Pemahaman T5

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SJKC KIOW MIN

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


BAHASA MELAYU
( PEMAHAMAN )
TAHUN 5
Markah : __________%
Nama : ________________________ ( )
Tarikh :__________
Kelas : 5
T/tangan Ibu bapa : __________
Arahan :

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan.

Bahagian A (Soalan 1 – 20)


Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

1. ___________di restoran itu dijual dengan harga yang berpatutan.


A. Lauk-pauk B. Sayur-sayuran C. Rumput-rumpai D. Paku-pakis

2. __________ juadah telah terhidang di atas meja apabila kami sampai.


A. Para B. Segala C. Seluruh D. Pelbagai

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2

3. Puan Azura _________ tangan kepada anaknya yang hendak ke sekolah.


A. mengibar-ngibar C. menggamit-gamit
B. melambai-lambai D. menggoyang-goyang
4. Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
A. bersuara B. bertutur C. berkata D. bertitah

5. ____________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi masalah


kewangan.
A. Agar B. Walaupun C. Sejak D. Tetapi

6. Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.
A. pada B. dengan C. tentang D. untuk

7. Rumput di halaman rumah Joshua sentiasa _______ supaya kelihatan cantik.


A. dipangkas B. memangkas C. pemangkas D. berpangkas

8. Kereta baharu itu _________ untuk abang sebagai hadiah kecemerlangannya


dalam peperiksaan SPM yang diumumkan kelmarin.

A. ialah B. adalah C. tidak D. bukan

Soalan 9 berdasarkan Gambar 3.

Gambar 3

9. Malina sangat __________ akan kucing peliharaannya.

A. rindu B. sayang C. gembira D. main

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4.

Gambar 4

10. Ibu _________ sedulang minuman kepada kami sekeluarga semasa berehat
di ruang tamu.

A. mengepit B. menjinjing C. menatang D. membimbit


Soalan 11 berdasarkan Gambar 5.

Gambar 5

11. Puan Kwan sedang ___________bawang dengan menggunakan sebilah pisau


yang tajam.

A. menghiris B. membelah C. menyiang D. menebang

12. Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya kemalangan
jalan raya.

A. licin B. luas C. kesat D. kasar

13. Berita penculikan itu menjadi __________ orang ramai.


A. buah hati B. anak buah C. buah mulut D. buah tangan

14. __________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat bertanding.

A. Sila B. Tolong C. Jangan D. Jemput

15. Mary akan sentiasa berada di _________ ibu apabila ada tetamu datang ke rumah.
A. atas B. sisi C. hujung D. bawah

16. Pilih jenis ayat yang betul.


A “Buku ini sangat cantik.” - Ayat suruhan
B “Tolong saya angkatkan buku ini.” - Ayat tanya
C “Siapakah nama kamu?” - Ayat penyata.
D “Aduh, sakitnya kepalaku!” - Ayat seruan.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan saya kasihi
sekalian.
Hadirin yang dihormati,
Saya berasa amat bertuah pada pagi ini kerana diberi kesempatan untuk berucap dalam
majlis yang begitu bermakna kepada kami pemain hoki sekolah. Saya selaku ketua pasukan
mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
mengadakan majlis ini.
Pada kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Alif, jurulatih yang
telah gigih membimbing kami untuk memastikan kami berjaya. Tanpa tunjuk ajar beliau, pasukan
ini tidak mungkin mengekalkan gelaran johan peringkat daerah berturut-turut. Terima kasih juga
kepada pihak sekolah yang telah memberi bantuan kewangan dan menyediakan kelengkapan
sukan.
Kejayaan tidak akan datang bergolek. Usaha bersungguh-sungguh, kerjasama dan
persefahaman daripada semua pemain merupakan kunci kejayaan. Saya amat berbangga
dengan sikap tekun dan disiplin yang ada pada semua pemain. Saya berharap semua itu akan
berterusan dalam persiapan kita ke pertandingan peringkat negeri.
Kami berjanji akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan seterusnya. Kami
berharap warga sekolah ini akan memberi sokongan padu kepada kami. Doakan kejayaan kami.

17. Siapakah yang menyampaikan ucapan dalam petikan di atas?


A Ketua pasukan.
B Jurulatih pasukan.
C Rakan sepasukan.
D Pengurus pasukan.

18. Semua pernyataan yang berikut adalah benar tentang pasukan hoki sekolah, kecuali...
A. menjadi naib johan peringkat daerah.
B. pihak sekolah telah memberi bantuan.
C. mempunyai seorang jurulatih yang rajin.
D. para pemain bekerjasama dan berdisiplin semasa pertandingan.

19. Apakah harapan utama penyampai dalam ucapannya?


A Mencapai kejayaan peringkat negeri.
B Mengharapkan bantuan kewangan.
C Memerlukan peralatan sukan.
D Mendapat kerjasama semua pemain.

20. Mengapakah majlis tersebut diadakan?


A. Meraikan kemenangan pasukan hoki.
B. Meraikan pemain-pemain hoki.
C. Menghargai seokongan pihak sekolah.
D. Menghargai jasa jurulatih pasukan hoki.
BAHAGIAN B
(30 MARKAH)

Soalan 21 Padankan ragam ayat yang betul bagi ayat-ayat yang diberikan.(4markah)
Tolong padamkan suis kipas
Ayat penyata itu.

Amboi, sejuk sungguh cuaca


Ayat tanya di kampung!

Bilakah majlis perasmian itu


Ayat perintah akan diadakan?

Bayi perempuan itu sangat


Ayat seruan comel.

Soalan 22

a.Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.(2 markah)
Ayat tanya :
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

Jawapan :Kelvin mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun akan tiba
tidak lama lagi.

b. Lengkapkan ayat di bawah dengan kata majmuk istilah khusus yang betul
berdasarkan pilihan jawapan yang diberi. (3 markah)

pita ukur gerudi elektrik tukul besi

1. Encik Sarjit menggunakan _________________ untuk


mengukur papan di kedai menjual papannya.
.

2. Ayah memaku dinding dengan _______________


untuk menggantung gambar keluarga kami.

3. Encik Kai Chun menggunakan __________________


untuk membuat lubang kecil pada dinding di
dapur.
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kem Perpaduan

Pada musim cuti sekolah yang lalu, Jawatankuasa Perpaduan Taman Melati
menganjurkan Kem Perpaduan. Peserta kem ini terdiri daripada murid dan mahasiswa
dari taman ini.

Tujuan kem ini adalah untuk membina semangat muhibah dan toleransi dalam
kalangan peserta yang berbilang kaum. Selain itu, tatatertib dan tatasusila peserta
turut dititikberatkan dalam program ini. Di samping itu, pembinaan jati diri juga
dilaksanakan di dalam kem ini supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai tenaga usahawan, cendekiawan dan negarawan untuk menjamin
kemajuan negara.

Aktiviti yang dijalankan telah menarik minat peserta kem. Menurut seseorang
peserta kem, aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah dapat membina
hubungan mesra dan kerjasama antara kaum.

Kem Perpaduan ini juga diharap dapat melahirkan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum agar hidup aman dan harmoni.

a. Maksud perkataan mahasiswa dalam petikan ialah ______________________________

(1 markah )

b. Apakah tujuan Kem Perpaduan ini dilaksanakan?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
(2 markah )

c. Nyatakan tiga gabungan tenaga untuk menjamin kemajuan negara?


____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________
(2 markah )
d. Senaraikan imbuhan pinjaman yang terdapat dalam petikan tersebut pada peta
bulatan di bawah. ( 3 markah )

6 Imbuhan
pinjaman

5 3

4
Soalan 24

Jawab soalan berikut berdasarkan teks yang diberi.

Batik merupakan salah satu kraf tradisional di negara kita. Corak dan kombinasi
warna batik yang segar telah memikat hati pengguna dari dalam dan luar negara.
Corak batik sentiasa mengikuti perkembangan semasa tanpa mengabaikan ciri-ciri
dan tradisi. Negeri Kelantan dan Terengganu amat terkenal dengan perusahaan
batik.

Terdapat tiga jenis kain batik, iaitu batik sarung, batik lepas dan batik ela. Batik
sarung dan batik lepas biasanya dipakai sebagai kain yang menutupi bahagian
pinggang hingga kaki. Batik ela pula boleh dijadikan pakaian seperti kemeja dan kain.

Suatu ketika dahulu, batik hanya digunakan sebagai pakaian oleh kaum wanita.
Dalam kalangan petani, kain batik lepas dijadikan kelubung, pengikat kepala dan
selendang. Kini, batik juga dipakai di pejabat, majlis-majlis rasmi dan keraian tertentu.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memperkenalkan penggunaan batik.


Pameran pertunjukan fesyen dan jualan murah giat dijalankan oleh pelbagai pihak
termasuk pihak kerajaan dan swasta untuk mempromosikan penggunaan batik.

a. Salah satu kraf tradisional yang terkenal di Malaysia ialah ________________________ .


( 1 markah )

b. Pada pendapat kamu, mengapakah pelancong terpikat dengan batik?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Apakah usaha yang boleh dijalankan bagi mempromosikan penggunaan batik?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
( 2 markah )

d. Adakah batik boleh dijadikan salah satu pakaian di majlis-majlis rasmi dan keraian
tertentu?Berikan alasan.

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
( 2 markah )
Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Letak dupa di tanah rata, Angin mendesah tidak menentu,

Petik berangan bawa ke desa, Ombak di kuala berhempasan,

Bertegur sapa sesama kita, Jiran susah kita membantu,

Erat hubungan sepanjang masa. Jangan pula minta balasan.

Hilang redup tampak lembayung, Mencari gamat di Pulau Lingga,

Merah serata mengimbau rasa, Cuaca redup tidak terkira,

Amalkan hidup bergotong-royong, Saling hargai jiran tetangga,

Kelak kita bahagia sentiasa. Barulah hidup aman sejahtera.

a. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Kita perlu mengamalkan hidup bergotong-royong.

Perlu meminta balasan jika membantu jiran.

( 1markah )

b. Apakah maksud rangkap pertama dalam pantun di atas ?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi mengeratkan hubungan sesama


jiran berdasarkan rangkap-rangkap pantun di atas ?

1. _____________________________________________________________________________

2. _____________________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________________
( 3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT


DISEDIAKAN OLEH: CIKGU ASHIKIN ________ DISEMAK OLEH: CIKGU GAN GEOK KEE_____
10

You might also like