Kertas Kerja Prs
Kertas Kerja Prs
Kertas Kerja Prs
PENUBUHAN
PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA
(PRS)
1.0 PENGENALAN
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih
mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka
lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong
sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
2.0 RASIONAL
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih
mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka
lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong
sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
3.0 MATLAMAT
Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk
membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya
mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.
4.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling
supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan
rakan.
4.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan
kelemahan diri.
4.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan
kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
4.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri
dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
4.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat,
dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.
Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat dalaman
sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas
dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Selain itu, PRS akan
memiliki identiti diri dengan memakai tanda nama dan tali leher yang berwarna ungu
akan digunakan setiap hari bila hadir ke sekolah. Anggaran perbelanjaan untuk tanda
nama itu adalah seperti berikut:
JUMLAH = RM 225.00
7.0 PENUTUP
Membina program memerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik mula
untuk memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada pasukan
yang dapat memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat yang berterusan,
kerjasama serta komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada semua warga SJK T
Ladang Sungai Choh agar potensi dan daya yang ada pada PRS dapat memberi banyak
kebaikan melalui moto ‘bantu diri untuk membantu orang lain’. Janganlah dibiarkan PRS
hidup segan mati tak mahu atau mereka akan memikul bahu tiada, akan menjunjung
kepada luncung bermakna tidak berdaya mengerjakan tugas kerana tiada ilmu. Akronim
keramat PRS nanti terus diperolok-olokkan dengan pelbagai jolokan dan gelaran yang
menyakitkan telinga seperti perosak rakan sebaya ataupun pengedar rokok sekolah.
Disediakan oleh:
………………………………..
(MEGALAA A/P V.SUBRAMANIAM)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SJK T Ladang Sungai Choh
Disemak oleh:
………………………………..
(NALLAMAL A/P RASAPPAN)
GPK Hal Ehwal Murid
SJK T Ladang Sungai Choh
Disahkan oleh:
………………………………..
(JEYANTHY A/P LINGAPPAN)
Guru Besar
SJK T Ladang Sungai Choh