Malayan Union
Malayan Union
Malayan Union
-ditubuhkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), KL.
-cadangan Sir Harold MacMicheal pada 1945.
-merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat tanpa
Singapura utk menjadi pengganti kepada British Malaya.
-Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.
-tujuan utama-kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura
sebagai pelabuhan utama dan pelbagai faktor yg berteraskan kpd pelbagai ekonomi
mendorong pihak British utk mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah Jajahan
London.
-ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan
menjejaskan penerimaan rancangan tersebut.
-menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut utk operasi strateginya di
Timur Jauh.
Tujuan penubuhan MU
-membentuk bangsa MU supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan
-kawal kuasa politik Melayu yg bekerjasama dgn Jepun
-jimat perbelanjaan-Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu, Negeri-Negeri Tidak
Bersekutu digabungkan
-jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah
dan getah)
-pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak
terjejas.
-kukuhkan pentadbiran yang cekap dan seragam.
-sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri akibat pihak British menandatangani
Piagam Atlantik pada 14 August 1941 yg menyistiharkan bahawa semua negara-negara dunia
berhak utk menentukan dan memerintah negera sendiri atau merdeka.
Ciri-Ciri MU
-mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota
-pentadbiran bersifat kesatuan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutuan, Negeri-Negeri Tidak Bersekutuan, 2 buah Negeri Selat
iaitu Pulau Pinang dan Melaka digabungkan.
-Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
-Diketuai oleh Gabenor British ( Gabenor pertama- Sir Edward Gent)
-Gabenor dilantik oleh Raja England
-Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli
-raja menjadi ahli Majlis Melayu-bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
-Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri
-Parlimen British-pemutus undang-undang
-Kuala Lumpur sebagai pusat kuasa raja Melayu terhapus
-Hak keistimewaan Melayu terhakis
Peringkat memperkenalkan MU
-cadangan untuk rancangn MU diumumkan oleh Sir Edward Gent, Penolong Setiausaha
Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di Parlimen United Kingdom
pada Januari 1944.
-wilayah Borneo juga dimasukkan dlm rancangan MU tetapi dikeluarkan pada cadangan yang
terakhir krn ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo yg pada masa itu masih berada dlm
keadaan yg kurang stabil.
-pada musim bunga 1944, pihak British menjemput Sir Harold MacMichael pergi ke Tanah
Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripda raja-raja Melayu.
-Sir Harold MacMicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak
pernah berkhidmat di Tanah Melayu.
-Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada
kesemua pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutan
-Sir Harold MacMichael telah bertindak memaksa sultan-sultan Melayu untuk menerima
cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk baginda-baginda
berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan yang enggan menandatangani
perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain di atas tuduhan
bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II.
- Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian yang baru
dengan Sir Harold MacMicheal.
-Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan rancangan Malayan
Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari 1946.berserta Kertas Putih satu lagi
usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan undang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum
ini dan digantikan dengan kesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.
Faktor penentangan MU (orang Melayu)
1. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;
-Raja Melayu – ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.
-Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.
-Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British
-Masyarakat tertindas
-membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan
daripada sultan-sultan Melayu.
2. Orang Cina di Tanah Melayu
-Malayan Democratic Union
-MU tidak demokratik dan bersifat colonial
-MU tidak masukkan Singapura bersama
Cara penentangan MU
1. Penentangan Secara Individu;
-Dato’ Onn Ja’afar menulis surat kepada Utusan Melayu -seru Melayu adakan kongres dan
tubuhkan United Malays Organisation (U.M.O).
-Raja-raja Melayu bantah Malayan Union. Sultan Johor hantar surat kpd Setiausaha Tanah
Jajahan
-dapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di TM- Frank Swettentam,
R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith – menentang cadangan
Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London.
Faktor Kegagalan MU
-tentangan hebat orang Melayu
-Tiada sokongan bukan Melayu
-ketidaksesuaian masa( Keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk
pembaharuan politik.)
-Cara pengenalan yang salah( Sir Harold MacMichael mengugut Raja Melayu.)
-tentangan oleh pentadbiran bekas British di Tanah Melayu
Kesan Penentangan MU
-Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948
- Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union
yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu
dan UMNO.
-Persekutuan Tanah Melayu – 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union.
-Pertemuan raja-raja Melayu dengan British di Kuala Kangsar
-Rundingan British dengan UMNO di P.Pinang
-Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union menyebabkan British
mengadakan rundingan rasmi
-Serahan memorandum menyatakan bantahan terhadap Malayan Union secara rasmi kepada
British.
-Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan – dianggotai oleh pegawai kanan British, wakil raja
Melayu dan wakil UMNO.
-Perbincangan di King’s House, Kuala Lumpur.
-Beberapa tuntutan dikemukakan;
-sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
-menolak kerakyatan jus soli.
-taraf negeri naungan bg negeri Melayu dipulihkan semula.
-Desak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.
-British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu
menentang British secara kekerasan.
-British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu.
-Sikap sederhana orang Melayu bekerjasama dengan British dan sikap para pemimpin parti
UMNO yang menggunakan rundingan pengaruhi dasar kerajaan British.
-British menjalankan dasar dekolonisasi yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
-Rundingan British dgn raja Melayu dan UMNO berakhir dgn Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948.