Laporan Dokumentasi Raya
Laporan Dokumentasi Raya
Laporan Dokumentasi Raya
LAPORAN DOKUMENTASI
TARIKH :
13 JULAI 2017
TEMPAT :
DEWAN TERBUKA
SK TAMAN MOUNT AUSTIN
1. Nama Program :Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri
5. Objektif :
1. Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.
2. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan
boleh diraikan oleh semua kaum.
3. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu
sama lain.
13 Julai 2017 (Khamis) Majlis ini telah diadakan pada 13 Julai 2017. Majlis ini telah bermula
selepas majlis jamuan raya di kelas masing-masing iaitu mulai pada jam 9.45 pagi hingga 1.00
tengah hari. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang
melibatkan seluruh warga sekolah. Kemeriahan majlis ini tetap terasa dan objektif utamanya telah
tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. Aktiviti ini
juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti
ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan
kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid. Majlis sambutan ini bukan sekadar mengadakan
jamuan, malah terdapat pertandingan pakaian baju raya dan pertandingan nyanyian lagu raya.
Tentatif program seperti di lampiran. Majlis ini berjalan lancar dengan bantuan semua guru-guru Sk
Taman Mount Austin.
Persembahan nyanyian lagu raya Seluruh warga SKTMA yang terdiri daripada
daripada guru-guru SKTMA. guru-guru dan staff turut melibatkan diri.
Antara pemenang bagi pertandingan pakaian baju Antara pemenang bagi pertandingan pakaian baju
raya tercantik sewaktu Majlis Sambutan Hari Raya raya tercantik sewaktu Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri. Aidilfitri.
8. Penilaian Program :
i. Sumber kewangan dari pihak KEBIRUS tidak mencukupi untuk menyediakan persiapan
pentas, hadiah
dan lain-lain yang berkenaan.
ii. Tempoh majlis berubah daripada rancangan asal kerana pengawalan murid-murid
untuk berkumpul di dewan.
ii. Pengawalan murid perlu dipertingkatkan oleh pihak berkenaan supaya dapat menepati
masa yang ditetapkan.
( NAJWA BINTI ABDUL HALIM ) (NORHASLINDA BINTI HABAS) (PADZLAN BIN MONTHEL)
TAHAP 1
TAHAP 2
TAHAP 1
TAHAP 2