Jawapan 1.6.2020
Jawapan 1.6.2020
Jawapan 1.6.2020
i)Kemahiran konseptual
Keupayaan pengurus melihat organisasi secara keseluruhannya, hubungan antara bahagian-
bahagian dalam organisasi dan persekitaran organisasi yang terlibat
ii)Kemahiran teknikal
Kemahiran teknikal merujuk kepada keupayaan dan kecekapan pengurus untuk memahami
dan menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan
3)Kaedah mengurus stress yang boleh dilakukan melalui pendekatan organisasi ialah:
i)Pemilihan dan penempatan pekerja
Pihak pengurusan harus menggunakan kaedah pemilihan pekerja yang disyorkan agar dapat
memilih pekerja yang benar-benar berkeupayaan dan sesuai dalam menjalankan kerja mereka
Contohnya, pihak pengurusan memberi tugas sebagai akauntan kepada seorang pekerja yang
telah berpengalaman lima tahun dalam bidang akaun supaya pekerja tersebut dapat
menjalankan tugasnya dengan mudah dan tanpa ketegangan
ii)Program pembangunan fizikal dan sosial
Program pembangunan fizikal seperti bersukan, riadah, senaman, hari keluarga dan
sebagainya boleh dianjurkan oleh organisasi supaya dapat memberi ruang kepada pekerja
untuk melupakan masalah dan tegangan
Contohnya, organisasi boleh menyediakan tempat bersukan seperti padang atau gimnisium
untuk pekerja kerana aktiviti bersukan dapat mengurangkan tekanan kepada pekerja dan
dapat meningkatkan tahap kesihatan pekerja
4) Elemen dalam kontrak jualan barang-barang 1957 yang berikut ialah:
i)Keterangan merujuk kepada hak untuk mendapatkan maklumat dan keterangan barang yang
jelas dan mencukupi serta tiada sebarang kekeliruan yang wujud tentang barang tersebut
seperti jenis barang, jaminan, harga, isi kandungan dan sebagainya
ii)Bebas dari kesulitan merujuk kepada barangan yang dibeli hendaklah bebas daripada
sebarang kesulitan dan masalah termasuk mudah digunakan, tidak rosak pada kegunaan
pertama, jarak masa penggunaan yang sesuai, tidak menyebabkan bahaya kepada pengguna
dan sebagainya
iii)Mutu merujuk kepada kualiti barang mesti bersesuaian dengan tujuan penggunaan dan
selamat digunakan. Barang juga mesti mempunyai kualiti boleh dagang
b) Etika merupakan satu standard kelakuan seseorang dilindungi dengan kesesuaian moral
atau akhlak sama ada betul atau salah berkaitan dengan sesuatu komunikasi.
Semasa melaksanakan perundingan sebolehnya pihak yang terlibat cuba mematuhi etika yang
dipersetujui bersama dan sebolehnya cuba mengelakkan perkara-perkara yang tidak beretika
c) Budaya merupakan satu set amalan cara hidup yang diamalkan secara tradisi oleh
sekelompok masyarakat .
Dalam melaksanakan perundingan terutama sekali bagi kedua pihak yang mempunyai latar
budaya yang berlainan seharusnya mempelajari adat budaya pihak yang terlibat dalam
perundingan supaya sesuatu perundingan itu berjalan dengan baik
8) Berdasarkan petikan di atas, empat sebab Puan Atikah memilih media tersebut untuk
berkomunikasi ialah:
i)Maklum balas daripada dengan staf bawahan Puan Atikah boleh diperoleh dengan cepat
ii)Alat bantuan komunikasi boleh digunakan seperti pita rakaman atau video di mana pada
masa yang sama boleh mendengar dan melihat bagi mendapatkan gambaran yang jelas
iii)Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada staf
bawahannya
iv)Boleh berbincang penyelesaian yang sesuai dan berinteraksi sehingga meyakinkan apabila
berlaku percanggahan
9) Dua perbezaan antara keputusan rutin dengan keputusan tak rutin yang perlu dibuat oleh
pengurus sesebuah organisasi ialah:
Dimensi Keputusan rutin Keputusan tak rutin
Masalah Masalah yang sering berlaku dan Masalah yang jarang berlaku dan
boleh dijangkakan tidak dapat dijangka serta dirancang
Faktor luaran
i)Faktor keluarga dan saudara mara
Keluarga akan mempengaruhi ketegangan kerja. Sekiranya anak atau keluarga pekerja itu
sakit, bercerai dan sebagainya boleh meningkatkan tekanan
Kaitan kes: Pekerja wanita akan menjadi stres kerana berhadapan dengan pelbagai cabaran
iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam
perkahwinan dan dalam masa yang sama mereka perlu menjaga prestasi kerja mereka di
pejabat
11)c) Kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh Dr Nor Hamidah kepada pekerja dan organisasi
untuk menguruskan stress ialah:
Kaedah-kaedah yang dicadangkan kepada pekerja:
i)Pembangunan fizikal
Kaitan kes: Pekerja yang stres perlulah menjalani hidup dengan lebih berkualiti dengan
mengambil berat tentang kesihatan mental supaya merasa lebih sihat secara fizikal
ii)Pengurusan masa
Kaitan kes: Pekerja yang stres perlu bijak menguruskan masa dengan membuat kerja
mengikut keutamaan supaya dapat melepaskan tekanan dengan bijak
iii)Amalan kerohanian
Kaitan kes: Pekerja yang stres boleh melakukan aktiviti seperti bersukan, meditasi dan
keagamaan seperti membaca Al Quran dan berzikir untuk mengurangkan ketegangan yang
dihadapi
iv)Kaitan kes: Pekerja perlulah mengambil masa yang cukup untuk rehat dan berani untuk
berbincang mengenai masalah bersama saudara atau teman terdekat
v)Pembangunan mental
Kaitan kes: Pekerja yang stres perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang perlu mereka kuasai agar mampu melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta
menjalani kehidupan yang lebih teratur.