Panitia Pendidikan Moral (P.K)

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SJK(T) LADANG PAYA KAMUNTING,

06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN.


Tarikh :15.11.2015
Kepada : No.Rujukan : ( )
Semua Guru

Tuan/Puan:

Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Kali ke-3/2015


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk:
2. Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan dijalankan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 25hb November 2015
Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer Sekolah
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Ucapan Aluan
2. Perutusan Guru Besar.
3. Pembentangan dan Pengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
4. Perkara Berbangkit.
5. Analisa dan Post-Mortem (PM) Penggal 2/2015.
6. Program Panitia
7. Pemantauan Kurikulum Berkualiti.
8. KSSR.
9. PBS
10. Hal-Hal Lain
11. Ucapan Penangguhan.

4. Oleh yang demikian kehadiran tuan/puan diwajibkan.


Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah

..
( G. SHANTHI DEVI)
TARIKH : 25hb November 2015(Rabu)

MASA : 10.00 pagi

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Sila tandatangan penerimaan minit mesyuarat panitia kali ke-3.

Bil Nama Guru Jawatan/Kelas Tandatangan Catatan


Mengajar
1. PN.S.SUBBAMAH Guru Besar
2. PN.G.SHANTHI DEVI PK Kurikulum
3. PN.V. SUKUNA VATHI PK HEM
4. EN RAJA KUMARAN PK KOKO
5. EN.M.GENASAN Tahun
6. EN.K.SURENDREN Tahun
7. CIK.T.SHALINI Tahun
8. PN.A.E CHELLAMAL Tahun
9. EN.B.GUNALAN Tahun
10. PN.R. LETCHUMI Tahun
11. PN.P.VIJAYALAKSHMI Tahun

SJK(T) LADANG PAYA KAMUNTING,


06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH : 14.07.2015 (Selasa)


MASA : 1.15 PTG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

AGENDA

UCAPAN ALUAN

1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat panitia Pendidikan Moral kalli
ketiga bagi tahun 2015.
2. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat ini.

Makluman : semua guru

PERUTUSAN GURU BESAR

3. Tuan guru besar berbesar hati kerana dijemput ke mesyuarat ini serta diberi ruang untuk
menyatakan hasrat serta aspirasi beliau demi peningkatan prestasi matapelajaran Pendidikan
Moral.
4. Tuan Guru Besar meminta kerjasama semua guru Pendidikan Moral lebih menekankan teknik-
teknik baru dalam menggalakkan murid menghayati nilai-nilai moral semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Makluman : semua guru Tindakan : Guru P.Moral

MEMBENTANGKAN & MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

5. Minit mesyuarat yang lalu telah dicadang dan disokong oleh ;

Pencadang : Pn.P. Vijayalakshmi

Penyokong : Pn.K.Vasuki

PERKARA BERBANGKIT

Perkara : PBS

6. Guru guru Pendidikan Moral telah menyediakan modul gabungan untuk murid-murid tahap 1
dan template offline pelaporan untuk murid tahap 2.

Perkara : Peperiksaan Akhir Tahun

7. Peperiksaan akhir tahun telah dijalankan seperti yang dirancang.


8. Guru guru Pendidikan Moral telah menyediakan JSI untuk peperiksaan Pendidikan Moral.

Makluman : semua guru Tindakan : Guru P.Moral


ANALISA DAN POST-MORTEM (PM) PENGGAL 2/2015.

9. Peperiksaan penggal kedua telah dijalankan dengan lancar.


10. Murid murid telah menjawab soalan Pendidikan Moral dengan teliti.

Makluman : semua guru Tindakan :-

PROGRAM PANITIA

11. Pengerusi Panitia Pendidikan Moral membentangkan Rancangan Panitia Pendidikan Moral bagi
tahun 2015.
12. Beliau menyatakan rancangan Panitia iaitu nyanyian lagu-lagu patriotik telah dijalankan pada hari
Sambutan Hari Kemerdekaan.
13. Murid-murid tahap 2 telah menyanyikan lagu-lagu patriotik di bawah bimbingan En.Surendran.
14. Murid murid tahap 2 juga mempersembahkan sebuah drama yang bertajuk Sejarah Malaysia
pada bulan Ogos sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.
15. Murid-murid dari tahun 3 hingga 6 juga mempamerkan gambar tokoh-tokoh Negara Malaysia.
16. Dengan ini rancangan panitia yang dirancang telah dijalankan dengan lancar.

Makluman : semua guru Tindakan : -

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI.

17. Guru Besar meminta para guru agar menyemak buku latihan murid dengan teliti.
18. Beliau juga meminta para guru agar memastikan murid-murid membuat pembetulan di buku
latihan.
19. Guru Besar juga meminta guru guru Pendidikan Moral menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan agar murid-murid menghayati nilai-nilai moral.
20. Beliau juga meminta guru-guru Pendidikan Moral mempelbagaikan teknik mengajar seperti
bercerita, simulasi, teknik sumbangsaran dan sebagainya.
21. Guru-guru Pendidikan Moral telah menghantar buku-buku latihan murid kepada Guru Besar dan
Penolong Kanan Pentadbiran untuk penyemakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Makluman : semua guru Tindakan : Guru P.Moral

KSSR

22. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dijalankan mengikut rancangan


23. Guru Besar meminta para guru lebih arif dengan KSSR ini dan menambahkan pengetahuan dari
masa ke semasa berkaitan dengan KSSR.
24. Guru Besar meminta guru-guru yang menghadiri kursus KSSR bagi tahun 6 menjalankan latihan
dalam perkhidmatan untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang diperolehi kepada guru-guru
lain.
25. Guru Besar juga meminta para guru yang akan mengajar Pendidikan Moral lebih bersedia
darisegi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif KSSR.
Makluman : semua guru Tindakan : Guru P.Moral

PBS

26. Guru guru Pendidikan Moral diminta menggunakan Standard Kandungan Kurikulum
Pendidikan Moral untuk merancang pengajaran dan pembelajaran.
27. Guru guru Pendidikan Moral telah menyediakan modul gabungan untuk murid-murid tahap 1
dan template offline untuk murid-murid tahap 2.
28. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dijalankan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
29. Guru guru juga diberi pendedahan tentang PBS dari semasa ke semasa.

Makluman : semua guru Tindakan : Guru P.Moral

HAL-HAL LAIN

30. Guru Besar meminta semua guru bekerjasama dan berusaha lagi untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dalam kurikulum.
31. Beliau juga meminta semua guru menyerlahkan diri dalam bidang masing-masing.
32. Guru guru juga diminta kreatif dan inovatif dalam semua bidang termasuk pdp untuk
mengharumkan nama sekolah.

Makluman : semua guru Tindakan : Guru P.Moral

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

.. .
(A.JEGENTHAMBAL) (PN.G. SHANTHI DEVI)
Guru Bertugas PK1

You might also like