Latest KERTAS KONSEP CATAPULT CHALLENGE STEM 2019
Latest KERTAS KONSEP CATAPULT CHALLENGE STEM 2019
Latest KERTAS KONSEP CATAPULT CHALLENGE STEM 2019
1.0 PENGENALAN
1.1 Pertandingan Catapult ini merupakan satu aktiviti STEM yang mengaplikasikan konsep sains
dan kejuruteraan. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, kreativiti dan memberi
pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah mengenai ilmu sains dan kejuruteraan fizikal
dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi.
1.2 Pertandingan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
a) Bahagian 1 – Sasaran
b) Bahagian 2 – Jarak
c) Bahagian 3 - Jaringan
1.3 Sasaran pertandingan ini ialah murid Tahun 4 hingga Tahun 6 sekolah rendah bantuan kerajaan.
2.0 OBJEKTIF
Matlamat pertandingan ini adalah untuk:
2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
2.2 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains berunsurkan STEM
2.3 Meningkatkan penguasaan kemahiran STEM murid merangkumi kemahiran komunikasi,
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah secara
berkumpulan.
2.4 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berunsurkan Inovasi Sains,
Kejuruteraan dan Matematik.
4.1 Peserta dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai. Contohnya pakaian sukan yang
melambangkan sekolah / negeri masing masing.
4.2 Kaedah pertandingan:
a) Sesi 1: Pembinaan Catapult (bahan dan alatan disediakan oleh pihak penganjur)
b) Sesi 2 : Catapult Sasaran
c) Sesi 3 : Catapult Jarak
d) Sesi 4 : Catapult Jaringan
4.3 Masa
a) Pembinaan model Catapult ialah 2 jam .
b) Sesi Pelancaran Catapult
** mengikut giliran undian kumpulan yang bertanding
6.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan Catapult pada sasaran yang ditetapkan oleh
teknikal pertandingan.
6.2 Jarak sasaran, ditetapkan 2.1 meter. Sebelum acara dimulakan, murid akan mencabut undi untuk
menentukan giliran masing-masing.
6.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja. Setiap pelancaran
akan diberikan 2 kali percubaan seperti system bowling sebenar.
6.4 Peluru / bola sasaran akan disediakan oleh pihak penganjur menggunakan guli bersaiz 1 inci.
Jarak susunan antara pin ditetapkan 2 inci.
6.4 Markah akan ditentukan berdasarkan bilangan sasaran / pin yang jatuh.
6.5 Hakim akan memberi isyarat pelepasan dan peserta perlu melepaskan peluru kearah sasaran.
6.6 Hanya sasaran yang jatuh sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah.
6.7 Pasukan yang memperolehi bilangan jatuhan sasaran / pin yang terbanyak didalam kedua-dua
pelancaran dikira sebagai pemenang.
6.8 Jika berlaku keputusan SERI, pasukan-pasukan tersebut akan diberi semula peluang pelancaran
sebanyak DUA KALI percubaan.
6.9 Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak Catapult sasaran.
CATAPULT SASARAN
2.1m
0.6m
CATAPULT
Tapak Kawasan
Pelancaran Sasaran
7.0 CATAPULT JARAK
7.1 Hakim akan bersedia sekiranya peserta telah selesai membuat persiapan.
7.2 Hakim akan memberi isyarat supaya CATAPULT dilepaskan setelah peserta bersedia di
tapak yang ditetapkan.
7.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
7.4 Catatan jarak yang terbaik akan diambilkira.
7.5 Pasukan yang memperolehi jarak terbaik dikira sebagai pemenang.
7.6 Jika berlaku persamaan jarak terbaik diantara pasukan, maka jarak pelancaran pertama akan
diambil sebagai penentu keputusan.
7.7 Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak Catapult Jarak.
1m 2m 3m 1.5m
CATAPULT
Tapak
Pelepasan
8.0 CATAPULT JARINGAN
2.1m
20cm
30cm 0.6m
CATAPULT
Tapak
Pelepasan
9.0 SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN
9.1 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan sahaja.
9.2 Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid (Tahun 4 hingga Tahun 6 dan berusia 10
hingga 12 tahun sebelum 31 Disember tahun semasa) dan diiringi oleh seorang (1) guru
pembimbing.
11.1 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis
awal.
11.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.
Pendaftaran
Sesi 1 :
Pembinaan Catapult
Sesi 2 :
Pelancaran Catapult Sasaran
Sesi 3 :
Pelancaran Catapult Jarak
Sesi 4 :
Pelancaran Catapult Jaringan
Pengiraan markah
Keputusan