Artikulasi Dan Artikulator
Artikulasi Dan Artikulator
Artikulasi Dan Artikulator
Artikulasi Vokal
FONOLOGI
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Pertuturan ialah
bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling
memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu
ialah bunyi bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan
oleh alat artikulasi. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik
dan fonemik.
Fonetik: Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang
mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan:
KAJIAN FONETIK
1
Fonem Vokal: Terdapat enam (6) fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu
/a/, / /, /e/, /u/, /o/. Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan
contoh-contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya dengan
menggunakan transkripsi fonetik.
2. c /c/
3. d /d/
4. f /f/
5. g /g/
6. gh /x/
7. h /h/
8. j /j/
9. k /k/
2
Bil Huruf Fonem Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)
. Awal Tengah Akhir
10. kh /x/
12. l /l/
13. m /m/
14. n /n/
15. ng /n/
16. ny /n/
17. p /p/
18. q /q/
19. r /r/
20. s /s/
21. s /s/
22. t /t/
23. v /v/
24. w /w/
25. z /z/
3
1. bibir atas
2. bibir bawah
3. gigi atas
4. gigi bawah
5. gusi
6. lelangit keras
7. lelangit lembut
8. anak tekak
9. hujung lidah
10. hadapan lidah
11. tengah lidah
12. belakang lidah
13. akar lidah
14. epiglottis
15. pita suara
16. rongga tekak
17. rongga hidung
18. rongga mulut
19. rahang
Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang
bergerak. Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga
tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa
dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini.
Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar
daripada paru-paru? Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua
membran yang anjal/ elastik yang terletak dalam peti suara. Membran itu
4
adalah seperti pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari
depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa
halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.
Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari
rongga tekak udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga
hidung (nasal). Manakala lelangit manusia terbahagi dua. Di sebelah depan
dinamakan lelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit
lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit
lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan,
lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu
menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a
ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga
hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup
dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.
Bunyi Vokal: Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah
bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral
dengan tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan
keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal
hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Rajah 3 memperlihatkan
kedudukan bunyi vokal.
Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah
dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu
terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan geli,
dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang fonetik. Manakala bunyi [e]
pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan
tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].
5
Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut
bunyi [a]. Anda akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara
menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi
vokal hadapan luas (rujuk Rajah 4). Bagi vokal belakang, sebutlah bunyi akhir
dalam kata batu. Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula,
bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit
lembut. Cuba letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut
[o]. Pasti ada perbezaan kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi
kedudukan belakang lidah lebih rendah dari menghasilkan bunyi [u].
Rajah 4: Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan
[i].
6
Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku
kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Dalam
penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak. Ada tiga
jenis diftong dalam bahasa Melayu sebagaimana diperlihatkan pada Rajah 5:
Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mula-
mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada
kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i].
Contoh, [pakai].
Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada
kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal
[u]; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh,
[pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada
kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar
tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].
Konsonan: Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan
menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga
mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada
yang tidak bersuara.
7
Rajah 5: Carta konsonan bahasa Melayu
Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian
udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka
mulut, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir
tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu
ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua
bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut
dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi
[t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan
gusi bersuara [d].
Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan
lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah
dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit
lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke
rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan
[k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut
menggetarkan pita suara.
Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke
lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
terhadap arus udara ke rongga hidung.
Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut
tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan
lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses
yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.
Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga
8
hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru
tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak
bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.
Konsonan geseran
[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada
arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang
rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara
direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara,
lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi tak bersuara.
[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut
berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan
bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.
Konsonan getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah
dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang
terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
Konsonan getaran
[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan
dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].
[m] - dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan
lelangit keras bersuara [n].
Separuh Vokal: Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak
tetap, tetapi bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh
vokal. Separuh vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal
yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
9
[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian
bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal
lelangit keras bersuara.
[f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak
bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak
bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan
bunyi geseran bibir gusi bersuara.
[z] bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila
pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran
gusi bersuara.
[s] pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah
dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan
dinamakan geseran gusi lelangit keras.
Nada: Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata
atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4
tinggi sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu
menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1.
Contoh: Saya hendak balik.
10
Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada
tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
Jeda: Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan
antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai
kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan
makna.
Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya
makan nasi # ema?].
11