Minit Mesyuarat Stemec 3 2020

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA STEMEC BIL.

3 / 2020

Tarikh : 6 Julai 2020 (ISNIN)


Masa : 12.40-2.20 tengah hari
Tempat : Bilik Operasi STEM sekolah

KEHADIRAN:

1. TN HJ NASIR BIN JAMLUDIN (PENGETUA)


2. TN HJ MUSLAN BIN ABDUL RAHMAN (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
3. EN JAAFAR BIN SAID (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
4. PN HJH ROHEDA BT KAMARUDIN (GKM KEMANUSIAAN)
5. EN MOHD RADZI BIN ISMAIL (GKM BAHASA)
6.PN NORAIHAN BT ZAINOL AABIDIN (GKM TEKNIK VOKASIONAL)
7. EN MOHD SHAHRIL BIN HANAFI (GKM SAINS & MATEMATIK)
8. PN NORAZLIZA BT ABDUL AZIZ (SETIAUSAHA STEMEC 1)
9. PN NORMILA BT HJ KHALID (SETIAUSAHA STEMEC 2)

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1.ENCIK JAAFAR BIN SAID (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

I UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1. Tuan Haji Muslan selaku pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan surah
Al Fatihah dan Tasbih Kifarah.

2. Beliau menerangkan tujuan mesyuarat ini adalah untuk membentangkan tentang


perjalanan STEMEC kepada tuan pengetua.

II UCAPAN PENGETUA

3. Tuan Pengetua, Tuan Haji Nasir mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
hadir mesyuarat pada hari ini.

4. Beliau memaklumkan bahawa beliau memerlukan keterangan tentang perjalanan


sekolah STEMEC dan PBL STEM yang telah dilaksanakan. Beliau juga menyatakan
bahawa Dr Teoh mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana sekolah telah
melengkapkan borang Google Form yang diberikan oleh pihak IAB.

MAKLUMAN : SEMUA AJK STEMEC

1
III MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

5. Pn.Norazliza bt Abd Aziz selaku Setiausaha STEMEC 1 membentangkan Minit


mesyuarat bil 2/2020.

6. Minit Mesyuarat bil 2/2020 dicadang untuk disahkan oleh Puan Roheda bt
Kamarudin.

7. Minit Mesyuarat bil 2/2020 disokong untuk disahkan oleh Encik Mohd Shahril bin
Hanafi.
MAKLUMAN : SEMUA AJK STEMEC

IV MEMBENTANGKAN LAPORAN STEMEC TAHUN 2019

8. Puan Norazliza bt Abd Aziz membentangkan laporan STEMEC 2019 dengan


menggunakan Slaid PowerPoint dan Video.

9. Beliau memaklumkan bahawa pada tahun 2019, sebanyak 4 PBL STEM telah
dijalankan oleh guru-guru iaitu melibatkan guru-guru tingkatan 2 dan tingkatan 4.

10. Selain itu, untuk kokurikulum pasukan inovasi sekolah telah memenangi Silver Award
dan Best Boost Award untuk Pertandingan Inovasi IREX 2019 yang bertempat di
UITM Merbok, Kedah dan memenangi tempat sagu hati Pertandingan Kitar Semula
anjuran Jabatan Alam Sekitar Kedah.

MAKLUMAN : SEMUA AJK STEMEC

Λ PERANCANGAN AKTIVITI STEMEC 2020

11. Puan Norazliza bt Abd Aziz membentangkan perancangan aktiviti STEMEC tahun
2020 dengan menayangkan Carta Gant Pelaksanaan STEMEC tahun 2020.

12. Beliau menerangkan tentang beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu
Kejohanan Olahraga Bertemakan STEM, LDP 1 Guru 1 PBL STEM, Ceramah Eksplorasi
Minda dan Karnival Riang Ria Usahawan Muda pada bulan Januari dan Februari
2020.

13. Puan Norazliza juga memaklumkan perancangan aktiviti pada bulan Mac, April dan
Mei 2020 ditangguhkan kerana Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Bengkel
Creative, Critical dan Design Thinking.

14. Tuan Haji Muslan memaklumkan bahawa sekiranya PKPP ini telah ditamatkan
mungkin aktiviti-aktiviti tersebut boleh diteruskan atau aktiviti-aktiviti tersebut
dijalankan mengikut SOP yang ketat seperti mengurangkan jumlah pelajar dalam
bengkel tersebut. Puan Normila memaklumkan bahawa aktiviti tersebut tidak boleh
dilaksanakan semasa waktu PDP kerana akan mengganggu guru-guru dan pelajar-
pelajar kerana silibus pelajaran harus dihabiskan.

2
15. Puan Norazliza memaklumkan bahawa menurut Puan Hamidah (Pegawai SIC+) untuk
aktiviti Kokurikulum harus dijalankan secara atas talian sahaja kerana belum ada
kelonggaran diberikan oleh pihak KPM untuk aktiviti Kokurikulum. Oleh itu, AJK
STEM telah memilih pelajar-pelajar untuk menyertai Kedah STEM Online Challenge
2020 melalui atas talian. Setakat ini, seorang pelajar telah menghantar video untuk
Science Craft dan masih terdapat beberapa orang pelajar yang belum menghantar
video bagi Pertandingan STEM Show dan Digital Video. Tarikh tutup bagi
pertandingan adalah pada 17 Julai 2020.

MAKLUMAN : SEMUA AJK STEMEC

ΛI PROJECT BASED LEARNING (PBL) STEMEC TAHUN 2020

16. Puan Siti Hamidah (Pegawai Sic+) memaklumkan untuk tahun 2020, hanya 2 PBL
sahaja yang wajib dijalankan oleh pihak sekolah disebabkan kekangan Covid19 dan
PKP. Sebelum ini pihak BPK telah menetapkan sebanyak 12 PBL wajib dilaksanakan
untuk tahun 2020 tetapi setelah berbincang akan kekangan-kekangan yang dihadapi
guru dan murid, maka 2 PBL sahaja yang diwajibkan yang melibatkan guru dan murid
tingkatan 2 dan tingkatan 4.

17. Puan Norazliza membentangkan PBL 1 Guru 1 PBL STEM yang telah dijalankan oleh
guru-guru. Setakat bulan Mei 2020, PBL yang telah siap sepenuhnya ialah PBL
Tingkatan 1 iaitu PBL Riang Ria Usahawan Muda yang melibatkan subjek-subjek
Sains, Matematik, PJPK, Bahasa Melayu, RBT dan Pendidikan Islam yang melibatkan
kelas 1 Bestari, 1 Murni dan 1 Ikhlas.

18. PBL lain seperti PBL Pemanasan Global yang melibatkan Puan Dasima telah
dijalankan iaitu beliau menjalankan kempen atas talian iaitu murid-murid
menghasilkan video dan meletakkan di facebook dan instagram untuk mengajak
masyarakat sedar akan isu Pemanasan Global dunia. PBL ini masih dalam proses
kerana terdapat subjek yang masih tertangguh kerana PKP.

19. PBL lain yang telah dijalankan ialah PBL Mikroorganisma yang melibatkan Puan
Norhayati Hassan dan Puan Faryhanum iaitu murid-murid telah menyediakan
pelbagai menu masakan berasaskan mikroorganisma iaitu donut, pau dan roti arab.
PBL ini masih dalam proses disebabkan terdapat beberapa subjek belum menyiapkan
PBL kerana tertangguh disebabkan PKP.

MAKLUMAN DAN TINDAKAN: SEMUA AJK STEMEC & GURU-GURU

ΛI HAL-HAL LAIN

20. Tuan Pengetua Tn Hj Nasir mengucapkan terima kasih di atas pembentangan


STEMEC. Beliau menyatakan bahawa beliau telah faham sepenuhnya dengan
perjalanan dan PBL STEM di sekolah STEMEC.

3
21. Beliau berharap AJK STEMEC dapat menjalankan dan meneruskan aktiviti-aktiviti
STEM di SMK Seri Badong seperti yang telah dirancang.

MAKLUMAN : SEMUA AJK STEMEC

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………. …………………………………………….
(PN NORAZLIZA BT ABD AZIZ)
Setiausaha STEMEC 1

SENARAI TINDAKAN GURU BERDASARKAN

MESYUARAT JAWATANKUASA STEMEC SEKOLAH BIL.3 (ATAS TALIAN) / 2020

BERTARIKH 6 JULAI 2020

BIL. PERKARA/BUTIRAN TARIKH TINDAKAN STATUS

15 Λ PERANCANGAN AKTIVITI 10 Jun-17 Guru Selesai


STEMEC 2020 Julai 2020 Pembimbing

Beberapa orang pelajar menyertai


Kedah STEM Online Challenge
secara atas talian.

17 IV PROJECT BASED LEARNING


(PBL) STEMEC TAHUN 2020 Tahun 2020 Guru-guru Masih dalam
proses.1 PBL
STEM telah
2 PBL sahaja yang wajib siap
dijalankan oleh pihak sekolah sepenuhnya.
disebabkan kekangan Covid19 dan
PKP.

4
5

You might also like