Isu Dan Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Terhadap Literasi
Isu Dan Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Terhadap Literasi
Isu Dan Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Terhadap Literasi
Artikel ini adalah sebuah kajian beberapa penulis iaitu Siti Nor Sapariah Hashim,Shahrul
Azfan Samsul Ali,Siti Ayu Rezeki.Tajuk artikel ini adalah isu dan cabaran penggunaan teknologi
aklumat dan komunikasi terhadap literasi awal kanak kanak prasekolah.Artikel ini mempunyai 5
hingga 6 muka surat.Tujuan saya memiliki artikel ini kerana untuk menunjukkan pengunaan
teknologi maklumat sebagai medium yang kreatif kepada awal kanak kanak prasekolah untuk
memahami pelajaran dengan lebih baik.
Berdasarkan artikel yang telah dikaji oleh saya, artikel ini telah menghuraikan tentang
kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran bahasa dengan
menggunakan computer. Masalah pertama yang digariskan dalam artikel ialah, guru- guru sangat
kurang mahir dalam mengendalikan komputer dalam pengajaran . hal ini menyebabkan,
pelajar kurang berminat dalam sesi pembelajaran . Oleh demikian, penulis telah memfokuskan isu dan
cabaran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada awal kanak -kanak di prasekolah.
Antaranya, penggunaan TMK terhadap literasi awal kanak-kanak merujuk kepada bahan
bantu berkomputer yang digunakan sebagai alat yang meningkatkan serta membina
perkembangan kanak-kanak prasekolah dalam kemahiran komunikasi seperti bertutur, membaca,
memahami dan menulis. Selain daripada itu, menyatakan kesediaan guru prasekolah untuk
mengabungkan TMK dalam P&P merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan
keberkesanan penggunaan TMK dalam P&P. sikap guru dilihat sebagai satu isu yang perlu
diperbaiki khususnya dalam penggunaan TMK. Kajian lain mendapati bahawa dapatan daripada
Pelan Rancangan Pendidikan 2001-2010 mendapati antara tahun 1996-2000, daripada 30% guru
yang menghadiri kursus TMK hanya segelintir yang menggunakan TMK dalam P&P
Tambahan pula,kemahiran guru manjadi terbatas bagi satu cabaran dihadapi dalam
meningkatkan perkembangan literasi awal kanak-kanak.Pengunaan komputer yang rendah oleh
guru kerana kurang mempunyai kemahiran komputer . hal ini kerana, guru paras prasekolah
kurang mahir menguasai teknik dan kaedah penggunaan. Bukan itu sahaja, kursus awal kanak –
kanak prasekolah juga tidak menyediakan subjek penggunaan teknologi maklumat. Selain itu,
kerajaan juga tidak menyediakan sebarang kelas percuma kepada guru-guru awal kanak
prasekolah untuk mempelajari asas penggunaan projek.
Selain daripada itu, saya berpendapat bahawa isu utama dalam penggunaan TMK
terhadap literasi awal kanak-kanak prasekolah adalah sikap guru yang cuai itu sendiri sekaligus
mempengaruhi kemahiran dan pengetahuan yang rendah secara tidak langsung menjadikan guru
kurang yakin dalam melaksanakan P&P menggunakan arahan berbantukan komputer.
Seterusnya, artikel ini telah memetik sebuah fakta yang menyatakan bahawa penggunaan
teknologi maklumat bukan sahaja membolehkan berfikir tetapi ini juga dapat mempengaruhi dan
membentuk fikiran seseorang itu. Mengikut, perkembangan otak kanak- kanak yang kalangan
berumur ( 3 hinnga 10) tahun, otak mereka lebih aktif dan cepat menyerapkan untuk belajar
sesuatu yang baru. Menurut kajian Wood et.al(2008), beliau menyatakan bahawa tahap
kematangan kanak-kanak akan juga mempengaruhi kemahiran dari segi tiga aspek yang utama
iaitu aspek penglihatan, pendengaran dan juga sentuhan. Oleh hal demikian, kanak-kanak
perlulah mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dari segi tiga aspek utama ini untuk mahir
dalam penggunaan komputer. Sekiranya tidak, ini boleh menyebabkan kanak-kanak tidak akan
rasa seronok untuk mempelajari sesuatu pelajaran yang diajari oleh guru mereka. Bukan itu
sahaja, mereka jugakan akan gagal memahami cara penggunaan bahagian-bahagian komputer
seperti tetikus dan sebagainya.
Disamping itu, artikel ini turut membincangkan tentang cabaran setrusnya iaitu,
penggunaan komputer akan menjejaskan perkembangan sosial kanak-kanak. Malahan,
penggunaan komputer yang maksimum juga akan melemahkan kemahiran bertutur dan
berinteraksi dengan orang itu. Hal imi akan menjuruskan kanak-kanak meluangkan kebanyakan
masa mereka dengan komputer daripada dengan orang pesekitaran. Selain itu, kanak-kanak akan
mudah terjebak dalam gejala-gejala sosial dimana akibat penggunaan komputer seperti,
pengodaman media sosial, muat turun video-video lucah dan sebagainya.Tambahan pula,saya
dapat tahu bahawardapat tiga cabaran penggunaan TMK terhadap literasi awal kanak-kanak yang
perlu dihadapi iaitu kesesuaian TMK menerusi tahap kematangan kanak-kanak, jurang digital
yang wujud serta acaman perkembangan sosial yang melemahkan kemahiran bertutur kanak-
kanak.
Seterusnya,saya dapat mengetahui suatu benda iaitu mengakses buku pelbagai budaya, sumber,
atau teknologi yang canggih sahaja tidak mencukupi. Guru seharusnya mengikuti proses
pendekatan untuk belajar, termasuklah memberikan maksud konteks pembelajaran untuk
menimbulkan budaya kanak-kanak. Walaubagaimanapun isu kekurangan bahan menjadi
cabaran dalam perlaksaan literasi awal kanak-kanak menggunakan TMK
Berdasarkan kajian saya penulis perlulah, berpendapat isu kewangan dan akses perlu diberikan
pendekatan yang lebih dalam melestarikan penggunaan TMK dalam P&P. Ini penting kerana,
literasi awal kanak-kanak prasekolah juga akan dipengaruhi serta tergganggu jika bahan yang
digunapakai lebih kepada bersumberkan tradisonal. Oleh itu, sistem pendidikan Malaysia yang
bersifat berpusat perlu memperhalusi isu kekurangan bahan TMK supaya pelaksanaannya dapat
mencapai implikasi yang minimum seiring dengan kehendak global masa kini yang
mengutamakan penggunaan teknologi maklumat.
Seterusnya penulis perlulah menyatakan tentang alatan berkomputer seperti komputer riba yang
dibekalkan oleh kementerian adalah terhad. Masalah komputer tidak mencukupi untuk memberi
peluang kepada semua guru menggunakan komputer merupakan salah satu faktor yang
menghalang penggunaan komputer dalam P&P.
Menurut sumber lain yang mempunyai intipati yang sama seperti artikel yang dikaji oleh saya
ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah
menengah kajian Abdul Wahab Ismail Gani,Kamaliah Hj Sarap dan Hasrina Mustafa.Antara
persamaan yang terdapat dalam artikel ini adalah,penggunaan komputer semasa P&P adalah
salah satu langkah yang paling sesuai dengan boleh menarik perhatian pelajar-pelajar.dengan
cara pembelajaran-pembelajaran begini pelajar dapat memahami sesuatu mata pelajaran dengan
mudah.Pada masa yang sama,pelajar juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
pengunaan komputer.Malahan,pelajar juga akan mahir dan cekap menggunakan komputer untuk
membuat sesuatu pekerjaan.Hal ini akan membantu pelajar untuk mempelajari sesuatu mata
pelajaran dengan cara yang mudah dan menarik.
Kesimpulanya, melalui kajian saya telah mendapati banyak kebaikan dan juga keburukan
penggunaan komputer kepada awal kanak-kanak prasekolah . Pengetahuan yang saya dapat
dalam artikel tersebut adalah penggunaan TMK merupakan salah satu aspek yang penting dalam
kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah. Pendekatan teknologi dari peringkat paling
rendah iaitu prasekolah sedang diperhebatkan bagi melahirkan generasi yang pandai bahasa
melalui penggunaan teknologi. Isu kesediaan dan motivasi guru, peringkat perkembangan kanak-
kanak dan bahan menjadi indikator penting dalam menilai keberkesanan penerapan TMK. Bukan
itu sahaja, terdapat pelbagai langkah-langkah yang proaktif dan insentif yang telah diambil oleh
pihak kerajaan untuk menjayakan idea penggunaan teknologi untuk meningkatkan kemahiran
dalam kalangan pelajar dan juga guru.