Kertas Kerja Lawatan Legoland

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

KM. 31 Jalan Seremban-Kuala Pilah


71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan

KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAMBIL
BELAJAR

Tarikh : 30 April 2018


Hari : Isnin
Tempat : Legoland, Johor Bharu
Masa : 5.30 pagi – 7 malam
Anjuran : Kelab Kebudayaan
Dan Pelancongan
Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris
KM. 31 Jalan Seremban-Kuala Pilah
71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


_____________________________________________________________________

1. NAMA PROGRAM
Lawatan Sambil Belajar

2. TEMPAT DILAWATI
Johor Bharu - Legoland

3. TARIKH LAWATAN
30 April 2018

4. PENGENALAN
Program Lawatan Sambil Belajar ini merupakan satu aktiviti
pendidikan tidak formal yang bertujuan untuk menambah
pengetahuan dan pengalaman murid selain pendidikan formal di
sekolah.

Program seperti ini dapat menyediakan pendekatan proses


pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik,
berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan
murid.

Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid
menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memastikan
kemenjadian murid dari pelbagai aspek.
5. MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid
yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan
Wawasan 2020.

6. OBJEKTIF
Pada akhir program lawatan sambil belajar ini, murid yang
menyertai akan dapat :
6.1. Mengetahui ciri-ciri fizikal kawasan pelancongan di
Malaysia.
6.2. Mengetahui keistimewaan taman tema dalam industri
pelancongan.
6.3. Menghargai keindahan negara sepanjang perjalanan.
6.4. Mempelajari bahawa setiap jenis bentuk mukabumi
mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.
6.5. Memupuk semangat mencintai negara dengan
menganjurkan lawatan ke destinasi pelancongan seperti
Legoland, Johor Bahru.

7. PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


( Rujuk Lampiran A )

8. JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Encik Sabirin Bin Ishak


Naib pengerusi : Encik Ramdzan Bin Awang Kechik
Penyelaras : Puan Nor Azizah Binti Abd Aziz
Bendahari : Puan Nor Azizan Binti Mohamed Judi

9. JADUAL LAWATAN ( Rujuk Lampiran B )

10. URUTAN PERJALANAN PROGRAM :

10.1. 05 -09 Feb 2018 - Mengedar borang penyertaan dan


mengutip deposit.
10.2. 12 - 16 Feb 2018 - Menulis dan mengesan maklumat
peserta/menghubungi pihak yang
berkenaan dengan program.
10.3. 05 - 09 Mac 2018 - Membuat permohonan lawatan ke
PPD/Bas
10.4. 23 - 27 April 2018 - Mengutip bayaran akhir dan
memberi
taklimat lawatan.
10.6. 30 April 2018 - Program lawatan dijalankan seperti
dirancang.
11. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan


dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran
yang bakal diperolehi menerusi aktiviti lawatan ini akan
dipraktikkan
dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,
kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh:

(NOR AZIZAH BINTI ABD AZIZ) (SABIRIN BIN ISHAK)


Penyelaras Lawatan, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris
KM. 31 Jalan Seremban-Kuala Pilah KM. 31 Jalan Seremban-Kuala Pilah
71500 Tanjung Ipoh, 71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan Negeri Sembilan
LAMPIRAN B
JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE LEGOLAND, JOHOR BHARU
( 30 APRIL 2018 )
- ISNIN-

ISNIN (30 APRIL 2018)

5.30 pagi - Bertolak ke Legoland, Johor Bharu.


9.30 pagi - Tiba Legoland, Johor Bharu.
3.00 petang - Bertolak pulang ke SKDI.
7.00 petang - Tiba di SKDI.

# Sebarang pindaan / perubahan adalah tertakluk kepada keadaan


semasa program dilaksanakan.

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’


IDRIS
KM.31 JALAN SEREMBAN-KUALA PILAH
71500 TANJUNG IPOH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Ruj.Kami : SKDI/700/11 ( )
Tarikh : Februari 2018

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato' Hamzah
Karung Berkunci No. 6
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
(U/P : Unit Perhubungan Dan Pendaftaran)

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN


DATO’ IDRIS

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Bersama-sama ini disertakan 6 salinan Borang Permohonan yang telah diisi untuk
makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, Terima Kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SABIRIN BIN ISHAK)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

s.k.
1. Fail Sekolah
2. Fail Lawatan
LAMPIRAN A
ANGGARAN SUMBER KEWANGAN PROGRAM

MURID 40 Orang X RM 140 = RM 5,600.00


GURU 4 Orang X RM 140 = RM 560.00

JUMLAH = RM 6,160.00

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

a) Makan / Minum :

Sarapan Pagi RM 8.00 X 44 Orang = RM 352.00


Makan Tengah Hari RM 10.00 X 44 Orang = RM 440.00
Minum Petang RM 8.00 X 44 Orang = RM 352.00
JUMLAH = RM 1,144.00

b) Tiket Legoland
Murid RM 80 X 44 Orang = RM
3,200.00
Guru RM 80 X 4 Orang = RM
320.00
JUMLAH = RM 3,520.00

d) Bas = RM 1200.00

e) Kecemasan = RM 296.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM
6,160.00

You might also like