Kelab Reka Cipta

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Saya telah menggunakan SWOT untuk menganalisis data yang telah saya
berjaya perolehi di SK Bukit Beruntung 2 semasa melaksanakan Pengalam
Berasaskan Sekolah PNS.. SWOT merupakan teknik analisis organisasi untuk
mengetahui bagaimana keadaan organisasi berkaitan pada masa sekarang serta
bagaimana keadaan organisasi berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana
keadaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan
faktor- faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Menurut Rangkuti dan
Dreddy (2000), SWOT juga merupakan suatu kaedah penyusunan stategi di dalam
sesebuah organisasi. Dengan menggunakan SWOT ini juga, saya dapat mengenal
pasti faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan dalam
menjana kewangan persatuan.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN KELAB BESTARI DAN REKA CIPTA

Kelab Bestari dan Reka cipta SK Bukit Beruntung 2 telah ditubuhkan pada
2014 di bawah Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malysia Jilid
1998. Sejarah perkembangann reka cipta berait rapat dengan sejarah manusia.
Proses penciptaan telah wujud sejak dahulu lagi. Di mana manusia pada zaman batu
yang dikenali sebagai zaman Prarevolusi industri telah mencipta barang keperluan
harian yang dibuat sendiri menggunkan bahan- bahan disekeliling termasuklah
membuat senjata seperti kapak batu dan lembing. Keperluan manusia semakin
berubah, reka cipta menjadi semakin pentingkeranan memenuhi permintaan
masyarakat. Atas sebab itu wujudnya idea bagi menubuhkan kelab Bestari dan Reka
Cipta ini untuk melatih murid- murid di bangku sekolah lagi supaya sentiasa
memikirkan pembaharuan dan membudayakan budaya inovasi dalam kehidupan
dengan menggunakan barang- barang terpakai.

Kini Kelab Bestari dan Reka Cipta SKBB2 mula bergitar aktif dengan jumlah
keahlian seramai 50 orang terdiri daripada murid tahap 2 sekolah SKBB2. Kelab
Bestari dan Reka Cipta merupakan antara kelab yang aktif di sekolah yang
aktivitinya dijalankan pada minggu kedua dan keempat setiap bulan. Dengan visi
melahirkan murid yang kompeten, inovasi dan kreatif, kelab ini amat komited kearah
mencapai hasrat murnI itu.
3.0 AKTIVITI KELAB BESTARI DAN REKA CIPTA SK BUKIT BERUNTUNG 2.

Aktiviti yang dijalankan adalah mengikut takwim yang dibina oleh guru penasihat kelab. Bagi
kelab ini, contohnya aktiviti yang dijalankan oleh kelab ialah seperti berikut:

BIL AKTIVITI PERSATUAN TARIKH


1 Mesyuarat persatuan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa 10.01.2018
2 Suai kenal/ Biodata Diri 24.01.2018
3 Mereka cipta penanda buku 14.02.2018
4 Reka cipta Mini Payung Terjun 28.02.2018
5 Membina menara dari bahan terbuang 07. 03. 2018
6 FROG VLE Games with Kahoot 04.04.2018
7 Chef Cilik 18.04.2018
8 Kad terima kasih cikgu 09.05.2018
9 Seni Kolaj Alam Sekitar 18.07.2018
10 Reka cipta bahan terbuang semperna Hari Kemerdekaan. 08.08.2018
11 Mencipta Kad Ucapan Selamat Abang dan Kakak UPSR 05.09.2018
12 Jamuan Akhir Tahun Kelab 3.10. 2018

-
4.0 KEWANGAN BERSUMBERKAN PENGURUSAN

Sumber dana kelab dan persatuan di uruskan dari dana Bantuan


Kokurikulum (KK) yang diperuntukkan dari kerajaan. Dari dana ini, kelab atau
persatuan bolehmemohon dana Bantuan Kokurikulum untuk memohon peralatan dan
dana bagi menjalankan aktiviti dan program. Semua urusan berikut mesti melalui
permohonan kertas kerja. Pembantu Tadbir yang menguruskan kewangan sekolah
perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum guru merencana aktiviti. Hal ini supaya
kewangan yang ada mencukupi dengan program yang dilakukan.

KEWANGAN KENDIRI KELAB BESTARI DAN REKA CIPTA

Kewangan yang diperolehi oleh kelab ini ialah dari pihak pengurusan dari
dana Bantuan Kokurikulum. Selain itu, yuran kelab juga merupakan salah satu dari
hasil sumber dana. Yuran Kelab bagi Kelab Reka Cipta SKBB2 adalah sebanyak rm
5.00 seorang. Selain itu, Inisiatif guru dalam mendapatkan dana yang lebih untuk
aktiviti persatuan ialah seperti berniaga. Kelab ini telah membuat perniagaan menjual
bahan inovasi yang telah dihasilkan sendiri oleh murid. Guru dan murid kelab ini
telah berniaga pada Hari guru, hari ibu, bulan kemerdekaan dan semasa Pameran
Seni peringkat sekolah. Semua barang yang dijual hasil kerja ahli kelab tersebut.
Contohnya penanda buku, kad ucapan, dan hadiah- hadiah semperna sambutan
tersebut setiap tahun. Semua alatan berniaga seperti meja, kerusi dan
seumpamanya dirancang oleh guru terlebih dahulu kemudian pelaksanaannya
dibantu oleh murid. Guru memberi tanggungjawab kepada murid untuk berniaga
disamping guru sebagai membimbing dan fasilatator. Kelab ini juga pernah menjual
barang terpakai mengikut tahun yang ditetapkan seperti pakaian, tudung, beg, dan
alat- alat yang mampuyai nilai jualan. Aktiviti ini akhirnya mendapatkan pulangan
yang baik kepada kelab ini bagi meneruskan aktiviti- aktiviti kelab yang lain seperti
lawatan dan jamuan.
5.0 ANALISI SWOT

Strength ( kekuatan)

Kekuatan dalam meneruskan kemampanan yang ada pada kelab ini ialah
aktiviti yang dijalankan, kebanyakkan aktiviti ialah tidak melibatkan kos yang tinggi.
Misalnya mereka cipta penanda buku, barang yang digunakan ialah dari barang
terpakai yang boleh didapati dimana- mana sahaja. Guru juga meminta murid
melakukan persediaan sebelum aktiviti berlangsung seperti gam, pensil warna,
guntung dan sebagainya. Pengurusan dana uang diperuntukkan untuk aktiviti amat
kecil dan tidak menyebabkan beban kos kepada kelab. Selain itu, kelab ini juga
menjalankan aktiviti perniagaan yang dapat menjana keuntungan besar. Barang
yang telah dihasilkan murid diniagakan seperti penanda buku dari barang terpakai.
Setelah di rekacipta dan dihias dengan cantik hingga memberikan nilai estetika
kepada barang tersebut. Barangan yang tiada nilai pada asalnya, akhirnya memberi
keuntungan. Disamping menjana keuntungan murid juga merasai pengalaman untuk
berniaga. Akhir sekali, menerusi pengurusan kewangan pihak pentadbir yang cekap.
Hal ini amat penting kerana tanpa pengurusan yang adil dan cekap, banyak kelab
tidak akan berjaya bergerak dengan aktivitinya.

Weakness (Kelemahan)

Aktiviti berimpak besar bukan hanya menyentuh ahli kelab sahaja, bahkan
semua warga sekolah. Faktor kewangan yang telah dihadkan untuk aktiviti kelab
sahaja menyebabkan tiada unsur komersial bergelar dalam lingkungan sekolah dan
juga penglibatan aktiviti luar. Murid memerlukan penglibatan yang lebih aktif dalam
membentuk pengalaman dan kesediaan. Selain itu, penjanaan kewangan menerusi
berniagaan barang terpakai sahaja tidak mencukupi. Berniaga bukan seharusnya
berkisar berkenaan dengan kelab sahaja, malah boleh juga berniaga perkara lain
seperti makanan yang amat mengutungkan.

Opportunity (Peluang)

Peluang penjanaan kewangan juga boleh dikembangkan lagi dengan melakukan


perniagaan selain daripada aktiviti kelab sahaja. Hal ini dapat mendatangkan
keuntungan yang lebih besar kepada kelab. Selain itu, kewangan juga dapat di
jimatkan apabila kelab ini dapat berkolaborasi dengan kelab- kelab lain dalam
menjayakan aktiviti. Disamping mencapai objektif kehendak kelab, kos pengurusan
aktiviti juga rendah berbanding mengadakan aktiviti kelab semata mata.

Threat ( Ancaman)

Ancaman yang wujud dalam kelab ini ialah ketidaktentuan hasil perniagaan
yang dilakukan. Perniagaan memerlukan kesesuaian dari segi pelanggan yang
dihadapi. Perkara ini amat penting. Kewangan kelab menerusi yuran kelab juga perlu
diberi perhatian oleh guru, Sekiranya guru tidak mengambil berat kemungkinan murid
mengelak untuk membayar. Hal ini menyebabkan ketidakadilan kepada murid yang
lain.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil daripada analisis yang dilakukan berikutan merupakan cadangan yang


boleh diketengahkan untuk memastikan kewangan kelab Bestari dan Reka Cipta
SKBB2 mampan. Antaranya ialah melakukan aktiviti yang rendah kos, tinggi impak.
Aktiviti yang dijalankan sebaiknya tidak mengeluarkan pembelanjaan yang besar
seperti aktiviti mereka benda dari bahan buangan. Selain itu juga, cikgu kelab
tersebut boleh meletakkan syarat setiap hasil reka cipta mestilah menggunakan
sekurang- kurangnya satu dari bahan buangan.Supaya berlaku penjimatan kos dan
secara tidak langsung dapat melestarikan alam sekitar.
Seterusnya, perancangan sebelum melakukan aktiviti mestilah meneliti setiap
aspek yang memerlukan kewangan, seperti peralatan, sewaan tempat dan
sebagainya. Perkara sedemikian bagi memastikan tiada kos yang terlebih dari yang
diperuntukkan. Akhir sekali ialah, tambahkan penglibatan Kelab atau persatuan luar.
Dengan melibatkan lebih ramai peserta dalam dan luar kelab sedikit sebanyak dapat
menjimatkan kos. Melakukan kolaborasi bersama kelab atau persatuan lain bagi
menjalankan aktiviti. Kolaborasi akan memberikan penjimatkan kos bagi kelab
disamping merasai pengalaman yang belbagai.
LAMPIRAN

Aktiviti kelab Bestari dan Reka Bentuk dalam mengumpul dana.

You might also like