Ciri Struktural Cerpen

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tugasan 2: Ciri-ciri Struktural dalam Cerpen Beruk Karya Azizi Haji Abdullah

Kaedah struktural merupakan kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur


konkrit yang membina karya itu seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot, gaya
bahasa dan sebagainya. Unsur yang membentuk struktur tersebut saling berkait rapat dan
membentuk kesatuan yang lengkap dan bermakna (Khiaruddin Mohamad, Wan Zaliha Wan
Othman & Amanah Mohd. Noor, 2014). Menurut Kamaruddin (1988), kaedah struktural dapat
membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan
buah fikiran, renungan ke dalam diri imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan
dan pelbagai pengalaman kerohanian. Antara ciri-ciri struktural yang terdapat dalam cerpen
Beruk karya Azizi Haji Abdullah (Dewan Bahasa, Disember 1970) ialah tema, persoalan,
pengajaran, watak dan perwatakan dan latar tempat.

Tema merupakan persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya. Cerpen
Beruk bertemakan kasih sayang iaitu hubungan kasih sayang antara manusia dengan
haiwan. Cerpen ini mengungkapkan hubungan yang sangat erat antara Alias iaitu murid
darjah 5 dengan beruk peliharaanya. Dia sanggup mencari beruknya yang terlepas walaupun
terpaksa lewat sampai ke sekolah.

Persoalan pula bermaksud perkara-perkara sampingan yang ada hubungannya


dengan tema sesuatu karya. Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen ini ialah hubungan
dan kasih sayang Alias kepada gurunya iaitu Cikgu Sunan. Walaupun Alias sangat sayang
akan beruk peliharannya, dia sanggup membunuh beruk tersebut semasa beruk itu
menyerang Cikgu Sunan demi menyelamatkan gurunya itu.

Pengajaran pula merupakan peringatan yang ingin disampaikan oleh pengarang


dalam karyanya kepada pembaca. Antara pengajaran yang terdapat dalam cerpen Beruk
ialah kita perlulah rajin berusaha walaupun miskin. Contohnya, walaupun Alias seorang murid
yang miskin, dia tetap bersemangat datang ke sekolah. Kemiskinan tidak menjadi penghalang
untuk dia mencapai kejayaan.

Selain itu, watak merupakan pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya manakala
perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Watak utama
dalam cerpen Beruk ialah Alias iaitu seorang budak yang berusia 10 tahun dan juga
merupakan murid yang sangat miskin. Dia tinggal bersama ibunya yang lumpuh dan
memelihara seekor beruk. Dia menyara kehidupan dia dan ibunya dengan mengambil upah
memetik buah kelapa. Alias digambarkan sebagai seorang murid yang rajin pergi ke sekolah
walaupun sering dimarahi oleh gurunya kerana lewat sampai ke kelas. Dia juga seorang anak
yang bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh walaupun dia masih bersekolah.

1
Watak sampingan di dalam cerpen ini ialah Cikgu Sunan. Cikgu Sunan ialah guru yang
mengajar Alias. Beliau digambarkan sebagai seorang guru yang garang dan menghukum
Alias tanpa usul periksa. Beliau juga telah menampar Alias tanpa usul periksa. Namun begitu,
beliau juga merupakan seorang guru yang prihatin. Beliau telah pergi ke rumah Alias apabila
mendapat berita bahawa Alias ingin berhenti sekolah.

Latar tempat pula merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku dalam karya. Latar
tempat cerpen Beruk ialah di kelas Tahun 5 iaitu tempat berlakunya peristiwa Alias ditampar
oleh Cikgu Sunan. Latar tempat seterusnya ialah perkarangan rumah Alias iaitu tempat
berlakunya peristiwa beruk Alias menyerang Cikgu Sunan kerana menyangka Cikgu Sunan
ingin menyakiti Alias.

Kesimpulannya, unsur-unsur struktural yang terdapat dalam cerpen Beruk telah


menjadikan cerpen ini sangat menarik dan bernilai. Melalui pembacaan terhadap cerpen ini,
pembaca dapat mengetahui nilai-nilai yang harus dicontohi serta nilai yang harus ada pada
seorang guru kerana guru juga berperanan untuk mendidik murid bukan hanya mengajar.

2
Rujukan

Azizi Haji Abdullah (1970). Beruk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.


Kamaruddin Haji Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Khairuddun Mohamad, Wan Zaliha Wan Othman & Amanah Mohd. Noor. (2014). Genre
Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd.

You might also like