Kertas Kerja Lawatan MELAKA 2016

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KEMBARA ILMU
SEKITAR NEGERI MELAKA
2016

Anjuran:
JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR
SK WANGSA MAJU SEKSYEN (2)
KUALA LUMPUR

Tempat :
Tarikh :
17 November 2016 (Khamis)
7.30 pagi - 11.30 malam
1. PENGENALAN
Menyemai rasa cinta akan negara dan warisan perlu didedahkan sedari awal alam kanak-
kanak lagi. Menyedari akan hakikat ini maka pihak sekolah di bawah Jawatankuasa Peningkatan
UPSR ingin mengadakan Kembara Ilmu ke Negeri Melaka untuk memberi peluang kepada murid-
murid SK Wangsa Maju Seksyen 2 untuk menghayati jasa-jasa pejuang negara dan menghayati erti
sebenar keamanan dan kecintaan pada negara dan warisan bangsa.

2. MATLAMAT
Kembara ilmu ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran, kefahaman dan cinta akan negara
di kalangan murid-murid terhadap warisan.

3. OBJEKTIF
Kembara Sejarah ini diadakan untuk:
3.1 Mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan mengenai sejarah
Negeri Melaka.
3.2 Memberi peluang mengenali warisan dan budaya.
3.3 Memupuk semangat kerjasama sesama rakan semasa mengikuti sesuatu program yang diadakan
di luar kawasan sekolah.

4. ANJURAN
Kembara Ilmu ini adalah anjuran Jawatankuasa Peningkatan UPSR, Sekolah Kebangsaan Wangsa
Maju Seksyen 2.

5. SASARAN
Seramai 57 orang murid tahun 6 bersama 8 orang guru pengiring.

6. STRATEGI PELAKSANAAN
6.1 Tarikh : 17 November 2016 (Khamis)
6.2 Masa : 7.30 pagi sehingga 11.30 malam
6.3 Tempat :
I ) Water Team Park, A Famosa Resort, Melaka
II ) Safari Wonderland, A Famosa Resort, Melaka
III) Sekitar kawasan Bandar Hilir Melaka - River Cruise, Kota AFamosa, dll.
6.4 Kaedah Pelaksanaan : Lawatan Sambil Belajar

7. AHLI JAWATANKUASA LAWATAN


Pengerusi : Pn. Norhaniza bt Mohamad Dahalan (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En. Muzafar Shah B. Mustaffa (GPK Tadbiran & Kurikulum)
: En. Mohd. Razman B. Omar (GPK Hal Ehwal Murid)
: En. Rosman B. Mohd. Daim (GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn. Sharifah Nor Hamiza bt Syed Edrus
Ketua Rombongan : En. Maleki bin Ibrahim
Setiausaha / Bendahari : Puan Nik Norizan bt Che Rahani
Makanan : Puan Nor Affiza bt Othman
Keselamatan : Encik Najmi Hanif bin Ahmad Shubri
Dokumentasi : Pn Rohana bt Abdol Latif
Jurufoto : Siti Nurzulaiqa bt Noor Azizi
8. TENTATIF LAWATAN

MASA PROGRAM

10.30 pagi Berkumpul di Dewan SK Wangsa Maju Seksyen 2 / Taklimat / Makan


11.00 pagi Bertolak ke A Famosa Resort
12.00 pagi Jangkaan tiba di A Famosa Resort ( Water Team Park ) / Mandi manda
02.00 petang Makan / Solat Jamak & Qasar Zuhur & Asar
02.30 petang Jangkaan tiba di A Famosa Resort ( Safari Wonderland)
04.30 petang Bertolak ke Bandar Hilir, Melaka / Minum petang
05.15 petang Jangkaan tiba di The Shore Oceanarium
06.00 petang Meneroka Sky Tower Melaka
07.00 petang Solat Jamak & Qasar Maghrib & Isyak / Makan malam
07.30 petang Jelajah sekitar Bandar Hilir, Melaka
08.30 malam Menaiki bot River Cruise
09.30 malam Bertolak pulang ke SK Wangsa Maju Seksyen 2
11.00 malam Jangkaan tiba di SK Wangsa Maju Seksyen 2

PAKAIAN: Baju sekolah (unggu) dan kasut sekolah.


BARANG YANG PERLU DIBAWA:
- Buku Catatan, alat tulis dan telekung (murid perempuan), kain pelikat, tuala, set pakaian
mandi, set lengkap pakaian sopan.
*Kuiz Kembara Ilmu berlangsung sepanjang Kembara ini Dijalankan.

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
1. Bayaran daripada Pengangkutan :
murid : RM 2200.00 RM 2200.00
RM 110.00 x 80 RM 8800.00 (pergi dan balik)
Makanan :
RM 12.00 x 91 RM 1092.00
Pakej :
A Famosa Resort
Water Team Park + Safari
Wonderland
Dewasa RM 79 X 8 RM 632.00
Kanak-kanak RM 54 X 80 RM 4320.00
Tiket :
River Cruise
Dewasa RM 10 X 8 RM 80.00
Kanak-kanak RM 5 X 80 RM 400.00
Lain-lain : RM 76.00

JUMLAH RM 8800.00 RM 8800.00


10. PENUTUP
Diharapkan Kembara Ilmu ini dapat direalisasikan dengan jayanya agar murid-murid dapat
menimba pengalaman mengenal sejarah dan menghayati warisan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................................... ......................................................
(NIK NORIZAN BT CHE RAHANI) (MUZAFAR SHAH B. MUSTAFFA)
Setiausaha Lawatan, GPK Kokurikulum & Pentadbiran,
SK Wangsa Maju Seksyen 2. SK Wangsa Maju Seksyen 2.

Disahkan oleh,

..................................................
(NORHANIZA BT MOHAMAD DAHALAN)
Guru Besar,
SK Wangsa Maju Seksyen 2.

You might also like