Final

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

FAKULTI SAINS GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER / 2015

ABPK 1203

KOGNITIF PSIKOLOGI

NO. MATRIK :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MAIL :

PUSAT BELAJAR : JOHOR BAHRU


Kognitif Psikologi (ABPK1203)

Isi Kandungan Muka Surat


1.0 Pengenalan .................................................................................................................................. 1
2.0 Teori Gestalt Berkaitan Penyelesaian Masalah ........................................................................... 3
3.0 Teori Paska-Gestalt Mengenai Penyelesaian Celik Akal ............................................................ 6
4.0 Jangkaan Teoritikal Terhadap Bila Dan Bagaimana........................................................... 9
5.0 Kesimpulan ............................................................................................................................... 11
APPENDIKS......................................................................................................................................... 12
Rujukan ................................................................................................................................................. 12

i
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan masalah didefinisikan sebagai
sesuatu yang mesti diselesaikan; soal; perkara: Tidak ada ~ yang tidak dapat diselesaikan
(Carian PPRM@DBP Malaysia, 2008). Hal ini bermakna masalah secara umumnya boleh
ditakrifkan sebagai individu yang dapat menggunakan pengalaman sedia ada dalam
menyelesaikan sesuatu situasi atau keadaan manakala kaedah penyelesaian masalah ialah
proses atau aktiviti mental yang mengandungi pelbagai kemahiran kognitif dan pembelajaran
yang membolehkan pengetahuan diperoleh melalui permasalahan yang dikemukakan.
Masalah boleh didefinisikan sebagai rintangan yang boleh menghalang seseorang
daripada mencapai matlamat yang diingini. (Clarke, 1997 2nd Edition)Dalam erti kata
lainnya jika kita berhasrat untuk mencapai sesuatu tetapi tidak mempunyai idea bagaimana
untuk melakukannya, maka dalam hal ini kita dikatakan berada dalam keadaan mempunyai
masalah. Kesannya apabila kita berhadapan dengan halangan kita akan menggunakan
penyelesaian masalah yang memerlukan kita untuk berfikir dan berkebolehan untuk membuat
keputusan. Menurut Cohen & Stemmer, menyelesaikan masalah bermaksud kita memutuskan
tindakan yang akan mengubah situasi yang lebih baik. (Cohen & Stemmer, 2007)

Untuk menyelesaikan masalah, manusia perlu melatih kognitifnya untuk memilih


rangsangan, mengatur, mengorganisasikan data dan menimbangkan setiap alternatif yang
wujud dalam sesuatu masalah. Tanpa mengira apa bentuk masalah, kompleks atau ringkas
individu perlu menghadapinya dengan memberi perhatian dan penelitian dan
menyelesaikannya dengan melalui beberapa tahap. Menurut ahli psikologi Gestalt, pemikiran
atau proses penyelesaian masalah ialah pencarian kaitan antara satu aspek masalah dengan
aspek yang lain, dan akibatnya ialah kefahaman struktural. Iaitu kebolehan memahami
bagaimana semua bahagian-bahagian masalah dapat disepadukan bagi memenuhi syarat-
syarat matlamat. Ini memerlukan pengorganisasian semula elemen-elemen masalah kepada
bentuk baru supaya masalah itu dapat diselesaikan (Mahmood Nazar, 2014)

Menurut Mahmood Nazar (2014), manusia menggunakan pemikiran dalam pelbagai


bentuk tidak kira sama ada dalam bentuk yang baik ataupun buruk, salah satu fungsi
pemikiran adalah untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Terdapat beberapa
definisi yang telah diberikan bagi menerangkan konsep penyelesaian masalah ini. Ramai
tokoh daripada pelbagai bidang khususnya ahli psikologi yang telah mengkaji dan
mengutarakan pandangan masing-masing dalam ilmu mengenai penyelesaian masalah,

1
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

pandangan-pandangan yang diutarakan tersebut termasuklah yang berkaitan dengan langkah-


langkah penyelesaian dan strategi-strategi yang boleh diambil ketika melakukan penyelesaian
masalah. Bagi langkah-langkah penyelesaian masalah misalnya terdapat beberapa bentuk
teknik atau strategi yang boleh diambil bagi penyelesaian yang baik contohnya analisis cara
akhir (means-end analysis) dan rantaian hadapan(forward chaining).

Namun melalui tugasan ini , perbincangan lebih lanjut adalah berkaitan proses
penyelesaian masalah berdasarkan pendekatan Gestalt yang berkisar dengan pembelajaran
kognitif iaitu merujuk kepada proses pembelajaran celik akal (insight). Celik akal yang
dimaksudkan di sini ialah satu perubahan yang berlaku secara tiba-tiba dalam persepsi
seseorang ketika menghadapi sesuatu masalah.

2
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

2.0 Teori Gestalt Berkaitan Penyelesaian Masalah


Gestalt berasal dari bahasa Jerman (1992) manakala Psikologi Gestalt berasal dari
gerakan intelektual Jerman yang sangat dipengaruhi oleh berbagai model akademi Wurzburg
terdahulu dan pendekatan "phenomenologist" terhadap ilmu pengetahuan. Psikologi kognitif
mulai berkembang dengan lahirnya teori belajar Gestalt yang dimulai dan dikembangkan
melalui tulisan-tulisan tiga tokoh, iaitu Max Wertheimer, Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka.
Gestalt dipelopori oleh Max Wertheimer (1880 1943) yang meneliti tentang pengamatan
dan pemecahan masalah (problem solving). Diikuti oleh Kurt Koffka (1886-1941) yang
menguraikan secara terperinci tentang hukum-hukum pengamatan dan kemudiannya
Wolfgang Kohler (1887-1959) yang meneliti tentang celik akal pada seekor Cimpanzi.
Ahli psikologi Gestalt berhujah bahawa penyelesaian masalah adalah satu proses yang
produktif. Dalam proses berfikir tentang masalah, individu kadang-kadang "menyusun
semula" masalah yang membawa kepada matlamat atau membolehkan mereka untuk
mencapai penyelesaian dan menyifatkan beberapa aspek pemikiran yang bertindak sebagai
halangan kepada penyelesaian masalah yang berjaya. Wertheimer dianggap sebagai pelopor
teori Gestalt setelah ia melakukan suatu eksperimen dengan menggunakan sebuah alat yang
bernama stroboskop, iaitu suatu kotak yang di dalamnya terdapat dua garis yang satu tegak
dan yang satu melintang. Jika kedua garis tersebut diperlihatkan secara bergantian terus
menerus maka akan kelihatan seakan garis tersebut bergerak dari melintang menjadi tegak.
Teori Gestalt menyifatkan penyelesaian masalah yang berlaku pada manusia sebagai
dalaman atau "insight" atau persepsi perhubungan antara elemen-elemen situasi penyelesaian
masalah. Melihat masalah dari sudut berbeza adalah penting sebelum interaksi peristiwa yang
membawa gambaran lebih jelas tentang penyelesaian. Dalam erti kata lain, sebaik sahaja
individu menganalisis masalah dengan betul, penyelesaian menjelma dengan tiba-tiba. Teori
Gestalt mempercayai terdapat satu hubungan yang jelas dan kuat antara berfikir dan persepsi
yang mana kedua-duanya adalah dikawal oleh prinsip yang sama dalam teori bidang. (Dr
Haresh & Dr Anton, 2012) Empat hukum Gestalt iaitu Penutupan (Closure), Kedekatan
(Proximity), Kesinambungan (Continuance) dan Keserupaan (Similarity); Interaksi antara
individu dan lingkungan disebut sebagai bidang persepsi. Setiap bidang persepsi memiliki
organisasi, yang cenderung dipersepsi kan oleh manusia sebagai "figure and ground". Oleh
karena itu kemampuan persepsi ini merupakan fungsi bawaan manusia, bukan kemahiran
yang dipelajari. Pengorganisasian ini mempengaruhi makna yang dibentuk.

3
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

2.1 Prinsip-prinsip pengorganisasian:


2.1.1 Principle of Proximity:
Bahawa unsur-unsur yang saling berdekatan (baik waktu mahupun
ruang) dalam bidang pengamatan akan dipandang sebagai satu bentuk
tertentu.
2.1.2 Principle of Similarity:
Bahawa unsur-unsur bidang pengamatan yang berada dalam arah yang
sama cenderung akan dipersepsi sebagai suatu figure atau bentuk
tertentu.
2.1.3 Principle of Objective Set:
Organisasi berdasarkan mental set yang sudah terbentuk sebelumnya.
2.1.4 Principle of Continuity:
Organisasi berdasarkan kesinambungan pola.
2.1.5 Principle of Closure/ Principle of Good Form:
Bahawa orang cenderung akan mengisi kekosongan suatu pola objek
atau pengamatan yang tidak lengkap.
2.2 Principle of Figure and Ground: iaitu menganggap bahawa setiap bidang
pengamatan dapat dibagi dua iaitu bentuk dan latar belakang. Penampilan suatu objek
seperti ukuran, potongan, warna dan sebagainya membezakan bentuk dari latar
belakang. Bila bentuk dan latar belakang bersifat samar-samar, maka akan terjadi ke
tidak jelasan pentafsiran antara bentuk dan latar belakang. Contoh: perubahan nada
tidak akan merubah persepsi tentang melodi.

2.3 Teori pengamatan (Hukum Pragnanz)


Kumpulan Gestalt juga mengemukakan teori daripada pengamatan iaitu
bagaimana manusia melihat dunia. Menurut hukum Pragnanz ini, manusia melihat
dunia secara keseluruhan. Jika maklumat mencukupi, objek (rangsangan) yang tidak
sempurna akan dibentuk oleh kefahaman (makna) oleh otak manusia. Perkara ini
dinamakan pengamatan dan penanggapan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah
rumah atau bangunan , kemudian barulah kita melihat secara spesifik seperti meneliti
setiap bahagian yang ada pada rumah tersebut seperti bahan binaan yang digunakan,
bentuk rumah, pintu, tingkap, lantai, lampu dan sebagainya. Kemudian kita akan
kembali merumus keseluruhan bahagian, warna dan ciri-ciri lain sebagai rumah.

4
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

Ahli psikologi kognitif melihat penyelesaian masalah melibatkan empat proses yang
utama. Proses pertama yang terlibat dalam penyelesaian masalah ialah tahap persediaan iaitu
bermula dengan memahami masalah yang dihadapi kemudian mencipta penyelesaian yang
boleh diambil. Tahap kedua dikenali sebagai tahap produksi iaitu mengeluarkan idea-idea
penyelesaian yang berpotensi untuk digunakan. Kemudian tahap yang ketiga ialah tahap
penilaian di mana pada tahap ini penyelesaian yang akan diambil diperiksa dan dinilai secara
teliti. seterusnya ialah tahap terakhir iaitu tahap pertimbangan iaitu penyelesaian yang
diambil akan dilaksanakan dan kemudian dinilai. Keempat-empat tahap dalam proses
penyelesaian masalah tersebut adalah merupakan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-
ahli psikologi kognitif. (nikalila, 2012)

5
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

3.0 Teori Paska-Gestalt Mengenai Penyelesaian Celik Akal


Kesedaran atau arif mengenai sesuatu amat penting untuk kesihatan mental. Dengan
adanya kesedaran manusia mampu untuk mengawal diri dan hidup lebih berdisiplin.
Kesedaran adalah matlamat paling utama dalam proses kaunseling Gestalt. Terdapat beberapa
punca yang mendorong seseorang itu tidak mencapai kesedaran antaranya ialah terlalu
memikirkan peristiwa lepas. Sikap rendah diri yang keterlaluan, terlalu banyak fantasi dan
angan-angan juga boleh menyebabkan seseorang tidak sedar akan dirinya. Bagaimana ia
berlaku? Seorang yang arif mengenai dirinya akan mengenali sumber atau siapa dirinya serta
aset yang dimilikinya. Pengaruh luar memainkan peranan kecil dalam menentukan persepsi
terhadap diri. Justeru, individu yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi akan
mendapat kesihatan mental yang baik. Seandainya individu hilang keyakinan atau kurang
keyakinan pada dirinya, maka dengan mudah dia akan ditindas oleh persekitaran kerana
faktor-faktor luaran lebih berpengaruh daripada faktor dalaman diri yang lemah.
Umumnya manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, mereka tidak
menumpukan kepada isu kenapa atau mengapa tetapi lebih memberi penekanan kepada
isu atau persoalan bagaimana . Pendekatan gestalt secara terang menolok pandangan
psikoanalisis yang mengatakan bahawa tingkah laku dan personality manusia adalah
ditentukan (deterministik) dan dikawal oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Kohler, salah
seorang pengasas psikologi gestalt, melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi (Sultan) telah
mengemukakan konsep celik akal (insight). Celik akal bermaksud penyelesaian masalah
berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun, individu memerlukan
masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam
persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas.
Menurut para ahli psikologi Gestalt, manusia bukan sekadar makhluk reaksi yang
hanya akan berbuat atau bereaksi jika ada perangsang yang mempengaruhinya. Sebagai
individu, manusia bereaksi atau berinteraksi dengan dunia luar melalui caranya sendiri.
Secara peribadi, manusia tidak secara langsung bereaksi kepada suatu perangsang dan tidak
pula reaksinya itu dilakukan secara membabi buta atau secara "trial and error"( Trial and
error is a fundamental method of solving problems. It is characterised by repeated, varied
attempts which are continued until success, or until the agent stops trying.). Secara
umumnya, ketika seseorang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, terdapat keadaan
jalan penyelesaian masalah yang kabur dan kurang pasti yang mendorong seseorang itu terus
berusaha mencapai matlamatnya. Keadaan sedemikian dikenali sebagai celik akal. Celik akal

6
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

tidak semestinya mencapai penyelesaian yang betul dan tepat. Celik akal merupakan jawapan
percubaan atau hipotesis yang mungkin membantu seseorang mencapai matlamatnya.
Wolfgang Kohler (1915) menerangkan satu siri kajian berkaitan mentaliti beruk
yang menunjukkan objektif dalam situasi penyelesaian masalah dengan menemukan
berlakunya celik akal pada seekor Cimpanzi iaitu bagaimana Cimpanzi menyelesaikan
masalah untuk mendapatkan pisang yang diletakkan di luar kawasan kurungan atau
digantung di atas kurungan. (Wikidot, 2009)
a) Situasi 1
Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar
Cimpanzi bernama Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu).
Sultan cuba mencapai pisang tersebut tetapi tidak berjaya. Tidak lama selepas Sultan berehat,
Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk
mencapai pisang tersebut.

Gambar 1 : chimpanzee images from: Wolfgang Kohler: The Mentality of Apes


1926 Harcourt, Brace & Company, Inc., New York
b) Situasi 2
Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan. Sultan tidak berjaya mencapai
pisang tersebut. Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut
sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung. Sultan pun memanjat kotak
dan menggapai pisang tersebut
Berdasarkan kajian , hasil dapatan beliau yang menarik ialah haiwan akan berusaha
untuk mencari perkaitan yang menuju ke arah penyelesaian apabila berdepan dengan situasi
yang bermasalah. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa sama seperti manusia, haiwan juga
berupaya memperoleh pembelajaran celik akal, iaitu penyelesaian aha! terhadap masalah
yang mereka hadapi dan terbukti tiga perkara iaitu:

7
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi cimpanzi berkenaan


terhadap penyelesaian yang sesuai.
Pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata.
Setelah satu-satu masalah berjaya diselesaikan, maka ada lebih mudah untuk
menyelesaikan masalah yang serupa di masa depan.

8
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

4.0 Jangkaan Teoritikal Terhadap Bila Dan Bagaimana

Pemikiran ialah proses kognitif yang mana pengetahuan difahami, disusun dan diubah
bentuk dan ini boleh dikaitkan dengan proses celik akal kerana ia merupakan satu aktiviti
kognitif. Celik akal merupakan kebolehan seseorang mengamati atau memahami sesuatu
masalah secara tiba-tiba setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan di dalamnya.
Sebagai contoh, kita boleh merujuk dua eksperimen yang dijalankan oleh Kohler
sebagaimana penerangan di atas.
Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian Kohler sebagaimana diperjelas di
perenggan atas haiwan seperti Cimpanzi belajar melalui proses kognisi. Selain itu, Cimpanzi
menggunakan alatan untuk menyelesaikan masalah, jelaslah ianya bukan tindakan secara
membabi buta, tetapi berdasarkan pengalaman dan persepsi, iaitu mendapati perkaitan di
antara rangsangan-rangsangan pelbagai benda yang ada di persekitaran seperti kotak-kotak
dan pisang yang berada dalam situasi masalah yang dihadapinya. Menurut Kohler, persepsi
perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang
tergantung, disebut sebagai celik akal. Daripada hasil kajian tersebut, Kohler menyarankan
bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsi akan
perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan
masalah yang sedang dihadapi. Kenyataan ini menjawab kepada teoretikal terhadap "apa dan
bagaimana".
Belajar adalah suatu proses rentetan penemuan dengan bantuan pengalaman-
pengalaman yang sudah ada. Manusia belajar memahami dunia sekitarnya dengan jalan
mengatur, menyusun kembali pengalaman-pengalamannya yang banyak dan berserakan
menjadi suatu struktur dan kebudayaan yang bererti dan difahami. Belajar adalah berkenaan
dengan keseluruhan individu dan timbul dari interaksinya yang matang dengan
lingkungannya. Melalui interaksi ini, kemudian tersusunlah bentuk-bentuk persepsi,
imaginasi dan pandangan baru, kesemuanya secara bersama-sama membentuk proses celik
akal , yang bekerja dan berkait selama individu melakukan pemecahan masalah.
Walaupun demikian, celik akal itu barulah berfungsi kalau ada persepsi atau
tanggapan terhadap masalahnya, memahami kesulitan, unsur-unsur dan tujuannya. Jadi,
secara singkat belajar menurut psikologi Gestalt dapat diterangkan sebagai berikut :
1. Dalam belajar faktor celik akal (Insight) merupakan faktor yang penting. Dengan
belajar kita akan dapat memahami atau mengerti hubungan antara pengetahuan dan
pengalaman.

9
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

2. Dalam belajar, peribadi atau organisma memegang peranan yang sangat sentral.
Belajar dilakukan dengan sadar, bermotif dan bertujuan
Perls mengatakan bahawa kekuatan ada pada masa kini (power is in the present).
Pendekatan ini mengutamakan masa sekarang, segala sesuatu tidak ada kecuali yang ada pada
masa sekarang (the now), karena masa lalu telah berlalu dan masa depan belum sampai,
hanya masa sekarang yang penting. Hal ini karena dalam pendekatan Gestalt mengapresiasi
pengalaman pada masa kini (Corey, 1986,p.122). Menurut Gestalt, kebanyakan orang
kehilangan kekuatan masa sekarang. Tiba-tiba menghargai pengalaman masa sekarang,
individu menginvestasi kan tenaganya untuk mengeluh tentang kesalahan masa lalu dan
bergelut pada penyelesaian dan rancangan masa depan yang tidak ada hujungnya. (Melati
Sumari, Ida Hartina, & Others, 2014)
Untuk melihat lebih jelas, perkaitan jangkaan teoritikal "bila dan bagaimana" contoh
yang paling mudah saya aplikasikan dalam diri, bagaimana untuk menjadikan saya sebagai
pelajar OUM yang berjaya mendapat anugerah dekan, melihat dan menilai segala cabaran
yang bakal saya perolehi dan memecahkan masalah tersebut kepada sesuatu yang mudah
untuk saya selesaikan. Bagaimana untuk saya meningkatkan celik akal dalam diri? saya perlu
menjadi pelajar yang banyak membaca dan mencari sumber-sumber ilmu pengetahuan
berkaitan kursus atau subjek yang saya ambil dan tidak bergantung harap dari Tutor. Saya
juga perlu memperluaskan pengalaman dengan mempelbagai aktiviti seperti menjawab
soalan-soalan tahun sebelumnya, menganalisa setiap kajian yang telah dijalankan dan
melihat perkaitan antara unsur-unsur yang relevan di dalam sesuatu masalah. Jika saya
seorang yang bermotivasi tinggi , proses celik akal akan menjadi lebih mudah dan apabila
akhirnya saya perlu menduduki dan menjawab kertas peperiksaan , proses persediaan awal ,
mental, fizikal dan kesihatan yang baik sangat membantu saya untuk menjawab dan di
sinilah proses celik akal telah berlaku "aah ..bila dan bagaimana" ia berlaku secara tidak
langsung adalah satu situasi di mana saya alami apabila cuba menjawab tugasan ini walau
pada awalnya saya tidak boleh menyiapkan dan sangat keliru dengan soalan tugasan namun
akhirnya dengan rujukan dan pembacaan dari pelbagai sumber saya mampu menyiapkan.

10
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

5.0 Kesimpulan
Jika saya tidak bermotivasi dan fokus dalam menyiapkan tugasan, proses celik akal
tidak akan berlaku. Dalam kehidupan seharian, untuk menjadi seorang yang berjaya
melangkah dan menjalani hidup dengan sejahtera saya memerlukan cara untuk mengatasi
masalah atau kesukaran yang saya hadapi. Cara yang saya ambil bagi mengatasi masalah
tersebut disebut sebagai penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah adalah penting bagi
saya untuk meneruskan hidup dalam dunia globalisasi ini, walaupun tidak semua masalah
yang saya hadapi, sepenuhnya dapat diselesaikan secara menyeluruh namun dengan adanya
penyelesaian masalah, kesulitan hidup akan mampu dikurangkan.

Tugasan berkaitan teori Gestalt ini sangat memberi impak kepada diri saya untuk
melihat lebih jauh matlamat hidup kerana terdapat prinsip interaksi individu dengan
persekitaran serta prinsip pengorganisasian. Ia juga melibatkan proses pembelajaran, ingatan,
persepsi dan celik akal. Melalui psikologi Gestalt saya mempelajari suatu fenomena secara
total dengan merumuskan beberapa hukum di antaranya adalah Penutupan (Closure),
Kedekatan (Proximity), Kesinambungan (Continuance) dan Keserupaan (Similarity), yang
kesemua undang-undang itu termaktub kepada hukum Pragnaz.

Tindakan untuk saya menyambung pelajaran di OUM di dalam bidang Psikologi ini
sangat membantu saya melihat lebih jelas tentang diri dan matlamat hidup yang saya abaikan
sebelum ini, dengan adanya kesedaran bahawa masalah telah pun wujud dan mempunyai
kepercayaan bahawa jika strategi sesuai digunakan maka ia akan berakhir dengan
perlaksanaan dan penyelesaian yang dapat memuaskan hati. Lazimnya manusia yang berjaya
dalam menyelesaikan masalah lebih cenderung untuk memikirkan dan mendefinisikan
semula masalah secara berterusan begitu juga saya, tidak lain tujuannya adalah untuk
memperbaiki prestasi dan menambah khazanah ilmu dalam diri.

(Jumlah Perkataan: 2872 perkataan)

11
Kognitif Psikologi (ABPK1203)

APPENDIKS

Rujukan

Carian PPRM@DBP Malaysia. (2008). Retrieved 13 November, 2015, from Dewan Bahasa
dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masalah

Clarke, V. &. (1997 2nd Edition). Psychology for VCE. Melbourne: Nelson ITP.

Cohen, H., & Stemmer, B. (Januari, 2007). Consciousness and Cognition: Fragments of
Mind and Brain. United State: Elsevier.

Dr Haresh, K. K., & Dr Anton, E. (2012). SBSF 1103 Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian
Masalah. Selangor: Meteor Doc Sdn Bhd.

Mahmood Nazar, M. (2014). Penghantar Psikologi. In Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
Dan Tingkah Laku Manusia (pp. 188-189). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Melati Sumari, S., Ida Hartina, A. T., & Others, &. (2014). Teori Kaunseling & Psikoterapi.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

N., A. R. (26 Mac, 2012). nikalila. Retrieved 13 November , 2015, from


https://nikalila.wordpress.com: https://nikalila.wordpress.com/2012/03/26/

Wikidot. (14 April , 2009). Cognitive Psychology. Retrieved 12 November, 2015, from
www.wikidot.com/ cognition:problem-solving:
http://cognitivepsychology.wikidot.com/cognition:problem-solving

12

You might also like