Jenis Definisi Pencemaran Alam Sekitar
Jenis Definisi Pencemaran Alam Sekitar
Jenis Definisi Pencemaran Alam Sekitar
0 Dapatan kajian
Pengenalan
pencemaran bunyi, pencemaran tanah dan, pencemaran haba ,pencemaran sungai dan
pemeliharaan alam.
Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya ialah pencemaran air dan
pencemaran udara.Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,
keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan. .Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan
pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air
boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu,pencemaran air merupakan
pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh duni.Contohnya,pembuangan air
kumbahan, sisa sisa kimia, sampah dan sebagainya. Tetapi pencemaran yang paling banyak
berlaku di Malaysia ialah pembuangan sampah ke dalam air. Terdapat penduduk penduduk yang
tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap ke dalam longkang yang mengalirkan air ke
dalam sungai dan menyebabkan tercemar.
Selain itu ,pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan
yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda.
Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon
Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa
campuran bahan-bahan ini.Contohnya,gas gas beracun, zarah- zarah yang terperangkap hasil dari
asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran yang
paling banyak berlaku di Malaysia ialah pembakaran secara terbuka. Penduduk penduduk di sini
sering membakar sampah sarap secara terbuka .
Pengurusan sisa pepejal dan pelupusan terbuka Sifar Menjelang 2020 secara bersepadu
bukan sekadar matlamat tetapi merupakan satu usaha ke arah menguruskan sisa pepejal hasil
aktiviti manusia serta menjaga alam sekitar yang tercemar. Dalam pada itu, Mohammed Fadzli
(2000) menegaskan alam ini adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
hidup manusia yang banyak bergantung pada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini.
Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan
sebagai tempat tinggal kita, gunung-ganang pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan
hidupan di lautan. Air dengan keanehannya, angin dengan keajaibannya dan langit pula penuh
dengan rahsianya.
Oleh yang demikian, jika manusia tidak menguruskan sisa buangan hasil daripada aktiviti
harian maka ia akan memudaratkan sumber sedia ada yang membawa ancaman kesejahteraan
hidup manusia. Malahan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa membelanjakan di antara 40 hingga 70% hasil cukai taksiran
tahunan bagi tujuan mengutip dan melupuskan sampah. Di samping itu, PBT juga menghadapi
masalah bagi mendapatkan kawasan yang sesuai untuk melupuskan sampah yang semakin
banyak dibuang itu.
Bunyi boleh diterangkan secara fizik yang bermaksud getaran dalam udaara atau atmosfera yang
diterima masuk dalam telinga. Manakala kebisingan pula bermaksud bunyi yang tidak
dikehendaki ramai. Jadi boleh dikatakan pencemaran bunyi merupakan bunyi hasilan mesin,
haiwan atau manusia yang boleh menggangg aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia atau
hidupan.
Pencemaran bunyi boleh didapati di mana-mana sahaja. Kebanyakan bunyi dihasilkan oleh
manusia. Namun terdapat juga sumber pencemaran ini berpunca daripada alam semulajadi.
Antara contoh-contoh pencemaran bunyi ialah bunyi petir. Bunyi petir merupakan sumber bunyi
yang paling kuat uang dihasilkan oleh alam semulajadi. Walaubagaimanapun, sumber
pencemaran daripada alam sekitar ini jarang berlaku malah ianya juga sukar dibendung. Sumber-
sumber yang dihasilkan oleh manusia yang penting untuk dibendung kerana ianya paling kerap
berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, bunyi yang dihasilkan melalui alat
pengangkutan seperti kenderaan bermotor dan kapal terbang. Sumber-sumber pencemaran bunyi
tersebut kerap berlaku dan ianya sering mengganggu kehidupan seharian kita terutama sekali
ketika kita ingin berehat atau tidur di waktu malam.
Bunyi boleh bergerak dari satu sumber ke satu media atau mengikut arah pergerakan yang
berlainan. Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan
kilang dan rumah kediaman yang berdekatan dengan kawasan pembinaan boleh menyebabkan
pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman. Contohnya sumber bunyi dari sebuah mesin basuh
tersebut boleh berpindah dari satu bangunan yang bertingkat ke bangunan bertingkat yang lain
melalui medium udara, dari pelbagai cara seperti dari tingkap yang terbuka, koridor dan lain-lain.
Bunyi tersebut boleh dipindah melalui getaran. Mesin basuh yang bersentuhan dengan dinding
atau lantai dapat menyebarkan bunyi tersebut kepada kawasan yang berhampiran.
bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan
bangunan-bangunan tinggi.
iii) Kenderaan
kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga
iv) Aktiviti masyarakat
mendengar radio/ televisyen dengan kuat.
v) Kuari
Pencemaran bunyi memberikan kesan yang negatif kepada manusia secara berbeza dan
bergantung kepada individu tersebut. Secara amnya, kesan kepada pencemaran bunyi boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kesan ke atas pendengar dan kesan ke atas psikologi
Pendedahan kepada kebisingan yang berterusan akan mengganggu kebolehan kita untuk
berkomunikasi. Ini adalah disebabkan oleh kecederaan pendengaran dan ini boleh
mengganggu percakapan seseorang.
b) Gangguan mental
Gangguan mental terhasil dari reaksi daripada kesan pencemaran bunyi tersebut. Setiap
individu mempunyai tahap kebisingan yang tertentu yang menyebabkan individu tersebut
berasa kurang selesa. Sebagai contoh, bunyi bising yang dihasilkan pada waktu malam,
akan lebih mengganggu mental manusia berbanding waktu siang
c) Gangguan tidur
Kesan kepada gangguan tidur, merupakan kesan utama yang mengganggu kehidupan
manusia seharian. Jika terdapat bunyi yang ganjil ataupun kebisingan yang melampau
pada ketika itu, setiap individu akan terkejut dan terjaga dari dari tidur. Kesan dari
kebisingan tersebut, otot yang melibatkan vasokonstriksi kapilari darah periferi dan
menyebabkan pengurangan pengaliran darah. Keadaan ini akan menyebabkan anak mata
membesar, kulit menjadi pucat, pengurangan rembesan gastrik, peningkatan tekanan
darah diastol dan rembesan adrenalina yang berlebihan ke dalam peredaran darah yang
akan meningkatkan ketegangan saraf dan otot, kegelisahan, mudah tersinggung, dan
kebimbangan.
Cara mengawal pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh alam semulajadi sukar untuk dikawal, tetapi terdapat
cara untuk mengawal pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Terdapat dua cara pada
ketika ini digunakan untuk mengawal pencemaran bunyi iaitu penguatkuasaan undang-undang
dan kawalan secara teknikal.
a) Penguatkuasaan Undang-Undang.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam kawalan secara teknikal. Teknologi
yang semakin membangun pada masa kini dapat mengurangkan atau menyingkirkan
bunyi. Sebagai contoh, untuk mengurangkan bunyi di jalan raya, penggunaan halangan
bunyi, mengehadkan kelajuan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk,
menukar tekstur jalan, mengubah reka bentuk tayar dan lain-lain. Dengan kemajuan
teknologi yang semakin maju, bunyi bising dari kapal terbang juga dapat dikurangkan
dengan mereka bentuk enjin jet yang lebih senyap. Ini dapat mengurangkan tahap bising
untuk penduduk yang menetap berhampiran di kawasan lapangan terbang. Kebisingan
hasil dari kawasan perindustrian juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk semula
peralatan perkilangan, memasang sistem penggantungan dan halangan fizikal di tempat
kerja.
Kesimpulan
Pencemaran bunyi banyak menggangu persekitaran hidup manusia seharian. Dalam era yang
serba maju ini, terdapat pelbagai cara untuk seseorang individu tersebut mendapat kesan hasil
dari pencemaran bunyi tersebut. Walaupun terdapat cara-cara untuk mengatasinya, manusia
sendiri perlu sedar tentang kepentingan bunyi kepada kehidupan manusia dan kita perlu bersama-
sama berusaha untuk membendungnya.
Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini
disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga
menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan
orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan
penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko
tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat
jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk,
selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan
jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh
menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku
jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah
penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius,
terdapat pesakit asma yang meninggal dunia. Pembakaran terbuka juga menjadi punca
berlakunya pemanasan global di muka bumi kita ini. Banyak pembakaran terbuka yang telah
dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada kegiatan tersebut
menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya memerangkap
haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya memperketat undang-undang agar
mereka tidak berani membuat sebarang kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara
itu, masalah jerebu yang sering melanda dunia juga akan berkurangan. Kita seharusnya sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu sebelum keadaan bumi kita ini menjadi
lebih melarat lagi.
https://www.malaysian-ghost-research.org/pengurusan-sisa-pepejal-domestik/
http://umi-nazihah.blogspot.com/2010/08/pencemaran-bunyi.html
https://www.scribd.com/document/220156720/Kesan-Pembakaran-Terbuka