber pendapatan utama/ sampingan

2. Sumber makanan yang segar

Racun serangga dan baja bebas bahan kimia

Penggunaan bahan organik seperti baja urea

Penggunaan bahan terbuang seperti lebihan makanan dikitar semula menjadi baja organik

3. Menampung perbelanjaan harian

Menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli sayur-sayuran seperti cili dan kangkung

4. Kesihatan diri

Memenuhi saranan Kementerian Kesihatan agar makan mengikut panduan piramid makanan
yang ditetapkan

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Makanan bebas bahan kimia

5. Meningkatkan tabungan

Hasil jualan bahan yang ditanam boleh disimpan sebagai tabungan


Ungkapan Menarik:

- Berbudi kepada tanah

- Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

- Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

TEMA: KESIHATAN

SOALAN 1

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

TUGASAN SOALAN : USAHA-USAHA MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

CADANGAN IDEA :

1. Mengamalkan pemakanan seimbang

- Pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan yang telah dicadangkan oleh Kementerian
Kesihatan

- Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan kolesterol

- Menghindari makanan segera kerana kandungan garam dan pengawet tinggi

- Banyak makan makanan tinggi serat

2. Mengamalkan aktiviti senaman

- Bersenam di mana-mana sahaja sama di rumah mahupun pejabat

- Berjalan kaki 10 ribu langkah sehari

- Senaman asas seperti regangan otot dan berjalan kaki

3. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

- Berjumpa doktor untuk mengikuti pemeriksaan kesihatan berjadual


- Pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, degupan jantung dan berat badan

- Dapat mengesan sebarang tanda-tanda awal penyakit kronik

PIHAK TERLIBAT:

Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan

Swasta-misalnya Jacobs Malaysia yang menganjurkan Walk of Life

PERIBAHASA/ UNGKAPAN MENARIK

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Sudah terhantuk baru terngadah

TEMA: JENAYAH

Kemalangan jalan raya yang berpunca daripada kegiatan berlumba secara haram sering dilaporkan
di media massa. Golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan ini dikatakan penyumbang kepada
kemalangan tersebut. Jelaskan langkah-langkah bagi menangani masalah tersebut.

FORMAT : Tiada format khusus

TUGASAN SOALAN : Langkah-langkah bagi menangani kemalangan jalan raya yang berpunca
daripada kegiatan berlumba secara haram

Cadangan Isi:

1. Penguatkuasaan undang-undang

- Pihak berkuasa: Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
2. Kempen keselamatan

- Sebaran di media massa-iklan di televisyen, akhbar

- Menggunakan medium Internet

- Ceramah

3. Kesedaran diri kepada remaja

- Kem motivasi, pegangan agama yang kukuh, didikan ibu bapa

4. Peranan pendidikan

- Peranan institusi pendidikan melalui pengajaran dalam mata pelajaran seperti Pendidikan
Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

- Menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR)

5. Peranan komuniti

- Penglibatan masyarakat setempat, badan-badan bukan kerajaan (NGO)

Ungkapan menarik:

- Melentur buluh biarlah dari rebungnya

- Sudah terhantuk baru terngadah

- Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya

- Berganding bahu

- Bagai aur dengan tebing

Huraikan pendapat anda tentang manfaat Internet kepada masyarakat.

Tugasan soalan: manfaat Internet kepada masyarakat.

Cadangan isi: i. Bertukar pendapat melalui sembang siber

ii. Berkomunikasi melalui emel


iii. Mengiklankan produk dan perkhidmatan

iv. Mendapatkan maklumat dengan mudah

Ungkapan menarik:

i. Dunia tanpa sempadan

ii. Maklumat di hujung jari

iii. Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan

Frasa menarik:

i. Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi

ii. Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia

iii. Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia

SOALAN 2

Soalan : Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada hari ini dikatakan mampu
melahirkan pelajar yang kreatif dan berdaya saing dalam dunia global.

Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada melayari Internet.

Tugasan soalan : Faedah-faedah daripada melayari Internet

Cadangan isi :

1. Dapat mengikuti arus perkembangan dunia

Mengetahui perkembangan terkini tentang negara luar - memperoleh maklumat tentang


penciptaan moden yang terkini seperti robot Asimo yang menyerupai ciri-ciri seperti manusia

Berhubung dengan negara luar melalui Internet - melalui laman sosial seperti Facebook,
Twitter, Instagram, Google dan Yahoo

Mengetahui trend terkini menerusi blog dan laman web - boleh melihat dengan lebih cepat
melalui Internet berbanding dengan penggunaan majalah

2. ICT sebagai jaringan maklumat


Memperoleh maklumat dengan lebih cepat - mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan
sekolah

Berkongsi maklumat dengan sekolah lain - mendapatkan nota yang lebih efektif dari sekolah-
sekolah bestari dan blog guru-guru pakar setiap mata pelajaran.

Boleh merakam video tentang akademik dan proses eksperimen - Kementerian Pelajaran dan
Pengajian Tinggi boleh memuai naik lebih banyak proses eksperimen sebagai panduan melalui
EduWeb TV dan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

Mengasah minda para pelajar melalui kuiz pendidikan seperti PERMATA PINTAR dan eduweb
games dalam Internet

3. Membina jaringan perniagaan yang lebih luas

Perniagaan secara atas talian (online) mendatangkan keuntungan yang lumayan, misalnya
menjadi ejen dropship (orang tengah)

Jualan barang-barang terkini seperti tudung dan pakaian

Promosi dengan ilustrasi yang menarik

4. Pembelajaran lebih seronok dan ceria

Gambar yang menarik - para remaja tertarik dengan pengguna gambar-gambar dan ilustrasi
serta grafik yang digunakan dalam pembelajaran

Dapat melihat gambar dan ilustrasi yang tidak terdapat di di buku teks - para remaja dapat
meluaskan pengetahuan mel paparan gambar secara tiga dimensi

Penggunaan mikrofon di dalam kelas - pelajar dapat mendengar suara guru dengan lebih jelas,
tidak hilang tumpuan dan minat untuk membaca

Menarik minat pelajar terutamanya remaja - para remaja kurang berminat untuk membaca buku
tetapi melalui penggunaan ICT yang lebih interaktif, dapat menarik perhatian mereka untuk
menggunakannya

Para pelajar berasa lebih seronok dan tidak bosan pelajar tidak perlu membaca buku teks
yang bersifat statik malah skop faktanya juga tidak bersifat semasa.

Animasi dan video membantu para pelajar memahami satu-satu tajuk dengan lebih lanjut

Berpeluang bermain permainan maya yang berunsurkan pendidikan - menjadikan kaedah


pembelajaran lebih seronok melalui permainan pendidikan dalam kompuer

Menyanyikan lagu yang berunsurkan pendidikan yang bersesuaian dengan mata pelajaran -
memuat turun nada dering atau menggubah lagu supaya supaya lebih mudah untuk dihafal dan
diingati
Boleh merakam video tentang akademik dan proses eksperimen - Kementerian Pelajaran dan
Pengajian Tinggi boleh memuat naik lebih banyak proses eksperimen sebagai panduan melalui
EduwebTVdan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

Mengasah minda para pelajar melalui kuiz pendidikan sepert PERMATA PINTAR dan eduweb
games dalam Internet

5. Dapat meningkatkan kadar celik IT

Taraf hidup masvarakat dapat ditingkatkan - Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tirtggi
berusaha meningkatkan status kehidupan masyarakat dengan memperkenalkan mata pelajaran
Teknologi Maklumat pada tahun 1999 bagi pelajar Tingkatan 4

Memudahkan mahasiswa lepasan universiti yang menganggur mendapat pekerjaan dan


memperolch pendapatan lumayan - golongan penganggur boleh memulakan kerjaya dengan cara
jualan langsung menerusi Internet

Masyarakat yang celik IT dapat menjalankan aktiviti domestik dengan lehih efektif - ICT
memudahkan urusan seharian seperti pembayaran bil mahupun saman hanya dengan melalui
sistem talian terus

6. Meringankan bebanan pelajar dan tenaga pengajar

Penggunaan kemudahan ICT menghubungkan para pelajar dengan pensyarah - sesi


pembelajaran antara pelajar dengan pensyarah dapat dihubungkan walaupun berada di lokasi yang
berbeza dengan mengunakan sistem penyelidikan dunia tanpa wayar (WWRF)

Nota-nota dapat diperoleh melalui Internet para pelajar dapat memuat turun nota mahupun
segala perisian yang diberikan oleh pensyarah dengan mudah melului Internet walaupun
mempunyai masa yang sangat terhad. Malah nota-nota tersebut boleh disimpan dalam bentuk
cakera padat atau soft copy

Menjimatkan masa pelajar dan tenaga pengajar - penghantaran tesis dan sistem peperiksaan
dapat dilakukan dan dilaksanakan secara sistem talian terus

Ungkapan menarik:

Menurut Dr. Norrizan Razali (Pengurus Kanan lahalan Sekolah Bestari, Multimedia Development MSC
Malaysia), Sekolah Bestari bukan sekadar jargon I-kit, papan putih, interaktif, layar multimedia,
perisian akses kendiri atau rangkaian wayar yang berselirat di sana dan sini yang menghubungkan
satu komputer dengan komputer yang lain. Seharusnya faktor manusiawi yang penting untuk
dibestarikan bukannya perkakasan.

Cabaran keenam dalam Wawasan 2020 adalahm mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
TEMA: PENDIDIKAN

SOALAN 3

Soalan: Kemajuan dunia hari ini menuntut setiap orang mempelajari ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.

Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan.

Tugasan soalan : Kepentingan ilmu pengetahuan.

Cadangan isi :

1. Meningkatkan taraf hidup

2. Menentukan masa depan

3. Melahirkan manusia bertamadun

4. Tidak mudah dieksploitasi

5. Melahirkan masyarakat minda kelas pertama

Ungkapan menarik:

Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha

Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak meneruskan usaha sampai
berjaya

Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut

Jangan lakukan kerja sekerat jalan

Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain

Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan


Usah biarkan masalah ....terus membebani .................

Usaha secara kolaboratif

Menuntut sinergi pelbagai pihak

Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut

SOALAN 4

Soalan : Kemajuan dunia masa ini memerlukan setiap remaja mempelajari pelbagai bidang
ilmu untuk bersaing dalam dunia global.

Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

Tugasan soalan: Kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

Cadangan isi:

1 Menjamin masa depan yang cemerlang

Orang yang berilmu pengetahuan mudah untuk mendapat pekerjaan - contoh, seseorang yang
berilmu mudah mendapat kepercayaan orang lain kerana ilmu yang dimilikinya mampu
mempengaruhi orang lain untuk mengambilnya bekerja - bersungguh-sungguh dalam pekerjaan

Pandai merealisasikan dan menentukan arah diri - contoh, orang yang berilmu mengetahui
cara-cara untuk mewujudkan dan merealisasikan impian diri

2 Menguasai pelbagai bidang ilmu

Dapat meningkatkan taraf pemikiran seseorang - contoh, tokoh pemikir yang terkenal di dunia
seperti Aristotle sangat mementingkan ilmu pengetahuan - mempelajari hamper setiap bidang ilmu
di dunia seperti astronomi, penulisan, psikologi dan sebagainya

Orang yang menguasai pelbagai bidang ilmu dapat menggunakan ilmu pengetahuan mereka
untuk memajukan kehidupan manusia - contoh, pencipta-pencipta Barat menghasilkan pelbagai
alatan baharu dalam memudahkan kehidupan manusia seperti penciptaan roda, kapal terbang dan
telefon - Alexander Graham Bell, Wright Bersaudara dan George W. Ferris

3 Mampu menyelesaikan masalah

Orang yang berilmu mampu menyelesaikan masalah dalam pekerjaan - contoh, orang yang
berilmu akan menggunakan ilmu yang dippelajarinya untuk dimanfaatkan mengaplikasikan ilmu
untuk menyelesaikan masalah dalam pekerjaan
Orang yang berilmu dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan - contoh, orang yang
berilmu dapat mencari jalan penyelesaian yang sempurna - melakukan setiap tindakan dengan
berhemah - membuat pertimbangan menggunakan akal

Orang yang berilmu mampu menyelesaikan masalah dalam keluarga - contoh, ketua keluarga
yang berpengetahuan mampu menyelesaikan masalah dalam rumahtangga - mempunyai tahap
pemikiran yang matang masalah antara isteri dengan suami dapat diselesaikan dengan sikap
toleransi jika seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi tentang hubungan kekeluargaan.

4. Melahirkan insan yang bermoral

Orang yang berilmu memiliki keperibadian yang terpuji - menjadi jati diri seseorang - mampu
membimbing keluarga, sahabat handai dan masyarakat ke arah kebaikan

Orang yang berilmu tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif - contoh, orang yang
berilmu dapat membezakan sesuatu perkara itu baik atau buruk

5. Memajukan diri dan negara

Orang yang berilmu penting untuk menjanakan kemajuan negarar - ilmu pengetahuan yang
diperoleh hendaklah dimanfaatkan dalam pembangunan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik

Golongan berilmu atau cendekiawan layak menjadi pemimpin negara - pemimpin yang berilmu
akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan Negara

Pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi diperlukan untul menerajui negara - dunia pada hari
ini penuh dengan cabaran - pemimpin yang mempunyai daya intelektual mampu menangani setiap
rintangan dengan mudah

6. Memperkasakan kosa kata

Orang yang berilmu dapat meluaskan kosa kata mereka contoh, seseorang yang berilmu akan
memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bahasa, oleh itu, mereka dapat mempelajari
penggunaan bahasa asing seperti bahasa Jepun dan Jerman

Orang yang berilmu juga dapat mengesan kesalahan yang digunakan dalam percakapan - contoh,
orang yang berusaha untuk mencari ilmu akan sedaya upaya mempelajari ilmu untuk memperbaiki
kosa kata dalam kehidupan mereka

Frasa menarik:

i. Bagai pucuk dilancarkan ( = diluncurkan ) bermaksud amat cepat

ii. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

iii. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga


SOALAN 5

Soalan: Setiap tahun kerajaan menghantar pelajar untuk menyambung pelajaran di luar negara
dalam pelbagai jurusan ilmu.

Huraikan kebaikan-kebaikan belajar di luar negara.

Tugasan soalan : Kebaikan-kebaikan belajar di luar negara.

Cadangan isi:

Pendahuluan

Isu penghantaran pelajar ke luar negara

Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan besar untuk menampung kos pengajian pelajar di luar
negara

Pelbagai badan kerajaan dan berkanun bersama-sama membiayai kos pengajian di luar negara
seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Matlamat penghantaran pelajar adalah untuk memastikan mereka membawa pulang ilmu
pengetahuan untuk pembangunan dan kemajuan negara

Frasa Menarik: Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara

Isi-isi Penting

Isi 1 : Dapat menimba ilmu yang bermanfaat yang tidak ditawarkan oleh universiti tempatan

Kemajuan dalam pelbagai bidang di universiti luar negara mendahului negara - terutama dalam
jurusan kejuruteraan dan perubatan

Kecanggihan teknologi luar negara dan falsafah ilmu belum diterokai di universiti tempatan
seperti teknologi angkasa lepas dan penyelidikan persenjataan

60 peratus penduduk Malaysia berumur di bawah 25 tahun yang memerlukan pendidikan terbaik
untuk menjadi satu dasar kepada generasi pekerja terlatih dan berkemahiran tinggi

Universiti luar negara mempunyai sumber rujukan yang banyak dan belum dibawa masuk ke
dalam negara

Pelajar dapat memindahkan teknologi luar ke dalam negara

Isi 2 : Dapat menguasai pelbagai bahasa dunia

Kebanyakan universiti luar negara menggunakan bahasa kebangsaan negara masing-masing


sebagai bahasa penghantar di univrsiti seperti negara lepun, Sweden, Ireland, Korea dan Sepanyol
Tahap penguasaan bahasa Inggeris juga meningkat berbanding pelajar universiti tempatan

Penguasaan bahasa dunia mampu menjadikan pelajar universiti sebagai penyelidik

Pelajar dapat menghasilkan produk baharu yang diadaptasi dan diimplementasikan daripada
kepakaran teknologi antarabangsa melalui pembacaan buku-buku ilmiah dalam bahasa asing dunia
yang telah bertapak lama

Tokoh-tokoh ilmuan dunia juga menghasilkan buku dalam bahasa ibunda masing-masing

Peribahasa: Alah bisa tegal biasa

Isi 3: Dapat melahirkan generasi muda yang berani dan yakin serta bersedia menghadapi cabaran

Pendedahan dan tunjuk ajar yang diperoleh di luar negara dapat diguna pakai setelah memasuki
alam pekerjaan

Kesulitan dan kepayahan semasa menuntut di luar negara dijadikan panduan dalam meneruskan
kerjaya berkaitan bidang yang dipelajari

Keupayaan menghasilkan teknologi baharu dapat memajukan negara dalam pelbagai bidang
seperti bidang bioteknologi, teknologi makanan dan pengkomputeran

Kemunculan pelbagai industri berasaskan nuklear dan petrokimia di negara kita dapat
dimanfaatkan dengan bantuan kepakaran pelajaryang mengikuti kursus berkaitan di luar negara

Frasa menarik: Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara
sendiri

Isi 4: Dapat mengenali budaya asing melalui pertukaran budaya

Dapat mengenali budaya negara luar

Boleh mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang positif seperti mencintai kebersihan,
budaya kerja yang cekap sama ada dalam keluarga dan kerjaya

Pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajar ke luar negara boleh memperkenalkan keistimewaan


budaya negara kita makanan, pakaian, permainan tradisional, adat istiadat dan kraf tangan.

Frasa menarik: Jauh berjalan luas pandangan

Isi 5 : Membawa masuk teknologi baru dari luar negara

Perkongsian kepakaran luar


Penutup

Kerajaan perlu memastikan pelajar yang menuntut di luar tanah air setelah tamat pengajian

Mereka harus berbakti kepada bangsa dan negara serta mengenang jasa kerajaan

Kerajaan haruslah menyediakan peluang pekerjaan yang setaraf dengan kepakaran yang dimiliki

Kepakaran graduan luar negara mampu melonjakkan nama negara di persada dunia dalam
pelbagai bidang

Hasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dapat digapai sekiranya semua graduan luar

negara rela menabur bakti kepada ibu pertiwi

TEMA: KESELAMATAN

SOALAN 6

Soalan: Sejak kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya begitu serius diperkatakan oleh pelbagai
pihak dan mencetuskan pelbagai tanggapan dalam kalangan masyarakat.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tersebut.

Tugasan soalan: Usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya

Cadangan isi:

Pendahuluan

Peningkatan statistik kemalangan jalan raya - heboh diuar-uarkan oleh media massa -
peningkatan secara mendadak - manusia mempunyai keinginan untuk memiliki kenderaan sendiri -
beribu-ribu jenis kenderaan di jalan raya - jalan raya menjadi sesak - menyumbang kepada
kemalangan jalan raya. Mantan Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia menggunakan
pengangkutan awam moden - satu alternatif agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan -
Malaysia seharusnya mencontohi negara Jepun menangani dan mengurangkan kemalangan dengan
memperbanyak perkhidmatan pengangkutan awam - Impak yang sangat besar akan dihadapi oleh
kerajaan untuk menyelenggara kerosakan di jalan raya akibat kemalangan - tidak sewajarnya
terjadi dalam kalangan masyarakat yang hidup di bawah satu rumpun dan satu langit yang sama -
langkah bijak seharusnya diambil bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya.

1) Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang dan akta keselamatan jalan raya
Menguatkuasakan undang-undang dan akta keselamatan jalan raya- memberikan hukuman yang
sangat berat kepada pesalah lalu lintas - kemalangan di jalan raya semakin meningkat berpunca
daripada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya yang melanggar peraturan
lalu lintas - masyarakat akan gentar untuk bersikap acuh tidak acuh dengan peraturan yang telah
ditetapkan ketika berada di jalan raya - contoh, negara Singapura sangat bertegas kepada pesalah
jalan raya - memasang kamera litar tertutup bagi membolehkan pihak polis mengesan individu yang
menyalahi undang-undang lalu lintas - Malaysia sepatutnya mengambil iktibar dan mencontohi
Singapura bagi mengurangkan jumlah peningkatan kemalangan jalan raya - kerajaan mestilah
menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dengan lebih ketat bagi kesejahteraan negara.

2) Membaik pulih kawasan kemalangan dan jalan raya yang telah rosak dengan segera

Membaik pulih kawasan kemalangan dan jalan raya yang telah rosak dengan segera - struktur
jalan yang berlubang, rosak dan tidak rata punca utama kemalangan jalan raya diatasi segera bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku - mencegah lebih baik daripada mengubati - sikap
berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan akan menyebabkan kejadian yang sama
berulang - pokok-pokok yang mengganggu penglihatan pengguna jalan raya perlu ditebang dengan
segera - papan-papan tanda dan peringatan hendaklah diletakkan di kawasan-kawasan yang
berbahaya dan kawasan yang kerap kali berlakunya kemalangan menyediakan prasarana lebih
banyak di sepanjang jalan seperti pondok telefon kecemasan dan juga nombor aduan kerosakan -
kemudahan orang awam membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera

3) Kempen-kempen dan ceramah

Kempen-kempen dan ceramah - Kempen Kurangkan Kemalangan di Jalan Raya dan Kempen
Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya usaha menarik minat
masyarakat agar sentiasa berhati-hati di jalan raya ibu bapa membawa anak-anak mendengar
ceramah - memberikan pendedahan agar sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan raya - tidak
memandu melebihi had yang telah ditetapkan - media massa mengiklankan bahana sikap individu
yang memandu laju boleh menyebabkan kehilangan nyawa contoh, televisyen banyak menyiarkan
punca kemalangan dan impak kemalangan - membuka mata pengguna jalan raya agar sentiasa
berhati-hati di jalan raya - tidak memandu mengikut hawa nafsu - ikut hati mati, ikut rasa binasa

4) Berkongsi kenderaan apabila hendak ke suatu destinasi yang sama.

Berkongsi kenderaan apabila hendak ke suatu destinasi yang sama - perkongsian kenderaan
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas - mengeratkan ukhuwah - tiba ke destinasi yang sama
dengan selamat - dapat menurunkan peratusan kemalangan jalan raya - tidak perlu bersikap
individualistik sebaliknya ikhlas apabila menumpangkan jiran tetangga mahupun rakan-rakan ke
tempat kerja - kesesakan jalan raya juga sering terjadi apabila menjelang musim perayaan - masing-
masing berpusu-pusu ingin pulang ke kampung halaman - kita boleh menggunakan perkhidmatan
pengangkutan awam seperti bas dan kereta api - orang awam takut untuk menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas kerana sikap sesetengah pemandu bas yang lalai
dan leka apabila membawa para penumpang - kerajaan telah mengambil langkah yang drastik -
mementingkan rekod pemandu bas yang bebas daripada sebarang jenayah - menempatkan
pegawai-pegawai berkenaan di setiap kenderaan awam bagi menjamin keselamatan para
penumpang.

Penutup

Semua pihak perlu bekerjasama dalam menurunkan kadar kemalangan jalan raya - bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh - hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan -
tidak boleh mengikut kata hati dan nafsu semata-mata - sikap ini boleh meragut nyawa pengguna
jalan raya yang lain - jika masalah ini tidak diselesaikan segera, bilangan rakyat yang terlibat dalam
kemalangan jal akan semakin meningkat - matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan negara
Malaysia sebagai negara yang dan selamat bagi setiap rakyatnya tidak akan terlaksana - perlu
menangani masalah kemalangan jalan raya dengan penuh berhemah jangan sampai sudah
terhantuk baru tengadah.

TEMA: PATRIOTISME

1. Ada pendapat mengatakan bahawa semangat patriotik semakin kurang dalam kalangan
remaja. Huraikan punca-punca kurangnya semangat patriotik dalam kalangan remaja.

Tugasan soalan : Punca-punca kurangnya semangat patriotik

Cadangan isi :

- Kurang jati diri

(Kurang mengenali asal usul keturunan sebagai rakyat Malaysia)

- Tidak memahami sejarah perkembangan negara.

(Kurang memahami penderitaan dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu)

- Kurang diberi pendedahan tentang kepentingan semangat patriotik.


(Pendidikan awal tentang maksud patriotik kurang ditekankan)

- Tidak pernah merasai kepayahan hidup.

(Dilahirkan dalam suasana moden yang penuh kemewahan)

- Menganggap nilai patriotik tidak penting dalam kehidupan.

(Remaja lebih terdorong dengan hiburan dan kurang berwawasan)

2. Semangat patriotik sangat penting dalam pembinaan sesebuah negara.

Jelaskan kesan-kesannya jika tiada semangat patriotik.

Tugasan soalan : Kesan-kesan tiada semangat patriotik.

Cadangan isi :

- Tidak berbangga dengan negara

(Tidak berasa bertuah menjadi rakyat negara ini)

- Memburuk-burukkan imej negara di mata dunia.

(Menulis artikel, menerbitkan filem yang negatif tentang Malaysia)

- Menimbulkan masalah kepada keamanan negara

(Membesarkan isu sensitif dan isu perkauman)

- Memandang rendah pencapaian negara.

(Membanding-bandingkan Malaysia dengan negara yang lain)

- Tidak setia kepada negara

(Menjadi pembelot kepada negara, memohon suaka politik negara lain)


3. Semangat patriotik wajar dihayati oleh setiap remaja di negara ini.

Bincangkan cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.

Tugasan soalan : Cara-cara memupuk semangat patriotik

Cadangan isi :

- Menekankan pendidikan sejarah dan kewarganegaraan.

(Diberi perhatian khusus dalam PdP, kelab dan persatuan)

- Kempen cinta akan negara.

(Dilaksanakan di semua peringkat seperti kampung, daerah, negeri, kebangsaan)

- Banyakkan bahan seperti buku, filem, dokumentari tentang kemajuan negara.

(Buku tentang kemerdekaan, pejuang negara)

- Pelancaran Bulan Patriotisme.

(Mengadakan pelbagai aktiviti yang menbimbulkan kesedaran)

- Peranan media massa

(Sentiasa menayangkan/menerbitkan iklan/ hebahan tentang semangat patriotik)

Peribahasa

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Biar putih tulang jangan putih mata.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


TEMA : SUKAN

SOALAN 1:

Sukan di negara kita berpotensi untuk berkembang maju jika kita dapat mengatasi pelbagai
kekangan yang dihadapi.

Huraikan kekangan-kekangan yang membelenggu bidang sukan di negara kita.

Tugasan soalan : Huraikan kekangan-kekangan dalam bidang sukan

Cadangan Isi :

- Pencapaian atlet kurang menyerlah di peringkat antarabangsa.

(Atlet negara sering tewas dalam kejohanan peringkat Asia, kelayakan Piala Dunia dan Olimpik)

- Perancangan program sukan yang kurang teliti.

(Perancangan, strategi yang tidak tepat dan berkesan)

- Kurang jurulatih yang berpengalaman.

(Jurulatih yang benar-benar berkualiti, pernah menjadi atlet, menguasai strategi latihan yang
berkesan)

- Kurang kemudahan /kelengkapan sukan.

(Padang, stadium, dan gelanggang yang berkualiti)

- Atlet kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.

(Atlet muda kurang diberi peluang bertanding di kejohanan peringkat Asia dan Eropah)

- Campur tangan pihak berkepentingan dalam pengurusan sukan.

(Pihak yang tidak mengetahui hal ehwal sukan cuba menguasai pengurusan dan bidang
kejurulatihan bagi sesuatu persatuan sukan).
SOALAN 2.

Masalah yang melanda bidang sukan perlu diatasi segera untuk memastikan prestasi sukan di
negara ini setanding dengan negara-negara lain.

Huraikan cara-cara mengatasi masalah yang menyebabkan kemunduran bidang sukan di negara
ini.

Tugasan soalan : Menghuraikan cara-cara mengatasi masalah kemunduran bidang sukan

- Perancangan program jangka pendek dan program jangka panjang.

(Program sukan yang mendatangkan hasil sesuai dengan perbelanjaan kewangan yang
dilaburkan)

- Memperbanyakkan akademi sukan

(Pengkhususan kepada usaha menggilap bakat baru/pelapis dalam sesuatu bidang sukan)

- Peruntukan kewangan yang mencukupi

(Belanjawan tahunan negara memberi perhatian yang besar kepada kemajuan bidang sukan)

- Membentuk lembaga pengurusan sukan yang lebih dinamik.

(Menggantikan presiden, pengurus, pegawai, jurulatih yang tidak menunjukkan prestasi yang
dikehendaki)

- Pencarian bakat-bakat baharu.

(Pengurusan persatuan sukan perlu turun padang mencari murid-murid sekolah, remaja di seluruh
ceruk negara)

SOALAN 3.
Penglibatan murid sekolah dalam sukan adalah penting untuk memastikan pencapaian Malaysia
dalam bidang ini sentiasa meningkat.

Terangkan cara-cara menggalakkan penglibatan murid dalam bidang sukan.

Tugasan soalan : Menerangkan cara-cara menggalakkan penglibatan murid.

- Biasiswa sukan

(Murid yang cemerlang dalam bidang sukan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan)

- Penghargaan kepada murid yang aktif

(Diberi anugerah sijil dan sebagainya)

- Memperbanyakkan pertandingan sukan peringkat sekolah

(Kejohanan dan pertandingan sukan berbentuk dalaman)

- Program 1 Murid 1 Sukan

(Memberi peluang kepada semua murid terlibat dalam biadang sukan)

- Mata pelajaran Sains Sukan diperluas/lebih banyak kelas Sains Sukan dibuka.

(Menerangkan potensi dan kebaikan menyertai bidang sukan)

Peribahasa

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Badan Cergas Otak Cerdas

Majulah Sukan untuk Negara (Slogan)


TEMA : PENGANGKUTAN ABAD ke-21

1. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara kita sering mendapat rungutan daripada


pengguna. Huraikan punca-punca pengangkutan awam kurang berkesan.

Tugasan Soalan : Menghuraikan punca-punca pengangkutan awam kurang berkesan.

- Pertambahan bilangan pengguna/penumpang kenderaan awam.

(Bilangan kenderaan tidak dapat menampung permintaan pengguna)

- Masyarakat kurang membuat aduan/ laporan .

(menganggap sesuatu yang tidak berfaedah kerana tiada tindak susul daripada pihak berwajib)

- Pengusaha kurang modal/ sumber kewangan.

(Kos pembelian sesebuah kenderaan baharu sangat mahal)

- Pengusaha ingin mengaut keuntungan yang banyak.

(Pengusaha kurang mempunyai tanggungjawab sosial, mengubah meter teksi)

- Kurang permantauan oleh pihak berkuasa.

(kekurangan kakitangan JPJ, SPAD untuk membuat pemeriksaan, serbuan dan pemantauan )

2. Sistem pengangkutan awam di negara kita semakin berkembang maju.

Jelaskan pembangunan sistem pengangkutan di negara ini.

Tugasan soalan: Menjelaskan pembangunan sistem pengangkutan

Cadangan isi:
- Pelbagai jenis pengangkutan awam

(Sistem Transit Aliran Ringan, ETS,Monorel, penerbangan tambang murah)

- Mutu perkhidmatan pengangkutan awam meningkat.

(Tempahan tiket secara atas talian, Terminal semakin canggih)

- Layanan mesra pelanggan

(Petugas yang menjaga keselesaan penumpang)

- Laluan perjalanan bertambah

(membina laluan yang lebih banyak)

- Keselamatan pengguna diberi keutamaan.

(insurans,penyelenggaraan, kotak hitam kenderaan awam)

3. Pengangkutan awam semakin popular dalam kalangan penduduk di negara ini walaupun terdapat
beberapa kelemahan yang perlu ditangani segera. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi kelemahan pengangkutan awam.

Tugasan soalan : Menghuraikan langkah-langkah mengatasi kelemahan pengangkutan awam

Cadangan isi :

- Membuka lebih banyak stesen pengangkutan awam.

( Stesen besar dan stesen kecil di setiap kawasan)

- Pemantauan dan pemeriksaan JPJ /SPAD lebih kerap.

(Mengeluarkan saman dan kompaun yang berat kepada pengendali pengangkutan

awam yang melanggar peraturan)

- Memperketat syarat pengambilan lesen memandu kenderaan awam.

( Pemandu mesti sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman memandu selama 5 tahun)

- Pemilihan permandu yang benar-benar layak sahaja.


(Pemandu yang bebas dadah dan rekod jenayah, sesuai dari segi umur)

- Membuka lebih banyak laluan perjalanan.

(Meliputi kawasan bandar dan luar bandar)

- Kursus pemanduan berhemah secara berkala untuk pemandu.

(Pemandu tidak akan lupa undang-undang dan tatasusila di jalan raya)

Peribahasa

Sudah terhantuk baru tengadah

Melepaskan batuk/batok di tangga

Sediakan payung sebelum hujan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

TEMA: NILAI-NILAI MURNI

SOALAN 1

Amalan nilai murni amat penting dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai
kaum dan agama.

Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh rakyat
Malaysia bagi memupuk perpaduan.

Tugasan : Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan bagi memupuk perpaduan

Cadangan Isi:

1. Mengamalkan nilai hormat-menghormati.


Masyarakat Malaysia berbilang kaum melahirkan semangat bersatu-padu - Menghormati budaya
dan adat resam semua kaum

2. Mengamalkan nilai toleransi

Bertolak ansur antara kaum menerima perbezaan adat resam - Tidak mementingkan diri dalam
segala aktiviti kehidupan

3. Mengamalkan nilai kasih-sayang

Menghulurkan bantuan mengamalkan semangat kejiranan- ziarah menziarahi - Tidak


berprasangka buruk - Cakna dengan jiran

4. Mengamalkan nilai bekerjasama

Bergotong-royong dalam pelbagai aktiviti kehidupan seharian - Bekerjasama dalam membanteras

gejala sosial di kejiranan

5. Mengamalkan nilai patriotisme

Menyambut Hari Kebangsaan - Mencintai kawasan kejiranan - Tidak mewujudkan suasana


perkauman

Ungkapan Menarik:

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Cubit paha kiri paha kanan terasa sakit

SOALAN 2

Amalan nilai murni begitu penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Setiap individu wajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Bincangkan
kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.
Tugasan : Kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita

Cadangan Isi:

1. Individu yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna
dalam usaha memajukan negara

Mencapai kemajuan dan pembangunan yang pesat.

2. Individu dan masyarakat yang mengamalkan nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang
mulia

Dihormati oleh orang lain.

3. Pelbagai gejala sosial akan dapat dibanteras

Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.

4. Meningkatkan imej negara

Rakyat di negara ini dikagumi oleh pelancong asing dan masyarakat dunia.

5. Dapat membuat pertimbangan yang rasional dalam penyelesaian masalah

Ada sifat tanggungjawab, tolak ansur.

Ungkapan Menarik:

- Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

- Celik akal
SOALAN 3

Ibu bapa memainkan peranan penting menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan ahli keluarga.
Huraikan peranan ibu bapa tersebut.

Tugasan : Peranan ibu bapa menerapkan nilai murni dalam keluarga

Cadangan Isi:

1. Menjadi contoh teladan

Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan semangat kejiranan.

2. Menerapkan pendidikan agama dalam kehidupan keluarga

Sebagai panduan hidup menerapkan nilai yang baik melahirkan semangat hormat-
menghormati.

3. Melibatkan keluarga dengan aktiviti masyarakat

Gotong-royong kenduri eratkan hubungan silaturahim.

4. Mengisi masa lapang bersama dengan anak-anak

Memupuk nilai kasih sayang akan terbentuk semangat perpaduan

5. Mengawasi pergaulan dan pergerakan anak-anak

Tidak terjebak dalam gejala sosial tidak terpengaruh dengan anasir subversif.
Ungkapan Menarik:

- Bagaimana acuan begitulah kuihnya

- Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya

TEMA: MASYARAKAT PENYAYANG

SOALAN 1 : Anda dan seorang rakan baru saja selesai membantu jiran yang mengadakan suatu
majlis. Dalam perjalanan pulang, anda dan rakan berbual-bual tentang kebaikan memupuk kembali
semangat kejiranan yang semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kini.

Tulis perbualan itu selengkapnya.

FORMAT KARANGAN : Dialog

TUGASAN SOALAN : Kepentingan semangat kejiranan kepada masyarakat

CADANGAN ISI :

1. Memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat

- Aktiviti masyarakat gotong royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan
komuniti di tempat tinggal mereka.

PERIBAHASA : bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan.
Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

2. Membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

- Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu
padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan
selesa dan aman.

PERIBAHASA : Bersatu teguh bercerai roboh. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh memahami
perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain. Seterusnya memahami sensitiviti mereka agar
dapat bertoleransi sesama sendiri.
3. Memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa
kemajuan kepada rakyat.

- Pelbagai kemudahan dan infrastruktur di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan


orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif,
semangat kejiranan dan perpaduan.

PERIBAHASA : Ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.

4. Membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat
cinta akan negara

- Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia
membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur
Gemilang dengan penuh kejayaan. (boleh ditukar dengan individu lain dan kejayaan masing-masing
seperti Pandalela Rinong, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David)

PERIBAHASA : Bagai isi dengan kuku

5.

Penting sebagai produk pelancongan.

- Kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia
yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam
komuniti kejiranan

- Sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu
menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para
pelancong asing

PERIBAHASA : Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

SOALAN 2 : Selaku kaunselor di sebuah sekolah, anda diminta menyampaikan ceramah kepada ibu
bapa pelajar dalam satu majlis perjumpaan ibu bapa dengan pihak sekolah. Fokus ceramah anda
ialah peranan ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang.

FORMAT KARANGAN : Ceramah

TUGASAN SOALAN : Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang

CADANGAN ISI :
1. Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.

- Ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti
gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka

PERIBAHASA : Melentur buluh biarlah dari rebungnya

2. Didikan agama perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.

- Amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran
dan berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak
mereka ke rumah ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan
kebaikan mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada
binatang.

ANALOGI : Agama asas pembinaan insan

3. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.

- Ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan
diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda musibah

PERIBAHASA : Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

4. Keluarga yang stabil dari segi emosi dan rohani.

- Keluarga yang stabil dari segi emosi dan rohani ialah keluarga yang saling menyayangi,
hormat-menghormati serta saling membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat dipenuhi oleh ibu bapa
maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami sebarang
tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding
menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya

PERIBAHASA : Melentur buluh biarlah dari rebungnya

5. Hubungan baik dengan masyarakat sekeliling.

- Ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat
tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran
kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan iktibar
daripada perang saudara yang berlaku di Somalia.

PERIBAHASA : Bagai isi dengan kuku, Bagai aur dengan tebing

SOALAN 3 : Anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan.
Tajuk rencana tersebut ialah Usaha-Usaha Memupuk Semangat Permuafakatan dalam Kalangan
Masyarakat. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

FORMAT SOALAN : Rencana

TUGASAN SOALAN : Usaha-usaha memupuk semangat permuafakatan dalam kalangan masyarakat

CADANGAN ISI :

1. Peranan ibu bapa.

- Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong, kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti.

PERIBAHASA : bagai aur dengan tebing

2. Kempen-kempen kesedaran oleh pihak kerajaan.

- Kempen 1Malaysia,

PERIBAHASA : Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

3. Peranan jawatankuasa penduduk setempat.

- Pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh mengadakan aktiviti seperti gotong-royong


membersihkan atau menceriakan kawasan setempat, seperti dewan orang ramai, balai raya, taman
permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti.

PERIBAHASA : ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni

4. Peranan sekolah
- Pengajaran dan pembelajaran - membimbing murid-murid tentang kepentingan semangat
bekerjasama. Pelbagai aktiviti berbentuk kerjasama dalam kalangan murid-murid seperti gotong-
royong membersihkan kawasan sekolah, mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias sekolah
dengan jalur gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya dapat
diimplimentasikan

PERIBAHASA : ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya

5. Peranan media massa

- Menyiarkan drama, filem yang bertemakan semangat kerjasama

PERIBAHASA : Bagai aur dengan tebing

SOALAN 4 : Warga tua sering diabaikan oleh anak-anak. Huraikan cara-cara yang terbaik untuk
mendidik masyarakat agar menyayangi warga tua.

FORMAT SOALAN : Tiada format khusus

TUGASAN SOALAN : Cara-cara menghargai warga tua

CADANGAN ISI :

1. Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua.

- Kita perlu menjaga ibu bapa ketika mereka tua serta uzur. Anak-anak tidak seharusnya
menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.

PERIBAHASA : Bagai kacang lupakan kulit.

2. Guru mendidik pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua.

- Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka

PERIBAHASA : kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa masa berada

3. Kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua.


- Menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua, rumah penjagaan warga tua yang
mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan, diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan.
Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah di hospital
kerajaan atau klinik swasta.

UNGKAPAN MENARIK: Yang tua dihormati, yang muda disayangi

4. Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internet boleh menyiarkan cerita-cerita
yang berkaitan dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua.

- Bersamamu, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan


khususnya kepada warga tua yang daif.

SOALAN 5: Sahabat pena anda di luar negara mendapat tahu bahawa perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia sangat kukuh. Sahabat anda ingin mengetahui implikasi perpaduan kepada rakyat
dan negara. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan anda untuk menjelaskan perkara tersebut.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

FORMAT : Surat Kiriman Tak Rasmi

TUGASAN SOALAN : Kesan perpaduan kepada rakyat dan negara

CADANGAN ISI :

1. Rakyat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak

- Segala urusan kehidupan harian dilaksanakan dengan licin dan lancar

- Rakyat bebas menjalankan perniagaan, perusahaan, dan bersama-sama memacu ekonomi


negara.

PERIBAHASA : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Hubungan mesra antara ahli keluarga dan masyarakat

- Mewujudkan keharmonian mengukuhkan institusi kekeluargaan menghormati adat dan


kepercayaan kaum lain

- Amalan berkunjung rumah terbuka.


PERIBAHASA : Bagai aur dengan tebing

3. Negara dapat ditadbir dengan baik

- Pemimpin pelbagai kaum mewujudkan perasaan perkongsian menghasilkan budaya dan


etika kerja yang baik politik stabil menjadi contoh kepada rakyat.

4. Menggalakkan industri pelancongan

- Ramai pelancong berkunjung

5. Meningkatkan pelaburan asing

- Sektor industri berkembang pesat

TEMA: ALAM PEKERJAAN

SOALAN 1 : Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, persediaan
awal amat penting sebelum anda menceburi bidang pekerjaan tersebut. Bincangkan persediaan-
persediaan yang perlu anda lakukan.

FORMAT SOALAN : Tiada format khusus

TUGASAN SOALAN : Persediaan untuk mencapai cita-cita

CADANGAN ISI :

1. Melengkapkan diri saya dengan kemahiran insaniah

- Meliputi beberapa aspek, iaitu kemahiran berkomunikasi, mempunyai pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat
dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran
kepimpinan

- Semasa berada di alam persekolahan dan pengajian tinggi, saya perlulah menggunakan
peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan atau
kebudayaan
PERIBAHASA: Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

2. Saya perlu mempunyai daya saing yang tinggi

- Saya merupakan golongan pemuda-pemudi yang bakal berhadapan dengan dunia yang kian
mencabar ini.

CONTOH: Jika dilihat dari dimensi yang lain pula, sesungguhnya remaja di negara lain amat berbeza
dengan remaja di Malaysia. Mereka sememangnya sudah diajar berdikari sejak kecil lagi manakala
remaja di negara kita masih ditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, tidak hairanlah mereka lebih
matang dan daya saing mereka lebih tinggi daripada remaja di negara kita.

3. Saya perlu kental dan tidak mudah berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai rintangan.

- Abraham Lincoln pernah mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum beliau
dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51 tahun.

PERIBAHASA : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

4. Saya juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap bidang pekerjaan yang
bakal saya ceburi

- Ketinggian ilmu yang saya miliki dapat memastikan jati diri saya tidak mudah rapuh

- Berupaya memajukan negara

UNGKAPAN MENARIK: Membaca itu jambatan ilmu / Sememangnya pelangi hari ini tidak mampu
berjanji untuk muncul pada hari esok.

5. Saya perlu sentiasa sensitif dan prihatin terhadap isu semasa.

- Kes pembunuhan Datuk Sosilawati, seorang jutawan dan rakan-rakannya yang telah dibunuh
tanpa perikemanusiaan. Sebagai iktibar, saya perlu lebih berhati-hati dalam mengharungi kehidupan
yang penuh pancaroba ini terutamanya ketika menceburi bidang kerjaya yang lebih mencabar dan
berisiko.

PERIBAHASA : Saya tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung. Hal ini adalah supaya
saya lebih peka terhadap masalah yang kian menular seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan
sama ada di negara kita atau di luar negara

6. Mempunyai minda yang kreatif dan inovatif


- Pemikiran saya yang kreatif dan inovatif dapat menangani cabaran-cabaran yang bakal saya
tempuhi kelak terutamanya pada era globalisasi ini. Saya juga dapat mengemukakan idea-idea yang
bernas yang dapat meningkatkan kualiti kerja saya kelak

UNGKAPAN MENARIK: Seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani melakukan anjakan
paradigma mampu untuk menongkah arus dan mendepani cabaran semasa. Dengan cara ini, saya
pasti dapat menangkis segala dugaan yang mendatang kerana saya percaya bahawa hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih. Semoga impian saya akan menjadi realiti dengan keizinan Tuhan yang
Maha Esa.

TEMA : PELABURAN KUALITI HIDUP

SOALAN 1: Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan
sesebuah negara. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi
menggalakkan pelaburan asing di negara ini?

Bincangkan.

FORMAT SOALAN : Tiada format khusus

TUGASAN SOALAN : Langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi menggalakkan pelaburan asing
di

negara ini

CADANGAN ISI :

1. Memastikan kestabilan politik negara yang merupakan kunci utama dalam usaha
menggalakkan pelaburan asing.

- Sistem pemerintahan demokrasi Malaysia mengamalkan dasar terbuka bagi para pengilang.
Semasa kegawatan ekonomi melanda dunia pada tahun 1997, Malaysia masih berjaya
menganjurkan Sukan Komanwel dengan jayanya pada tahun 1998. Kemampuan bekas Perdana
Menteri Malaysia yakni Tun Dr. Mahathir Mohammad mengawal ekonomi negara amat dikagumi
masyarakat Malaysia dan seantero dunia. Beliau telah menetapkan RM3.50 kepada satu dolar
Amerika Syarikat dan langkah tersebut telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada turut
berhutang dengan International Monetary Fund (IMF). Kebolehan Malaysia melalui tempoh
kegawatan ekonomi malah menjadi negara sedang membangun yang paling maju di seluruh dunia
meyakinkan para pelabur asing tentang potensi Malaysia sebagai pusat pelaburan mereka.

2. Hubungan bilateral dan multilateral harus dieratkan bagi mewujudkan hubungan perdagangan
antara Malaysia dengan negara lain.

- Contohnya baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan ke Arab
Saudi untuk membaharui hubungan diplomatik. Dalam suatu lawatan Perdana Menteri ke Dubai,
rakyat Dubai akan membuka kilang di Malaysia manakala rakyat Malaysia akan membuka kilang di
Dubai juga.

3. Menghantar rombongan penggalak pelaburan ke luar negara dengan matlamat


mempertingkatkan pelaburan asing.

- Berpandukan misi pelaburan ini, rombongan terbabit biasanya diketuai Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri yang akan berperanan berucap dan menyatakan kelebihan Malaysia
kepada para pelabur asing di luar negara.

- Ekspo perdagangan dan pameran akan diadakan di luar negara bagi menonjolkan faktor-
faktor tarikan Malaysia yang sesuai dijadikan tempat pelaburan. Seminar pelaburan turut diadakan
oleh rombongan tersebut.

4. Zon perdagangan yang sesuai dan lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur perlu
diperbanyakkan oleh kerajaan Malaysia.

- Prasarana seperti sistem pengangkutan yang sistematik, bekalan elektrik dan air yang
berterusan, serta sistem telekomunikasi yang cekap harus disediakan untuk kemudahan kilang-
kilang beroperasi. zon perdagangan ialah di Shah Alam, di Batu Berendam, di Alor Gajah, di Gurun
dan di Senawang. Lebih banyak kawasan harus dijadikan zon perdagangan bebas (FTZ) seperti di
Bayan Lepas Pulau Pinang untuk menarik minat pelabur asing

5. Faktor tenaga buruh turut memainkan peranan penting menarik pelabur asing ke negara kita.
Daya produktiviti sesebuah kilang akan meningkat dengan adanya banyak tenaga kerja yang mahir
dan pakar.
- Rancangan latihan kepakaran harus ditingkatkan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan
agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri (PKEN). Kerajaan juga perlu memastikan latihan vokasional adalah cukup untuk memenuhi
keperluan guna tenaga dan tuntutan seazaman.

SOALAN 2: Pelbagai skim cepat kaya sedang menular dalam kalangan masyarakat. Walaupun
banyak pihak mengalami kerugian atau tertipu, skim seumpama ini terus mendapat sambutan. Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani skim
ini.

FORMAT SOALAN : Tiada format khusus

TUGASAN SOALAN : Usaha-usaha yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani skim
ini.

CADANGAN ISI :

1. Mengawasi laman web yang menjalankan kegiatan ini.

- SKMM memantau laman-laman sosial atau individu yang cuba menonjolkan perbuatan
memungut wang tanpa lesen.

PERIBAHASA : Durian runtuh

2. Menasihati rakyat bahawa skim tersebut merupakan satu bentuk pelaburan yang tidak
selamat.

- Kempen disiarkan dalam media massa khususnya televisyen

PERIBAHASA: Nasi menjadi bubur.

3. Mengingatkan rakyat bahawa skim pelaburan berantai ini merupakan satu skim penipuan

- Menggubal undang-undang berkaitan pengubahan wang haram dan seumpamanya

PERIBAHASA : Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

4. Mengambil tindakan undang-undang

- Membawa pesalah ke muka pengadilan dan tegas bertindak


PERIBAHASA: Hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batok di tangga

SOALAN 3: Sediakan payung sebelum hujan sering kali menjadi prinsip mereka yang gemar akan
pelaburan. Sebagai pegawai bank, anda diminta menyampaikan ceramah tentang kepentingan
pelaburan masa depan.

Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

FORMAT SOALAN : Ceramah

Markah ditolak jika tiada : menghadap majlis -1 markah

Kata sapaan -1 markah

TUGASAN SOALAN : Kepentingan pelaburan

CADANGAN ISI :

1. Mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

- Dapat membantu kita pada masa depan terutama untuk menyambung pelajaran ke IPT

PERIBAHASA: Ingat sebelum kena jimat sebelum habis

2. Persediaan ketika mengalami situasi kecemasan.

- Jika berlaku sesuatu musibah kebakaran atau penyakit yang kronik atau ditimpa bencana

alam

PERIBAHASA : Malang tidak berbau

3. Masa depan seseorang lebih terjamin.

- Kita tidak perlu membuat pinjaman kewangan dan tidak menyusahkan orang sekeliling. Boleh
dapatkan sesuatu tanpa bantuan orang lain

PERIBAHASA : Bersusah- susah dahulu bersenang- senang kemudian

4. Dapat menstabilkan ekonomi rumah tangga/ negara.


- Tidak berlaku masalah pengganggur dan konflik rumah tangga kerana kegawatan ekonomi

pada masa depan.

5. Dapat menampung peningkatan kos dalam kehidupan.

- Kita boleh menggunakan keuntungan daripada pelaburan untuk menampung kos-kos


tambahan

sewaktu membesarkan anak-anak

PERIBAHASA: Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kesilapan Ejaan (i)


KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)
SALAH BETUL SALAH BETUL
acapkali acap kali lalulintas lalu lintas
ada pun adapun latarbelakang latar belakang
adakala ada kala lebuhraya lebuh raya
andai pun andaipun lagi pun lagipun
andaikata andai kata mana pun manapun
apa kala apakala mana kala manakala
apa tah apatah merekapun mereka pun
atau pun ataupun meski pun meskipun
Aidil-fitri Aidilfitri olah raga olahraga
aturcara atur cara papantanda papan tanda
ambilalih ambil alih penguatkuasa penguat kuasa
barang kali barangkali pengubahmilik pengubah milik
begitupun begitu pun pilihanraya pilihan raya
belumpun belum pun pasaraya pasar raya
biar pun biarpun rekabentuk reka bentuk
baikpulih baik pulih rekabina reka bina
bandaraya bandar raya ruangniaga ruang niaga
cendera mata cenderamata samada sama ada
cahayamata cahaya mata sebutharga sebut harga
campurtangan campur tangan sediada sedia ada
empatbelas empat belas segitiga segi tiga
gambarajah gambar rajah sekaligus sekali gus
gantirugi ganti rugi senireka seni reka
garispanduan garis panduan suratcara surat cara
gunatanah guna tanah suratkhabar surat khabar
hakmilik hak milik susunatur susun atur
hapuskira hapus kira susutnilai susut nilai
ibubapa ibu bapa sediakala sedia kala
ibupejabat ibu pejabat selangseli selang seli
ibusawat ibu sawat seringkali sering kali
isipadu isi padu sesungguh-nya sesungguhnya
inipun ini pun siapa-tah siapatah
janakuasa jana kuasa sudahpun sudah pun
jasabaik jasa baik sungguh pun sungguhpun
jawatan kuasa jawatankuasa temubual temu bual
jiwa-mu jiwamu temuduga temu duga
jualbeli jual beli tengahari tengah hari
kawalselia kawal selia tuanpunya tuan punya
kadang kala kadangkala tukarsyarat tukar syarat
kemaskini kemas kini telahpun telah pun
kerapkali kerap kali ulangtahun ulang tahun
keretapi kereta api urusetia urus setia
kerja sama kerjasama usahasama usaha sama
kerjatanah kerja tanah walau pun walaupun
kertaskerja kertas kerja walaubagaimanapun walau bagaimanapun
kuatkuasa kuat kuasa

You might also like