Minit Muzik Bil 1 2020

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BELIMBING DALAM

76100 DURIAN TUNGGAL


MELAKA

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK


BIL 1/2020

Tarikh : 16 Januari 2020


Hari : Khamis
Masa : 1.40 petang- 2.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1. Pn. Masrurah binti Dzulkefli (GPK HEM)


2. Pn. Ema Malisa Binti Mohd Kamal (Ketua Panitia)
3. Pn. Rahayu binti Manan (Setiausaha)
4. En. Muhammad Hafizzul bin Azali
5. Tn. Hj. Kamarudin bin Abu Hasan
6. Pn. Nur Shahida binti Yusof
7. En. Fakharuddin bin Sharifuddin

Agenda :
1. Ucapan Ketua Panitia
2. Ucapan GPK HEM
3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
4. Perkara Berbangkit
5. Perbincangan Mesyuarat
6. Perancangan Aktiviti Tahunan
7. Masalah dan Cadangan Penyelesaian
8. Hal-Hal Lain

1.1 Ucapan Ketua Panitia (Pn. Ema Malisa binti Mohd Kamal)

1.2 Mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan GPK HEM ke Mesyuarat Panitia


Muzik Pertama Tahun 2020.

2.0 Ucapan GPK HEM (Pn. Masrurah binti Dzulkefli)

2.1 Mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke Mesyuarat Panitia Muzik Pertama


Tahun 2020.
2.2 Guru-guru dikehendaki memastikan setiap aktiviti yang dirancang oleh
panitia berjalan lancar.

2.3 Mengharapkan pihak panitia berperanan menghantar wakil bagi


pertandingan kesenian.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

3.1 Cadangan : Pn. Nur Shahida binti Yusof

3.2 Sokongan : Tn. Hj Kamarudin bin Abu Hasan

Tindakan : Setiausaha

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 – TIADA-

Tindakan : Makluman semua guru

5.0 Perbincangan Mesyuarat

5.1 Guru-guru dikehendaki memastikan segala RPT, DSKP dan RPH telah
disediakan sebelum 24 Januari 2020.

5.2 Mulai tahun 2020, matapelajaran Pendidikan Seni Visual telah dipisahkan
dengan Pendidikan Muzik.

5.3 Mesyuarat telah memutuskan kertas peperiksaan setengah tahun dan akhir
tahun untuk matapelajaran Pendidikan Muzik (Tahun 1 hingga Tahun 6) akan
berjalan seperti biasa. Guru-guru juga perlu memberi penilaian kepada murid-
murid dan memastikan penilaian diisi di dalam borang Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD).

Tindakan : Makluman
6.0 Perancangan Aktiviti Tahunan

6.1 Pengerusi mencadangkan agar diadakan pertandingan Nyanyian Solo pada


memandangkan sambutan menggalakkan daripada murid-murid pada tahun
sebelum sewaktu Minggu Bahasa Inggeris sekaligus dapat memilih wakil
bagi mewakili sekolah ke Pesta Muzik.

6.2 Sempena sambutan kemerdekaan, Panitia Muzik akan bergabung dengan


Panitia Sejarah dan Panitia lain untuk menganjurkan Sambutan Bulan
Kemerdekaan.

Tindakan : Makluman

6.3 Panitia juga telah bersetuju untuk menghantar peserta bagi acara Boria dan
Kompang Formasi di dalam Pertandingan Peringkat Negeri.

Tindakan : Encik Muhammad Hafizzul dan Puan Ema Malisa

7.0 Hal-Hal Lain

7.1 Pengerusi mengharapkan guru-guru dapat mengisi rekod penggunaan alatan


muzik. Alatan muzik boleh diambil di bilik Muzik sebelum pdpc berlangsung.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh,

PUAN RAHAYU BINTI MANAN


Setiausaha Panitia Muzik
SK Belimbing Dalam
76100 Durian Tunggal Melaka

You might also like