Soalan Latih Tubi Kertas2

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

SULIT

3756/2
Prinsip
Perakaunan
Kertas 2
2018
2 ½ jam

LATIH TUBI SPM 2018

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian :Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B.
3. Bersama dengan kertas soalan ini tiap-tiap calon diberi alat tulis perakaunan berikut:
Buku Tunai Runcit 1 helai
Jurnal 3 helai
Lejar 3 helai
4. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah.
5. Semua jalan kerja hendaklah ditunjukkan.
6. Mulakan tiap-tiap jawapan pada helaian yang baru.
7. Penggunaan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 21 halaman bercetak.


Bahagian A
[60 markah]
Jawab semua soalan.

1. (a) “ Dalam Kitaran Perakaunan yang lengkap terdapat lapan peringkat penyediaan rekod
perakaunan bagi sesuatu tempoh perakaunan.”
Berdasarkan penyataan di atas, nyatakan dua peringkat dalam Kitaran Perakaunan?
i. _____________________________
ii. ____________________________
[2 markah]
(b) Lengkapkan jadual berikut dengan memberi contoh yang sesuai bagi menerangkan
maksudnya.
Belanja Operasi Belanja Bukan Operasi

[2 markah]
(c) Nyatakan dokumen yang terlibat dalam urus niaga berikut :
Bil Urus niaga Dokumen
i) Beli barang niaga secara kredit daripada Perwira Makmur
ii) Membayar gaji pekerja dengan cek
[2 markah]
(d) Catatkan urus niaga berikut di dalam Jurnal Am (abaikan keterangan).
i. Pinjaman diambil alih oleh pekongsi Jasmi sebanyak RM5 000.
ii. Catatan dalam Memo :
“Pemilik membeli alatan kedai RM1000 dengan menggunakan cek peribadi”
[2 markah]
(e) Hitung Titik Pulang Modal berdasarkan maklumat berikut:
Kos tetap RM30 000
Harga Jualan Seunit RM9.00
Kos Berubah Seunit RM6.00
[2 markah]

2
2. Maklumat berikut diambil daripada buku Perniagaan Sukan Afif yang menjual barangan
sukan di Bandar Sungai Petani, Kedah. Berikut adalah baki-baki daripada buku
perakaunannya pada 30 Jun 2018:
Perniagaan Sukan Afif
Imbangan Duga pada 30 Jun 2018
Debit Kredit
RM RM
Inventori 1 Julai 2017 7 300
Inventori Alat Tulis 1 Julai 2017 150
Premis (Kos) 100 000
Alatan Pejabat (Kos) 20 000
Kenderaan (Kos) 63 000
Belian dan Jualan 128 800 230 930
Kadar Bayaran 1 000
Pulangan Masuk 1 920
Sewa 5 000
Ambilan 300
Promosi 1 880
Diskaun 1 700 1 650
Angkutan Keluar 1 980
Susut Nilai Terkumpul Alatan Pejabat 3 800
Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 6 300
Insurans 9 600
Gaji 20 000
Tunai 2 100
Bank 23 000
Hutang Lapuk 550
Akaun Belum Terima 12 300
Akaun Belum Bayar 8 700
Peruntukan Hutang Ragu 200
Modal 119 000
Pinjaman 8% (matang 31 Januari 2019) 20 000
395 580 395 580

3
Maklumat tambahan:
i) Inventori pada 30 Jun 2018 :
Harga kos RM19 271
Harga pasaran RM21 000
Alat tulis RM66
ii) Pada 1 Januari 2018, sebuah kenderaan bernilai RM30 000 dibawa masuk oleh pemilik
untuk kegunaan perniagaan. Perkara ini belum direkod dalam mana-mana buku.
iii) Penilaian susut nilai adalah seperti berikut:
Butiran Kadar susut nilai (setahun) Kaedah
Alatan Pejabat 10% Baki Berkurangan
Kenderaan 10% Garis Lurus

iv) Insurans dijelaskan RM2 400 setiap sukuan tahun, bayaran terakhir dijelaskan pada
1 Mei 2018.
v) Perniagaan menerima sewa tahunan RM4 800.
vi) Perniagaan mempunyai 2 orang pekerja dan gaji bulanan setiap pekerja RM1 000.
vii) Seorang pelanggan tidak dapat dikesan, hutangnya bernilai RM800 dihapus kira.
Perniagaan menyelaraskan peruntukan hutang ragu 2% atas Akaun Belum Terima
bersih.
viii) Angkutan masuk RM400 dicatat sebagai Angkutan keluar.
ix) Bil tunai untuk belian alat tulis pejabat RM300 dijumpai tercicir, pemilik memaklumkan
bahawa beliau telah menjelaskan bil tunai tersebut dengan wang peribadi.

Anda dikehendaki menyediakan :


a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2018.
[15 markah]
b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2018.
[10 markah]

4
3. Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada buku-buku Kelab Alam Mesra, Alor Setar,
Kedah.
Aset dan liabiliti kelab tersebut:
1 Januari 2017 31 Disember 2017
RM RM
Premis 40 000 40 000
Lengkapan 3 000 2 770
Inventori Nurseri Hijau 1 615 1 290
Yuran Belum Terima 200 450
Yuran Belum Terperoleh 140 120
Akaun Belum Bayar 1200 1350
Inventori Alat Tulis 70 44
Sewa Tapak Belum Bayar 330 180
Insuran Prabayar - 150
Bank 12 500 ?
Dana Terkumpul 55 715

Penerimaan RM

Yuran pendaftaran 5 250


Derma membina Rumah Hijau 4 500
Yuran ahli 11 890
Kutipan Program Lanskap Indah 15 500
Jualan 13 700

5
Pembayaran RM

Air dan elektrik 1 230

Belanja Program Lanskap Indah 10 000


Makanan Program Lanskap Indah 1 600
Insurans 600
Belanja baja dan tanah Nurseri Hijau 2 600
Belian 750
Lengkapan 300
Gaji pekerja 3 665
Akaun Belum Bayar 4500
Sewa tapak 2 700

Maklumat tambahan:
(i) Lesen perniagaan Nurseri Hijau belum dijelaskan RM255.
(ii) Yuran pendaftaran dianggap sebagai pendapatan hasil.
(iii) Terima nota kredit kerana memulangkan barang kepada pembekal RM160 belum direkod.
lagilagi.
(iv) Bayaran arkitek lanskap Pertandingan Lanskap Indah masih belum dijelaskan RM500.
(v) Yuran yang masih belum diterima tahun lepas RM80 dihapuskira sebagai yuran lapuk.

Andayuran lapuk. menyediakan:


dikehendaki

(a) Akaun Penerimaan dan Pembayaran.


[3 markah]
(b) Akaun Kawalan Belum Bayar. [4 markah]

(c) Akaun Perdagangan Nurseri Hijau bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. [5 markah]

(d) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. [10 markah]

(e) Bahagian Dana Terkumpul, Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017.

[3 markah]

6
Bahagian B
[40 markah]
Jawab dua soalan sahaja

4 a) Syarikat Sejambak Kasih Berhad mula beroperasi pada 1 Julai 2017. Tempoh perakaunan
syarikat berakhir pada 30 Jun setiap tahun. Berikut ialah petikan Penyata Kedudukan
Kewangan Syarikat Sejambak Kasih Berhad pada akhir tempoh kewangannya.

Syarikat Sejambak Kasih Berhad


Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2018 (petikan)
Ekuiti Pemilik RM
Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh
3 000 000 unit 6% Syer Keutamaan 3 000 000
8 000 000 unit Syer Biasa 4 000 000
7 000 000
Pada 10 Julai 2018, Lembaga Pengarah Syarikat Sejambak Kasih Berhad telah
mengisytiharkan dividen 7 sen bagi setiap unit Syer Biasa.

Pada 1 Ogos 2018, syarikat membuat terbitan syer kali kedua untuk menambah modal
perniagaan. Syarikat telah menerbitkan 1 000 000 unit 6% Syer Keutamaan pada harga
RM1.00 sesyer dan 4 000 000 unit Syer Biasa pada harga RM0.50 sesyer. Semua syer
telah dilanggan dan dibayar penuh pada tarikh permohonan ditutup 15 Ogos 2018.

Anda dikehendaki:

i) Mengira dividen Syer Keutamaan dan Syer Biasa. [4 markah]


ii) Merekod terbitan Syer kali kedua dalam Jurnal Am. [7 markah]
(Keterangan tidak perlu ditunjukkan)

7
b) Pada 1 Januari 2015, modal syer Syarikat Mariwasa Berhad adalah seperti berikut.
Modal diterbitkan dan berbayar penuh:

2 000 000 unit 8% Syer Keutamaan RM2 000 000


6 000 000 unit Syer Biasa RM3 000 000

Keuntungan syarikat untuk agihan dividen bagi tiga tahun adalah seperti berikut:

Tahun Keuntungan RM
2015 260 000
2016 140 000
2017 420 000

Anda dikehendaki mengira:

i) Dividen Syer Keutamaan dan Dividen Syer Biasa bagi tahun 2015, 2016 dan 2017.
[3 markah]
ii) Kadar peratus Dividen Syer Biasa bagi tahun 2015 dan 2017.
[6 markah]

8
5.a) Puan Asmaradany, seorang peniaga barangan kosmetik tidak menyimpan rekod
perniagaannya dengan lengkap. Aset dan liabiliti perniagaannya adalah seperti berikut.

1 Julai 2017 30 Jun 2018


RM RM
Lengkapan 25 000 25 000
Kenderaan 10 000 ?
Akaun Belum Terima 11 600 17 500
Akaun Belum Bayar 7 600 9 400
Bank 20 000 28 500
Pinjaman (Matang pada 31 Disember 2020) 13 500 12 000
Inventori 15 740 32 500
Modal 61 240 ?

Maklumat Tambahan:

(i) Pada 1 Januari 2018, pemilik telah membeli kenderaan menggunakan wang
simpanannya bernilai RM18 000 untuk kegunaan perniagaan. Perkara ini belum
direkodkan dalam buku perniagaan.
(ii) Pemilik mengambil tunai RM150 setiap bulan untuk membayar tuisyen anaknya.
(iii) Peruntukan hutang ragu 5% diwujudkan atas Akaun Belum Terima.
(iv) Lengkapan disusutnilai 10% setahun atas kos.
(v) Kenderaan disusutnilai 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. Kenderaan
lama dibeli pada 1 Julai 2016.
(vi) Faedah atas pinjaman 8% setahun atas baki pinjaman dan belum dijelaskan.

Anda dikehendaki menyediakan:

(i) Penyata mengira modal pada 30 Jun 2018. [4 markah]


(ii) Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2018. [10 markah]

9
b) Encik Haikal pemilik Pusat Fitness Haikal telah menyediakan Imbangan Duga pada
31 Julai 2018. Imbangan Duga yang disediakan seimbang, namun beliau telah mengesan
kesilapan-kesilapan berikut:
(i) Kadar bayaran yang direkodkan bernilai RM500 adalah untuk bayaran bil-bil
rumahnya.
(ii) Sekeping nota kredit bernilai RM343 yang diterima daripada Pembekal Kevin belum
direkodkan.
(iii)Bayaran insurans kedai RM212 secara tunai telah didebitkan dalam Akaun Tunai dan
dikreditkan dalam Akaun Insurans.
(iv) Pemilik membeli Alatan Kedai bernilai RM5 000 menggunakan wang simpanannya
tetapi telah dikreditkan dalam Akaun Bank perniagaan.
(v) Belian Alat Tulis RM230 dicatat dalam Akaun Alatan Pejabat.

Anda dikehendaki membetulkan kesilapan tersebut dalam Jurnal Am (keterangan tidak


diperlukan). [10 markah]

10
6 a) Perniagaan Hanis dimulakan pada 1 April 2018 dengan modal berikut:
Bank RM30 000
Perabot RM3 200
Berikut urus niaga yang berlaku sepanjang bulan April 2018:
i) Mengeluarkan wang tunai dari bank untuk kegunaan perniagaan RM400.
ii) Membeli inventori RM18 650 secara kredit daripada Pembekal Setia.
iii) Menjual barang niaga berkos RM8 000 kepada pelanggan dan terima cek
RM8 750.
iv) Membayar kadar bayaran RM230 dan sewa kedai RM1 800 dengan cek.
v) Menerima tunai RM2 700 kerana jualan inventori berkos RM2 000 dan RM120
daripada wang tersebut digunakan untuk membeli alat tulis dan bakinya
dibankkan.
vi) Pemilik telah membuat ambilan tunai RM150 dan ambilan barang RM200 untuk
kegunaan peribadi.
vii) Terima pinjaman yang dikreditkan terus ke dalam akaun bank perniagaan
berjumlah RM15 000.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 April 2018 dengan
mengambil kira urus niaga di atas. (Semua pengiraan hendaklah ditunjukkan di luar Penyata
Kedudukan Kewangan)

11
b) IT Centre menyimpan Buku Tunai Runcit mengikut sistem panjar dengan dana tunai runcit
RM300 sebulan. Nilai cek yang dituntut dari ketua juruwang berjumlah RM194 pada
1 Ogos 2017.
Berikut ialah dokumen bagi urus niaga sepanjang bulan Ogos 2017:

IT Centre
Dokumen 2 3, Jln
Do Bumi, Alor Setar
BAUCAR TUNAI RUNCIT
Kepada: Najmi bin Hamid 2 Ogos 2017
3agaan Keterangan Jumlah (RM)
Upah membaiki paip tandas 58
Jumlah 58
Ringgit Malaysia: Lima puluh lapan sahaja
Tunai / cek no:

Najmi Ahmad
............... ...............
Penerima Pengurus

Dokumen 1

Kedai Jimat
11, Jln Tua, Alor Setar
SLIP DAFTAR TUNAI
7 Ogos 2017
Bil Butir Qty Harga Jum
seunit RM
1 Fail 10 3.00 30.00
2 Sampul surat 2 4.00 8.00
Jumlah. 38.00
Tunai 50.00
Baki 12.00
Terima kasih
Sila datang lagi

Dokumen 2

12
Indah Berhad
2, Jln Suria, Alor Setar
RESIT RASMI
12 Ogos 2017
Diterima daripada: IT Centre

Bayaran untuk: Penyelenggaraan komputer

Ringgit Malaysia: Enam puluh empat sahaja RM64.00

Tunai / cek no: Suria


.......................
Pengurus

Dokumen 3
3, Jln Tepat, Alor Star
MEMO
30 Jul 2007
Peringatan: Pemilik telah mengambil barang niaga bernilaiDeen
Pembekal RM210 untuk tujuan promosi
Tandatangan:
Arif20, Jln Doa, Alor Setar
RESIT RASMI
18 Ogos 2017
Diterima daripada: IT Centre

Bayaran untuk: Menjelaskan invois no. 0245

Ringgit Malaysia: Enam ratus lima puluh sahaja RM650.00

Tunai / cek no:112244 Deen


..........................
Pengurus

Dokumen 4
3, Jln Tepat, Alor Star
MEMO
30 Jul 2007
Peringatan: Pemilik telah mengambil barang niaga bernilai RM210 untuk tujuan promosi
Tandatangan:
Arif

13
IT Centre
3, Jln Bumi, Alor Star
BAUCAR TUNAI RUNCIT

Kepada: Encik Amel bin Mohamad 25 Ogos 2017

Keterangan Jumlah (RM)


Pendahuluan gaji 70
Jumlah 70

Ringgit: Tujuh puluh sahaja


Tunai / cek no:
Amel Ahmad
....................... .........................
Penerima Pengurus

Dokumen 5

BIL TUNAI Gogo Enterprise No 999


ASAL 8, Jln Setia, Alor Setar

Kepada: IT Centre 28 Ogos 2017

Bil Butir Kuantiti Harga seunit(RM) Jumlah(RM)


1 Kertas A4 3 10.00 30.00
2 Pensil 2 7.50 15.00
Jumlah 45.00
Ringgit Malaysia: Empat puluh lima sahaja
Tunai / No cek:
T.T Penerima TT Pengurus
Ahmad Zorro

Dokumen 6

Anda dikehendaki menyediakan Buku Tunai Runcit sehingga 1 September 2017 dengan
menunjukkan lajur alat tulis, belanja pejabat dan belanja pelbagai.

KERTAS SOALAN TAMAT

14
Buku Tunai Runcit

15
JURNAL

16
JURNAL

17
JURNAL

18
LEJAR

19
LEJAR

20
LEJAR

21

You might also like