Inflasi Ekonomi
Inflasi Ekonomi
Inflasi Ekonomi
Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk disesebuah
negeri.
Peningkatan kadar inflasi akan menyebabkan kenaikan kos hidup dan secara tidak
langsung membawa kepada taraf hidup yang lebih rendah.
Huraian Isu:
Kehendak soalan
Berikan pendapat anda mengenai hal ini dan langkah-langkah diambil untuk mengenai
masalah ini.
Isi
Langkah-langkah
Harga maksimum
o Dasar harga maksimum boleh dilaksanakan oleh kerajaan barang-barang.
o Contohnya bahan api, bahan mentah dan barang keperluan seperti beras dan
lain-lain.
o Apabila kerajaan meletak harga maksimum para peruncit dan pengeluar tidak
boleh menaikkan harga barang dan mesti mematuhi harga barang yang
ditetapkan.
o Maka inflasi dapat diatasi.
Kempen penggantian Import
o Kerajaan dan pengeluar swasta boleh berkerjasama dalam perlaksanaan
kempen-kempen penggunaan barangan tempatan supaya masyarakat
tempatan mengurangkan import.
o Apabila kempen penggantian import dilaksanakan dari semasa ke semasa maka
inflasi boleh dicegah.
Pengurangan cukai terhadap barang oleh kerajaan.
o Kebanyakkan pengeluar menaikkan harga barang disebabkan cukai yang tinggi
dikenakan kepada mereka oleh kerajaan.
o Bagi mengurangkan beban kos pengeluaran. para pengeluar memindahkan
beban kos cukai kepada barang dipasaran.
o Kerajaan perlu mengurangkan cukai terhadap barang-barang khasnya barang-
barang import dan eksport agar inflasi dapat dielakkan dan sekaligus
mengurangkan beban pengguna.
Inflasi diimport
o Faktor-faktor luar negara menyebabkan inflasi
o Apabila kos bahan-bahan mentah yang diimport dari luar negara meningkat, hal
ini menyebabkan harga barangan dipasaran tempatan meningkat tanpa
disedari.
o Kenaikan harga barang import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi
berlaku dinegara pengesksport
o Kenaikan harga barang import berlaku secara tidak langsung melalui perubahan
kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeskport
o Ini biasanya berlaku kerana keadaan ekonomi sesebuah negara berubah-ubah.
Inflasi pentadbiran negara
o Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat monopoli atau sebilangan kecil
syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan,
o pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar
menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat.
o Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga
yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal.
o Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan
atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada
kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran.
o CONTOH TERBAIK, ASTRO MEMONOPOLI SIARAN TV KABEL
Inflasi Bekalan Wang
o Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau
perkhidmatan dalam pasaran.
o Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan.
o Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan.
o Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi.
o Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada
tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di
pasaran setiap masa.
o AMERIKA SEDANG MENGHADAPI KRISIS INI
Kesimpulannya
o Semua pihak bersama-sama mencari formula terbaik untuk mengatasi masalah
inflasi di Negara Malaysia agar tidak terus membelenggu pengguna.
o Justeru itu kualiti hidup rakyat Malaysia akan meningkat.