Senarai Peribahasa
Senarai Peribahasa
Senarai Peribahasa
1. Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin longgar sejak akhir-akhir
ini. Gejala ini boleh membawa pelbagai kesan negatif jikalau tidak dibendung lebih awal.
Bincangkan pendapat anda tentang kesan-kesan gejala tersebut dan langkah-langkah untuk
membendungnya.
Pendahuluan 1
Masyarakat Malaysia telah diasaskan daripada komponen masyarakat yang terdiri daripada
Melayu, Cina, India, dan pelbagai etnik lain seperti di Sabah dan Sarawak. Walaupun terdapat
kepelbagaian kaum dan etnik, namun keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia telah menjadi
sebutan dan contoh tauladan kepada negara-negara lain. Hal tersebut berlaku apabila wujud sikap
bertoleransi dan saling hormat dalam kalangan masyarakat. Sejak merdeka, kehidupan rakyat
sungguh harmoni sekali. Namun, laut tidak selalu tenang dan langit tidak selalunya cerah, kerana
sejak akhir-akhir ini perpaduan yang telah sekian lama terjalin mula rapuh akibat diganggu gugat dek
pelbagai anasir. Bibit-bibit perpecahan yang berlaku dikhuatiri boleh membawa pelbagai ancaman
terhadap kestabilan negara. Bimbang akan kemungkinan berlaku bencana yang lebih besar lagi,
justeru sebagai rakyat yang prihatin kita hendaklah berusaha untuk memupuk semangat perpaduan
tersebut semula.
PENDAHULUAN 2
Apabila berbicara tentang terma perpaduan, justeru, mafhum daripada sepotong maksud ayat
al Quran iaitu, “Aku jadikan manusia daripada lelaki dan perempuan dengan bersuku-suku dan
berbangsa-bangsa supaya mereka dapat saling berkenal-kenalan dan bekerjasama” amatlah relevan
untuk dirujuk. Sesungguhnya, perpaduan merupakan teras keamanan dan kesejahteraan kepada
umat manusia. Perbezaan dalam aspek bangsa, budaya, agama, dan warna kulit bukan halangan
untuk membentuk perpaduan. Demikianlah, hakikat sebenar yang terbina dalam kalangan rakyat
Malaysia sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, dengan anjakan pelbagai pengaruh, bibit-bibit
perpecahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sungguh
membimbangkan. Fenomena ini telah memungkinkan pelbagai implikasi negatif akan melanda
negara. Sedar akan pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, maka sudah
tiba masanya seluruh warga Malaysia menggemblengkan usaha untuk menyelamatkan negara
daripada terjerumus ke kancah pertelagahan yang lebih parah
Apabila perpaduan dalam kalangan rakyat sudah mula goyah, musibah besar yang bakal
menimpa ialah keamanan dan keharmonian negara akan tergugat. Hal demikian tidak dapat
dielakkan lagi apabila masing-masing mula menyimpan perasaan syak wasangka. Keadaan pasti lebih
parah apabila api persengketaan mula menular dalam kalangan masyarakat majmuk. Masing-masing
berlagak menjadi hero kaum serta cuba menyemaikan bibit perkauman dengan cara menangguk di
air keruh. (H) Isu-isu remah cuba disensasikan sehingga tercetus api kemarahan. Kesudahannya
meletuslah persengketaan yang sukar dikawal seperti Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 dan perbalahan
kaum di Kampung Medan pada tahun 2003. Akhirnya, masing-masing menanggung rugi ibarat
tempelak peribahasa, kalah jadi abu menang jadi arang.
Musibah yang amat nyata apabila berlaku perbalahan dalam kalangan masyarakat sudah
pasti menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara. Ekonomi ialah tiang seri dan pasak
kekuatan kepada sesebuah negara. Tanpa sokongan ekonomi yang mapan, kemajuan negara akan
terbantut. Krisis kemanusiaan seperti kebuluran yang melanda negara-negara di Afrika, seperti
Somalia, Burundi dan Sudan adalah berpunca daripada runtuhnya sistem ekonomi dan sosial mereka
yang terlalu parah. Sebaliknya, apabila kita menoleh kepada negara-negara yang aman, seperti
Jepun, Norway, dan Hongkong, justeru potensi ekonomi mereka berjaya dibangunkan sehingga
menjadi kuasa ekonomi yang tersohor. Sebenarnya, apakah resipi istimewa di sebalik kejayaan
tersebut? Jawapannya, tentu sekali kejayaan mereka berpaksikan kepada sikap toleransi dan saling
memahami yang wujud dalam kalangan rakyat. Sesungguhnya, Malaysia juga tidak terkecuali
sekiranya acuan perpaduan berjaya direalisasikan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum nescaya
potensi ekonomi negara bertuah ini dapat dimanfaatkan.
Sudah lumrah, sesekali berarak juga mendung nan kelabu dan kadang-kadang gigi dan lidah
pun boleh tergigit. Demikianlah hakikat pertelagahan dan perselisihan yang sering menjadi duri
dalam daging yang menghalang perpaduan. Demi negara yang tercinta ini kembalilh kepada slogan
“Bersatu teguh, bercerai roboh” dan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat sebagai prakarsa untukmenyuburkan semula semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum. Kita hendaklah menjadi rakyat yang berfikiran rasional dan dingin kepala dalam
menghadapi sesuatu masalah. Kita perlu bersatu di bawah panji-panji negara yang berdaulat dan
merdeka. Sesungguhnya, kita wajar menilai semula akan harga kemerdekaan dan kebebasan yang
kita kecapi kini adalah terlalu mahal. Demi negara, kita hendaklah menyanjung tinggi kedaulatan
watan dengan menghayati sedalam-dalamnya wadah, “Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”.
kita harus peka tentang apakah untung atau ruginya jikalau bersengketa? Kita khuatir akan
kesudahannya, kalah jadi abu menang jadi arang apabila berbalah sesama kita. Oleh itu, amalkan
petunjuk daripada falsafah Confucious yang menyebut, “Apalah guna tidur sebantal jikalau mimpi
berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal namun mimpi tetap sama”.
Semangat patriotik dan perasaan berbangga menjadi rakyat Malaysia hendaklah sentiasa
subur dan mekar di dalam jiwa raga setiap rakyat. Anggaplah kelahiran kita di bumi Malaysia ini
sebagai suatu rahmat. Apabila sudah ditakdirkan kita dilahirkan di sini, justeru inilah negara yang
perlu dicintai dan tumpahkan seluruh taat setia. Jangan ada sikap mengggunting dalam lipatan dan
telunjuk lurus kelengkeng berkait dalam kalangan rakyat Malaysia. Sikap sesetengah pihak yang
sentiasa mengagumi negara lain sedangkan sesuap nasi untuk dirinya masih berada di sini amatlah
dikesali. Ingatlah, seberapa tinggi sekalipun, seseorang itu mengagung-agungkan negara lain,
sesudahnya dirinya diibaratkan tidak jauh seluang melaut akhirnya balik juga ke muara.
Dalam usaha mencari penyelesaian isu ini, ambillah panduaan peribahasa Melayu yang
menjelaskan, sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. Salah faham dan pertikaian yang
berpanjangan dalam kalangan kaum hanya mendedahi kita kepada kemusnahan. Keamanan yang
telah terbina sejak sekian lama akan terkubur begitu sahaja. Oleh itu, amalkan sikap saling bersatu,
ibarat ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah. Insyaa-Allah, sekiranya falsafah daripada peribahasa tersebut dipegang dengan kukuh,
nescaya akan lahirlah suatu bangsa Malaysia yang kuat kerana berpegang kepada tonggak
perpaduan, bertolak ansur, sejahtera, dan harmoni.
2. Belakangan ini jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman , Tun
H.S. Lee , dan Tun Sambanthan semakin dilupakan
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati
meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk kepada sumbangan seseorang itu akan terus
diingati walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan dan jasa bakti akan tetap menjadi kenangan
terutama sekali jasa yang ditaburkan kepada negara. Tokoh-tokoh seperti negarawan yang telah
banyak menaburkan jasa kepada masyarakat dan negara adalah wajar sekali nama mereka disanjung
dan terus kekal terpahat dalam tinta sejarah. Sehubungan dengan itu, jasa tokoh-tokoh terkemuka
seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Za’aba, Tun H S Lee, Tun Sambanthan dan ramai lagi
wajar diberi penghormatan atas jasa yang telah mereka sumbangkan. Oleh itu, sebagai generasi
muda yang dapat menghirup udara keamanan dan kesejahteraan, saya akan terus mengingati jasa
mereka dengan pelbagai cara yang boleh dilakukan.
Selain itu, saya juga perlulah menjadi anak muda yang bersifat patriotik yang sentiasa
memahami dan menghayati sejarah negara. Sesungguhnya kenyataan tersebut wajar disemaikan
dalam setiap diri individu yang bernama remaja. Hal ini demikian kerana semangat tersebut semakin
menipis dalam jiwa remaja pada alaf baru ini. Lantaran itu, saya hendaklah menyimpan perasaan
bangga dan berterima kasih kepada tokoh-tokoh yang telah bersusah payah memerdekakan dan
memajukan negara. Contohnya, saya boleh melibatkan diri dalam sambutan kemerdekaan negara
setiap tahun bagi memperingati hari kemenangan negara yang telah bebas daripada cengkaman
penjajah Barat. Oleh itu, saya perlulah menjadi anak muda yang bersifat patriotik yang sentiasa
memahami dan menghayati sejarah negara bagi menghargai pengorbanan jasa tokoh-tokoh
kemerdekaan negara.
Pada realitinya, saya juga boleh menjadikan tokoh-tokoh kemerdekaan tersebut sebagai idola
sanjungan saya. Hal ini demikian kerana saya akan memperoleh banyak faedah sekiranya saya
menjadikan kehidupan mereka sebagai panduan dalam hidup saya, bak kata pepatah jauh berjalan
luas pandangan, lama hidup luas pengalaman. Dengan perkataan lain, saya perlulah berasa bangga
dan menunjukkan sikap menghargai perjuangan tokoh-tokoh tersebut. Bukan itu sahaja, sebagai
seorang remaja yang berjiwa patriotik, saya tidak sewajarnya bersikap lupa diri terhadap
kebijaksanaan, hemah peribadi dan keberanian mereka memperjuangkan kemerdekaan negara.
Sebagai analogi, saya boleh sentiasa merujuk kepada ideologi tokoh-tokoh tersebut bagi
menyelesaikan sesuatu kemelut yang berkaitan dengan sejarah kemerdekaan negara. Sesungguhnya,
saya sememangnya boleh menjadikan tokoh-tokoh kemerdekaan negara sebagai idola sanjungan
agar saya dapat menghargai jasa dan pengorbanan mereka terhadap negara yang tercinta ini.
Inisiatif seterusnya yang dapat menerapkan unsur-unsur patriotik dalam diri saya
termasuklah dengan mengambil bahagian dengan aktif dalam ko-akademik yang berkaitan dengan
sejarah, tamadun dan budaya. Saya hendaklah sentiasa peka dengan aktiviti yang dianjurkan dan
bertindak untuk mengambil bahagian. Aktiviti-aktiviti yang relevan seperti pertandingan kuiz, melukis
poster, mengarang dan mengadakan sambutan ulang tahun bagi mengingati jasa tokoh-tokoh yang
telah pergi wajarlah diadakan pada setiap tahun. Sebagai individu yang berwibawa dan tidak
bersikap seperti kacang lupakan kulit, saya mestilah sentiasa menggerakkan nilai patriotik dalam diri
setiap lapisan masyarakat. Perkara ini sudah sememangnya dapat mengapresiasikan tokoh-tokoh
yang sanggup menggadaikan nyawa demi memerdekakan negara pada suatu masa dahulu.
“Sesiapa yang melupakan sejarah, maka dia akan mengulangi kesilapan semula,“ ialah kata-
kata daripada seorang tokoh falsafah pada era silam. Oleh itu, sebagai prakarsa bagi memastikan
saya menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah memerdekakan negara kita daripada penjajah, saya
mencadangkan kepada semua pihak agar mengabadikan nama tokoh-tokoh negara di setiap tempat
penting. Hal ini demikian kerana perkara ini dapat memastikan nama tokoh-tokoh ini tak lapuk dek
hujan dan tak lekang dek panas.. Pada pendapat saya, pihak kerajaan memainkan peranan penting
untuk mewujudkan tempat–tempat yang dapat mengingatkan kembali jasa tokoh-tokoh terdahulu.
Tempat strategik adalah seperti pada papan tanda di sepanjang lebuh raya dan tempat yang
menjadi tumpuan ramai seperti di muzium, pusat beli-belah serta di destinasi pelancongan. Hal ini
demikian dapat mendidik anak watan seperti saya mengenali tokoh tersebut dengan lebih dekat lagi.
Tuntasnya, saya berharap biarlah mereka hilang pada jasad tetapi hidup kerana jasa yang
disumbangkan.
Kata-kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiada yang sekarang dan tiada yang
lama maka tiadalah yang baharu menunjukkan bahawa hubung kait antara yang lama dan yang baru
sentiasa saling memerlukan. Seandainya, generasi terdahulu sebagai pelakar sejarah, nescaya
generasi kini perlulah menauladani sejarah dan bijak pula menghargainya. Apa-apa yang telah
dilakarkan oleh mereka hendaklah dijadikan wasilah untuk membentuk sebuah masyarakat madani.
Mana-mana yang salah jadikanlah panduan untuk membuka lembaran sejarah yang baru, kerana
yang baik dijadikan tauladan, manakala yang buruk dijadikan sempadan.
Ulasan : Soalan ini berkemungkinan dalam mod dimensi diri dan boleh jadi juga dalam mod
dimensi umum. Jikalau dimensi diri, arahan soalan mesti menyatakan, ‘sebagai pelajar, jelaskan
cara-cara anda menghargai jasa guru di sekolah’
Pendahuluan: GURU ialah ikon yang sinonim dengan alam pendidikan. Guru, insan yang tega berdiri
berjam-berjam lamanya dan sabar dengan cara begitu untuk sepanjang usia perkhidmatannya. Liur
basah dan berlidah fasih seorang guru mampu menuturi anak didiknya dengan kalimat hikmah dan
menuangi mereka ilmu pengetahuan sebagai suluh masa depan. Kepada anak-anak didik, guru
apabila tiada dicari namun, apabila ia hadir terasa pula kerenahnya. Demikianlah guru insan yang
kadang-kadang dibenci tetapi rindu. Pelbagai ikon yang mereka terima, antaranya arkitek masa
depan, pembina bangsa dan pencetus tamadun. Tuntasnya, apa-apa jua gelaran yang diberi kepada
seseorang guru, mereka hendaklah diberi penghargaan yang selayak dengan kedudukan mereka
sebagai pendidik. Oleh itu, setiap murid hendakah menghormati guru dalam apa-apa situasi
sekalipun kerana merekalah ‘murabbi’ yang cuba merintis masa depan seseorang insan.
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
Isi 5 :
Kesimpulan : Sesungguhnya, apabila terpancar kata-kata daripada lidah lembut seseorang guru,
justeru itulah mutiara yang membekali anak didik untuk menyuluhi masa depan mereka. Guru, hadir
mereka menjadi pemimpin, senyum tawa mereka menjadi penawar, marah dan bengis mereka
menjadi bekalan. Rinduilah guru yang pernah mendidik kita, dan saya berazam untuk terus
menghormati guru saya seadanya.
4. “Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu”. Sebagai pelajar yang
telah berjaya, anda ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada sekolah dan guru-
guru yang mendidik anda.
Yang saya hormati Puan Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Ambang Saujana, Tuan
Haji Ramli Bin Mohd Zaini, Yang Dihormati para guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi
sekalian. Atas limpah kurnia Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasihani, saya melafazkan kesyukuran
kerana dengan izin-Nya kita dapat berjumpa dalam majlis yang amat besar ertinya kepada warga
SMK Ambang Saujana. Kita sangat bertuah dan bersyukur kerana di sekolah inilah tempat kita belajar,
bermain, berkawan, bermesra dengan para guru dan seterusnya melakarkan kejayaan.
Hadirin sekalian,
Hadirin sekalian,
Sebelum menelusuri lebih jauh, terlebih saya dahulu mengambil peluang untuk mengimbau semula
sejarah lima tahun yang silam ketika kami mendaftarkan diri di sekolah ini. Sebagai pelajar baru, kami
seolah-olah lembu masuk kampung semasa pertama kali melepasi pintu pagar sekolah. Pelbagai
perasaan berbaur dalam benak fikiran tentang alam persekolahan menengah yang bakal ditempuhi.
Perasaan gerun, seronok, dan cemas bertukar ganti mengusik emosi. Maklumlah, pada waktu itu kita
dikelilingi oleh pelajar-pelajar yang lebih senior dan ada dalam kalangan mereka yang bertubuh
gempal dan sasa. Malahan perkara yang lebih rumit lagi, sesama kita pun belum kenal antara satu
sama lain. Namun begitu, semua perasaan tersebut tidak lama berada di dalam minda apabila para
guru yang cukup berdedikasi dan penyayang telah membimbing kita. Natijahnya, sekarang kita telah
menjadi sebahagian daripada insan bertuah yang diraikan oleh pihak sekolah atas kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu.
Alhamdulillah, tiada kalimah seindah madah untuk saya lafazkan atas kejayaan meraih keputusan
paling cemerlang yang saya peroleh. Memang benar, rajin dan usaha tangga kejayaan. Namun apa-
apapun, kejayaan meraih 101A yang terpampang di hadapan mata bukanlah perkara gampang.
Sebaliknya, tanpa usaha dan komitmen yang cukup dedikasi daripada para pendidik dan pengurusan
sekolah, kejayaan yang berada dalam tangan saya dan rakan-rakan adalah suatu misi yang mustahil.
Kami cukup yakin, setitis liur basah yang terpercik daripada lidah seorang pendidik adalah sumber
yang menjadi mutiara ilmu. Terima kasih cikgu! Sesungguhnya, jasamu akan kami kenangi bak seluas
lautan yang tidak bertepian .
Rakan-rakan sekalian,
Selama lima tahun kita menimba ilmu di sini, bukan perihal akademik sahaja yang menjadi agenda
pihak sekolah, malahan pembinaan sahsiah dan jati diri turut dirancang. Kita dididik menjadi insan
serba boleh dalam bidang kurikulum, kokurikulum, pemantapan rohani serta motivasi. Pelbagai
program kecemerlangan sama ada yang berunsurkan akademik mahupun kokurikulum telah berjaya
membentuk diri kita menjadi insan yang hebat dan cemerlang. Betapa tidak, sekolah ini adalah
antara yang tersohor dalam kalangan institusi menengah di negeri ini. Kita cemerlang dalam setiap
peperiksaan awam, kita hebat dalam beberapa acara sukan serta kita amat digeruni dalam beberapa
pertandingan koakademik seperti pidato, koir, dan persembahan kebudayaan. Pendek kata, kita telah
membuktikan kemampuan untuk menjadi insan yang seimbang. Sesungguhnya, semua kejayaan
tersebut tidak lain dan tidak bukan kerana guru-guru yang amat dedikasi yang berada di hadapan
kita.
Hadirin sekalian,
Bercakap bagi pihak diri saya sendiri, perasaan gembira, terharu dan bangga masih belum mampu
saya lahirkan sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun tingkah laku. Tanpa dibatasi oleh apa-apa
sempadan, saya menganggap guru-guru sebagai ibu dan ayah kepada saya. Mereka menyuluhi saya
sinar hari depan yang meyakinkan. Mereka amat penyayang dan mereka amat prihatin. Saya percaya
walaupun setinggi langit tangan menyapu awan, saya tidak mampu menoleh pandang melainkan
SMK Ambang Saujana tetap di hati dan pasti kekal abadi mencipta sejarah. Izinkan saya mengambil
segala inspirasi yang tuan-tuan dan puan-puan telah ilhamkan sepanjang mendidik saya. Saya
bertekad untuk membalas budi anda dengan membawa balik kejayaan yang lebih cemerlang. Saya
berjanji, demi anak nusa yang terdidik sempurna di sini, tidak sama sekali-kali berlaku seperti kacang
melupakan kulit sebaliknya tidak jauh seluang melaut balik juga ke muara. Insyaa-Allah,
Diri kita ibarat setinggi-tinggi terbang bangau hinggap semula di belakang kerbau. Janganlah terjadi,
daun melayang jauh perdu dilupakan. Pada kesempatan ini, saya menyeru rakan-rakan yang
bersama-sama mencipta kecemerlangan di sini agar menyimpan iltizam untuk kembali kepada ibu
kandung bagi menabur khidmat dan bakti. Ayuh, masa kita di sini sudah tamat dan kita buka episod
baru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yang penting kepada kita, jangan
sekali-kali kita pergi sehingga melupakan tempat jatuh bangun di sini kerana, “Tempat jatuh lagi
dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu”. Selepas mencapai kejayaan di peringkat yang lebih
tinggi sentiasalah kembali menjenguk sekolah yang telah mencipta sejarah cemerlang kita. Ingitlah
pesan peribahasa, daun boleh melayang jauh, tetapi getah tetap mengalir ke perdu.
Hadirin sekalian,
Berat hati dan longlai langkah untuk saya pergi meninggalkan sekolah ini. Lipatan sejarah yang telah
ternukil sepanjang dididik di sini terus menjadi usikan kenangan. Insya-Allah selagi hayat dikandung
badan, budi para pendidik tetap dikenang bak budi setahun segunung intan. Saya berdoa semoga
Allah mencurahkan rahmat dan keberkatan kepada tuan-tuan dan puan-puan agar terus berdedikasi
dalam mendidik anak-anak nusa. Izini kami pergi, dengan saya abadikan serangkap pantun,
Ulasan : Soalan ini adalah dalam dimensi keluarga. Isi utama hendaklah merujuk perihal
tanggungjawab ibu bapa dalam memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak. Soalan ini juga
dalam format pidato dan calon hendaklah akur dengan peraturan format pidato seperti kata ucapan
alu-aluan, kata panggilan hormat dan ucapan penutup.
Pendahuluan :
Assalamualaikum/salam sejahtera,
Yang Dihormati, Tuan/puan Pengacara majlis, terima kasih kerana memberi izin untuk saya
mengambil giliran berpidato. Yang Arif lagi adil serta bijaksana panel/juri hakim. Tuan-tuan dif
kehormat dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Hadirin sekalian,
Sebelum bahtera pidato ini saya layari untuk menempuh gelombang berhujah, adalah menjadi
tanggungjawab saya untuk merungkai akan maksud tersurat dan tersirat maudhuk, “Peranan Ibu
bapa dalam memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak”. Maksud yang terkandung ialah
peranan dan komitmen ibu dan bapa dalam usaha menanami anak-anak dengan jiwa yang subur lagi
cakna terhadap maruah bangsa dan negara. Mereka rela berputih tulang asal tidak berputih mata
demi tanah sebidang yang menjadi milik bangsa. Mereka tega mempertahankan kedaulatan demi
leluhur merdeka. Demikianlah sebuah pengertian anak-anak yang terdidik dengan semangat patriotik
lantas bersedia mempertahankan bumi yang dipijak nescaya langitnya dijunjung.
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
Isi 5 :
Kesimpulan : Benarlah hakikat yang menyatakan subur pokok kerana tanahnya, justeru subur
manusia kerana induknya. Anak yang baik dan terdidik adalah yang datang daripada ibu bapa yang
sentiasa berpandangan jauh. Oleh itu, demi kelangsungan sebuah negara yang berdaulat, justeru
kepemimpinan yang beralih tangan dari generasi ke generasi hendaklah ditunjangi oleh warga yang
bersemangat patriotik. Dalam hal ini, ibu bapalah yang menjadi sekolah dan universiti terulang untuk
membentuk semangat patriotik dalam kalangan anak-anak.
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita terus berpegang dengan
amalan murni budaya lama ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah
dan hati kuman sama dicecah. Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat
yang prihatin, dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang
dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia
mula mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada
roh kesejahteraan. Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan
semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat.
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
Isi 5
Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan
masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal
yang demikian, amalan yang sudah menjadi budaya ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan
bermasyarakat lebih harmoni dan riang.
Pendahuluan : Kata-kata daripada peribahasa, jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas
pengalaman membawa maksud, kehidupan seseorang itu hendaklah diisi dengan pelbagai
pengetahuan, pangalaman dan pandangan. Janganlah hidup dengan terus terperap ibarat katak di
bawah tempurung. Sehubungan dengan perkara tersebut, justeru industri pelancongan adalah antara
sektor yang boleh membuka minda dan pandangan masyarakat pada era pascakemodenan ini.
Suntikan daripada sistem perhubungan moden dan situasi dunia yang relatifnya aman memberi
kemudahan kepada masyarakat seantero alam untuk berprawisata ke merata-rata tempat di empat
penjuru alam ini. Dalam hal yang sama juga, industri pelancongan telah menjadi sumber pendapatan
utama kepada beberapa negara seperti Switzerland, Mesir, Jepun, Korea, Thailand dan banyak lagi.
Dalam usaha merancakkan lagi industri palancongan di peringkat global, justeru kerjasama yang erat
antara negara serantau dan global hendaklah diperkukuh agar industri pelancongan akan terus kekal
mapan.
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
Isi 5
Isi 6 :
Kesimpulan : Industri pelancongan telah dikenal pasti sebagai industri yang tertua dalam sejarah
peradaban manusia. Demikian telah disimpulkan dalam hidup seseorang manusia bahawa jauh
perjalanan luaslah pandangan, justeru industri pelancongan boleh menjadi wadah dalam menganjak
pandangan hidup seseorang. Oleh itu, kerjasama antara negara amatlah perlu dalam
memperkasakan industri ini. Kerjasama yang dihulurkan bukan sahaja untuk kepentingan sektor
pelancongan malah menjadi serampang dua mata untuk mewujudkan jaringan kerjasama dalam
bidang yang lain.
8.. Gejala sosial yang melanda masyarakat di negara kita semakin serius dan memerlukan
kerjasama yang jitu untuk menanganinya.
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
Isi 5 :
Isi 6 :
Kesimpulan : Kepada pesalah moral, belajarlah daripada pengertian peribahasa, sesat di hujung jalan
baliklah ke pangkal jalan. Berpeganglah kepada hakikat tiada bumi yang tidak ditimpa hujan
hendaklah dijadikan iktibar agar segala salah laku moral perlu disedari dan insafi. Janganlah
mengambil sikap alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Sekiranya semua
pihak sedar dan boleh membezakan antara yang salah dan yang benar nescaya segala kepincangan
gejala sosial yang sedang melanda masyarakat pada hari ini pasti dapat dibendung.
Pendahuluan : Apabila disebut tentang Malaysia, tergambarlah di dalam minda seseorang tentang
sebuah negara di Asia Tenggara yang memiliki komposisi penduduk dengan masyarakat majmuk.
Pemajmukan itu begitu unik kerana terdapat pelbagai etnik yang besar dan yang kecil dapat hidup
bersama dan harmoni. Sesungguhnya, asas kemerdekaan negara ini juga turut terbentuk di atas
landskap masyarakatnya yang majmuk. Walau bagaimanapun, atas beberapa perubahan yang
berlaku secara domestik dan global, adakalanya perpaduan dan keharmonian dalam kalangan
masyarakat Malaysia kadang-kadang tergugat. Situasi itu jelas terlihat daripada beberapa insiden
yang melibatkan kaum di Malaysia. Walaupun insiden-insiden tersebut tidaklah sampai melarat
tetapi memadailah untuk merenggangkan hubungan antara kaum jikalau tidak dibendung dengan
sebaik mungkin. Atas hakikat kita telah merasai pelbagai nikmat daripada perpaduan yang telah
terjalin sejak sekian lama, maka semua pihak amatlah wajar bermuhasabah dan merenung semula
akan hikmah yang akan kita peroleh daripada perpaduan.
Isi 1: Dapat menjaminkan keamanan negara dan memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum, budaya dan kepercyaan – mengelak salah faham – berkongsi persamaan dan
menghormati perbezaan dalam kalangan masyarakat majmuk – wujud masyarakat harmoni
Isi 2: Sebagai strategi mempercepat mencapai taraf negara maju – tunjang utama kemajuan
sesebuah negara apabila wujud perpaduan yang hakiki.- wujud kestabilan politik, ekonomi, dan
sosial
Isi 3: Memperkembangkan potensi budaya, kemahiran, dan seni dalam masyarakat majmuk –
budaya dan nilai seni masyarakat sebagai produk dan identiti sesebuah negara – boleh menikmati
keunikan gaya hidup setiap kaum – sebagai produk tarikan pelancong
Isi 4: Memajukan sektor ekonomi – perpaduan sebagai anak kunci utama kemajuan ekonomi -
menjanakan ekonomi yang berdaya saing – wujud semangat muafakat dan saling memajukan
potensi produktiviti dalam kalangan pelbagai kaum
Isi 5: Melahirkan masyarakat yang celik ilmu – perpaduan yang mutlak sebagai jaminan rakyat
bebas menuntut ilmu – lahir masyarakat yang cerdik, inovatif dan kreatif – masyarakat yang cerdik
pintar menjadi aset kemajuan negara
Isi 6 Menjadi ikon/model sebagai juara perpaduan untuk manusia sejagat – amat sukar untuk
mencari sebuah negara di dunia yang aman dan harmoni daripada kerjasama pelbagai kaum -
sering dijadikan rujukan oleh negara-negara luar
PERHATIAN : Sekiranya soalan memberikan fokus kepada langkah-langkah sila rujuk isi-isi seperti
yang berikut ini:
Isi 1 : Mendidik anak-anak agar mencintai nilai-nilai murni – amalan berkasih sayang, menghormati
jiran, tutur kata yang sopan, bertoleransi, dan memahami adat dan budaya mesyarakat lain –
sentiasa bersikap tangan terbuka (menderma dan membantu jiran/kaum yang mengalami
bencana)
Isi 2 : Membiasakan anak-anak dalam latar masyarakat majmuk – memperkenalkan kepada anak-
anak tentang ciri-ciri perbezaan kaum dan agama dalam kalangan masyarakat majmuk –
memberikan pendedahan tentang nilai-nilai yang baik dalam amalan setiap masyarakat –
mengelak/mengawal mendedahi perkara negatif kaum-kaum tertentu – tidak melarang anak-anak
bergaul mesra sesama mereka
Isi 3 : Bekerjasama menjalankan aktiviti masyarakat – melibatkan semua ahli masyarakat daripada
pelbagai kaum/etnik – kegiatan bergotong-royong – hari keluarga – budaya tegur-menegur dan
ziarah-menziarahi
Isi 5 : Mewujudkan sistem pendidikan yang sama – sistem persekolahan untuk semua kaum
(rendah, menengah, dan IPT) – mengajari semua bahasa kaum utama di negara ini –
menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum – semua ibu bapa mesti menyokong Dasar Pelajaran
Kebangsaan demi masa depan anak-anak
Isi 6 : Mengelak terbabit sebarang salah laku yang boleh menyebabkan persengketaan kaum –
tidak membangkitkan isu kaum untuk kepentingan peribadi (politik dan perniagaan) – jauhi
perangai adu domba, fitnah dan memperlekeh kaum lain terutama di hadapan anak-anak –
mengamalkan sikap sederhana dan mengajari anak-anak agar cepat memaafkan kesilapan orang
lain
Kesimpulan : Sebagai masyarakat yang harmoni terdapat begitu banyak peribahasa yang menyokong
akan kepentingan perpaduan. Antaranya ialah, hidup bersama ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah
sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Demikianlah betapa indahnya
hidup bersatu dan bersama yang sewajarnya dihayati oleh masyarakat Malaysia.
10. Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu
bagi menjaminkan kesejahteraan hidup.
Sebaga remaja yang mengutamakan kesihatan, cadangkan cara-cara anda menjaga kebersihan diri.
Pendahuluan : Bagi memulakan arena perbincangan dalam isu ini, saya tergerak hati untuk memetik
pepatah dalam bahasa Arab yang bermaksud, “Kebersihan itu sebahagian daripada
iman”. Mendalami kandungan tersirat pepatah tersebut, jelaslah bahawa kebersihan merupakan
rukun utama untuk menentukan tahap tinggi atau rendah keyakinan seseorang terhadap Khaliq.
Kebersihan juga menjadi lambang ketamadunan dan taraf berfikir sesuatu bangsa sama ada bertaraf
maju atau primitif. Oleh hal yang demikian, kebersihan sering menjadi kayu ukur akan kesejahteraan
hidup berdasarkan slogan, “Rakyat Bersih Negara Sejahtera”. Oleh itu, sebagai remaja pascamilenium
ini, saya amat beriltizam untuk mengamalkan gaya hidup bersih dan sihat sejajar dengan matlamat
melahirkan generasi sihat, cerdas, pintar dan berdaya saing menjelang Wawasan 2020.
Kebersihan yang nyata adalah yang tampak pada zahirnya. Walau bagaimanapun, kebersihan
yang hakiki hendaklah bermula daripada kebersihan batiniah. Oleh itu, saya amat cakna dalam
urusan kebersihan sama ada zahir mahupun batin. Aura yang terpancar pada wajah menjadi bacaan
hati dalam diri seseorang. Dalam hal ini Imam Al Ghazali dalam nukilannya pernah menyatakan,
“Mahu melihat kecantikan diri bercerminlah, sebaliknya mahu melihat kecantikan batin bercerminlah
pada wajah. Oleh itu, sebelum zahir dilihat cantik, saya perlu menghiasi jiwa dan rohani.
Mengamalkan sifat-sifat seperti takwa, bersyukur dan amanah merupakan santapan jiwa yang
akhirnya akan terpancar pada peroman. Hal demikian amatlah tepat dengan kata-kata dalam lirik
‘Wajah Cerminan Hati’ dendangan penyanyi tersohor 1960-an, iaitu A Ramlie, yang berbunyi;
Andai hati tak sayang wajahmu lain sekali
Disiplin dan amalan secara rutin ialah anak kunci kepada kebersihan diri. Dalam hal ini, saya
amat sedar bahawa tanpa disiplin tiada sesuatu apapun yang kita lakukan boleh berjaya. Sehubungan
dengan pengurusan penjagaan diri, rutin harian hendaklah saya susun bermula dari bangun tidur
hinggalah tidur semula. Perkara-perkara penting seperti mandi, bersiap, makan, belajar, beriadah dan
berehat hendaklah dilakukan secara berjadual dan berlangsung selagi hayat dikandung badan. Sikap
melakukan sesuatu kerja secara sambalewa amat mudah menjadi virus untuk menyerang minda dan
habit kita supaya mengabaikan pengurusan diri. Kesudahannya, diri kita menjadi tidak terurus,
kurang bersedia dan yang lebih malang lagi mudah diserang penyakit sama ada penyakit fizikal
mahupun penyakit emosi seperti kemurungan. Benarlah seperti yang pernah difatwakan oleh tokoh
bijaksana bahawa, “ Apabila kita gagal merancang, justeru kita merancang untuk gagal”.
Aspek penampilan diri juga wajar saya ambil kira dalam hal menjaga kebersihan diri.
Penampilan diri yang tampan, segak dan bergaya boleh memberi saya keyakinan diri dan yakin pula
untuk berkomunikasi dengan khalayak. Saya seharusnya menjaga kebersihan pakaian, cara
berpakaian dan cara bercakap apabila berkominikasi. Inilah beberapa sifat yang boleh menonjolkan
diri kita agar dilihat harmoni hati nurani, tajam minda dan mata hati serta matang akal budi. Pokok
pangkalnya, kebersihan hendaklah meliputi segala perkara sama ada badaniah, rohaniah, insaniah
dan alamiah.
Kesihatan ialah aset besar yang membolehkan seseorang itu tampil sebagai individu
seimbang dan harmonis sama ada dalam aspek fizikal mahupun rohani. Oleh hal yang demikian, saya
sangat mengutamakan perihal kesihatan dalam memastikan diri dilihat bersih, kemas, berkeyakinan
dan terampil. Kecaknaan terhadap kebersihan tubuh badan memberi impak yang besar terhadap
penjagaan kesihatan. Oleh itu pemilhan makanan, berehat dan riadah hendaklah diberi perhatian
yang teliti. Selain itu, kesihatan mental dan emosi boleh membuka dimensi yang luas dalam
persahabatan. Di sinilah terminologi utama yang boleh membentuk insan seimbang dalam aspek
jasmani, emosi dan rohani. Sesungguhnya, amatlah kontradik untuk merealisasikan kebersihan diri
sama ada zahir atau batin seandainya kesihatan diri kita tidak terurus.
Kebersihan diri turut terpancar apabila kebersihan persekitaran tempat tinggal kita turut
terjaga. Hal ini amatlah penting kerana kehidupan yang mesra alam itu merupakan teras utama untuk
hidup sihat dan selamat. Hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan rumah tangga seperti tempat
tidur, bilik mandi dan tempat makan hendaklah saya jaga. Semua elemen ini menjadi persekitaran
tetap kepada diri kita. Seandainya tidak diuruskan dengan baik, justeru banyak anasir yang boleh
mengancam kebersihan dan kesihatan. Pelbagai penyakit seperti penyakit berjangkit, serangan
kuman dan udara yang tidak bersih boleh membawa musibah penyakit. Sewajarnya, kawasan sekitar
hendaklah dibersihkan dan dihiaskan dengan pokok-pokok bunga serta landskap yang menarik.
Sebenarnya, semua perkara tersebut mejadi aset untuk jiwa, minda dan emosi saya menjadi tenang
dan stabil.
Kesimpulannya, kebersihan diri menjadi perhiasan zahir dan batin seseorang insan. Insan
yang bersih ialah insan yang kenal tentang dirinya dan tahu tentang matlamat dirinya dijadikan
Tuhan. Dalam Islam, Allah amat mementingkan perihal kebersihan dan keindahan sejajar dengan
firman yang bermaksud, “Allah itu cantik dan amat suka akan kecantikan”. Berpandukan petunjuk
tersebut, selaku anak muda harapan bangsa dan negara saya harus memperlengkap diri dengan
pakej penampilan diri yang segak, kemas dan sihat. Saya juga perlu menyempurnkan sahsiah dengan
ilmu pengetahuan dan pekerti yang baik. Demikian pakej anak muda yang bakal menggalas
tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020 yang akan menjelang tidak beberapa
lama lagi.
11. Usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam negara memberikan banyak manfaat kepada
masyarakat.
Pendahuluan : Pada masa ini sudah menjadi fenomena biasa apabila para pemandu terperangkap
berjam-jam lamanya di jalan raya akibat kesesakan trafik. Keadaan menjadi lebih parah di bandar-
bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu terutama dalam waktu puncak. Keadaan
tersebut mengakibatkan peningkatan kos dan pembaziran tenaga serta masa. Adakah keadaan yang
bertambah parah ini sekadar dapat ditonton dan didengari sekadar masuk telinga kanan keluar
telinga kiri? Bagi kalangan warga kota, inilah suatu cabaran besar yang tepaksa mereka harungi sejak
puluhan tahun yang lampau. Walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti menambahkan rangkaian
lebuh raya, sebaliknya usaha tersebut sekadar dapat menambahkan kantong pemilik konsesi melalui
kutipan tol tetapi masalah kesesakan terus menghantui para pemandu. Oleh hal yang demikian,
penyelesaian yang berbentuk konvensional haruslah diperluas kepada penyelesaian yang bersifat
menyeluruh melalui pelbagai inisiatif daripada semua pihak.
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
Isi 5 :
Kesimpulan : Para bijaksana pernah menukilkan, “Jikalau mahu maju bersedialah untuk keluar
daripada kepompong jumud katak di bawah tempurung dan berani membuat anjakan paradigma
baharulah nampak kejayaannya. Sesungguhnya, kejayaan yang hakiki biasa lahir daripada kebolehan
insan-insan biasa yang mampu berfikir secara luar biasa. Oleh sebab itu, dalam mencari penyelesaian
kepada masalah kronik kesesakan trafik, sudah tiba masanya sesuatu idea baru yang kreatif dan
produktif dicetuskan segera. Biarlah lontaran idea tersebut tidak logik kepada sesetengah pihak
tetapi relevan dalam menyelesaikan masalah yang tiada kesudahannya.
12. Keganasan bererti perilaku yang kejam, tidak berperikemanusiaan seperti pembunuhan dan
pencuikan. Keganasan hanya membawa kemusnahan dan kehancuran serta tidak mendatangkan
sebarang faedah kepada masyarakat dan negara.
Pendahuluan : Tempelak daripada peribahasa, gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-
tengah menunjukkan bahawa pertelagahan antara pihak yang berkuasa telah telah membawa
musibah kepada rakyat. Penindasan, kezaliman dan penubuhan seolah-olah menjadi sebahgian
daripada agenda penting beberapa kerat pemerintah di dunia ini. Tangan mereka tidak pernah kering
dengan darah kerana diri dibelenggu oleh sikap rakus dan sombong. Musibah yang timbul daripada
perbuatan zalim itu, anak-anak kecil, warga tua dan golongan wanita menajdi mangsa. Bumi yang
sebelum ini subur menjadi padang jarak padang tekukur dan seterusnya dunia menyaksikan krisis
kemanusiaan seperti pelarian, kebuluran, penyakit dan kini melarat kepada jenayah pemerdagangan
manusia pula.
Isi 1 : Sistem politik dan pemeriintahan sesebuah negara/wilayah menjadi kucar-kacir – pihak yang
berkuasa sering bertelagah sesama sendiri – berlaku perebutan kuasa, jatuh-menjatuhkan dan
guling-menggulingkan – berlaku perang saudara dan termasuk juga campur tangan oleh kuasa
asing
Isi 2 : Kemajuan ekonomi negara akan merudum – pendapatan negara merosot - hutang
meningkat – tiada peluang pekerjaan - rakyat hidup menderita
Isi 3 : Keadilan sosial hancur – hukum sesiapa yang kuat dialah dapat – penindasan, kekejaman dan
penipuuan berleluasa - rakyat menjadi pelarian
Isi 4 : Melebarkan jurang kemiskinan antara negara – negara yang sering bergolak menjadi miskin
dan berlaku kacau-bilau – rakyat hilang fokus untuk bekerja dan membangunkan negara – wujud
perbezaan taraf hidup rakyat dengan rakyat di negara jiran
Isi 5 : Rakyat yang tidak berdosa menjadi korban keganasan dan sikap rakus golongan yang tamak
kuasa - rakyat hidup dalam keadaan yang daif, berpenyakt, buta huruf dan menjadi liabiliti
kepada pembangunan negara
Kesimpulan : Golongan yang ganas, rakus dan tidak berperikemanusiaan inilah yang sering di
tempelakkan bahawa dalam khalayak binatang mungkin tiada manusia, tetapi dalam khalayak
manusia terdapat haiwan yang ganas. Manusia dikurniai Allah dengan akal dan perasaan, sebaliknya
apabila kedua-dua anugerah tersebut tiidak dimanfaatkan dengan betul justeru wujudlah manusia
yang bertopengkan haiwan.
13. Penggunaan telefon bimbit seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan pelajar
walaupun mendatangkan pelbagai implikasi.
Pendahuluan : Pada hari ini seseorang ibu dengan segera dapat menghilangkan rasa rindu terhadap
anak kesayangan yang tinggal berjauhan ribuan kilometer. Demikian pula seorang kekasih dapat
melampiaskan rawan hiba kepada yang tersayang dengan saling menyatakan janji setia dan
menyulam kasih. Malahan kuasa maklumat kini mampu diterjemahkan dalam bentuk audio dan
visual melalui perantara teknologi 3G. Sebenarnya, semua peranti tersebut dikuasakan oleh teknologi
telefon bimbit yang amat canggih dan mampu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi siber.
Oleh itu, kewujudan telefon bimbit bukan lagi sebagai lambang gaya hidup, malahan menjadi
kemestian kepada setiap individu. Kewujudannya walaupun dianggap sebagai suatu rahmat dalam
gaya hidup era milenium, namum tetap memberikan pelbagai impak kepada masyarakat.
Positif :
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Negatif :
Isi 4 :
Isi 5 :
Isi 6 :
Kesimpulan : Sesungguhnya, revolusi telefon bimbit telah banyak mengubah transformasi dunia,
namun masyarakat terpaksa membayar harga yang sangat mahal di sebalik kecanggihan
teknologinya. Harga sama ada dalam aspek ekonomi, moral, mahupun keselamatan menjadi sangat
mahal pada hari ini kerana ancaman berterusan daripada penggunaannya. Oleh itu, masyarakat
pengguna hendaklah bijak dan berfikiran terbuka dalam mengendalikan sesuatu yang mempunyai
kemungkinan sama rata antara positif dan negatifnya.
14. Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu kejadian penderaan
kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.
Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.
Pendahuluan : “LOLA MENGAKU BERSALAH MENDERA ANAK OKU” Demikianlah satu episod
daripada ratusan peristiwa yang dilaporkan tentang nasib buruk yang pernah menimpa anak-anak
malang di negara ini. Anak adalah sebagai amanah Allah. Anak juga sebagai anugerah kerana
terdapat orang yang tertentu yang terlalu berhajatkan kepada anak tetapi tidak diberikan zuriat,
sebaliknya ada pula yang memiliki terlalu ramai anak sehingga tidak terjaga. Anak-anak yang dibela
jaga dengan baik akan menjadi penyeri dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber
motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang
dibina. Alangkah rukun damainya sesebuah rumah tangga apabila dikurniakan anak. Namun
belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka
tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri.
Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar jangkaan
akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah yang lebih diberikan peranan untuk membanteras
gejala pagan seperti itu agar tidak melarat.
(langkah-langkah membanteras)
Isi 1: Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga – kasih sayang dijadikan kunci dan
matlamat membina sesebuah keluarga
Isi 2: Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka memikul
amanah untuk menjaga anak-anak kecil – menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat
kasih sayang – setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing
Isi 3: Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan – setiap pasangan dikehendaki menghayati
betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan rumahtangga – ilmu yang meliputi
persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil
Isi 4: Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna – kesedaran terhadap
tanggungjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia mudah dirasuk syaitan –
penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai
sejagat
Isi 5: Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak – tidak
memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus menerus mendera – mengambil tindakan
pantas mencegah, melapor, dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera.
Isi 6: Memperkukuh jalinan kejiranan – setiap anggota keluarga hendaklah dididik supaya
menghormati jiran – jiran yang rapat dapat membantu dalam segala tindakan sama ada susah atau
senang.
Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan madani yang
mampu memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara. Kejayaan sesebuah
negara adalah bergantung penuh kepada modal insan yang cemerlang sama ada dalam aspek mental
mahupun fizikal. Oleh yang demikian, keluarga amatlah bertanggungjawab untuk menghalang segala
anasir yang mendorong kepada gejala penderaan agar masyarakat terus harmoni dan negara
sejahtera.
15. Semangat kejiranan merujuk aspek kesefahaman dan hubungan erat sesama jiran. Kerajaan
telah melancarkan slogan ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ untuk mengembalikan semangat
kejiranan yang kian luntur dalam kalangan masyarakat di negara ini. Anda ingin menulis sebuah
rencana yang bertajuk ‘Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan
Masyarakat’.
PERINGATAN : Soalan ini dalam bentuk karangan berformat. Sila kenal pasti peraturan format
seperti tajuk rencana dan nama penulis.
Pendahuluan: Peribahasa Melayu selalu menempelak sikap golongan yang sangat mementingkan
diri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing- Tempelak tersebut bagaikan sudah
sinonim dengan gaya hidup manusia moden. Sikap tidak mempedulikan jiran sebelah-menyebelah
semakin menular walaupun sudah tinggal berjiran sejak bertahun-tahun. Pegangan seperti itu
sebenarnya mendatangi kita pelbagai implikasi negatif apabila masing-masing bersikap individualistik
dengan gaya hidup, ‘nafsi-nafsi, siapa lu siapa wua’. Malang sekali dengan sikap seumpama itulah
akhirnya pelbagai tragedi seperti penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-
kanak semakin menjadi-jadi. Kini masyarakat mula dibebani sindrom resah dan ketakutan. Melihat
kepada fenomena yang semakin mengancam kestabilan dan keselamatan, masyarakat seharusnya
mengembalikan kehidupan yang sejahtera, aman dan harmoni dengan memperkasakan semangat
kejiranan
Isi 1
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4:
Isi 5 :
Kesimpulan: Mafhum daripada sepotong maksud Hadith yang menyatakan, “Kehidupan kita ibarat
sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit
dan bersama-sama berjaga malam”. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam
masyarakat moden kini. Insya-Allah apabila amalan seperti ini dihidupkan semula nescaya kita
terhindar daripada sebarang ancaman dan ketidaktenteraman.
16. Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan
mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.Bincangkan.
Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola
migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia
apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah
wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh
rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan
daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan
sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda.
Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada
dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial.
Kesan negatif
Isi 1 : Boleh menjejaskan kestabilan politik sesebuah negara – kemasukan warga asing dalam
jumlah yang banyak dan tidak terkawal boleh mengancam sesebuah kerajaan yang memerintah –
berlaku wujud ketegangan antara parti yang memerintah dengan pihak pembangkang
Isi 2 : Mengancam peluang penguasaan ekonomi dalam kalangan rakyat tempatan – warga asing
akan memonopoli peluang pekerjaan dan mengambil peluang berniaga (monopoli tapak niaga
oleh warga Indonesia di Pasar Chow Kit dan warga Bangladesh di Jalan Petaling – berlaku krisis
pengaliran wang keluar negara secara dalam jumlah yang besar – ekonomi sesebuah negara boleh
muflis
Isi 3 Kesejahteraan sosial rakyat tempatan terancam – warga asing mengambil kesempatan
mengganggu kawasan petempatan – wujud setinggan baru – membawa masalah kepada
masyarakat setempat seperti kotor, penyakit dan budaya yang tidak sihat
Isi 4 : Indeks masalah jenayah yang semakin meningkat – kesukaran memperoleh peluang kerja
mendorong perlakuan jenayah –pihak polis sukar untuk mengesan penjenayah kerana ketiadaan
identiti – rakyat menjadi mangsa serangan, samun dan rompak
Isi 5 Penyebaran budaya yang tidak sihat – pendatang asing membawa tabiat buruk dari negara
asal – sikap samseng/biadap (warga hitam Afrika), hidup berpuak-puak dan tidak menghormati
budaya dan undang-undang negara – berlaku perkahwinan rentas budaya dan warganegara -
timbul masalah anak tidak sah taraf
*Jikalau soalan dalam fokus langkah-langkah, sila pilih rangka isi di bawah;
Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam
negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-
wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia
ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti
polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu
sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan
warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang
kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik
memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang
kenyang)
17. Usaha untuk membangunkan negara amat bergantung pada remaja yang bersahsiah terpuji.
Jelaskan peranan yang perlu anda mainkan untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.
Pendahuluan : Menelusuri sejarah awal tamadun Islam, minda kita pasti dapat mengingatkan
kehebatan dua orang anak muda yang menjadi ikon untuk dibanggakan. Mereka ialah Saiyidina Ali
dan Usamah Bin Zayid. Ali amat terkenal dalam peristiwa Hijrah Rasul manakala Usamah merupakan
panglima perang Islam yang paling muda. Keberanian dan ketokohan yang ditunjukkan telah
melayakkan mereka berada sebaris dengan tokoh-tokoh Islam yang terkenal. Bezanya, ketika bangkit
mencipta nama mereka masih lagi muda belia. Demikianlah suatu gambaran betapa sumbangan
anak muda sangat ditagihi dalam membantu membangunkan negara. Tubuh yang sasa, tenaga yang
kuat dan minda yang cerdas menjadi aset untuk seseorang anak muda turut sama terlibat
memajukan negara. Walau bagaimanapun, ketahanan minda dan fizikal sahaja belum cukup untuk
mengangkat seseorang anak muda untuk menjadi wira dan wirawati kepada negara, malahan anak
muda juga perlu menggilap sahsiah dan akal budi yang baik.
Langkah perdana yang wajar diatur, sebagai anak muda saya harus menjadi hamba Allah
yang soleh, beriman dan bertakwa. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah adalah menjadi syarat
utama untuk menjadi insan yang sedar akan hakikat hidup dan mati. Kita dihidupkan supaya dapat
mengabdikan diri kepada Allah selain menjadi insan yang berguna kepada insan yang lain. Seseorang
yang patuh kepada Khaliq, justeru memberi impak kepada seluruh isi alam. Apabila memiliki
kesedaran bahawa segala amal kita sama ada baik mahupun buruk akan memperoleh ganjaran,
baharulah saya sedar tentang perlunya berbuat baik. Dengan hal demikian, saya berazam untuk
menjadi insan soleh dengan taat kepada perintah Allah, meninggalkan segala larangan-Nya serta
mengamalkan sahsiah yang terpuji dalam kalangan masyarakat. Hakikat tersebut sesuai dengan kata-
kata, “Insan yang kenal kepada Tuhannya, justeru kenallah pada dirinya”.
Selain daripada prakarsa di atas, saya juga perlu menjadi remaja yang cinta akan ilmu.
Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan sama ada ukhrawi mahupun duniawi boleh membentuk diri
saya menjadi insan yang berguna terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat malah negara juga.
Ilmulah yang menjadi lampu suluh untuk keluar daripada kegelapan dan kejumudan dan ilmulah
yang membuka minda untuk memperoleh kejayaan sama ada dalam kerjaya mahupun untuk hidup
sejahtera. Perihal pentingnya menguasai ilmu adalah bertepatan dengan nukilan Saiyidina Ali KW.
“Jadikanlah dunia ini dalam kalangan yang berilmu, atau mengajarkan ilmu, atau yang mempelajari
ilmu, atau yang berkasih sayang dengan golongan berilmu. Sekiranya salah satu daripadanya tiada
kepada kamu, nescaya punah-ranahlah dunia ini”.
Amalan menghormati sesama manusia adalah menjadi keperluan kepada saya sebagai anak
muda. Inilah sari pati terpenting dalam menzahirkan watak yang mulia dengan sahsiah yang
cemerlang. Amalan seperti mengucapkan salam, memberi hormat, bercakap secara sopan dan
berbudi pekerti sangatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun. Sebagai anak muda, saya perlu
menunjukkan hormat kepada golongan tua dan para guru manakala dengan rakan sebaya saya perlu
berlemah lembut dan sering menyantuni mereka. Sekiranya watak tersebut menjadi ikon kepada
semua anak muda nescaya masyarakat kita akan terus dihormati. Sesungguhnya slogan, ‘Yang muda
disayangi dan yang tua dihormati’ wajar saya jadikan azimat utama dalam membina jaringan
silaturahim.
Selain itu, dalam hubungan masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia, saya wajar
mempertahankan jalinan persefahaman dan perpaduan. Hal tersebut amatlah wajar kerana tanpa
perpaduan yang jitu amat sukar untuk kita mencapai matlamat keamanan dan kesejahteraan yang
total. Sikap yang suka berbalah dan tuduh-menuduh dengan mengagung-agungkan kaum sendiri di
samping meremahkah orang lain tidak lebih daripada amalan yang mengundangkan perbalahan dan
kekacauan. Oleh itu, saya berazam untuk mengelak daripada sebarang pengaruh negatif yang boleh
membawa kepada perpecahan. Saya terlalu sedih apabila melihat satu lepas anak-anak kecil yang
tidak berdosa menjadi korban pertumpahan darah di seantero dunia yang berpunca daripada runtuh
semangat perpaduan dan tolak ansur. Ingatlah, kita yang hidup di muka dunia ini mempunyai hak
yang sama untuk bebas kerana sesiapapun kita darah kita tetap merah, oleh itu, fahamilah hakikat
kalah jadi abu menang jadi arang.
Sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang
pintar, gigih dan berdaya saing, saya hendaklah memiliki cita-cita dan matlamat untuk memajukan
negara ini. Selepas lebih setengah abad kita mencapai kemerdekaan sudah sewajarnya Malaysia
mampu sebaris dengan negara-negara maju untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Inti
pati kepada cita-cita yang tinggi hendaklah saya realisasikan dengan kegigihan belajar, mempunyai
matlamat yang jelas dan semangat cinta akan negara. Saya juga harus sedar sudah berbilion ringgit
yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menghantar anak-anak muda ke luar negara supaya
mereka dapat menuntut ilmu dan menuruti teladan anak-anak muda di negara maju. Semua usaha
tersebut adalah untuk memperkasakan sikap mulia, cara berfikir dan cara bertindak anak-anak muda
Malaysia sejajar dengan pemikiran berkelas dunia. Saya yakin, seandainya semua anak muda mahu
berfikir secara positif dan bercita-cita tinggi demi negara tercinta, justeru hasrat untuk
membangunkan negara ini bukanlah suatu wadah yang mustahil untuk dicapai.
Kesimpulannya, menelusuri nukilan Imam Al Ghazali, “Jikalau kamu melihat watanmu pada
hari depan, lihatlah kepada pemudamu pada hari ini”, mengujai saya bahawa anak muda sangatlah
berharga kepada sesebuah negara. Kombinasi antara minda, iman, akhlak dan akal budi boleh
memberi saya dimensi baharu bahawa sesuatu yang luar biasa boleh dilakukan oleh orang biasa.
Saya sedar, inilah masa yang terbaik untuk anak-anak muda bangkit membina sahsiah, cita-cita dan
matlamat untuk membangunkan negara. Ayuh, bangkitlah anak-anak muda, kita realisasikan slogan,
‘Negara Kita Tanggungjawab Kita kerana di sini bumi dipijak, maka langitnya dijunjung.
Berpandukan peribahasa, cahaya yang cerah bermula daripada lampu di tengah rumah membuktikan
semua amalan yang baik hendaklah bermula daripada keluarga. Demikianlah dengan budaya
membaca, keluargalah yang perlu membudayakan amalan tersebut. Amalan membaca perlu
dibudayakan dan bukan sekadar dibiasakan. Apabila sudah menjadi budaya, justeru semua pihak
akan berasa seperti suatu keperluan untuk membaca. Setiap ahli keluarga terutama ibu bapa harus
menjadikan diri mereka umpama lampu yang menyinari kehidupan keluarga. Lampu tersebut sudah
tentulah sikap yang gemar kepada percambahan ilmu melalui tradisi membaca. Dalam tradisi Islam,
setiap anak perlu dididik dengan amalan membaca Al Quran sejak berumur lima tahun lagi. Oleh itu,
amalan ini haruslah diperluas kepada bidang pengetahuan yang lain melalui amalan membaca.
Seandainya aktiviti lain seperti menonton televisyen, beriadah dan makan bersama boleh
dibudayakan, masakan amalan membaca tidak boleh dilaksanakan? Barangkali inilah persoalan yang
perlu dijawab oleh sebahagian besar institusi keluarga.
Peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke perdu juga menunjukkan bahawa, segala
tingkah laku yang baik daripada ibu bapa akan menjadi turutan anak-anak. Al hasil, sikap yang positif
daripada ibu bapa seperti gemar mambaca, bercakap perkara yang baik dan melakukan kerja-kerja
yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada diri anak-anak juga. Tanamlah sifat
positif dalam kalangan anak-anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari maklumat baru dengan
membaca. Membaca juga boleh dijadikan sebagai suatu aktiviti penerokaan minda yang
membolehkan anak-anak menjadi lebih matang daripada usia mereka. Malang sekali, belakangan ini
akibat tekanan kerja dan masa yang terhad minat membaca dalam kalangan ibu bapa sendiri pun
amat rendah. Masing–masing telah terbawa-bawa dengan gaya hidup baru yang tidak boleh lekang
dengan budaya ‘whatsapp’, ‘facebook’, ‘twiter’ dan ‘instagram’ mereka. Sesungguhnya, inilah virus
yang sedang bergerak aktif untuk meletakkan manusia pascamileum terperap dalam kopompong
kebodohan ciptaan sendiri.
Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang mencukupi
kepada anak-anak. Hal ini amatlah mustahak kerana kebanyakan ibu bapa masa kini cukup serius
dalam menyediakan keselesaan fizikal kepada anak-anak seperti bilik tidur berhawa dingin, peralatan
gajet dan set televisyen. Akhirnya, semua kemudahan tersebut akan melalaikan anak-anak daripada
membaca. Tidak salah kepada ibu bapa untuk melengkapi anak-anak mengikut kemampuan, namun
tugas yang paling utama untuk mempertajam minda anak-anak tidak boleh diabaikan. Justeru, ibu
bapa hendaklah menyediakan kemudahan pembacaan dan mempelbagaikan bahan bacaan mengikut
minat dan tahap. Dalam mimilih bahan bacaan juga, ibu bapa tidak boleh cakap banyak atas
permintaan anak-anak kerana minat dan bakat sememangnya tidak pernah sama hatta dengan ibu
bapa sekalipun. Dengan sebab itu, kenalilah minat anak-anak serta didiklah mereka menjadi insan
yang berjaya menyelak jendela ilmu dengan gemar membaca dan meneroka perkara-perkara yang
baharu.
Langkah yang paling proaktif, ialah ibu bapa perlu meluangkan masa mengadakan rutin tetap
mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai buku atau pameran buku. Aktiviti sambil
menyelam minum air ini akan memberi suntikan baru kepada anak-anak untuk gemar membuat
koleksi bahan bacaan. Anak-anak akan terasa diri mereka dihargai atas kesudian ibu dan ayah
membawa mereka bersiar-siar dan bersantai di samping memberi mereka ‘baja’ minda dengan
berkunjung ke kantor-kantor bacaan untuk memberi inovasi dan perspektif baru kepada anak-anak
tentang perkembangan dunia buku. Sekiranya usaha ini diperkasakan oleh setiap keluarga di
Malaysia, nescaya dalam satu dekad lagi kita akan dapat melihat rakyat Malaysia akan bergulat
dengan buku sama ada di dalam bas, LRT dan di mana-mana sahaja tempat yang masanya terluang.
Hidup dengan membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke seluruh isi alam.
Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan bijaksana melalui
huruf dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, keluarga yang sentiasa membaca boleh
diibaratkan sebagai sedang mengembara ke seluruh polosok alam. Dengan hal yang demikian,
pupuklah minda ahli keluarga dengan amalan membaca.
19. Sumber air bersih di negara kita semakin berkurangan. Sehubungan dengan itu, anda ingin
menulis sebuah rencana yang bertajuk, ‘Menjaga Sumber Air Tanggungjawab Bersama’.
Berdasarkan kajian saintifik telah menunjukkan bahawa, manusia boleh hidup hingga lapan hari
jikalau tanpa makanan, sebaliknya manusia akan mati dalam tempoh 48 jam jikalau tiada air. Hal
demikian terbukti kerana berdasarkan sistem biologi manusia pun, air terdiri 80 peratus daripada
keseluruhan berat badan seseorang manusia. Selain itu, air turut dikaitkan dengan nilai-nilai
sentimental dalam kehidupan seperti keindahan sungai, lautan yang terhampar malahan di dalam
syurga juga sentasa dikaitkan dengan air yakni keenakan air telaga Kautsar. Sekalipun air telah
terbukti amat penting dalam tamadun manusia, namun belakangan ini manusia semakin jahil akan
kepentingan air. Di mana-mana jua sungai kian tercemar, permukaan laut semakin kotor dan krisis
bekalan air dijangka akan berlaku dalam tempoh satu abad dari sekarang. Alangkah jahilnya manusia
apabila sumber yang teramat penting kepada kehidupan telah dirosakkan kerana sikap rakus atau
tiada kepedulian. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum kudis menjadi tokak, eloklah
masyarakat hari ini diberikan pendidikan untuk menghargai sumber warisan iaitu air.
Pendidikan ialah aspek yang paling prima untuk mendidik masyarakat menghargai air. Mereka perlu
dididik untuk mengenali pencipta (khaliq). Manusia yang mengenali Tuhan sudah pasti tahu
bersyukur. Inilah nilai murni yang perlu dipegang kukuh sejajar dengan maksud Firman
Allah, “Bersyukurlah! Andai kamu bersyukur nescaya aku tambahi nikmatmu dan sebaliknya apabila
engkau kufur nescaya azab-Ku terhadapmu teramatlah pedih”. Belakangan ini akibat terbebat dengan
tabiat tidak tahu bersyukur, manusia tidak pernah tahu bahawa nikmat Allah yang amat berharga itu
telah dicemari. Manusia telah hilang pertimbangan dan budi bicara dan sombong akibat tidak takut
akan musibah dan jauh sekali mengenali akan dosa dan pahala.
Generasi yang paling awal yang harus menerima pendidikan agar menghargai sumber alam ialah
generasi kanak-kanak. Seawal usia setahun anak-anak harus dididik untuk menghargai harta benda.
Pendidikan yang paling teras adalah yang bermula di rumah. Asas pendidikan yang kukuh hendaklah
dimantapkan di sekolah. Para guru dengan segala kebijaksanaan haruslah menanamkan nilai-nilai
murni seperti bersyukur, berkasih sayang dan jimat cermat agar generasi pelajar tahu akan nilai
anugerah alam khususnya air. Pelbagai program mencintai alam sekitar boleh dimasukkan ke dalam
program luar sekolah dan aktiviti kokurikulum. Apabila pelajar sentiasa mesra kepada alam sekitar
nescaya mereka teruja untuk menjaganya. Sesungguhnya, inilah generasi yang diharapkan dapat
memulihkan semula segala sumber alam yang semakin tercemar terutama sekali sumber air.
Golongan sasar yang lebih penting ialah masyarakat umum. Golongan ini perlu diajak bersama-sama
untuk menyedari betapa air amatlah penting kepada kesinambungan nyawa rakyat Malaysia. Krisis
air dan kegiatan merosakkan sumbernya banyak dilakukan oleh golongan ini. Kalangan peniaga dan
industri merosakkan sumber air dengan cara mengalirkan bahan-bahan sisa industri ke dalam sungai.
Selain itu, masyarakat awam pula masih banyak yang tiada kesedaran tentang kebersihan alam
sekitar. Mereka mencampakkan sampah dengan sesuka hati dan termasuk melupuskannya ke dalam
sungai. Tanpa kesedaran yang mendalam daripada kelompok sasar ini, seharusnya kelestarian air
bersih pasti akan terancam. Oleh itu, sistem pendidkan, kempen dan tindakan tegas hendaklah
dilaksanakan secara berterusan untuk berdepan dengan kelompok sasar ini.
Inisiatif yang seterusnya ialah tindakan proaktif daripada pihak kerajaan. Pelbagai prakarsa harus
dijalankan oleh pihak berkuasa sebagai respon kepada pelbagai amaran tentang krisis air yang bakal
dihadapi. Barangkali masa telah tiba untuk Malaysia bertindak menjadikan sungai-sungai di negara
ini sebagai produk pelancongan seperti yang terdapat di negara-negara maju. Kegiatan perniagaan
yang mesra sungai seperti di San Francisco Waterfront, North Vancouver Waterfront dan Auckland
Waterfront harus dicontohi. Sementara itu, inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan negeri Melaka
yang mewujudkan River Cruise sebagai produk pelancongan hendaklah diambil iktibar oleh kerajaan
negeri yang lain juga. Ingatlah pelbagai usaha boleh dijalankan selagi ada ikhtiar kerana akal tidak
sekali tiba ikhtiar tidak sekali datang.
Konklusinya, semua isi alam yang dianugerahi Allah adalah untuk manfaat manusia yang bijak
menghargainya. Alangkah jahilnya kita apabila sumber alam yang kaya dimusnahkan begitu sahaja
sehingga kita berhadapan dengan masa depan yang kabur. Janganlah disebabkan mengejar
keuntungan peribadi untuk jangka pendek kita mengaburkan masa depan generasi akan datang.
Fahamilah akan amaran Allah dalam sepotong ayat al Quran, Surah Ar Rom yang bermaksud, “Segala
kerosakan yang berlaku sama ada di laut mahupun di darat adalah akibat perbuatan tangan manusia
yang durjana”.
20. Kesedaran tentang kepentingan tenaga kerja berkemahiran menyebabkan lebih banyak
institusi kemahiran dibuka di negara kita.Bincangkan kepentingan tenaga mahir ini kepada
pembangunan negara.
Selaras dengan transformasi pendidikan dalam arus perdana, penjenamaan semula dalam sistem
pendidikan teknik vokasional turut dilakukan.Bincangkan pendapat anda tentang faedah-faedah
transformasi pendidikan teknik vokasional untuk melahirkan rakyat yang berkebolehan.
Pendahuluan : Pepatah yang menyatakan, hukum dijunjung, ilmu dikelek memberi maksud bahawa
kesempurnaan hidup manusia hendaklah diasaskan kepada dua perkara iaitu peraturan yang
dipatuhi dan ilmu yang dimanfaatkan. Sejajar dengan hasrat menuju matlamat negara maju, justeru
masyarakat Malaysia hendaklah menjulang tinggi kedaulatan dan Keluhuran Undang-undang
manakala ilmu pula dijadikan wahana untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan produktif. Oleh
itu, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM), Pendidikan Teknik dan
Vokasional turut diperkasakan sebagai inisiatif untuk melahirkan rakyat yang berketerampilan sama
ada dalam aspek ilmu pengetahuan mahupun kemahiran tinggi. Pemerkasaan semula kedia-dua
aliran tersebut akan memberi sinar baru untuk anak-anak Malaysia membuka langkah bagi bersaing
di persada global. Tidaklah dinafikan sama sekali bahawa banyak manfaat kepada rakyat dan negara
dengan langkah pragmatik tersebut.
Isi 1 : Negara dapat melahirkan rakyat (graduan) dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran –
golongan teknikal/vokasional menjadi tangan emas kepada negara – bakal mewujudkan pelbagai
bidang kerjaya
Isi 2 : Negara mampu bersaing dengan negara-negara industri yang tersohor di dunia – memiliki
tenaga kerja pakar dalam bidang industri – boleh bersaing dengan negara-negara seperti Jerman,
Perancis, Jepun dan Korea
Isi 3 : Boleh menjanakan pelbagai peluang kerjaya terutama dalam sektor industri – pengetahuan
teknik/vokasional boleh melahirkan tenaga mahir – pelbagai produk industri terhasil – berupaya
memanfaatkan segala potensi hasil mahsul negara menjadi produk industri
Isi 4 : Mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja dan tenaga pakar asing –pembangunan
negara mampu dibikinkan oleh kemahiran anak-anak tempatan – mengurangkan pengaliran wang
keluar negara sebagai kos upah warga asing – strategi terbaik mengurangkan kebanjiran buruh
asing
Isi 5 : Malaysia mampu menjadi negara industri dalam tempoh dua dekad lagi – usaha kerajaan
dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – melipatgandakan produk eksport barangan siap
selain produk elektrik dan elektronik – meningkatkan pendapatan KDNK negara
Kesimpulan : Apabila kita merujuk kata-kata falsafah Confucious yang menyatakan,“Perjalanan jauh
yang beribu-ribu batu hendaklah bermula dengan langkah yang pertama”, justeru langkah kerajaan
memperkasakan kedua-dua bidang ini amatlah bertepatan sekali. Sebarang matlamat yang ingin kita
capai dalam tempoh satu dekad lagi, nescaya perancangan untuknya hendaklah bermula dari
sekarang. Oleh itu, strategi yang terbaik tentulah transformasi dalam sistem pendidikan perlu
berubah terlebih dahulu. Sesungguhnya, kita yakin dan percaya segala usaha kerajaan itu akan
memberi natijah yang besar kepada rakyat dan negara.
21. Remaja perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk mendepani pelbagai
cabaran pada masa hadapan.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja sebagai persediaan untuk
menghadapi cabaran era globalisasi.
Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir kepada
kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka mula mencongak-congak
akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk
memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu
boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran
di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para
majikan. Oleh hal yang demikian, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkap dirinya dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan.
Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran
berkomunikasi ialah kebolehan istimewa yang menggabungkan kecekapan seperti petah berbicara,
matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi yakin apabila berhadapan dengan
pelbagai peringkat klien. Hal tersebut amatlah penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini
memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas serta pendapat
yang matang. Kebolehan dalam berkomunikasi juga memberi ruang kepada individu tersebut
memperluas rangkaian klien dan tetamu. Melalui interaksi yang baik di pelbagai peringkat pasti
memberi impak besar apabila pelbagai peluang kerjaya mudah diperoleh. Di peringkat nasional,
tokoh-tokoh istimewa seperti Dato Dr Fadhillah Kamsah, Mahathir Lokman, Dr Fatimah Al Zahra serta
ramai lagi telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan berkomunikasi yang
dimiliki oleh mereka. Demikianlah yang dimaksudkan oleh peribahasa, budi menunjukkan hati,
bahasa menunjukkan bangsa.
Di Malaysia, bahasa-bahasa utama seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Arab, Perancis dan
Jepun mula mendapat tempat di hati masyarakat. Signifikan menguasai pelbagai bahasa memang
tidak dapat dielakkan lagi dalam era globalisasi tanpa sempadan seperti sekarang. Keupayaan
seseorang menguasai pelbagai bahasa memberikan ruang yang luas untuknya menjalinkan jaringan
komunikasi dan seterusnya menghidu pelbagai peluang kerjaya. Dalam konteks negara perindustrian
seperti Malaysia, keupayaan menguasai pelbagai bahasa menjadikan bonus seseorang itu menjawat
pelbagai jawatan penting seperti penterjemah, pegawai perhubungan awam, agen perdagangan
antarabangsa dan pegawai utama di mana-mana kedutaan. Dengan hal yang demikian, seyogialah
rakyat negara ini mengambil peluang mempelajari pelbagai bahasa agar peluang kerjaya yang
terbuka menjadi milik kita. Tanpa penguasaan bahasa yang sesuai dengan tuntutan globalisasi,
nescaya kita akan terus tertinggal dan terperap bagaikan katak di bawah tempurung. Oleh itu, atas
dasar tuntutan globalisasi dan massa kita hendaklah mampu menguasai kemahiran pelbagai bahasa.
Pembawaan dengan sifat sederhana, kemas dan berperawakan yang yakin adalah antara faktor
seseorang itu mudah diterima dalam mana-mana agensi atau organisasi. Demikian pula apabila
dalam alam pekerjaan, kebolehan menyesuaikan diri dalam khalayak menjadi sumber terpenting
untuk seseorang itu berjaya. Sewajarnya, sebelum melangkah ke alam kerjaya, pastikan diri kita
memperloleh suatu kemahiran yang paling penting iaitu, kemahiran membuat penampilan diri.
Penampilan diri adalah berhubung kait dengan cara berpakaian, gaya bertutur dan bijak
menyesuaikan diri dalam pebagai lantai khalayak. Kemahiran ini perlu dipelajari semasa pelajar
masih di peringkat sekolah dan lebih-lebih lagii di institusi pengajian tinggi. Penglibatan aktif dalam
aktiviti kokurikulum dan koakademik membolehkan individu belajar cara-cara bergaul, kebolehan
membuat keputusan dan sentiasa mesra khalayak. Oleh sebab itu, remaja hendaklah tampil dengan
perawakan yang baik, berfikiran positif dan menjauhi sikap menyendiri ibarat kera sumbang.
Kemahiran teknologi adalah antara cabaran terbesar yang mesti dikuasai oleh setiap remaja. Pada
hari ini dianggarkan lebih 200 ribu graduan yang menganggur akibat kesukaran untuk memasuki
pasaran kerja. Namun demikian, rata-rata graduan yang memiliki ijazah dalam bidang teknologi
seperti kejuruteraan, elektronik dan perniagaan sangat mudah diterima oleh majikan. Oleh itu, bagi
memenuhi pasaran kerja yang mementingkan bidang kepakaran dan kemahiran, para remaja
hendaklah tahu akan potensi diri masing-masing dan memilih mana-mana bidang yang berkaitan
dengan teknologi. Kemahiran seperti pengendalian mesin, arka dan reka bentuk membolehkan
graduan dalam bidang ini amat laris bagaikan pisang goreng panas. Selaras dengan matlamat
tersebut pelbagai institusi kemahiran seperti Politeknik, Pusat Latihan Industri dan IPT yang
berorientasi teknologi tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ayuh, remaja sekalian, apa lagi yang
ditunggu? Perahu sudah di air, pendayung di dalam genggaman harungilah samudera nan terbuka.
Dalam dunia yang semakin dikuasakan oleh pengaturcaraan maklumat, kemahiran dalam bidang ICT
sentiasa memberi kelebihan kepada individu. Pada hari ini semua urusan yang bermula dari kaunter
hadapan hinggalah kepada membuat keputusan yang paling dasar adalah bergantung penuh kepada
akses komputer. Golongan remaja kini mesti celik komputer dan mempunyai pengetahuan secara
profesional dalam bidang pengaturcaraan, ‘programing’ dan perisian. Golongan remaja hendaklah
memiliki sekurang-kurangnya kemahiran asas komputer seperti ‘Office’, ‘Powerpoint’, ‘Excel’, ‘Adobe’
dan boleh melayari internet. Malahan, seperkara yang amat penting juga, kebolehan berbahasa
Inggeris juga amat penting dalam menguasai teknologi maklumat ini. Oleh hal yang demikian,
bersedialah dari awal agar anda menjadi anak muda yang lengkap dengan pengetahuan sebelum
turun ke pentas kerjaya, sejajar dengan peribahasa, hilang dicari, terapung direnangi, tenggelam
diselami.
Pada hakikatnya, seperti yang dikatakan oleh orang-orang lama, anak-anak muda mestilah boleh
ditolak ke tepi mahupun ketengah, bak kata peribahasa, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,
naik ke darat menggunung sasa dan terlontar ke udara menyinar bak kejora. Begitulah hakikatnya,
anak muda pascamilenium datangnya dinantii, perginya dicari dan hilangnya diratapi.
23. Gaya hidup sihat mempengaruhi kejayaan seseorang dalam pelbagai aspek kehidupan.
Jelaskan peranan ibu bapa untuk memastikan ahli keluarga mereka mengamalkan gaya hidup
sihat.
Pendahuluan : Gejala serangan pelbagai penyakit yang menggerunkan dan luar biasa sejak
belakangan ini amat dibimbangi oleh warga dunia. Beberapa ancaman wabak seperti SARS, ILI, HINI,
Aids dan pelbagai penyakit benar-benar menggemparkan masyarakat dunia pada dekad-dekad
belakangan ini. Selain wabak yang bersekala besar seperti itu, ancaman kesihatan yang bersifat
domestik seperti denggi, barah, dan penyakit kronik masih membelenggu masyarakat. Tidak
dinafikan pelbagai usaha telah digemblengkan oleh WHO dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia
untuk menangani ancaman gejala penyakit, namun usaha tersebut akan menjadi lebih berkesan
apabila semua pihak sentiasa prihatin untuk memilih amalan gaya hidup sihat sebagai keutamaan.
Inisiatif seperti itu hendaklah turut disokong oleh institusi keluarga khususnya ibu bapa selaku
penggerak utama pembentukan sesebuah masyarakat yang sihat.
Isi 1:
Isi 2:
Isi 3:
Isi 4:
Isi 5:
Isi 6:
Kesimpulan : Mafhum daripada sepotong Hadith Nabi yang bermaksud, “Jagalah masa sihatmu
sebelum datang masa sakit” benar-benar menyedarkan kita bahawa kesihatan merupakan aset
besar untuk sesuatu bangsa itu mempertahankan tamadun. Dalam merealisasikan matlamat hidup
sihat secara universal, keluarga hendaklah menjadi paksi utama melaksanakan segala program
amalan gaya hidup sihat yang sentiasa dicanang-canangkan.
ATAU KEMUNGKINAN SOALAN BOLEH DITANYA SEPERTI DI BAWAH. SILA UBAH SUAIKAN
24 Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan suatu
ceramah tentang peranan masyarakat untuk membentuk gaya hidup sihat.
Terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengerusi Badan
Musyawarah Masyarakat Taman Perdana Sejahtera, Yang dihormati ketua-ketua masyarakat, dan
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Hadirin sekalian,
Orang tua-tua sering mengungkapkan bahawa, kesihatan itu ialah harta yang paling bernilai daripada
wang ringgit dan harta benda. Sementara itu, dalam sepotong Hadith Nabi turut diungkapkan akan
nilai kesihatan adalah amat bermakna, seperti sabda baginda, “Jagalah masa sihatmu sebelum tiba
sakit”. Apabila diteliti daripada dua ungkapan tersebut, justeru tanggungjawab menjaga kesihatan
amatlah diberi penekanan sama ada dalam bidang agama malah masyarakat. Walau bagaimanapun,
dalam dunia yang penuh dengan pancaroba dan manusia sentiasa diancam kesibukan, pelbagai
ragam kehidupan telah mendatangkan pelbagai ancaman terhadap kesihatan. Oleh hal yang
demikian, dengan peluang yang diberkan ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan hadirin sekalian
tentang gaya hidup yang positif berdasarkan polisi ilmu kesihatan.
Banyak orang yang berfikir bahawa terminologi sihat itu hanya terletak kepada tubuh badan yang
sihat tegap dan sasa. Sebenarnya kesihatan adalah merangkumi kesejahteraan fizikal dan rohani iaitu
yang meliputi tubuh badan, mental, emosi, dan rohani. Untuk memperoleh kesihatan seumpama itu,
justeru setiap individu hendaklah memberikan perhatian dalam semua aspek kesihatan. Penjagaan
fizikal yang sihat seperti memperoleh makanan yang berzat dan seimbang adalah amat penting. Hal
tersebut memang penting kerana minda dan emosi yang sihat adalah terjana daripada tubuh badan
yang sihat.
Prasyarat terpenting untuk memperoleh kesihatan fizikal, kita hendaklah sentiasa peka terhadap
alam sekitar. Dengan kata lain, kawasan sekitar hendaklah sentiasa bersih, bebas daripada sebarang
anasir penyakit. Bagi memastikan persekitaran sentiasa dalam suasana bersih, amalan menjaga
kebersihan seperti sistem pembuangan sampah yang teratur hendaklah dititikberatkan. Alam sekitar
juga perlu dijaga terutama dalam aspek pelesterian iaitu penjagaan alam semula jadi.
Dalam dunia yang kaya dengan sistem maklumat dan akses maklumat yang semakin canggih pula,
kita haruslah proaktif mencari info tentang kesihatan. Maklumat sama ada yang berkaitan dengan
penularan penyakit-penyakit baru, serangan wabak penyakit yang berpunca daripada bawaan seperti
Selesema Burung, SARS, dan pelbagai penyakit berbahaya harus diketahui. Selain mengetahui
pelbagai jenis penyakit dan bahaya penularannya, kita wajar mendalami kaedah-kaedah penjagaan
penyakit. Hal ini tepat seperti pepatah Inggeris yang menyatakan mencegah itu adalah lebih baik
daripada mengubat. Dengan kemudahan teknologi tersebut kita mampu mengakses sumber
maklumat primer untuk mengawal penyakit. Sesungguhnya tanggungjawab membendung pelbagai
gejala penyakit bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa kerajaan sahaja malah tanggungjawab
tersebut harus dipikul oleh individu atau organisasi terutamanya NGO.
Aspek pemakanan turut menjadi penentu kadar serangan penyakit kepada individu. Pengambilan
makanan yang tidak seimbang terutama gula dan lemak sebenarnya telah mendedahkan diri kita
kepada pelbagai bahaya. Memanglah jikalau diturut ‘hukum lidah’ setiap yang manis dan lemak itu
sedap dan berselera, namun kesengsaraan yang bakal ditanggung oleh badan harus difikirkan juga.
Pada hari ini isu pengambilan makanan segera sedang meledak di tengah-tengah polemik
masyarakat. Pelbagai pihak memberikan pelbagai reaksi yang bebeza apabila Kementerian Kesihatan
tampaknya cukup tegas mahu membatalkan semua lesen pengiklanan makanan segera. Walaupun
tindakan Kementerian Kesihatan itu dianggap terlalu drastik dan boleh menimbulkan pelbagai
implikasi negatif terhadap ekonomi negara, tetapi kita harus berfikir bahawa reaksi tersebut
memberi isyarat bahawa pelbagai gejala penyakit yang berpunca daripada bawaan makanan turut
menjadi ancaman besar kepada kesihatan sejagat.
Hadirin sekalian
Seperkara lagi yang wajar diberi perhatian serius oleh masyarakat adalah berkaitan dengan langkah
membendung pelbagai gejala penyakit. Kita harus membuang budaya salah apabila sakit baru
hendak berjumpa doktor. Doktor bukan sahaja berfungsi sebagai penyembuh penyakit, sebaliknya
mereka amat profesional sebagai perunding dalam mengawal penyakit. Namun keadaan sebalik yang
berlaku apabila majoriti daripada masyarakat hari ini akan hanya berjumpa doktor apabila sudah
tiada harapan sembuh lagi. Ada segelintir pihak pula enggan berjumpa doktor kerana takut penyakit
terpendam akan terbongkar. Daripada terpaksa memendam rasa kerana mengetahui menghidapi
pelbagai masalah kesihatan, mereka berpendapat lebih baik tidak diketahui langsung. Akhirnya ramai
yang menemui ajal sedangkan kemungkinan boleh diselamatkan sekiranya diketahui lebih awal. Oleh
itu, kita wajar mengubah tanggapan yang salah itu dengan cara berusaha mengesan dan mengenal
pasti punca penyakit yang mungkin boleh mengancam nyawa kita.
Selain itu, tabiat merupakan bawaan sepanjang hayat oleh seseorang itu. Sekiranya dia mengamalkan
tabiat yang baik, natijahnya baiklah seluruh amalan hidupnya. Sebaliknya jikalau habit yang buruk
menjadi bawaan nescaya individu itu akan menanggung sengsara seumur hayat. Hal demikian amat
berkait rapat dengan usaha mengubah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pemabuk, dan
makan secara membujur lalu melintang patah. Ubahlah kepada tabiat yang sihat seperti bersenam
secara berjadual, mengawal emosi, dan bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif. Semua
yang tersebut boleh membantu menstabilkan kesihatan kita memperoleh umur yang panjang.
Ingatlah kita kepada nasihat pepatah iaitu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku bahaya
padahnya.
Hadirin sekalian,
Ingatlah, kesihatan ialah harta yang paling mahal berbanding aset material yang lain. Harta benda
yang lain boleh dicari dengan kudrat dan kewangan, tetapi kesihatan tidak boleh dibeli walaupun
dengan wang yang berjuta-juta. Justeru, apabila nikmat sihat telah hilang, fahamlah kita bahawa satu
daripada nikmat hidup yang dikecapi di dunia ini telah hilang. Dengan hal yang demikian sayangilah
diri anda sebelum didatangi musibah, bak kata, ingat sementara sebelum kena, jimat sementara
belum habis. Sekian terima kasih.
25. Aktiviti membaca seharusnya menjadi amalan masyarakat kerana bangsa membaca bangsa
yang berjaya.
Pendahuluan : Dalam beberapa ungkapan peribahasa banyak juga yang membuat perbandingan
perihal golongan cerdik dengan yang bodoh. Peribahasa seperti si bodoh menjadi makanan si cerdik,
menggambarkan kecerdikan dan kepintaran menjadi keutamaan dalam masyarakat. Demikian pula
dengan sepotong maksud ayat dalam Al Quran yang menyatakan, “Adakah sama golongan yang
berilmu dengan golongan yang jahil?”. Kedua-dua ungkapan indah tersebut memberi gred tertinggi
kepada golongan yang bijak dan berilmu. Oleh itu, apakah ciri utama untuk menjadi golongan yang
berilmu? Pemilikan ilmu tidak dapat ditiadakan dengan tradisi membaca. Oleh sebab itulah dalam
tamadun Islam sendiri, Firman yang pertama yang turun kepada Nabi SAW ialah surah Al Alaq
dengan membawa arahan membaca. Ketinggian darjat golongan yang gemar membaca akan
meletakkan mereka sedarjat lebih tinggi daripada golongan biasa kerana dibezakan oleh ilmu. Oleh
itu, membacalah demi mengaut segala khazanah ilmu.
Apabila kita telusuri semula sejarah panjang tamadun Islam, kecemerlangan tamadunnya
adalah berpaksikan ilmu pengetahuan. Tradisi membaca yang amat ditekankan dalam Islam telah
berjaya melahirkan tokoh-tokoh agamawan dan ilmuwan yang tersohor. Daripada pembacaan yang
penuh berdisiplin itulah, justeru lahirlah tokoh-tokoh Islam yang amat hebat seperti ibnu Sina, Al
Farabi, Imam Malik, Imam Shafie dan banyak lagi. Al Quran sebagai kitab teras dalam kepercayaan
Islam telah memuatkan pelbagai khazanah ilmu yang meliputi empat paksi utama ilmu iaitu Akidah,
Ibadat, Jinayat dan Munakahat. Penganut Islam yang benar-benar membaca dan menghayati isi
kandungan Al Quran telah berjaya mengangkat syiar Islam ke seluruh empat penjuru alam. Pernah
dikhabarkan, ketika kejatuhan kerajaan Abasiyah di tangan kuasa Mogul, air sungai Furat telah
menjadi hitam pekat kerana cairan dakwat daripada buku-buku yang dibuang ke dalam sungai.
Begitulah gambaran hebatnya budaya ilmu dalam kalangan generasi Islam zaman awal.
Perang Salib telah menjadi satu lagi bukti bahawa tradisi membaca telah mengangkat
martabat sesuatu bangsa. Hal tersebut berlaku apabila tentera-tentera Salibiyah yang dipimpin oleh
Richard The Lion Heart telah memperoleh inspirasi budaya lmu dalam tamadun Islam. Banyak kitab
ilmu yang telah dibawa balik lalu diterjemahkan ke bahasa Latin. Akhirnya berkembanglah suatu lagi
tamadun yang terbina di atas budaya membaca. Permulaan zaman Renaissance di Eropah benar-
benar terbentuk hasil mentelaah dan mengkaji segala sumber ilmu yang bermula dengan tamadun
Islam. Akhirnya, hingga kini Eropah telah menjadi ‘kiblat’ perkembangan ilmu seperti falsafah,
tamadun dan teknologi. Bangsa Eropah bangkit daripada zaman gelap menjadi bangsa yang
mengeksport ilmu. Demikianlah betapa hebatnya amalan membaca.
Berbalik kepada era moden, tradisi membaca telah menjadi penanda aras utama kepada
pencapaian luar biasa beberapa negara kuasa ekonomi dunia. Negara-negara seperti Jepun, Korea
Selatan dan beberapa negara baru di Eropah telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Walaupun potensi
ekonomi mereka agak terhad, namun kuasa ilmu telah berjaya mengangkat negara-negara tersebut
untuk terus bersaing dalam pasaran teknologi moden. Jepun yang amat dikenali dengan kekuatan
membaca dalam kalangan rakyatnya memang sukar ditandingi oleh kuasa-kuasa besar hatta Amerika
sekalipun. Rakyat Jepun dikatakan secara purata mampu membaca 120 buah buku dalam setahun.
Kini dua lagi kuasa baru di Asia Timur jauh iaitu Korea Selatan dan Taiwan turut bersaing hebat dalam
bidang teknologi. Pada hari ini rakyat Korea Selatan amat disegani oleh dunia luar apabila teknologi
android mereka dalam penghasilan telefon pintar Samsung telah berjaya menawan pasaran dunia.
Begitulah beberapa petunjuk hebat hasil penjanaan ilmu kerana bangsa membca bangsa yang
berjaya.
Amalan membaca sekali gus dapat membawa sesuatu bangsa untuk keluar dari zon jumud
kepada intelek. Hakikatnya, rakyat Malaysia pada era penjajahan telah dianggap sebagai bangsa
bodoh yang boleh dijajah dan dicucuk hidung. Namun, atas kesedaran untuk kembali bermaruah,
bangsa Malaysia juga mula celik ilmu sebaik negara mencapai kemerdekaan. Akhirnya rakyat
Malaysia mula menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Kita mula menjadi bangsa pencinta ilmu dan
bermulalah tradisi membaca. Penubuhan pelbagai institusi pengajian sama ada rendah, menengah
mahupun tinggi telah memberi peluang rakyat menggali pelbagai cabang ilmu seperti bahasa,
sejarah, keagamaan dan teknologi. Walaupun hakikat minat membaca rakyat Malaysia masih rendah
jikalau hendak dibandingkan dengan rakyat Jepun, namun kesedaran ke arah itu telah bermula. Hasil
kesedaran terhadap budaya ilmu dan budaya membaca, kini kita telah muncul sebagai salah sebuah
Negara Dunia Ketiga yang cukup pantas berkembang. Demikianlah suatu dimensi baru dalam budaya
membaca untuk meletakkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju.
Kesimpulannya, memetik nukilan Saiyidina Ali KW, “Tuntutlah ilmu kerana ilmu menjaga
kamu dan kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan bertambah dan harta apabila
diperdagangkan berkurang, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi harta paling kekal. Demi
sebutir ilmu, justeru membacalah yang menjadi wadah utama. Sebagai bangsa yang masih baharu,
kita masih jauh untuk bersaing dengan negara-negara maju, namun jikalau tradisi membaca terus
diperkasakan, insya-Allah kita juga akan menjadi bangsa yang berjaya.
CATATAN : SAYA MEMOHON MAAF KERANA TERPAKSA MENULIS KARANGAN INI DALAM ARAS
YANG SANGAT TINGGI. SOALAN INI BERTARAF KBAT YANG MAHUKAN SUATU PENILAIAN DAN
DISOKONG DENGAN BUKTI TENTANG KEBENARAN BANGSA MEMBACA SEBAGAI BANGSA BERJAYA.
HARAP MAKLUM
26. Anda telah menyertai pertandingan pidato di sekolah anda. Tajuk pidato anda ialah, “Saya
bangga menjadi rakyat Malaysia”.
Sila ubah suaikan karangan asal saya yang di bawah dengan soalan teks pidato ini. Harap maaf
kekangan masa telah menghalangi saya menyediakan teks pidato ini.
Sebagai seorang warganegara, anda sewajarnya berasa bangga atas kejayaan cemerlang negara
dalam pelbagai bidang.
Tulis pendapat anda tentang cara-cara yang anda harus lakukan untuk membuktikan kebanggaan
anda itu.
Sebagai apresiasi awal, izinkan saya memetik serangkap daripada lagu patriotik,MALAYSIA OH TANAH
AIRKU seperti liriknya yang berikut ini,
Demikianlah sebuah penglahiran seni yang memaparkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang
dicintai. Malaysia sebuah negara yang cukup harmoni sama ada dalam aspek landskapnya, hasil
mahsulnya dan kemajuannya dalam segala bidang. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang
warganegra yang tinggi nilai patriotiknya amat wajar sekali seseorang itu melahirkan perasaan
bangga terhadap tanah airnya yang tercinta. Dalam hal tersebut, saya juga amat teruja dan
berbangga dengan negara saya Malaysia yang amat fantastik ini. Atas rasa bangga tersebut, saya
beriltizam untuk berusaha agar nusa yang bertuah ini terus berada di persada yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Akar tunjang utama untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara adalah dengan lahirnya
sifat taat setia dan nilai patriotik yang tinggi. Sesungguhnya, sebagai rakyat, saya amat terpanggil
untuk terus menanamkan jiwa taat setia kepada negara. Pertamanya, kesetiaan hendaklah saya
buktikan kepada pemerintah. Doktrin kedua dalam Prinsip Rukunegara iaitu Kesetiaan kepada raja
dan negara pasti saya pegang sampai bila-bila. Yang Dipertuan Agung ialah payung negara manakala
para pemimpin ialah sumber inspirasi yang memajukan negara. Menjunjung kedaulatan pemerintah
dan menghormati pemimpin adalah menjadi tanggungjawab mutlak kepada saya. Tingkah laku
tersebut antara lain menjunjung tinggi perundangan negara, taat kepada arahan pemimpin dan tidak
mendatangkan sebarang sikap yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Dalam apa-apa
situasi juga, sikap saya hendaklah selaras dengan piagam, “Di mana bumi dipijak di situlah langit
dijunjung”.
Sebagai rakyat yang baik, saya perlu menanamkan azam untuk membantu memakmurkan negara.
Kemakmuran negara merupakan indikator penting untuk menzahirkan kesejahteraan kepada rakyat
jelata. Sejarah telah memaparkan betapa banyak empayar silam telah tersungkur kerana kegagalan
dalam menguruskan dengan baik soal-soal ikhtisad negara. Dalam zaman moden sekarang pun
beberapa buah negara di Eropah Barat sedang berhadapan dengan bahaya kemuflisan akibat sistem
ekonomi mereka yang tidak mapan. Oleh itu, sebagai anak muda, saya bertanggungjawab mengajak
rakan-rakan agar lebih komited menuntut ilmu dan memperkasakan kemahiran dalam pelbagai
bidang. Potensi negara yang amat kaya dengan hasil buminya perlu dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin supaya natijahnya akan dikecapi oleh semua lapisan rakyat. Sayang sekali dengan kealpaan
kita, akhirnya 6.8 juta pendatang asing sedang mengaut kekayaan negara. Barangkali inilah yang
disifatkan oleh peribahasa si tidur menjadi makanan si jaga.
Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum hendaklah dijadikan agenda
utama. Sesungguhnya, inilah agenda besar yang seyogia perlu saya turut serta. Peribahasa bersatu
teguh, bercerai roboh hendaklah dijadikan paksi penting khususnya dalam usaha menyatupadukan
masyarakat majmuk. Tanpa perlu berselindung, tahap kerjasama dan keharmonian dalam kalangan
rakyat hanya pada tahap memuaskan sahaja. Kita sedar, beberapa insiden kecil atau besar yang
pernah berlaku merupakan manifestasi daripada situasi sebenar perpaduan di Malaysia. Adakah
wajar, kita yang lahir di bumi yang sama, menyedut udara yang sama serta menikmati rahmat
keamanan negara, tetapi menyimpan sangsi dan keluh-kesah? Sebenarnya, sikap yang suka
mengadu-domba dan mengagungkan kelompok sendiri tidak membawa sebarang faedah sebaliknya
melebarkan jurang perpecahan yang akhirnya berlakulah seperti sindiran, jong pecah yu yang
kenyang.
Alam sekitar menjadi sebahagian daripada panorama yang ceria dan indah. Sesungguhnya, inilah
hakikat yang wujud di Malaysia. Teruja dengan landskap bumi yang amat indah ini, saya berikrar
untuk melestarikan bumi yang indah cerlang ini. Gelombang pembangunan moden yang dikuasai
oleh sektor perindustrian telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap alam sekitar. Selain
itu, sikap lepas tangan dengan amalan lempar batu sembunyi tangan telah mengakibatkan sumber
alam seperti laut, sungai, dan daratan tercemar dengan teruknya. Hiba apabila kita melihat keadaan
sungai yang kotor manakala gunung ganang yang menghijau digondolkan satu lepas satu oleh
tangan-tangan yang rakus. Saya mahu mengaktifkan semua NGO yang berkaitan dengan alam sekitar
agar bangkit dan lebih proaktif. Pihak berkuasa alam sekitar dan agensi penguat kuasa harus
digerakkan supaya sentiasa bersikap profesional dalam tindakan mereka. Bersama-samalah kita
mengelakkan tragedi sudah terhantuk baru hendak menengadah apabila bumi kita sudah menjadi
padang jarak padang tekukur
Dalam dekad belakangan ini, imej Malaysia di mata dunia terus cemerlang. Sama ada di peringkat
serantau mahupun global, peranan Malaysia sentiasa ditagih dalam segala isu. Sebagai anak muda
yang bakal menggalas amanah negara, saya berazam untuk menjaga imej negara agar terus harum di
persada antarabangsa. Hal-hal yang berkaitan dengan keamanan, kestabilan politik dan kemampanan
ekonomi akan dipertahan. Walaupun, insiden MH370 dan MH17 menyebabkan imej Malaysia agak
tercalar di mata masyarakat antarabangsa, namun dengan sikap konsisten Malaysia kita yakin isu itu
tidak akan berpanjangan. Namun, perkara yang lebih penting ialah Malaysia tetap berperanan di
pentas antarabangsa. Biarlah Malaysia kecil pada pandangan mata tetapi besar dalam fungsinya, bak
kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Sebenarnya apa-apa yang kita nikmati sekarang adalah dengan nikmat Allah jua. Oleh itu, saya
bertanggungjawab untuk menyedarkan semua pihak agar sentiasa bersyukur atas segala rahmat dan
keberkatan yang Allah berikan. Bagi mensyukuri nikmat tersebut, saya sentiasa berdoa agar
memperoleh kasih sayang Allah dan bumi Malaysia terus terjaga daripada sebarang anasir. Saya yakin
rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan agama mestilah memohon kesejahteraan kepada Allah.
Sesuai dengan kata-kata yang berbunyi, “Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan” dalam lirik lagu
Negaraku, maka amat wajar sekali kita meletakkan segala usaha dan hasrat kepada Allah SWT. Insya-
Allah, seandainya kita bersyukur dan mengutamakan kesejahteraan, justeru limpah rahmat Allah
pasti menaungi hidup kita di bumi yang bertuah ini.
Sesungguhnya, saya yakin dengan iltizam yang saya pegang ini pasti membuahkan hasil dalam usaha
memartabatkan negara Malaysia agar duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-
negara lain di dunia. Saya ingin mengajak rakan-rakan seangkatan, marilah kita sederap melangkah
dan bergandingan tangan demi watan yang bertuah ini. Ingatlah kepada kta-kata, “Malaysia, Oh,
tanah airku!”
27. Isu jenayah merentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan
penyeludupan senjata api mengancam keamanan negara.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diilakukan oleh negara-negara serantau bagi menangani
masalah ini.
Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola
migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia
apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah
wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh
rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan
daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan
sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda.
Turut menjadi masalah dalam krisis ini ialah jenayah rentas sempadan seperti pengedaran dadah dan
penyeledupan senjata api. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut
mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah
sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar
menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak
berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.
Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam
negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-
wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia
ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti
polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu
sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan
warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang
kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik
memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang
kenyang)
Pendahuluan : Daripada peribahasa yang menyatakan, rezeki jangan ditolak, malang jangan dicari
dan berpantang maut sebelum ajal menjelaskan bahawa, manusia perlulah bijak menentukan apa-
apa yang baik dan menjauhi segala bencana dan malapetaka. Belakangan ini, pelbagai anasir yang
mencetuskan situasi tidak selamat mula mengancam masyarakat. Fenomena alam seperti ribut
taufan dan banjir sering kali melanda. Selain berhadapan dengan bencana fitrah alam itu, suatu lagi
anasir yang mengancam nyawa ialah wabak denggi. Bahaya denggi di Malaysia belakangan ini bukan
lagi bersifat setempat dan terpencil sebaliknya telah merebak ke seluruh negara dengan korban
kematian meningkat kepada 87 kes di seluruh negara antara Januari hingga Jun 2014.
Memandangkan peningkatan kes penghidap demam denggi yang telah meningkat 200 peratus,
justeru suatu perisytiharan ‘perang’ terhadap bahaya denggi hendaklah digemblengkan oleh semua
pihak di negara ini.
Isi 1 : Pihak kerajaan hendaklah mengisytiharkan bahawa denggi bukan lagi ancaman biasa
sebaliknya pembunuh utama di negara ini – Kementerian Kesihatan perlu lebih proaktif – sumber
maklumat dan strategi pencegahan perlu difahami oleh rakyat
Isi 2 : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menangani daerah seliaan agar tidak menjadi sarang
pembiakan nyamuk aedes – kebersihan kawasan sekitar, longkang dan tapak pembinaan bebas
daripada air bertakung – tindakan tegas dan denda maksimum
Isi 3 : Pihak media massa (media cetak dan elektronik) hendaklah memainkan sensitiviti rakyat
agar peka terhadap ancaman denggi – meuar-uarkan isu ini sebagai sensitif untuk menarik
perhatian masyarakat – mengisytiharkan perang terhadap aedes dan denggi
Isi 4 : Masyarakat dan individu perlu lebih sedar bahawa denggi bukan sebagai pengancam maut
kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri – lebih sedar/prihatin terhadap isu kebersihan
persekitaran – bersikap saling menyokong dan membantu – kerjasama dan bergotong-royong
membersih kawasan sekitar
Isi 5 : Pihak swasta khususnya pemaju pembinaan hendaklah mengambil tindakan proaktif
memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk – bertanggungjawab terhadap nyawa orang lain
daripada memikirkan keuntungan (amalan keji, lempar batu sembunyi tangan)
2. Kemasukan pelajar asing ke negara ini telah menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang
tersohor pada peringkat global.
Bincangkan faktor-faktor yang menarik minat pelajar-pelajar dari luar negara untuk melanjutkan
pelajaran di negara ini.
Pendahuluan : Bandaraya Kuala Lumpur semakin hampir mencapai taraf kosmopolitan apabila
berada sebaris dengan bandar-bandar besar dunia yang lain. Situasi itu diwarnai oleh kepelbagaian
aktiviti perniagaan, sosial dan kemajmukan masyarakatnya yang datang dari seluruh dunia. Pada hari
ini apabila berkunjung ke bandar raya kebanggaan Malaysia itu, kita seakan-akan terasa seperti
berada di planet yang berbeza dengan lokasi yang lain di Malaysia kerana kepelbagaian sosial dan
budayanya. Tempias di Kuala Lumpur turut merebak ke bandar-bandar utama lain juga, seperti Pulau
Pinang, Johor Baharu, Ipoh dan kawasan Lembah Kelang yang semakin melimpah dengan kebanjiran
pelajar-pelajar asing. Kehadiran mereka ini adalah selaras dengan dasar negara yang menggalakkan
IPTA dan IPTS membuka pintu kepada pelajar antarabangsa. Sesungguhnya, kebanjiran pelajar asing
yang memenuhi kampus-kampus IPTA dan IPTS adalah dipengaruhi oleh pelbagai daya tarikan yang
terdapat di negara ini.
Faedah-faedah :
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3
Isi 4 :
Isi 5 :
Isi 6:
Kesimpulan : Berdasarkan peribahasa, banyak air ikan tidak mati, menerangkan bahawa kelebihan
sama ada dalam bentuk harta malah ilmu menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan.
Demikianlah dalam konteks sebuah negara, apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan, nescaya
lahirlah pelbagai idea yang inovatif dan kreatif. Hasilnya, pelbagai idea dan cetusan ke arah
menjanakan kemajuan akan terhasil. Oleh sebab itu, tidak salah kerajaan membuka peluang
kemasukan yang seluas-luasnya ke IPTA dan IPTS kepada pelajar asing. Langkah tersebut turut
menjadi strategi lautan biru, iaitu mentransformasikan pendidikan negara.
29. Keluarga, pegangan hidup, moral, agama dan rakan sebaya adalah menjadi penentu hala tuju
seseorang remaja memperoleh kejayaan.
Bincangkan peranan semua perkara di atas dalam menentu arah tuju remaja menjadi insan yang
baik
Merujuk kepada peribahasa, Arus di muara dibentuk oleh alur di hulu menunjukkan bahawa segala
bentuk tingkah laku remaja amat berkait rapat dengan acuan kehidupan semasa mereka. Zaman
remaja merupakan zaman yang paling kritikal dalam tempoh hayat seseorang. Zaman ini dianggap
seperti zaman kegemilangan apabila segala kerenah dan tingkah laku alam remaja telah kita catatkan.
Bermula dengan isu kenakalan remaja, berkenalan dan bercinta, belajar dan berjaya telah menjadi
asam garam bagi setiap insan yang bergelar remaja. Namun, dalam meniti alam yang penuh warna
ini, remaja perlulah pandai membawa diri agar tidak tersasar keluar daripada landasan yang
sepatutnya. Oleh hal yang demikian, remaja hendaklah benar-benar bijak memilih jalan hidup
berasaskan bimbingan keluarga, pegangan hidup, moral dan rakan sebaya yang baik.
Mengambil peribahasa, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau sudah tentulah mempunyai
hubungan yang rapat dengan persekitaran keluarga yang harmoni dapat melahirkan anak-anak yang
sempurna. Hal ini terbukti kerana keluarga diibaratkan sebagai bayangan peribadi seseorang.
Keluarga yang baik nescaya mampu membentuk iindividu yang baik juga . Di samping menjadi
penyuntik semangat kepada remaja keluarga juga menjadi ikon kepada remaja untuk memotivasikan
diri mereka supaya mencapai kejayaan dalam kehidupan . Amatlah malang apabila belakangan ini
terdapat ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan cara yang betul persis peribahasa keruh air di
muara kerana di hulunya keruh juga. Inilah suatu malapetaka yang sengaja dicipta oleh ibu bapa
akibat salah bimbing akhirnya anak-anak terjerumus kekancah gejala sosial yang melampau.
Remaja hari ini menjadi satu kelompok besar rakyat Malaysia. Golongan remaja yang berusia antara
15 hingga 25 tahun itu mewakili 47.4 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia keseluruhannya.
Justeru, kehidupan remaja yang berkualiti menjamin kemajuan negara pada masa hadapan. Peranan
keluarga menjadi bayangan peribadi seseorang serta remaja, ibarat mengenal getah lihatlah
daunnya. Ibu bapa dan keluarga perlu menjadi suri teladan terbaik kerana rumah merupakan
madrasah paling awal dalam menentukan hala tuju seseorang individu. Oleh itu, ibu bapa dan
keluarga hendaklah menunjukkan tauladan yang baik seperti bercakap lemah lembut slaing sayang-
menyayangi antara satu sama lain. Jelaslah bahawa kalau asal keluarga yang baik nescaya individu
berkenaan pun akan baik
Kebijaksanaan dan akal yang pintar menjadi penyuluh sinar kepada kehidupan yang bahagia bagi
seseorang remaja . Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud , “
Pilihlah rakan yang betul sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya
bauan kasturinya akan terkena kepada kamu tetapi , apabila kamu bersahabat dengan seorang
penjual tukang besi , nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada kita. Sebagai remaja dalam
alaf baru ini, dia harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan
menangis seorang diri. Seseorang rakan mestilah mempunyai pakej personaliti insan yang beriman,
akal yang pintar dan berakhlak yang mulia. Hal ini kerana rakan yang baik mampu mendorong dan
membimbing seseorang remaja dalam kehidupannya. Tegasnya peranan rakan sebaya adalah penting
dalam kehidupan seseorang remaja yang masih naif dan mentah kerana rakan ketawa beramai-ramai
tetapi rakan menangis seorang diri.
Pengarang dan jurnalis Amerika, Enerst Hemingway dalam novelnya ‘A Moveable Feast pernah
menyatakan, “Moral ialah apa-apa yang dirasakannya baik selepasnya dan tidak bermoral apa-apa
yang dirasakan tidak baik selepasnya”. Oleh hal yang demikian, nilai peribadi manusia terserlah
dengan sendirinya berpandukan tinggi atau rendah nilai moral yang dianutinya. Langkah yang terbaik
ialah nilai moral perlu diserap dalam diri seseorang remaja bagi menjadi insan yang berguna kepada
negara, bangsa, dan agama. Oleh itu, pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dalam
menyemai nilai moral dalam kalangan pelajar bagi membentuk perwatakan remaja hari ini.
Penerapan nilai-nilai moral yang merentas kurikulum hendaklah diperkasakan terutamanya dalam
subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Agama Islam dan Moral yang perlu
diajarkan secara penuh berdisiplin. Oleh hal yang demikian, moral banyak membentuk manusia
menghayati nilai-nilai murni keinsanan. Sebenarnya inilah harapan negara agar dapat melahirkan
modal insan yang seimbang meliputi aspek fizikal, mental dan rohani dengan ciri-ciri modal insan
kelas pertama. Dengan terbentuknya nilai-nilai tersebut, justeru akan melahirkan remaja yang
berhati mulia, bersopan santun, dan hormat-menghormati. Tegasnya, para remaja mestilah
mempunyai nilai moral yang tinggi dalam mengharungi cabaran kehidupan.
Agama merupakan tiang seri yang memainkan peranan utama dalam diri seseorang remaja. Manusia
memerlukan agama kerana agama itu pelengkap diri, pengemas tatatusila dan juga sebagai
penyantun sifat sesorang. Hal ini kerana agama bertindak sebagai enjin atau kuasa dalaman yang
menggerakkan individu menjadi insan yang sempurna . Seseorang remaja mestilah mempunyai
keimanan dan kepercayaan yang kukuh terhadap agama yang dianutinya. Hal ini secara tak langsung
akan melengkapi pakej personaliti yang seharusnya ada dalam diri seseorang. Sebagai contoh,
berdisiplin, menghormati masa dan bersopan santun. Nilai-nilai ini dapat dipupuk melalui hubungan
antara manusia dengan kuasa Khaliq (Tuhan). Dalam konteks ini, agama memainkan peranan penting
iaitu aspek yang berperanan membentuk peribadi manusia terutamanya semasa usia remaja. Persis
kata mutiara daripada Nik Abdul Aziz ,seorang tokoh ulama yang tersohor di Malaysia, “Agama itu
hendaklah dijaga dan jangan ada yang murtad”. Tegaslah agama memainkan peranan penting dalam
seseorang remaja yang akan melahirkan remaja yang berpandangan mikro dalam agama.
Akhir bicara, merujuk kata-kata Hukama “ Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang
yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut
prinsip yang dipegangnya.” Jika matlamatnya ke arah kecemerlangan dan ditambah dengan usaha
yang tidak putus, maka kecemerlangan itu hanyalah sebuah mimpi manis yang mengindahkan fikiran
tetapi hanyalah dusta di kenyataan. Remaja mestilah menjadi ikon yang penting dan sentiasa
berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara walau di mana-mana pun berada, selaras
peribahasa, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
-Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Negara & Khidmat Masyarakat serta Biro Banci
& Sektor Bebas Amerika Syarikat, :
-15.5 juta remaja berusia antara 12 dan 18 tahun menghabiskan masa sebanyak 1.3 bilion jam untuk
melakukan aktiviti khidmat masyarakat pada 2004.
-Jumlah golongan muda yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat ialah 55%, iaitu hampir 2 kali
ganda daripada jumlah golongan dewasa, iaitu 29%.
-Belia yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat mempunyai kebarangkalian yang kurang untuk
terlibat dengan pelakuan tidak sihat, lebih merasakan diri mereka dekat dengan komuniti sekeliling,
serta cenderung untuk cemerlang di sekolah.
-Golongan belia dengan ibu bapa yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat adalah tiga kali ganda
lebih cenderung untuk berbuat perkara yang sama dalam situasi normal.
-39% remaja melakukan aktiviti khidmat masyarakat secara tetap, 35% melakukannya kadang-kala, &
27% jarang melakukannya.
-64% remaja melakukan aktiviti khidmat masyarakat menerusi pertubuhan agama, persatuan di
sekolah dan organisasi belia.
2. Amalan Membaca
-Menurut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada 2005, lebih separuh
daripada sejumlah 60 441 orang yang dikaji selidik secara rawak membaca kurang daripada 7 muka
surat bahan bacaan setiap hari.
-Hal ini menunjukkan bahawa secara perbandingan, rakyat Malaysia yang berumur lebih daripada 10
tahun ke atas membaca kurang daripada 2 buah buku setahun [tidak termasuk buku teks bagi pelajar
dan buku berkaitan kerjaya].
-Dalam kalangan mereka yang dikaji selidik, golongan yang mengakui memilik hobi membaca hanya
meluangkan 3 jam seminggu untuk membaca apa-apa bahan bacaan.
-55% responden yang berusia lingkungan 10 hingga 24 tahun menjadikan membaca sebagai amalan
rutin berbanding hanya 39% bagi umur 25 hingga 56 tahun, dan hanya 6% untuk 57 tahun ke atas.
Hal yang demikian menunjukkan semakin kita tua, semakin malas kita untuk membaca.
-Kajian juga menunjukkan rata-rata rakyat Malaysia lebih gemar menonton TV, wayang, video atau
mendengar radio berbanding membaca.
-Sewaktu membaca, kapasiti otak dapat ditingkatkan & otak akan dirangsang secara teratur. Hal ini
akan mengelakkan gangguan kepada otak serta mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
3. Jalan Raya
-Mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jumlah kenderaan di Malaysia pada tahun 1981
ialah 2,901,182 buah. 25 tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 15,026,660 buah pada
tahun 2006; pertambahan sebanyak 417.9%.
-Menurut perangkaan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik yang dikeluarkan pada tahun
1998, jumlah kemalangan maut di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia selama lima tahun
-berturut-turut. Tambahan pula, risiko untuk mati akibat kemalangan jalan raya di Malaysia adalah 8
kali ganda lebih tinggi berbanding di Jerman dan Finland.
-Di negara ini sahaja, bagi setiap 10,000 kenderaan, terdapat 58.3 kematian akibat kemalangan.
-Di Malaysia, sebanyak 94% daripada kemalagan jalan raya yang berlaku adalah disebabkan daripada
kecuaian pemandu itu sendiri.
-Secara keseluruhannya bilangan kes kemalangan jalan raya telah bertambah sebanyak 240.13%
daripada 96,513 kes (1991) kepada 328,268 kes (2005).
-Akibat daripada kekerapan kemalangan jalan raya ini, seramai 6,200 orang pada tahun 2005
dilaporkan mati berbanding dengan 4,331 orang pada tahun 1991.
-Secara globalnya, kemalangan jalan raya telah mengakibatkan 300,000 hingga 400,000 kematian
setiap tahun, serta menyebabkan setiap negara membangun kehilangan lebih kurang 1% daripada
Pendapatan Kasar Negara (GNP) akibatnya.
4. Kebudayaan Tradisional
-Dalam masyarakat Peranakan di Melaka, anak-anak gadis yang belum berkahwin hanya dibenarkan
untuk berada di luar lingkungan tempat tinggal mereka semasa perayaan Chap Goh Mei.
-Pada tahun 2005, Organisasi Kebudayaan, Saintifik & Pendidikan PBB (UNESCO) telah
mengisytiharkan seni makyong sebagai Warisan Kebudayaan Dunia bagi kategori warisan tidak
tampak/ketara.
-Sehingga kini, Jabatan Warisan Negara telah menyenaraikan 131 objek sebagai Warisan Tidak
Ketara, yang terdiri daripada tarian, muzik, permainan tradisional, bahasa & persuratan, serta
makanan.
-Dalam satu undian yang dijalankan oleh CNN International pada tahun 2011 membabitkan 35,000
responden, rendang telah diletakkan di tempat pertama dalam senarai ’50 Makanan paling Enak di
Dunia’.
-Terdapat sejumlah 86 kumpulan etnik di Malaysia, menjadikannya sebagai antara negara yang
memiliki paling banyak kumpulan etnik di Asia Tenggara. Jumlah itu juga adalah lebih banyak
daripada sejumlah 56 kumpulan etnik yang dicatatkan di China.
-Tarian joget telah diiktiraf sebagai tarian yang paling kerap dipersembahkan di Malaysia sehingga
kini.
5. Pengangkutan Moden
-Nisbah jumlah kenderaan bermotor dalam kalangan rakyat Malaysia ialah 641 kenderaan bagi setiap
1,000 orang.
-Jumlah keseluruhan landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) ialah 1,699 kilometer.
Namun begitu, selepas KTM menghentikan sebahagian besar operasinya di Singapura pada Julai
2011, jumlah tersebut berkurangan kepada 1,677 kilometer.
-Laluan air yang terdapat di Malaysia adalah sepanjang 7,296 kilometer, merangkumi sungai, terusan,
serta laluan yang sejenis dengannya.
-Secara puratanya, sejumlah 175,500 pesawat penumpang berlepas dari hampir 20 lapangan &
landasan terbang Malaysia setiap tahun.
-Sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur adalah antara yang termaju dan terbesar dalam
kalangan bandar raya di Asia.
6 Permainan Rakyat
-Permainan tradisi terbahagi kepada dua, iaitu permainan anjung serta permainan laman.
-Permainan anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung
rumah sahaja serta melibatkan pergerakan yang terbatas.
-Permainan laman pula terdiri daripada jenis-jenis permainan yang memerlukan kawasan yang luas,
serta menggunakan pergerakan yang lincah dan aktif.
-Kebiasaannya, dalam permainan gasing, seutas tali sepanjang 3 hingga 5 meter, serta setebal 1.75
sentimeter digunakan ketika gasing dilempar.
-Pada penghujung tahun 2008, Jabatan Muzium Malaysia telah memecahkan rekod dalam Malaysia
Book of Records apabila menganjurkan acara permainan congkak selama 36 jam tanpa henti.
-Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) melalui Unit Pembangunan Pelajar telah
menganjurkan karnival permainan tradisional, dengan lebih 30 jenis permainan disediakan, serta
membabitkan 75 peserta bagi setiap permainan. Karnival itu merupakan yang terbesar
seumpamanya di Malaysia.
7. Orang Kelainan Upaya (OKU)
-Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sejumlah 10% daripada populasi dunia adalah
OKU.
-Di United Kingdom, kadar kemiskinan dalam kalangan OKU ialah 23.1% berbanding dengan 17.9%
bagi manusia normal.
-Menurut Organisasi Kebudayaan, Saintifik & Pendidikan PBB (UNESCO), lebih 90% kanak-kanak OKU
di negara-negara membangun tidak mendapat pendidikan secukupnya.
-Berdasarkan statistik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), sejumlah 386 juta penduduk dunia yang
bekerja tergolong dalam kategori OKU. Namun begitu, kadar pengangguran dalam kalangan OKU
boleh mencecah sehingga 80% di sesetengah negara.
-Sebanyak 45 negara memiliki undang-undang khusus berkaitan OKU serta polisi anti-diskriminasi
terhadap golongan tersebut.
-80% golongan OKU tinggal di negara membangun, menurut Program Pembangunan PBB (UNDP).
-30% remaja jalanan adalah OKU, manakala 87% wanita OKU di Bangladesh tidak memiliki sebarang
pekerjaan.
8. Pelancongan
-Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan Malaysia, selepas
sektor perindustrian.
-Malaysia telah diiktiraf oleh majalah Global Traveler sebagai Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia
dari tahun 2006 hingga 2008.
-Sehingga kini, Malaysia kekal sebagai negara yang paling banyak dilawati di Asia Tenggara, dengan
sejumlah 24.58 juta pelancong mengunjungi negara ini pada 2010.
-Jumlah itu juga meletakkan Malaysia sebagai negara ke-9 paling banyak dilawati di dunia, menurut
Organisasi Pelancongan Dunia PBB (UNWTO). Dalam kelompok negara Asia pula, Malaysia menjadi
negara ke-2 yang menerima paling banyak pelancong, selepas China.
-Kuala Lumpur merupakan bandar raya ke-6 di dunia yang menerima paling banyak kehadiran
pelancong asing pada 2010, iaitu seramai 8.9 juta orang.
-Hutan hujan di Malaysia berusia 130 juta tahun, menjadikannya sebagai hutan hujan tertua & paling
banyak dikaji serta dilawati di dunia.
9. Industri Kraftangan
-Menurut Perbadanan Kraftangan Malaysia, kraf tangan di Malaysia terbahagi kepada lima jenis: hasil
rimba, hasil tanah, logam, tekstil, serta aneka kraf.
-Sebanyak 107 jenis rotan terdapat di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah itu, hanya 20 jenis
yang boleh digunakan untuk dikomersialkan sebagai kraf tangan.
-Batik dipercayai wujud sejak 2000 tahun yang lalu di Parsi dan Mesir, serta mula digunakan di Jepun
dan China pada abad ke-7. Di Malaysia, batik mula diusahakan pada tahun 1914 oleh Haji Che Su bin
Ishak di Kelantan setelah mempelajari batik di kepulauan Jawa.
-Seni tenunan dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja sebelum berkembang di
kepulauan Nusantara.
-Menurut Wayne Hosking dalam bukunya ‘Kites of Malaysia’, perkataan wau berasal daripada istilah
Belanda ‘Wouw’ yang merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa.
-Nama gasing berasal daripada gabungan suku kata ‘ka’ & ‘sing’. ‘Ka’ merujuk kepada kayu yang
merupakan bahan utama dalam pembuatan gasing, manakala ‘sing’ pula merujuk kepada sifat gasing
yang berpusing-pusing.
-Dalam memastikan modal insan, sektor pendidikan sentiasa diberikan keutamaan. Setiap tahun,
sektor ini menerima peruntukan tertinggi apabila Belanjawan Negara dibentangkan, dengan
peratusan berjumlah 20% hingga 25%.
-Modal insan berasal daripada istilah Inggeris ‘human capital’ yang diperkenalkan oleh Arthur Cecil
Pergou pada 1928 dalam bukunya ‘A Study in Public Finence’. Dari segi sirah Islam, konsep modal
insan dipelopori oleh Rasulullah S.A.W.
-Di Malaysia, kepentingan pembangunan modal insan mula dinyatakan dalam Penyata Razak pada
tahun 1956, sebelum menjadi antara isi penting dalam semua prinsip & undang-undang berkaitan
pelajaran.
-Pada 16 Januari 2007, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah dilancarkan. Dalam pelan
itu, salah satu daripada 6 teras strategiknya ialah pembangunan modal insan.
-Modal insan boleh didefinisikan sebagai daya dan keupayaan manusia yang terbina daripada
rangkuman pengentahuan, kemahiran, kecekapan serta sifat dalaman sebagai kualiti peribadi dimiliki
atau diperoleh seseorang individu, kumpulan organisasi atau pun komuniti.
-Pembangunan modal insan di Malaysia merujuk kepada usaha berterusan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual serta pengamalan nilai etika
dan moral yang tinggi seperti yang termaktub dalam Pelan Integreti Nasional (PIN).
-Dalam konteks ini, PIPP menyebut, “usaha membangunkan modal insan akan memberi tumpuan
kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar.”
11. Disiplin
-Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Kah Siong, berkata kira-kira 97% daripada keseluruhan
pelajar di sekolah menengah dan rendah di negara ini, tidak terbabit dengan sebarang salah laku
disiplin.
-Kes pelanggaran disiplin yang tertinggi dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia adalah
melibatkan aspek kekemasan diri, dengan sejumlah 21,384 kes dicatatkan pada 2010.
-Laporan Jawatankuasa Kabinet pada 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang
untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku
yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
-Setiap hari lebih kurang 45 hingga 50 orang remaja bawah 18 tahun merokok. Daripada jumlah itu,
30% remaja lelaki berumur antara 12 hingga 18 tahun.
-Kajian yang dijalankan pada tahun 2004 mendapati bahawa bagi setiap 5 orang pelajar perempuan,
seorang daripadanya adalah perokok.
-Kanak-kanak berusia 2 hingga 14 tahun di Yaman merupakan golongan kanak-kanak yang paling
banyak berhadapan dengan pelakuan disiplin ganas di dunia.
-Dari segi perlindungan sosial, masyarakat Eropah membelanjakan 51.17% daripada hasil
pendapatan mereka bagi membiayai program penjagaan warga emas pada tahun 2004.
-29% daripada rakyat Amerika Syarikat, atau 65 juta orang menyediakan penjagaan kepada ahli
keluarga atau rakan yang uzur, serta menghabiskan masa sebanyak 20 jam seminggu berbuat
demikian.
-Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan 65% hingga 80% penduduk dunia memerlukan
penjagaan secara holistik daripada masyarakat sekeliling mereka untuk menjaga kesihatan.
-Di United Kingdom, lebih 57,000 kanak-kanak berada di bawah jagaan keluarga angkat, manakala
terdapat 30,000 kanak-kanak yang lain terus tinggal di rumah kebajikan.
-1.4 juta kanak-kanak berusia antara 8 hingga 18 tahun di Amerika Syarikat bersikap suka menjaga
saudara-mara yang lebih tua daripada mereka.
-66% daripada individu yang melakukan aktiviti penjagaan sosial adalah wanita, manakala 51%
daripada individu yang mendapat penjagaan secukupnya dari masyarakat sekeliling tinggal di rumah
mereka sendiri.
13. Kejiranan
-Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), golongan muda yang
memiliki 6 atau lebih jiran mempunyai kemahiran komunikasi sosial yang lebih baik berbanding
golongan muda yang memiliki 5 atau kurang jiran.
-Hampir 60% rakyat Australia mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa pun berkaitan
jiran mereka.
-Kajian mendapati bahawa kehidupan berjiran yang padu dan kuat membawa kepada pengurangan
kadar jenayah, serta penambahbaikan fizikal dan mentalyang ketara.
-Golongan muda yang tinggal di sesuatu kawasan kejiranan melebihi tempoh 11 tahun serta kerap
menyertai aktiviti bersama jiran mereka dilihat mempunyai kehidupan sosial yang amat baik.
-Di China, setiap kawasan kejiranan terdiri daripada 100 hingga 600 buah keluarga, dan diselia oleh
jawatankuasa penduduk yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan.
-Program Rukun Tetangga (RT) mula diperkenalkan pada tahun 1975. Sehingga Mei 2006, sebanyak
3,228 kawasan RT telah didirikan di seluruh negara.
-Antara contoh terawal pelancongan kesihatan yang direkodkan adalah pada 2000SM ketika
sesetengah masyarakat Yunani merentasi laut Mediterranean untuk ke Epidauria, suatu wilayah kecil
di Teluk Saronic. Wilayah itu dipercayai menjadi tempat tinggal dewa penyembuhan iaitu Asklepios.
-Malaysia merupakan destinasi pelancongan kesihatan yang paling kerap dilawati oleh rakyat United
Kingdom (UK), merangkumi hampir 10% daripada keseluruhan jumlah rakyat UK yang ke luar negara
bagi tujuan perubatan.
-Kebanyakan negara di benua Amerika Selatan merupakan destinasi utama bagi mereka yang ingin
menjalani pembedahan plastik, malah lebih 70% wanita kelas sederhana di Bolivia sering
melakukannya.
-Secara puratanya, dalam industri pelancongan kesihatan, 40% pelancong berbuat demikian bagi
mencari teknologi terkini, manakala 32% lagi menginginkan kesihatan yang lebih baik. 15% yang lain
pula mahu mendapat khidmat rawatan yang lebih cepat, dan 9% lagi ingin mencari rawatan yang
berkos rendah.
-Di Malaysia, perbelanjaan bagi rawatan alternatif serta pembedahan kosmetik adalah 25% daripada
jumlah kos bagi perkara yang sama di Amerika Syarikat.
-Dianggarkan sejumlah 0.9 juta sehingga 1.2 juta pelancong datang ke Thailand bagi tujuan
perubatan, menjadikannya sebagai negara tumpuan utama bagi sektor pelancongan kesihatan.
-Kajian saintis di Jepun mendapati bahawa 7 daripada 10 orang yang ingin mendapatkan rawatan di
klinik adalah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang.
-Nama asparagus berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud pucuk atau tunas. Sayuran ini
kaya dengan vitamin A dan C, zat besi, kalsium, potasium, sodium, fosforus, asid folik serta niasin.
-Mereka yang makan sate disarankan untuk makan potongan timun selepas itu. Hal ini adalah kerana
karbon yang terhasil daripada pembakaran sate akan berada di permukaan makanan itu, seterusnya
menghasilkan kesan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Timun pula merupakan bahan anti-
karsinogen yang boleh menghapuskan sisa karbon serta-merta dari badan.
-Madu mengandungi 80% karbohidrat dalam bentuk fruktos, sekali gus mempunyai nilai kalori yang
tinggi. Setiap gram madu mengandungi 4 kalori atau 17kJ.
-Santan sebenarnya tidak mengandungi kolesterol kerana santan merupakan sumber minyak
sayuran. Namun begitu, santan adalah lemak tepu dan jika diambil dengan terlalu banyak, kolesterol
darah akan meningkat.
-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sebanyak 2.7 juta kematian di dunia berlaku
disebabkan diet yang tidak disertakan dengan sayuran dan buah-buahan setiap tahun.
-Pada 2009, IKS mewakili 99.2% daripada sektor perusahaan di Malaysia, serta menyumbang 32%
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
-Sehingga kini, 5.4% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia terlibat dalam IKS, serta membantu
menjadikan IKS sebagai penyumbang sebanyak 19% bagi eksport negara.
-84.1% daripada jumlah keseluruhan pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysia
adalah berasaskan IKS.
-Kajian menunjukkan bahawa 70% daripada sumber kewangan utama dalam syarikat-syarikat dalam
IKS adalah datang daripada pemilik atau pengusaha masing-masing.
-Penyelidikan pada tahun 2007 mendapati bahawa hanya 5% daripada pemilik syariksat IKS di dalam
Kesatuan Eropah memiliki anak syarikat di luar Eropah atau menjalinkan usaha sama dengan pihak di
luar negara.
-Peluang pekerjaan dalam IKS mewakili 63% daripada jumlah peluang kerjaya yang terdapat di
Australia, menjadikannya sebagai sumber pekerjaan terbesar di negara itu.
-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi boleh didefinisikan sebagai keadaan harga barang
yang semakin tinggi disebabkan oleh kuasa membeli yang bertambah. Hal ini disebabkan oleh
kemerosotan nilai mata wang.
-Inflasi terlampau (hiperinflasi) pernah berlaku di Jerman pada 1920. Kuasa jual beli wang yang
merudum dengan teruk menyebabkan nilai mata wang Jerman pada masa itu menjadi lebih rendah
daripada harga kayu api. Adolf Hitler menyalahkan komuniti Yahudi-Jerman atas inflasi itu, lantas
menjadi antara sebab utama berlakunya peristiwa Holocaust.
-Pada abad ke-21 ini, negara pertama yang menghadapi krisis hiperinflasi ialah Zimbabwe. Sebuku
roti di negara itu boleh mencecah harga 1.6 trilion dolar Zimbabwe. Pihak pentadbiran negara itu
menyalahkan kenaikan harga makanan dunia serta sekatan antarabangsa sebagai faktor utama krisis
sedemikian di negara itu.
-Menurut perangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kadar inflasi di Malaysia pada tahun
2010 ialah 1.71% dan dilihat semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Namun begitu, kadar inflasi
dalam kalangan negara Asia secara puratanya ialah 5.8%
-Secara umumnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kemunculan inflasi, iaitu tarikan
permintaan, tolakan kos, bekalan wang, pentadbiran harga, hasil import.
-Antara langkah berterusan yang dicadangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan
Perdana Menteri untuk mengawal inflasi ialah menyesuaikan dasar kewangan, memastikan dasar
fiskal yang berhemat, kawalan harga barangan, serta kawalan bekalan.
-Pada tahun 2011, kira-kira 1/3 daripada jumlah populasi dunia menggunakan Internet. Daripada
jumlah itu, 45% daripada mereka berusia di bawah 25 tahun.
-Terdapat 5.9 bilion langganan telefom bimbit di seluruh dunia, menjadikan kadar perhubungan
global meningkat daripada 79% kepada 87%, terutamanya di negara-negara membangun.
-Sebanyak 159 negara telah melancarkan perkhidmatan 3G untuk tujuan komersial, manakala jumlah
langganan jalur lebar mudah alih meningkat kepada hampir 1.2 bilion.
-Pasaran ICT di Malaysia telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM 39.2 bilion pada tahun 2008,
manakala RM 2.8 bilion telah dibelanjakan bagi pembangunan & kajian ICT kerajaan. Syarikat ICT
yang berstatus MSC pula menjana 6,741 peluang pekerjaan pada tahun yang sama.
-Hasil penyelidikan syarikat Frost & Sullivan pada 2008, tiga bidang kerjaya ICT yang paling banyak
mendapat permintaan di Malaysia ialah pembangunan perisian, rangkaian, serta pangkalan data.
-Industri perkhidmatan komputer dan telekomunikasi di Malaysia mengalami pertumbuhan sebanyak
21.3% dan 6.6% bagi tahun berakhir 31 Disember 2007. Secara keseluruhan, industri ICT di Malaysia
mencatatkan pertumbuhan sebanyak 10.1% sepanjang dekad yang lalu.
19. Ilmu
-Wan Mod Nor Wan Daud pada tahun 1991 mendefinisikan budaya ilmu sebagai kewujudan satu
keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun secara
tidak langsung dalam kegiatan keilmuan, serta keadaan di mana segala tindakan masyarakat,
diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian atau
perbincangan analisis.
-Kajian Robert M. Hutchins dari Universiti Chicago mendapati bahawa masyarakat purba di Athens
tidak membataskan pendidikan pada satu tempat dan peringkat sahaja. Mereka menjadikan ilmu
sebagai matlamat utama, serta menimba ilmu daripada kebudayaan yang ada di sekeliling.
-Di Virginia, Amerika Syarikat, sudah menjadi satu budaya bagi golongan ibu bapa untuk membuat
wasiat supaya anak-anak mereka membaca semua buku klasik yang terdapat di dalam rumah, agar
tradisi keilmuan akan berkekalan dalam keluarga.
-Menurut kajian Prof. Syed Naquib al-Attas, budaya ilmu di kepulauan Nusantara telah wujud sejak
zaman kesultanan Melayu dan Acheh. Budaya ini telah melahirkan beberapa tokoh ilmiah seperti Tun
Sri Lanang.
-Projek MySchoolNet mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005 sebagai salah satu usaha
membudayakan penerokaan ilmu menerusi Internet sebagai alat bantu mengajar sewaktu proses
pengajaran & pembelajaran di sekolah.
-Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa mengistilahkan budaya
ilmu sebagai satu suasana penglibatan masyarakat dengan kegiatan ilmu seperti mencintai ilmu, gigih
menimba ilmu, menyebar dan mengamalkannya selain dalam masa yang sama, meletakkan ilmu
sebagai ukuran pada setiap tindakan, bukannya hawa nafsu.
-Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di dalam keluarga bahasa Austronesia yang
telah digunakan di Malaysia, Indonesia, serta kawasan persekitarannya sejak lebih 1,000 tahun yang
lalu.
-Perkembangan bahasa Melayu dipercayai bermula di selatan pulau Sumatera, iaitu di sekitar
kawasan Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu purba ialah sebuah batu bersurat
bertarikh 682 M yang ditemui di selatan Sumatera, Indonesia.
-Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967, dengan tujuan memartabatkan bahasa
Melayu di Malaysia selaras dengan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkembangan
bahasa Melayu diperluas apabila Seksyen 8 akta terbabit dipinda pada Jun 1991, yang mewajibkan
penggunaan bahasa itu di mahkamah.
-Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di 11 buah negara, termasuklah Pulau Christmas dan
Kepulauan Cocos di luar pesisir Australia. Bahasa ini juga dituturkan oleh lebih 300 juta penduduk
dunia, menjadikannya sebagai bahasa keempat paling banyak jumlah penutur terpenting di dunia.
-Kajian terkini daripada agensi bahasa Eropah, Euractiv, mendapati bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa ketiga yang paling banyak digunakan di dalam laman sosial Twitter, selepas
bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.
-Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Pada mulanya, DBP merupakan
sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru dengan nama asalnya
ialah Balai Pustaka. Selepas Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 pada September 1956,
perubahan nama dibuat atas cadangan kongres tersebut.
-Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang khatulistiwa yang bersuhu panas dan lembap
sepanjang tahun. Hutan janis ini dapat bertahan dalam suhu antara 18°C hingga 30°C serta
memerlukan hujan antara 2,000 hingga 3,000 sentimeter setahun.
-Di kebanyakan negara membangun, 2 bilion manusia masih bergantung kepada kayu api yang
diperoleh dari hutan. Pada masa yang sama, kebanyakan daripada mereka mengekstrak penawar
bagi kanser dan AIDS daripada pokok-pokok.
-Keadaan semula jadi di hutan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Washington dan
Oregon di Amerika Syarikat memperoleh US$ 6 bilion hasil daripada aktiviti rekreasi di kawasan
hutan mereka.
-Penggunaan kertas dan kayu di benua Amerika Utara setiap tahun adalah bersamaan dengan
sebatang pokok Douglas-fir setinggi 100 kaki. Melalui pengitaran semula satu tan kertas terbabit, 17
batang pokok dewasa dan 26,000 liter air dapat diselamatkan.
-30% daripada kawasan hutan di dunia digunakan sebgaia sumber utama penghasilan produk
berasaskan kayu. Kegiatan itu menyumbang kepada perdagangan sumber hutan global berjumlah
US$ 379 bilion pada 2005.
-Kanada memiliki keluasan hutan sahih yang terbesar di dunia, iaitu seluas kira-kira 142 juta hektar.
Jumlah itu mewakili 40% daripada keseluruhan jumlah hutan sahih di dunia.
-Sungai Amazon yang memiliki lembangan saliran terbesar di dunia, iaitu seluas 7.05 juta kilometer
persegi, mewakili kira-kira 1/5 daripada jumlah aliran sungai di dnuia. Sungai ini juga mengandungi
20% daripada jumlah keseluruhan air tawar di dunia.
-Sungai terpanjang di dunia ialah Sungai Nil sepanjang 6,650 kilometer yang terletak di timur laut
benua Afrika. Sungai terpendek di dunia pula ialah sungai Roe sepanjang 0.061 kilometer yang
terletak di utara Amerika Syarikat.
-Kajian terkini daripada Greenpeace mendapati bahawa sungai yang terbersih di dunia ialah Sungai
Tara di Montenegro, manakala sungai yang terkotor pula ialah Sungai Buriganga di Bangladesh.
-Pada tahun 2007, 16 batang sungai di Malaysia dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’.
Lokasi kebanyakan sungai tersebut adalah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kos
bagi memulihkan setiap sungai tersebut dianggar berjumlah antara RM100 juta hingga RM400 juta
bergantung kepada panjang sungai, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan yang hendak
dijalankan.
-Di Malaysia, antara kaedah perundangan yang melibatkan penggunaan polisi dan perundangan
dalam pengurusan sungai ialah kewujudan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan
1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
-Gabungan delta di Sungai Kuning dan Sungai Yangtze di China merupakan kawasan delta sungai
terbesar di dunia, dengan keluasan sehingga 500,000 kilometer persegi. Kedua-dua delta ini menjadi
tempat tinggal kepada hampir 105 juta orang penduduk dan menjadi sumber air utama bagi mereka
23. Sukan
-Permainan golf mula diperkenalkan oleh masyarakat Rom purba. Mereka menggunakan batang kayu
yang bengkok di hujungnya serta bola kulit yang diisi dengan bulu ayam. Sehingga kini, golf juga
merupakan satu-satunya sukan yang dimainkan di bulan, iaitu pada 6 Februari 1971 oleh Alan
Sheperd.
-Setiap bulu tangkis yang digunakan dalam badminton secara puratanya akan dipukul selaju 180
km/j. Namun, ketika kejohanan Terbuka Denmark 2009, pemain Malaysia, Tan Boon Heong memukul
selaju 421 km/j, lantas menjadi rekod baharu dunia bagi smash terpantas pernah dicatatkan.
-Sebanyak 42,000 bola tenis digunakan dalam 650 perlawanan sewaktu kejohanan Wimbledon setiap
tahun. Pada tahun 1985, Borin Becker dari Jerman memenangi kejohanan tersebut sewaktu berusia
17 tahun, menjadikan beliau sebagai atlit termuda menjuarai Wimbledon.
-Dalam permainan bola sepak, penjaga gol wajib berada di padang sepanjang masa sewaktu sesuatu
perlawanan berlangsung. Pestabola Merdeka yang diperkenalkan pada 1957 pula merupakan
kejohanan bola sepak antarabangsa yang tertua di Asia.
-Gimnasium mula dibina pada 900 SM di Yunani. Para atlitnya berlatih di situ dengan tidak
berpakaian serta diiringi muzik. Sukan Olimpik yang pertama diadakan di Yunani pada 776 SM,
dimenangi oleh seorang tukang masak bernama Corubus. Sukan Olimpik moden yang pertama pula
diadakan di Athens, Greece pada 1896, melibatkan hanya 311 atlit lelaki dan tiada atlit perempuan.
-Sehingga kini, Usain Bolt dari Jamaica memegang rekod sebagai manusia terpantas di dunia apabila
menamatkan acara lumba lari 100 meter dalam masa 9.58 saat sewaktu kejohanan Trek & Balapan
Sedunia di Berlin, Jerman pada 2009. Semasa Sukan Asia 1966 di Bangkok, Thailand, pelari Malaysia,
Dato’ Dr. M. Jegathesan mencipta rekod sebagai manusia terpantas di Asia apabila memenangi
pingat emas untuk acara 100 meter, 200 meter, serta 400 meter.
1. Sebutkan nama novel dan yang telah anda kaji pada permulaan jawapan anda.
a) Pernyataan isi tidak boleh disertakan dengan nama watak, nama tempat dan sebagainya.
Contoh:
aspek nilai kemanusiaan
nilai keberanian Hilmi/nilai keberanian Hilmi ke rumah Encik Bakar(x)
nilai keberanian (betul)
aspek persoalan
persoalan kasih sayang Hilmi kepada keluarganya (x)
persoalan kasih sayang kepada ahli keluarga (betul)
**kebanyakan calon keliru dengan pernyataan isi nilai dan perwatakan. INGAT: PERNYATAAN ISI
SALAH = 0 MARKAH
iv) perwatakan
......seorang yang berani menempuh cabaran. Contohnya
v) Latar masyarakat
......masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya
4. Berikan huraian yang tepat iaitu -( memulakan dengan nama watak + kata kunci pernyataan isi +
huraian peristiwa)
contoh jawapan:
nilai keberanian. Contohnya Fuad berani kembali ke rumah Encik Bakar untuk belajar muzik
semula setelah keluar daripada rumah datuk Johari.
ANALISIS KEKERAPAN MENGIKUT ASPEK KAJIAN SASTERA
ASPEK KAJIAN SASTERA J11 N11 J12 N12 J13 N13 J1 N14 J15
4
Sinopsis X X
Tema X
Persoalan X
Binaan plot
Teknik plot
Latar tempat X
Latar masa X
Latar masyarakat X
Gaya bahasa
Nilai X X X
Pengajaran X X X X
(a) Memberikan pendapat tentang dua peristiwa paling menarik dalam sebuah novel.
Nov. 2005 (b) Membandingkan satu latar tempat dalam dua buah novel.
(a) Menjelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
Nov.2007 (b) Menghuraikan cara watak utama dalam dua buah novel menyelesaikan satu
konflik yang dihadapinya.
(a) Menjelaskan dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat anda.
Nov.2008 (b) Membandingkan persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat berdasarkan dua buah
novel.
(a) Menjelaskan sebab-sebab novel yang dikaji dapat menimbulkan kesedaran kepada
Nov.2010 pembaca.
(b) Menghuraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam dua buahnovel
yang dipelajari.
(a) Menghuraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang dipelajari.
Nov.2011 (b) Menjelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari.
(a) Jelas dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Nov.2012 (b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang
Jun. 2013 terdapat dalam novel tersebut.(7m)
(b) Pertentangan pendapat antara watak dalam sesebuah novel bertujuan untuk
mengembangkan jalan cerita. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak
lain dalam novel-novel tersebut.(8m)
(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. (7m)
Nov. 2013 (b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh
pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga perisitiwa yang dapat
dijadikan teladan. (8m)
(a) Sebuah novel - Watak sampingan - Huraikan watak dan perwatakan watak
Jun. 2014 sampingan yang telah ditentukan mengikut novel. (7m)
(b) Sebuah novel - Jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang.. (8m)
(a) Sebuah novel - Huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang
Nov. 2014 dihadapinya. (7m)
(b) Dua novel - Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel.
(8m)
(a) Sebuah novel - Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda
Jun 2015 kaji, jelaskan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada
pembaca.(7m)
(b) Dua novel - Huraikan satu nilai keberanian yang terdapat dalam setiap novel.
(8m)
KONSERTO TERAKHIR
PERSOALAN/ MESEJ:
1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya Hilmi
menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4
sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah.
Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai
cita-citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah
corak hidup dan masa depannya.
2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui kasih
sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah.
Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.
3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup: Contohnya Hayati ialah seorang
gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah
mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku
agama seperti Hidup Sesudah Mati.
4. Semangat kerjasama yang membawa kejayaan: Contohnya kejayaan Orkes Hilmi
merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi
dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat
pujian.
5. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat:
Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang
pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi.
6. Gaya hidup segolongan masyarakat yang bersifat kebaratan: Contohnya Datin Salmah
sering menghadiri “morning coffee” manakala rumah datuk Johari terdapat sebuah
“mini bar”.
7. Sikap suami atau isteri yang curang: Contohnya walaupun sudah bersuami, Hayati
masih mencintai Hilmi dan bertemu Hilmi sebelum ke luar negara bersama dengan
Mohsin.
8. Sikap sesetengah golongan masyarakat yang masih mempercayai perkara karut dan
khurafat: Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-
guna terhadapHilmi.
NILAI/ NILAI MORAL:
1. Kegigihan:
Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya
beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.
2. kasih sayang:
Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada
seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama
3. Keimanan:
Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk
“Hidup sesudah mati”.
4. Kerjasama:
Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah
Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat
pujian.
5. Merendah diri:
Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta
bersikap bongkak dan mementingkan darjat.
6. Kejujuran:
Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun
beliau telah bersuamikan Mohsin.
PENGAJARAN:
1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan:
Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan
pencipta lagu yang terkenal.
5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah
berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi.
6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar
mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi
menjadi pemuzik terkenal.
7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa
mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup sesudah mati”.
PLOT
Secara umumnya plot novel Konserto Terakhir merupakan plot yang mudah kerana disusun
secara kronologi. Setiap peristiwa bergerak mengikut urutan masa dari bab ke bab.
Perkembangan perintiwa itu memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula
dari peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian.
1. Permulaan
Peringkat permulaan plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan
watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk mencari
kerja di Kuala Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi
ke
rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya.
Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan
Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka.
2. Perkembangan
Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara
Hilmi dengan Datin Salmah. Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan
piano itu rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Kemudian, Hilmi
telah belajar muzik daripada Encik Bakar.
Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula
semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat
guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya,
Hilmi meninggalkan rumah itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak.
Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal. Hilmi
telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan
Hilmi tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak
sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu.
3. Klimaks
Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi
peluang untuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah
jatuh sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati
yang baru pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih
peranan Hilmi untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan, Hayati, Datuk
Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat
Hilmi. Mereka bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia
bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari.
4. Peleraian
Peringkat penyelesaian atau peleraian novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk
Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan
Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang
mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari
terjatuh lalu meninggal dunia.
TEKNIK PLOT
Pengarang menggunakan beberapa teknik dalam novel ini untuk menyampaikan cerita dan
plotnya.
1. Pemerian
Antara teknik utama dalam novel ini ialah teknik pemerian. Teknik ini digunakan dengan
meluas
termasuklah untuk menggambarkan perwatakan Hilmi. Kerja-kerja Hilmi ri rumah Datuk
Johari juga banyak menggunakan teknik pemerian. Demikian juga dengan peristiwa Hilmi
belajar muzik di rumah Encik Bakar banyak menggunakan teknik pemerian daripada
pengarang. Perasaan Hilmi terhadap perbuatan Datin Salmah juga diceritakan oleh pengarang
secara langsung.
2. Dialog
Teknik dialog juga ketara digunakan digunakan oleh pengarang. Contoh dialog atau
perbualan antara Hilmi dan Hayati. Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika
mereka berjumpa. Dialog Hilmi dengan Encik Bakar juga penting kepada Hilmi. Melalui
dialog, Encik Bakar telah memberikan dorongan kepada Hilmi untuk terus belajar dan akan
berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Dialog-dialog Datin Salmah juga menggambarkan
sikap dan pandangan serongnya kepada Hilmi.
3. Imbas Kembali
Teknik imbas kembali juga terdapat dalam novel ini. Contoh teknik ini ialah apabila Datuk
Johari teringat kembali apa yang telah berlaku ketika beliau berada di kampungnya. Datuk
Johari imbas kembali peristiwa dia meninggalkan ibu Hilmi setelah berkahwin dan tidak
mempedulikan mereka lagi. Peristiwa itu berlaku tujuh belas tahun yang lalu. Dia hanya
pulang pada hari bapanya meninggal dunia selama beberapa jam saja dan kemudian setelah
jenazah bapanya dikuburkan, dia terus pulang ke Kuala Lumpur.
4. Monolog
Sedikit teknik monolog digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya monolog
Hilmi ketika hatinya sedih dan berhadapan dengan pokok-pokok bunga di taman. "Kalian
saja yang akan menghiburkan aku nanti, wahai bunga-bungaku " katanya dalam hati. Teknik
monolog dalaman digunakan untuk menceritakan emosi sesuatu watak. Selain itu, monolog
juga terdapat dalam diri Azizah tentang layanan mesra yang diberikannya kepada Hilmi.
5. Saspens
Teknik saspens terdapat juga dalam novel ini. Terdapat dua peristiwa yang mewujudkan
suasana
suspens. Peristiwa pertama ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Suasana
suspens dirasa apabila Hilmi telah dimasukkan ke hospital sedangkan pertunjukkan perlu
diteruskan. Siapa yang akan memimpin orkestra itu telah menjadi tanda tanya kepada
pembaca dan pengelola. Manakala suasana suspens juga berlaku di hospital. Hayati, Datuk
Johari, Datin Salmah dan juga Ketua Pengarah RTM tertanya-tanya tentang keadaan Hilmi.
6. Teknik Kejutan
Manakala teknik terakhir ialah teknik kejutan. Kemunculan Hayati secara mengejut dari
London pada malam Pertunjukan Orkes Perdana pula menunjukkan pengarang telah berjaya
dalam menggunakan teknik kejutan. Hayati malah mengambil tempat Hilmi untuk memimpin
orkestra pada malam itu. Datuk Johari juga telah menerima panggilan yang mengejutkan. Dia
dimaklumkan tentang kematian Hilmi sehingga dia juga terkejut, jatuh dan meninggal dunia.
GAYA BAHASA
- Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang
cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Walaupun
Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu.
- Sebagai manusia biasa, papa juga mempunyai naluri dan berasa sunyi apabila insan
yang dicintainya telah koma. Akhirnya, papa membuat keputusan untuk berkahwin lagi
walaupun tidak dipersetujui oleh Julia. Setelah mendengar alasan-alasan papa yang
munasabah, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah. Walau bagaimanapun, papa
tetap mendahulukan kebajikan dan keperluan mama dan Julia.
- Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie amat prihatin dengan masalah kesihatan mama
(Intan Maliana). Mereka meningatkan mama keadaannya semasa melahirkan Julia 17 tahun
lalu. Mama mengalami komplikasi dan koma. Julia dilahirkan tidak cukup bulan dan
menghidapi demam kuning. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa
kerana mama tetap dengan keputusannya untuk meneruskan kandungannya.
NILAI
1.Nilai kesyukuran
- Cikgu Suzie dan Mak Cik Noraini menyuruh Intan Maliana supaya bersyukur kepada
Allah atas kurnian seorang anak, iaitu Julia. Julia ialah anak tunggal keluarga Encik
Jeffri dan dia dilahirkan dalam keadaan komplikasi kerana tidak cukup bulan
2. Nilai kegigihan
-Julia berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan didudukinya pada hujung tahun itu.
Dia mengulang kaji semua mata pelajaran dan bersiap sedia lebih awal supaya tidak
menimbulkan masalah pada kemudian hari. Hasil daripada kegigihan itu, dia telah
memperoleh kejayaan cemerlang dan berjaya memasuki Kolej Matrikulasi UIA.
-Cikgu Jeffri dan Cikgu Maliana merupakan sepasang suami isteri yang hidup dalam
keadaan penuh kasih sayang, kemesraan, dan kebahagiaan. Mereka selalu bersama
dan hubungan mereka sangat akrab sehingga menimbulkan perasaan bosan di hati
Julia. Julia berasa bosan kerana hubungan kasih sayang papa dan mamanya yang
seperti belangkas
4. Nilai kerajinan
-Julia sangat rajin mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan untuk menghadapi
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun itu. Kerajinan Julia ini telah
menyebabkan dia mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
PLOT
PERMULAAN
Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagiia. Kasih
sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka.
Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa
bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami
yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.
PERKEMBANGAN
Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik
sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama akan menghadapi kompilasi
seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik
Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak
menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa.
Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di kelasnya.
Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada
Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan
kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar
pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.
Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa,
Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi
sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah.
Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak
kembar yang dilahirkan mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal
dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa
pulang untuk dikebumikan.
Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan
mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Bapa
angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka
meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian
tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan
pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan
Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.
Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi,
salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya
yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang.
Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk
Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan
Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz
membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.
Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara
dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan
Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak
lama kemudian, Aisyah mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.
KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza. Papa pula
sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.
PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia
telah menghembuskan nafasnya yang terakhir
GAYA BAHASA
Penggunaan Bahasa Inggeris
"Have you think it over?" (m/s 38)
"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan muka yang amat
tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)
Sinkof
"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa
nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)
Peribahasa
Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit, akan senyaplah
macam cicak berak kapur! (m/s 34)
TEKNIK PENCERITAAN
• Imbas kembali
Peristiwa mama melahirkan Julia 16 tahun lalu dikisahkan semula melalui perbualan Cikgu Suzie
dengan mama. Contoh imbas kembali tersebut dapat dilihat dalam buku teks di perenggan 13,
halaman 39.
• Imbas muka
Semasa mama mengandung kali kedua, Mak Cik Noraini berasa bimbang akan keselamatan mama.
Peristiwa ini menjadi imbas muka kepada hal yang akan berlaku kepada mama ketika melahirkan
anak kedua. Mama benar-benar koma seperti yang dibimbangkan oleh Mak Cik Noraini dan Cikgu
Suzie.
• Mimpi
Teknik mimpi yang berlaku di bawah sedar merupakan satu teknik yang dapat menimbulkan saspens
serta memaparkan sesuatu yang diluar jangkaan. Peristiwa Julia bermimpi bertemu dengan seorang
lelaki bernama Jeffri ketika tidak sedar diri akibat demam panas menjadi salah satu plot novel ini.
Dalam mimipi itu, Jeffri menasihati agar menerima takdir papanya berkahwin lagi untuk mencari
teman bagu=I meneruskan hidupnya.
• Pemerian
Pemerian ialah teknik penceritaan menggunakan penerangan secara langsung oleh penulis. Penulis
dapat menerangkan keadaan sebenar menurut pandangannya. Contoh pemerian tersebut dapat
dilihat dalam buku teks di perenggan 2, halaman 3. Dalam petikan tersebut, penulis menggunakan
teknik pemerian untuk menerangkan keadaan yang dilihat. Selain itu, penulis juga membuat
penerangan berhubungan dengan pandangan atau tafsirannya tentang papa.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah erusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.
Jeffri belajar dengan gigih untuk meningkatkan tahap pendidikannya. Julia juga berusaha dengan
gigih untuk meyempurnakan tugasan atau assignment ketika menuntut di IPT.
• Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mementingkan diri apabila berhadapan dengan cabaran
dan masalah dalam hidup.
Julia menerima keputusan papa untuk berkahwin lagi setelah memikirkannya secara rasional. Dia
tidak mementingkan diri dan menghalanh perkahwinan itu.
• Ibu bapa hendaklah mengawasi pergaulan anak-anak dan memerhatikan perubahan yang berlaku
kepada anak-anak.
Cikgu Jeffri tidak membenarkan pergaulan antara Julia dengan Rasylan. Sedangkan, Julia sering
membuat pertemuan dengan Rasylan tanpa pengetahuan Jeffri. Sementara itu, Aisyah dapat
mengesan perubahan pada Julia yang menghadapi masalah dengan teman lelakinya.