Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ke 3

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PEKAN,

31910 KAMPAR PERAK

KOD SEKOLAH : ABA 2027 TEL: 05-4660980

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA 2017

Tarikh : 15 MARCH 2017


Tempat : Makmal Sains
Masa : 1.00 Petang
Kehadiran : En.Mohd Hisham b. Mokhtar
En.Mohd Nor Azman b. Othman
En Mohamed Saiful Hijat
Pn. Hasnie Hidayah
Tidak hadir : -
Agenda mesyuarat:
I. Ucapan Aluan Pengerusi
II. Perutusan Guru Besar
III. Membentang dan Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
IV. Perkara Berbangkit
V. Pengurusan Panatia
VI. Hal-hal lain
1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir pada
mesyuarat Panitia Sains kali ketiga ini. Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini
menekankan kepada analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun .
Tindakan: Semua guru
2. Pengesahan Minit
2.1Minit mesyuarat disahkan oleh En.Saiful Hijat dan disokong oleh Pn Hanie
Hidayah

Tindakan : Makluman
3. Laporan KPI dan PCG
-Rujuk Lampiran-
3.1 Pengerusi meminta semua guru sains untuk membincangkan bahan dan alatan
yang hendak dibeli berdasarkan keutamaan menggunakan PCG subjek.
Tindakan: Semua guru
3.2 Pn. Hasnie Hidayah mencadangkan pembelian alatan yang mahal boleh dibeli
dalam kuantiti yang sedikit tahun demi tahun. Cadangan beliau disokong oleh ahli
panitia.
Tindakan: KP dan Semua guru
3.3 Pn Hasnie Hidayah memaklumkan bahawa eksperimen sangat penting untuk
eksperimen perlu diperbanyakkan untuk mengatasi masalah yang boleh merencatkan
eksperimen dijalankan. Guru-guru perlu memaklumkan kepada KP alatan atau bahan
yang perlu dibeli mengikut keutamaan.
Tindakan: Semua guru Sains
4. Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun
-Rujuk Lampiran-
4.1 Berdasarkan laporan analisa peperiksaan pertengahan tahun yang dibentangkan
didapati kebanyakan subjek masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan
.Pengerusi meminta setiap guru memberi pandangan dan cadangan untuk
meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
Tindakan: Semua guru Sains
4.2 En Saiful Hijat mencadangkan bagi murid yang agak lemah perlu menjawab set
soalan yang sama sebanyak 2 kali (pre dan pos test)
Tindakan: Guru kelas Sains yang lemah
4.3 Pn Haslina memberikan pendapat semasa waktu Sains pelajar perlu masuk ke makmal.
Guru perlu membahagikan kelompok murid Cina, India dan Melayu sama rata untuk 1
meja.Pelajar pula perlu bercakap dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
Tindakan: Semua guru Sains
4.4 Pengerusi memberitahu, buat masa sekarang ulangkaji berfokus perlu dijalankan dan
penerangan konsep perlu diberi satu persatu. Pelajar perlu didedahkan untuk memahami
soalan sebelum menjawab soalan.
Tindakan: Semua guru Sains
4.5 Guru Besar SKBP pula memberikan cadangan pembelajaran yang berkesan adalah
kaedah pembelajaran secara topikal. Penerangan mengenai konsep yang asas perlu
diperkukuhkan.
Tindakan: Semua guru Sains
4.6 En.Azman memberitahu pelajar perlu dijelaskan sebelum pengajaran.kepentingan untuk
belajar sub tajuk tersebut. Pelajar juga perlu diagihkan kepada kumpulan perbincangan
yang lebih kecil .Beliau juga menjelaskan setiap eksperimen dalam sukatan pelajaran
perlu dibuat.
Tindakan: Semua guru Sains

5. PBS
5.1 Guru Besar SKBP meminta semua guru yang mengajar untuk menyatakan masalah yang
dihadapi semasa menjalankan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Tindakan: Guru Sains Tingkatan 1

6. Hal-hal lain
6.1 Guru Besar SKBP meminta supaya ahli-ahli panitia supaya berusaha bersama-sama untuk
mencapai apa yang telah dirancangkan.
Tindakan : makluman

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… …………………………
(Pn Hasnie Hidayah) (En.Mohd Nor Azman)
Setiausaha
Pengerusi
Panitia Sains SKBP 2017
Panitia Sains SKBP 2017

You might also like