Penjajahan Di Tanah Melayu

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Penjajahan Di Tanah Melayu

Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme


Konsep:
Imperialisme:             Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan kedaulatan negara.
Kolonialisme:            Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama
ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan
budaya penjajah.
Mekantilisme:           Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot
kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan
bergantung ekonomi dengan negara penjajah.
 
Ciri-ciri:
 
1.        Mencabul kedaulatan negara
2.        Memasukkan dan meluaskan unsur pembaratan.
         Mengubah adat, istiadat, agama, serta budaya.
3.        Menukarkan sistem politik –pemerintahan dan pentadbiran.
4.        Menukarkan sistem dan penguasaan ekonomi.
5.        Menghalang masyarakat pribumi daripada mengaut keuntungan.
6.        Meletakkan penasihat
7.        Kepergantungan terhadap negara penjajah.
 
 
Campur Tangan Inggeris Di Tanah Melayu
 
Aspek Kajian:
 Sebab campur tangan
 Ciri-ciri campur tangan Inggeris
 Peristiwa peperangan dan kekacauan yang berlaku.
 Penggunaan perjanjian oleh pihak Inggeris.
 Kesan campurtangan Inggeris / Perubahan
 
Sebab Campur Tangan
Faktor Ekonomi:
 
1.        Kehendak dan pemilikan bahan mentah
2.        Perkembangan Revolusi Industri di Eropah
3.        Pasaran
4.        Mencari keuntungan
5.        Desakan pemodal
6.        Perkembangan teknologi
 
Faktor Politik dan Sosial
1.        Persaingan kuasa asing
2.        ketidakstabilan politik – perang saudara rebut takhta dan kongsi gelap.
3.        Peranan Andrew Clark
4.        Aspek kemanusiaan – permohonan Sultan
5.        Strategi ketenteraan – letakkan tentera bagi menguatkan pengaruh British di rantau ini.
6.        Untuk memasukkan unsur peradaban barat / Inggeris di Malaysia . Dasar Pembaratan.
7.        Perubahan Dasar British di London – Pertukaran Kerajaan Koservatif kepada Buruh.
 
 
 
 
Ciri-Ciri Campur Tangan
 
1. Politik yang tidak stabil
a.        Berlaku perebutan kuasa politik dan ekonomi
b.       Tiada semangat perpaduan – kepentingan diri pembesar.
c.        Ancaman dan persaingan kuasa asing selain British.
d.       Pembentukan masyarakat majmuk dan kacau bilau kongsi gelap.
2. Penguasaan dan kekayaan ekonomi
a.        Kekayaan bahan mentah.
b.       Persaingan kuasa untuk dapat keuntungan.
c.        Meluaskan pengaruh dan monopoli ekonomi.
d.       Tempat untuk melambakkan barangan penjajah – pasaran.
3. Keselamatan
a.        Elakkan tergugat pengaruh politik dan ekonomi.
b.       Pengawalan jalan laut
c.        Tempat persinggahan dan pembaikan kapal tentera laut – loji ketenteraan.
 

Ruang Lingkup Kajian Peperangan:


1.        Perang Naning 1832
2.        Perang saudara dan kekacauan di Perak 1874
3.        Perang saudara di Selangor dan di Negeri Sembilan
4.        Perang Kedah dan Siam
5.        Serangan Kedah terhadap Perak 1824 - 25
6.        Perang Larut 1- 3
 
Sebab-sebab berlakunya peperangan:
1.        Perebutan takhta.
         Perebutan takhta antara pembesar di Perak antara Raja Abdullah, Raja Yusuf dan Raja Ismail
         Perebutan ini wujud dalam kerabat Kedah.
2.        Menuntut kemerdekaan
         Sultan Kedah inginkan kemerdekaan daripada Siam - tidak mahu hantar ufti lagi
         Kegagalan Francis Light bantu Kedah menentang Siam - Sultan murka dan serang Pulau Pinang.
3.        Gangguan terhadap sistem pembesar
         Gangguan amalan pencukaian - halang pembesar mengutip hasil cukai - sebabkan pembesar hilang hasil
dan pengaruh. Berlaku di Perak, Pahang, Kelantan, Naning, dan Negeri Sembilan.
         Amalan yang selama ini dilaksanakan oleh pembesar diganggu seperti amalan pengumpulan hamba,
gundek , dan taraf serta kedudukan pembesar. Inggeris datang mengubah amalan ini menjadikan pembesar
sebagai kaki tangan kerajaan yang dibayar upah atau gaji.
4.        Tafsiran yang salah oleh pegawai Inggeris
         Birch buat tafsiran yang salah mengenai fungsi Residen. Birch berfikiran yang nasihatnya mesti diikuti
sedangkan Sultan berpendapat disebaliknya. Wujud ketegangan hubungan dan menyebabkan Sultan
membuat permuafakatan dengan Dato Sagor dan Maharajalela.
         Dalam kes di Trengganu Inggeris mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai status tanah yang dianggap
hak kerajaan. Bagi orang Melayu terutama Abd Rahman Limbong tanah adalah hak Allah swt dan boleh
diterokai tanpa mendapat pengesahan Inggeris. Inilah yang diamalkan sebelum Inggeris datang menjadi
penasihat Sultan.
         Wujud salah faham dalam perjanjian antara Naning dengan Belanda. Inggeris membuat tafsiran yang Dol
Said perlu membayar cukai sebanyak 10 %  kepada Inggeris, sedangkan ini tidak pernah diminta oleh
Belanda . Malahan Belanda berpuas hati dengan bayaran mengunakan hasil padi sahaja. Keadaan ini
berlaku setelah Belanda menyerahkan wilayah itu kepada Inggeris selepas perjanjian 1824.
 
 
 
5.        Kegiatan kongsi gelap
         Pergaduhan antara kongsi gelap Cina seperti Hai San dan Ghee Hin merancakkan masalah peperangan. Ini
diikuti oleh sokongan yang didapati daripada pembesar-pembesar seperti yang berlaku di Perak dan
Selangor.
6.        Perebutan kawasan ekonomi
         Berlaku di Negeri Sembilan antara Dato Kelana dengan  Dato Bandar
         Di Selangor antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi
7.        Gangguan terhadap adat dan istiadat Melayu/bumiputera
 Dayak dihalang lakukan pembunuhan/potong kepala
 Birch – aspek dayang sultan dan hamba. Dikatakan duduk bersekududukan.
8.        Masalah sempadan.
 Perang Perak-Selangor 1826 – rebut kawasan
9.        Perubahan pentadbiran.
 Undang-undang – bantahan masyarakat Melayu  seperti tidak boleh bawa keris.
 Undang dilaksanakan dan ditentukan Inggeris.
 
Kesan peperangan:
1.        Termetri perjanjian yang bias - berlakunya: ( Lihat hujah dalam aspek Perjanjian )
       Penyerahan wilayah
      Wilayah Dinding di serahkan kepada Inggeris dalam perjanjian Pangkor
      Kedah dipecahkan dan wujudnya negeri Perlis.
       Kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan
      Wujud campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Melayu.
      Negeri-negeri Melayu dipaksa menerima penasihat Inggeris.
      Hilang hak bersuara dan keputusan ditentukan oleh Inggeris.
       Perubahan sistem - politik, ekonomi dan sosial - penerimaan pengaruh Inggeris.
      Wujud perubahan sistem pentadbiran seperti Sistem Residen, Persekutuan, Pemecahan kuasa, dan
Malayan Union.
      Perubahan sistem pemerintahan daripada monarki mutlak, kepada monarki berpelembagaan dan
demokrasi. Daripada kuasa pada tangan orang Melayu kepada orang Inggeris.
      Perubahan daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial yang memperlihatkan penguasaan
orang asing seperti Inggeris, dan Cina. Wujud pembahagian ekonomi seperti orang Melayu sebagai
petani, Cina – peniaga, dan India – penoreh dan pekerja keretapi.
       Kemasukan imigran dan saudagar asing
      Kemasukan orang Cina dan India dan mewujudkan masyarakat majmuk.
      Penguasaan ekonomi daripada masyarakat Eropah dan Cina dalam bidang perniagaan.
       Kehilangan kuasa ekonomi
      Para pembesar Melayu hilang hak mengutip cukai.
      Wujudnya bentuk cukai baru dan bertentangan dengan amalan orang Melayu seperti pembayaran
cukai untuk hasil pertanian dan ternakan, dan kebenaran untuk pembukaan tanah baru.
       Pencemaran budaya dan agama
      Tradisi pentabalan Raja banyak dikuasa oleh Inggeris. Berlaku dalam pelantikan sultan di Perak.
Inggeris menabalkan Raja Abdullah dan Raja Yusuf.
2.        Terlerainya perpaduan Melayu
       Wujud masyarakat Melayu yang berpihak kepada Inggeris dan pembesar tempatan. Sebagai contohnya,
orang Melayu Rembau menolong Inggeris mengalahkan Naning yang sebelumnya berpihak kepada
Naning.
       Permusuhan antara pengikut Raja Abdullah , Raja Ismail, dan Raja Yusuf memperlihat salah satu pihak
bersekongkol dengan Inggeris.
3.        Wujudnya pasukan keselamatan dan undang-undang Inggeris.
       Inggeris melaksanakan perundangan Inggeris dan tidak lagi mengikuti perundangan negeri-negeri Melayu.
Wujudnya hakim, peguam dan pasukan polis bagi menjaga ketenteraman awam.
       Pasukan tentera Sepoi ditubuhkan bagi menjaga keselamatan negara daripada para pemberontak. Sebagai
contohnya dalam pertikaian antara perak dan Kedah Gabenor Pulau Pinang telah mengarahkan tentera
Sepoi membantu Perak daripada serangan Kedah pada tahun 1826 dengan termetrinya Perjanjian Low.
4.        Hilangnya kedaulatan Melayu  - Penyerahan nasib kepada orang asing.
 Sebagai contoh Sultan Abdullah menjemput Inggeris untuk membantu beliau menaiki tahta Perak.
 Persekongkolan antara Temenggong Abd Rahman, Sultan Hussin, dan Raffles dalam menentu dan
mengesahkan sultan menaiki tahta Johor dengan tidak mengikut adat Melayu.
5.        Gangguan terhadap kesejahteraan ekonomi Inggeris.
         Hal ini seterusnya telah mengalakkan Inggeris untuk menukarkan dasar mereka darpada tidak campur
tangan kepada campur tangan dan dimulakan pada tahun 1874 dengan termetrinya Perjanjian Pangkor.
Keadaan ini wujud kerana peperangan dan kekaacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu telah
menjejaskan perdagangan timah Ingeris di Pulau Pinang. Keadaan ini juga telah mengurangkan produtivti
timah apabila kongsi gelap Cina terbabit sama dalam pertikaian dan kekacauan di negeri-negeri Melayu.
         Keadaan ini lebih jelas lagi apabila pedagang Cina di Pulau Pinang mendesak Andrew Clarke untuk
campur tangan pertikaian takhta di Perak pada 1874.
 
Cara Inggeris menggunakan kejadian peperangan dalam campur tangannya:
1.        Memberikan tawaran dan bantuan seperti :
       Pengakuan penguasaan dan takhta Sultan
       Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan
       Perlindungan daripada serangan
2.        Memaksa pemetrian perjanjian.
         Peristiwa: Sultan Kedah dipaksa untuk menandatangani perjanjian dalam Perjanjian Low supaya tidak
menyerang Perak.
         Semua peperangan ini diakhiri dengan perjanjian, dan yang menguasainya ialah Inggeris. Wujud perjanjian
antara Inggeris dan pembesar tempatan yang mendapatkan sokongan Inggeris. Perjanjian yang wujud ini
tidak berpihak kepada orang Melayu. Kuasa mereka dihakis sedikit-demi sedikit, yang akhirnya semua
kuasa ditentukan oleh Inggeris.
 
3.        Sebagai alasan untuk cari kestabilan politik bagi menjamin kesejahteraan warga Inggeris yang menjalankan
perniagaan.
         Menyalahkan sistem pemerintahan, terutamanya sistem perundangan yang tidak sistematik yang dikatakan
punca berlaku kekacauan seperti yang berlaku di Pahang di mana seorang warga Inggeris berketurunan
Cina didapati mati di perkarangan istana. Tuduhan bahawa undang-undang melayu tidak menjamin
keadilan.
 
4.        Mengawal aktiviti kongsi gelap yang dikatakan merebak di Pulau Pinang serta pengawalan lanun yang
dikatakan menjejaskan perdagangan Ingeris di Selangor.
 Kongsi gelap yang sring menjejaskan ekonomi seperti kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang seterusnya
mendapatkan sokongan daripada pra pembesar. Aktiviti ini menjejaskan urusan ekonomi Inggeris dengan
terganggunya pengeluaran bijih timah dan menggugat pedagang Inggeris di Pulau Pinang.
 Aktiviti pelanunan di Sg Linggi menjejaskan pengeluaran bijih timah dan menghalang penguasaan Inggeris
terhadap dagangan ini.
 
5.        Inggeris menghulurkan bantuan ataupun dijemput oleh pembesar-pembesar. Sebagai contoh campur tangan
Inggeris di Perak kerana dijemput oleh Sultan Abdullah. Francis Light menghulurkan bantuan kepada Sultan
Kedah.
 
6.        Berasaskan perjanjian Inggeris mengenakan syarat yang berpihak kepada mereka dengan mengambil alih
beberapa wilayah seperti dalam Perjanjian Pangkor-Inggeris mengambil Dinding di Perak.
 
7.        Mengenakan tekanan terhadap sultan untuk menerima penasihat Inggeris. Wujud dalam semua perang dan
kekacauan.
 
8.        Meletakkan tenteranya di dalam negeri-negeri yang memerlukan bantuan seperti dalam Perang Kedah-Perak:–
Inggeris letakkan tenteranya di Perak bagi menghalang kemaraan Kedah.
 
9.        Dengan menghukum penentang-penentang supaya tidak ada kepimpinan Melayu yang boleh mendorong
penentangan secara meluas seperti yang berlaku kepada Mharaja Lela, Sultan Abdullah, Abd. Rahman
Limbong, Dato Bahaman dan lain-lain penentang. Ini memudahkan Inggeris menguasi wilayah yang diterajui
oleh penentang-penentang ini.
 
 
 
      Ruang Lingkup Kajian Perjanjian dan Campur Tangan:
1.        Perjanjian Raffles-Temenggung Abd Rahman 1816
2.        Perjanjian Inggeris - Belanda 1824
3.        Perjanjian Low 1826
4.        Perjanjian Burney 1826
5.        Isi kandung perjanjian Naning - Belanda
6.        Perjanjian Pangkor 1874
 
Sebab-sebab perjanjian ditanda tangani:
1.        Keinginan mendapatkan bantuan dan mempertahankan hak sebagai Sultan.
         Sultan Abdullah memohon bantuan Inggeris untuk membantunya menaiki takhta Perak selepas kematian
Sultan Ali.
         Sultan Kedah memhon bantuan Bugis dan Inggeris bagi mengatasi masalahnya dengan Siam
         Sultan Hussin Johor mendapatkan pengiktirafan daripada Inggeris ( Raffles ) untuk menaiki takhta Johor.
         Wab Ahmad dengan pujukan daripada Maharaja Abu Bakar menerima bantuan Inggeris bagi menghalang
serangan Wan Mutahir dan Siam. Inggeris menghantar kapal perangnya mengugut Trengganu supaya tidak
memberikan bantuan dan kebenaran kepada Wan Mutahir dan Siam daripada menyerang Pahang.
2.        Penamatan peperangan
         Dapat dilihat dalam perjanjian Burney dan Low bagi mengatasi serangan Siam terhadap Kedah dan Perak.
         Perjanjian Low membolehkan Inggeris menghantar tentera Sepoi untuk mengawal keamanan Perak.
         Perjanjian Anderson antara Selangor dan Perak – tamat pertikaian masalah sempadan.
3.        Adakan hubungan diplomasi
         Perjanjian antara Temenggong Abd Rahman dengan Raffles bagi menjalinkan hubungan dua negara.
         Perjanjian Burney membolehkan Inggeris mendapatkan hak perdagangan di Siam serta membolehkannya
mempunyai hubungan dengan Siam bagi mengelakkan persaingan daripada Perancis.
         Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan hubungan diplomasi antara Inggeris dan Siam diperkukuhkan dan
akhirnya Siam mengakui ketuanan Inggeris terhadap negeri-negeri utara Tanah Melayu.
         Perjanjian Inggeris - Belanda 1824 membolehkan hubungan diplomasi dua negara dipertingkatkan dengan
persempadanan pengaruh masing-masing.
         Di Borneo perjanjian antara Inggeris ( Raffles, dan Hare ) dan Banjarmasin membolehkan Inggeris
menguasai jalan perdagangan di Borneo.
4.        Peluasan dan pengukuhan ekonomi asing
         Perjanjian Burney bagi membolehkan Inggeris menjalankan urusan perdagangan tanpa kawalan ketat
daripada pemerintahan Siam.
         Perjanjian Temenggong Abd. Rahman dengan  Raffles bagi membolehkan Raffles mendirikan loji dan
kemudian pusat perdagangan di Singapura. Pengambilan dariapda satu kawasan kepada seluruh Singapura.
5.        Jaminan keselamatan dan penguasaan wilayah
         Perjanjian Inggeris - Belanda memperlihatkan jaminan daripada Belanda yang mengakui ketuanan Inggeris
di Utara garisan Khatulistiwa.
         Membolehkan kedua-dua pihak mendapat jaminan tidak campur tangan dan hilangnya persaingan antara
kedua negara bagi membangunkan dan menguasai ekonomi tanpa ragu-ragu.
         Perjanjian pengambilan dan penyerahan antara Temenggong Johor dan Raffles memberi jaminan
penguasaan dan kedaulatan Inggeris terhadap Singapura.
         Dalam Persetiaan Inggeris - Perancis 1894 membolehkan Inggeris menguasai dan memberi tekanan kepada
Siam untuk menyerahkan wilayah utara Tanah Melayu kepada Inggeris.
         Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan Inggeris menguasai wilayah utara tanah Melayu daripada Siam.
6.        Pengiktirafan kedudukan  kepada Pembesar atau Sultan
         Dengan penyerahan Singapura kedudukan Sultan Hussin Johor dan Temenggong Abd Rahman kukuh
tanpa rasa takut diserang oleh Sultan Abd Rahman Riau.
         Kekukuhan ini dapat juga dilihat melalui perjanjian Inggeris - Belanda 1824 yang menghalang Belanda
daripada masuk campur wilayah Inggeris iaitu di utara garisan Khatulistiwa. Ini membolehkan sultan dan
pembesarnya selamat.
         Penerimaan perjanjian untuk menerima penasihat Inggeris di Johor memperlihatkan Sultan Ibrahim kekal
di takhta kerana sebelum ini baginda diugut diturunkan takhta, jika enggan menerima penasihat Inggeris
dan menandatangani perjanjian.
 
Ciri-ciri  atau aspek-aspek perjanjian yang membolehkan kuasa politik Melayu hilang.
Ciri-ciri ialah sesuatu aspek perjanjian yang belum ditandatangani lagi, iaitu perundingan sebelum diadakan
pemetrian perjanjian. Jika wujud ciri-ciri ini, kemungkinan kehilangan kuasa pada pemerintah tempatan boleh
wujud. Antaranya ialah:
 
1. Mewujudkan jawatan penasihat
2. Memberikan pengakuan terhadap takhta yang dituntut sultan
3. Persetujuan untuk menyerahkan wilayah.
4. Memberikan perlindungan atau bantuan.
5. Memberikan bayaran sagu hati atau pampasan dengan syarat-syarat tertentu
6. Menghalang pemerintah tempatan mengadakan perjanjian dengan kuasa lain.
7. Mendapatkan kebenaran pembinaan loji pada awal penguasaan.
8. Sumber ekonomi yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar.
9. Persetujuan untuk memberikan petempatan yang strategik dari segi keselamatan dan kemajuan ekonomi.
 
Cara/Strategi penjajah mengguna perjanjian bagi peluasan kuasa dan campur tangan.
 
1. Memberikan jaminan keselamatan politik.
2. Menghulurkan bantuan dalam bentuk ketenteraan dan pentadbiran.
3. Menggunakan cara tipu muslihat. – untuk damaikan kekacauan atau alasan politik.
4. Membuat perakuan terhadap tuntutan sultan terhadap takhtanya.
5. Dengan pujukan dalam bentuk kewangan – elaun sara hidup bulanan dan pampasan.
6. Ugutan menarik balik bantuan jika tuntutan tidak dipenuhi sultan atau pembesar.
         Inggeris tidak akan membantu Sultan Kedah dalam tuntutan kebebasan pemerintahan daripada Siam
jika Kedah tidak mengundurkan tenterannya daripada menyerang Perak.
7. Melalui jawatan penasihat atau residen.
8. Mengadakan fasal menyekat pemerintah tempatan membuat perjanjian dengan lain-lain kuasa kecuali
Inggeris. – halang kuasa lain kuasai T.Melayu.
9. Mewujudkan hubungan diplomasi dan persahabatan
Tawaran-tawaran yang diberikan oleh Inggeris:
 
1.        Pengakuan penguasaan dan takhta
      Lihat tawaran Inggeris kepada Raja Abdullah, Perak; Sultan Hussin, Johor; dan Sultan Kedah - selepas
kekalahannya dengan Raja Ligor yang menyebabkannya  kehilangan takhta.
2.        Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan
      Lihat tawaran Francis Light untuk membantu Sultan Kedah mengalahkan Siam.
3.        Perlindungan daripada kuasa asing
      Dalam perjanjian Low 1826 Perak mendapat pelindungan Inggeris daripada serangan Kedah dan Siam.
      Temenggong Abd Rahman mendapat janji perlindungan daripada kuasa asing selagi setia dengan
perjanjian yang ditandatangani.
4.        Penerimaan seorang penasihat Inggeris
      Perjanjian Pangkor 1874 - permulaan gerakan British untuk campur tangan secara terbuka dan pemaksaan
penerimaan penasihat Inggeris di Tanah Melayu.
5.        Bayaran sagu hati dan pampasan
      Lihat pampasan yang diterima Sultan dan Temenggong Johor setelah penyerahan Singapura kepada
Inggeirs.
      Bayaran sebanyak 3000 wang Spain kepada Temenggong dan 5000 kepada Sultan Hussin serta dibayar
elaun bulanan, tetapi setakat Sultan sahaja tidak melibatkan warisnya.
      Persoalannya  ialah sejauh manakah tawaran-tawaran ini ditunaikan oleh Inggeris ?
       Adakah ia sesuatu yang jujur atau satu cara Ingeris menguasai Tanah Melayu?
 
Kesan-kesan daripada perjanjian:
1.        Penyerahan wilayah
         Sarawak antara Brook dan Sultan Brunei.
         Negeri Utara Tanah Melayu kepada Siam kemudian Inggeris 1909.
         Penyerahan wilayah Dinding kepada Inggeris dalam Perjanjian Pangkor
         Penyerahan Singapura Perjanjian antara Temenggong Abd Rahman dengan Raffles
         Penyerahan Pulau Pinang dan Butterworth antara Sultan Kedah dengan Francis Light.
         Pemisahan wilayah dan persaudaraan Johor - Riau dalam perjanjian Inggeris - Belanda.
 
2.        Kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan
         Sultan hilang kuasa pemerintahan - Sultan Abdullah
         Anak Sultan Hussien , Tengku Ali tidak diiktiraf menggantikan bapanya sebagai sultan di Johor sebab
perjajian yang ditandatangani tidak melibatkan waris, sedangkan penguasaan Inggeris berterusan.
         Raja Yusuf ikut telunjuk Inggeris kalau tidak tidak dapat jadi Sultan.
         Sultan Kedah tunduk kepada Inggeris tidak ganggu Perak.
         Sistem Residen merupakan nasihat wajib yang mesti diikuti oleh sultan-sultan Melayu.
         Sultan Perak hilang kuasa - Sultan Abdullah terpaksa menerima penasihat Inggeris. Kesan daripada
perjanjian Pangkor. Kesannya sultan mesti ikut nasihat Inggeris.
         Sultan Kedah diugut Inggeris jangan serang Perak, dengan Siam pula diminta serang Perak. Kesan dan
peristiwa dalam perjanjian Burney dan Low. Perlihatkan sultan sebagai patung dan tidak ada kewibawaan.
         Sultan Abd Rahman Riau hilang hak ke atas Singapura, dan Sultan Hussin hilang penguasaan Johor dan
Kesang kepada keluarga Temenggong.
 
3.        Perubahan sistem - politik, ekonomi dan sosial
         Wujud perubahan sisten pentadbiran - Sistem Residen, Persekutuan.
         Johor ikut sistem Inggeris dengan wujudkan mahkamah , pelantikan hakim, penasihat undang-undang,
kerani, ketua kerani dan jawatan menteri besa dalam zaman Temenggong Ibrahim.
         Wujudnya ekonomi kmersial dan pembukaan ladang-ladang baru - getah, gambir, lombong timah.
         Wujudnya sekolah-sekolah dan perkembangan prasarana seperti jalan raya, jalan keretapi.
4.        Penentangan berterusan
      Brlaku penentangan oleh pejuang-pejuang Melayu seperti Dato Dol Said, Rahman Limbung, Dato
bahaman, Maharajalela, Tok Janggut.
5.        Kemasukan imigran
         Pelimpahan orang-orang Cina dan India serta menguasai banyak bidang ekonomi hingga menjadikan orang
Melayu golongan minoriti dalam negara sendiri. Contoh pada 1946 jumlah India dan Cina melebihi 2 juta
orang sedang Melayu dianggarkan 1.5 juta.
6.        Kehilangan kuasa ekonomi
         Siri perjanjian antara Temenggong Johor dengan Raffles dan Crawfurd menyebabkan Temenggong hilang
pegangan terhadap ekonomi Singapura. Pada satu ketika Temenggong menghadapi masalah kewangan
sebelum Johor dimajukan.
         Para pembesar hilang hak memungut cukai.
         Rahman Limbung marah kerana tidak boleh terokai tanah tanpa kebenaran kerajaan Inggeris.
7.        Pencemaran budaya dan agama
         Birch melanggar budaya Melayu dengan menyimpan/melindungi gundek Sultan di rumahnya.
         Penabalan dan pengiktirafan pembesar atau sultan memerlukan Inggeris sebagai jaminan dan tanda
penguasaan. Contoh: Temenggong Ibrahim yang menggantikan bapanya memerlukan kehadiran Gabenor
negeri-negri Selat.
 
Proses perjanjian dijalankan:
 
1.        Dijalankan secara tipu muslihat
o Dalam perjanjian antara Light dengan Sultan Kedah – akhirnya Light tidak menuruti janjinya, tetapi Pulau
Pinang diambil alih – 1786.
2.        Pujukan dan tawaran kewangan dan kuasa.
o Perjanjian antara Sultan Hussin, Temenggong Abd Rahman dan Raffles – Sultan Hussin ditabalkan
menjadi Sultan dan pengakuan Inggeris terhadap penguasaan Johor oleh Temenggong.
3.        Ancaman penarikan bantuan dan sokongan
 Inggeris tidak akan membantu Sultan Kedah dalam tuntutan kebebasan pemerintahan daripada Siam jika
Kedah tidak mengundurkan tenterannya daripada menyerang Perak.
4.        Pertukaran kawasan atau wilayah
o Perjanjian Bangkok antara Inggeris dan Siam yang melibatkan negeri-negeri utara Tanah Melayu. Siam
menyerahkan kedaulatannya kepada Inggeris.
5.        Kekalahan dalam peperangan atau penentangan
 Selepas setiap kekalahan seperti kekalahan Sultan Mohd Jiwa dengan Light – wujud Perjanjian Kedah
Inggeris ke-2 pada 1795
6.        Paksaaan dan ugutan
 Perjanjian gagasan Malayan Union – jika tidak setuju akan diturunkan daripada takhta.
 Perjanjian Sultan Ibrahim Johor-Inggeris supaya Johor menerima penasihat, jika tidak turun takhta.
 
 
Kesan Campur Tangan / Peluasan Kuasa Inggeris
    Kewujudan masyarakat majmuk.
   Penentangan masyarakat Melayu.
    Perubahan dalam politik, dan sosio - ekonomi.
 
      Ruang Lingkup Kajian Kewujudan masyarakat majmuk
1.        Proses dan cara kedatangan
       Indenture
       Kontrak
       Kangany
       Bebas
2.        Sebab-sebab penghijrahan
3.        Kesan-kesan kedatangan
4.        Dasar Inggeris dan pemajmukan
 
Sebab-sebab penghijrahan:
1.        Faktor Tarikan (Dalaman)
       Kekayaan ekonomi Tanah Melayu – Industri Pelombongan dan Pertanian.
       Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh
       Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri
       Aktiviti agen buruh ( kongsi gelap ) dan majikan untuk menggajikan buruh asing.
       Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu.
       Dasar Inggeris.
 
2.        Faktor Tolakan ( Luaran )
       Kejadian bencana di negara asal ( Cina, India, dan Jawa )
       Kekurangan rangsangan ekonomi .
       Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan.
       Perang Saudara dan ketidakstabilan politik.
 
 
Kesan-kesan penghijrahan / peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu:
1.        Pewujudan masyarakat yang majmuk.
       Kemajmukan budaya / adat
       Kemajmukan agama
       Kemajmukan pendidikan
       Kemajmukan bahasa
       Kemajmukan ras
       Kemajmukan politik – kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum.
2.        Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur.
o        Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti
Raub – pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang
menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang
menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu.
3.        Berkembang parti politik berasaskan kaum.
o Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO – Melayu, MCA – Cina, MIC – India, Pasok – Kadazan
Dusun , AMCJA – gabungan pertubuhan dan  keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu
yang memerjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing.
 
4.        Kemajuan ekonomi Tanah Melayu
o Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris serta kemasukan buruh
asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Perak dan Selangor,
serta negeri-negeri Selat. Sebagai contohnya konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri-
negeri yang kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa Inggeris.
Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Emerson, 1974)
 
Peningkatan Hasil 1896 1927
RM 8,434,083 RM 105,404,458
Ekspot 1896 1926
RM 28,395,855 RM 445,600,203
 
5.        Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi.
6.        Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu.
7.        Berlakunya kacau bilau dan gangterisme
8.        Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi.
o        Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang-orang Melayu, malahan
penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu
daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang
menunjukkan pemilikan ladang getah: ( Emerson, 1974 )
 
Keluasan ladang Eropah Melayu Cina India
100-1000 ekar 357 23 287 118
1000 dan > 296 - 12 -
 
o Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh dikatakan tidak memiliki dan tidak
mengambil bahagian  apa-apa pun. Lombong-lombong yang ada  hampir semuanya dimilii oleh orang
Eropah dan Cina ( Emerson, 1974 ).
9.        Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu.
o        Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam
pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum
untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik
Malaysia.
 
Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia.
 
Dasar Inggeris terhadap Tanah  Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap
kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris
membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap
kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini
dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:
 
Dasar Politik
 Perbincangan ini berkisar pada aspek  dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing,dan undang-
undang buruh.
 Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap
kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui
sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan
Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi
pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang
menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi
1930an  disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi
perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti
pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.
 Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi
para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan
wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia
menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga
menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan
buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu . Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-
undang buruh yang memerlukan para majikan  untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada
buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi
menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan
ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi
masalah kepada pemerintah Ingeris.
 Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat
majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana
ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira
permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.
 
Dasar Ekonomi
 Dasar ekonomi komersial – kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem
komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah.
 Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh.
 Keperluan pemodenan prasara baru yang memerlukan tenaga buruh.
 
 
 
Dasar Sosial.
         Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini
dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang
berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang
perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menseragamkan sukatan
pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang
berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya
setiap kaum mengambil inisiaif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru
dari  negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi
menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang melayu ia hanya
mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang
untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada
anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi
kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun
di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka
dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
 
Aspek-aspek lain.
         Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi.
o        Kelemahan orang Melayu dilihat sebagai salah satu kesan kepada kegagalan ekonomi Melayu
daripada berkembang. Dalam hal ini, Inggeris menganggap bahawa orang-orang Melayu
merupakan satu bangsa yang malas bekerja. Mereka dilihat sebagai bangsa yang tidak mahu
berusaha, dan lebih cenderung mendapat sesuatu habuan tanpa bekerja keras. Institusi dan sistem
yang diamalkan oleh orang Melayu seperti institusi perhambaan, sistem kerah dan serah dilihat
oleh Inggeris sebagai satu sistem yang melambatkan proses ekonomi moden yang berteraskan
ekonomi wang. Bagi Inggeris konsep penyerahan hak diri kepada pembesar ialah satu proses
penganiayaan dan ini menyebabkan golongan bawahan Melayu tidak melibatkan diri secara aktif
dalam bidang perniagaan secara komerial, tetapi lebih selesa dengan kehidupan mereka dalam
sistem pertanian sara diri.
o        Sebagai akibat daripada keadaan ini, Inggeris melihat bahawa cara mereka dapat menguasai dan
memonopoli kekayaan Tanah Melayu ialah dengan membawa masuk pendatang asing. Ini bagi
mengatasi masalah buruh yang amat diperlukan kerana orang Melayu tidak mahu bekerja dengan
ornag-orang Inggeris dan towkay-towkay Cina. Jika orang-orang Melayu sanggup bekerja dan
menceburkan diri dalam aspek perdagangan, maka jelas orang melayu boleh menguasai
perdagangan dan mengurang ataupun melenyapkan kemasukan pendatang asing daripada India
dan Cina.
 
 
 
 
 
 
      Ruang Lingkup Kajian Penentangan
1.   Dato Bahaman di Pahang
2.   Haji Abdul Rahman Limbung di Trengganu
3.   Tok Janggut di Kelantan
4.   Dato Maharaja Lela
5.   Penentangan Sultan Kedah
 
Reaksi dan Protes Masyarakat
1.        Terancam - Semua penentangan.
2.        Pemberontakan - Maharaja Lela
3.        Kebangkitan - Haji Abd Rahman Limbong / Maharaja Lela
4.        Peperangan dan pertempuran - Dato Bahaman / Tok Janggut / Penentangan Sultan Kedah
 
Cara / Bentuk penentangan dijalankan
1.        Protes secara intelektual - penggunaan mahkamah - Abd Rahman Limbung
2.        Mengangkat senjata - peperangan dan pertempuran. – Bahaman , Tok Janggut dan Engku Besar Jeram,
Rentap,dan Sharif Mashor, dan Dol Said.
3.        Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan - enggan bayar cukai.
4.        Permuafakatan dengan Sultan dan para pembesar.
5.        Pembunuhan pegawai Inggeris - Residen Birch dalam peritstiwa Pasir Salak di Perak.
6.        Minta bantuan asing – Sultan Abdullah Mukaram Shah, minta bantuan Light (Inggeris) bagi menentang
Siam.Sultan Kedah, Muhamad Jiwa, minta bantuan Burma dalam persaingan dengan Siam dan Inggeris.
7.        Enggan patuh kepada pegawai yang dilantik Inggeris - En Latif, Pegawai Daerah rakyat Singapura yang
dilantik di Kelantan.
8.        Tidak akui pertuanan dan kekuatan Inggeris dalam semua protes.
 
 
Sebab-sebab penentangan:
 
j     Politik
1. Hilang kedaulatan dan kemerdekaan Melayu
2. Pengaruh pembesar berkurangan dan ditukar peranan
3. Kedudukan raja dan sultan terancam
4. Ideologi sekular diterap dalam sistem masyarakat Melayu
5. Perubahan sistem pentadbiran dan pemerintahan
6. Kewujudan undang-undang dan peraturan yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu
         Undang-undang tidak lagi pada pembesar dan Sultan, tetapi pada pegawai keadilan seperti polis,
Pegawai Daerah da, mahkamah.
         Undang-undang dipinda dan digubal melalui MMN atau MMP.
7. Pemerintahan yang dijalankan oleh orang luar.
 
j     Ekonomi
1.        Kehilangan kuasa mengutip cukai oleh pembesar
         Cukai duduk dibawah pegawai daerah dan pembesar ada yang jadi pegawai kerajaan. Pembesar tidak
boleh kutip cukai – satu kesalahan jika dilakukan, tidak seperti sebelumnya.
2.        Pengenalan cukai-cukai baru yang tidak pernah wujud sebelum kedatangan Inggeris
         Kewujudan cukai-cukai baru seperti cukai tanah, cukai kelapa dan lain-lain yang mesti dibayar dengan
wang dan bukan laigi barangan.
3.        Kehilangan kuasa penerokaan tanah secara bebas
         Penerokaan tanah tidak dibenar sewenang-wenangnya – mesti dapatkan kebenaran dan pas bagi
peneraokaan tanah.
4.        Penguasaan tanah oleh pemerintah Inggeris
         Tanah bukan hak Sultan dan pembesar. Pembahagian dan pengurniaan tanah adalah daripada
pemerintah Inggeris.
5.        Kelebihan ekonomi kepada kaum pendatang
         Penguasaan ekonomi oleh imigran Cina dan India serta Inggeris – Melayu semakin tersepit dengan
kemunduran ekonomi terutama pembesar yang hilang hak eklusif mengaut untung dalam bentuk cukai.
 
j     Sosial
6.        Gangguan terhadap adat istiadat Melayu
         Hamba, agama Islam, adat gundek.
7.        Ketidaksabaran Inggeris melakukan perubahan - sikap Residen
         Campur tangan keterlaluan dalam hal adat istiadat Melayu dan perubahan yang mendadak.
         Kekhuatiran berlakunya unsur pembaratan dan pengkristianan.
 
Kesan penentangan
 
1.        Masyarakat Melayu berpecah belah
o Wujudnya kelompok-kelompok masyarakat yang menyokong Inggeris dan yang menyokong kedaulatan
bangsa Melayu. Lihat pembesar Rembau yang memberi bantuan kepada Inggeris untuk mengalahkan Dol
Said.
o Perpecahan perpaduan melayu antara yang menyokong Bahaman dan Sultan dalam penentangan Bahaman
terhadap Inggeris di Semantan. Bahaman menentang tanpa bantuan daripada Sultan
 
2.        Pembuangan daerah dan penghukuman terhadap pembesar Melayu
o        Sultan Abdullah di buang daerah ke Pulau Sicily.
o        Maharaja lela dihukum bunuh. Abd Rahman  Limbong dan Dol Said di penjara. Dato Bahaman, Mat Kilau
menjadi buruan .
o        Rentap. Tok Janggut, Mat Kilau dihukum mati
 
3.        Penambahkuatan pengaruh Inggeris dalam melaksanakan perubahan seperti
o        sistem pemerintahan :
o        Kewujudan Majlis Mesyuarat Negeri
o        Kewujudan Majlis Mesyuarat Persekutuan
o        Pembentukan sistem persekutuan
o        Pengubahsuaian dalam sistem Residen
         Menyebabkan perubahan pemerintah daripada Melayu kepada Inggeris. Sultan dan
pembesar tidak ada kuasa. Pelantikan jawatan dibuat oleh Inggeris.
         Raja mutlak kepada Raja berpelembagaan.
o        pengenalan ekonomi ekspot - kapitalisme dan leissez-faire
 
4.        Kehilangan kuasa undang-undang oleh Sultan
o Undang-undang sekular – wujudnya jawatan peguam, hakim dan polis. Konsep raja mutlak terhakis.
o Sultan dan pembesar hilang hak judiciari.
 
5.        Kebangkitan golongan agama dalam gerakan kesedaran
 Lihat kesedaran oleh Abdul Rahman Limbong dalam penentangannya terhadap peraturan baru Inggeris
mengenai pemilikan tanah yang dihubungkaitkan dengan keesaan Allah swt. Yang menguasai alam.
 Pada awal abad ke 20 lahirnya golongan agama yang perjuangan ilmu dan kedaulatan negara dan agama
yang dipelopori oleh Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir  Jallaludin.
 
 
 
 
 
6.        Kehilangan wilayah.
         Pulau Pinang diambil oleh Inggeris dan seterusnya Seberang Perai kepada Pulau Pinang apabila Sultan
Kedah gagal dalam menentang Inggeris.
         Pualu Dinding dikuasai oleh Inggeris seperti termaktub dalam Perjanjian Pangkor.
         Brook kuasai Sarawak sepenuhnya.
 
 
Ruang Lingkup Kajian Perubahan Politik dan Sosio-Ekonomi
( Kesan Penjajahan/Peluasan/Campur tangan Kuasa Inggeris)
 
            Aspek-aspek perubahan
            Proses dan perkembangan
               
      Aspek-aspek perubahan yang dilaksanakan Inggeris:
j     Politik
1.        Aspek pemerintahan dan pentadbiran
j     Daripada Raja Mutlak/Feudal > Sistem Residen > Negeri Melayu Bersekutu /Negeri Melayu Tidak
Bersekutu/ Negeri Selat > Persekutuan 1896 > Desentralisasi > Kesatuan Malaya > Persekutuan 1948 :
j     Berkonsepkan pemerintahan oleh rakyat dan pengurangan kuasa raja yang menyentuh aspek agama
sahaja.
j     Pemilihan berdasarkan pilihanraya dan pewujudan dewan rakyat/ MMN dan MMP.
j     Mewujudkan jawatan Setiausaha Persekutuan dan Majlis Raja-Raja.
j     Bermulanya nasihat pegawai Inggeris yang wajib diikuti
j     Raja-raja dibayar elaun peribadi dan wang saku seperti yang diterima oleh Sultan Selangor dan
Perak.
 
Selangor Perak
Tahun Elaun Wang Saku Tahun Elaun Wang Saku
1889 18,000   1894 46,000 12,000
1903 20,000        
1904 24,000 6,000      
 
2.        Ideologi politik
j     Daripada Raja mutlak kepada Demokrasi dan Raja Berpelembagaan.
3.        Sistem perundangan
j     Pewujudan peraturan undang-undang dan mahkamah sekular.
j     Tertubuhnya institusi mahkamah dan hakim pembicaraan dan tidak terletak di tangan Sultan.
j     Wujudnya pasukan polis dan undang-undang bertulis.
4.        Kuasa dan kekuasaan
j     Perubahan kuasa pemerintahan daripada pembesar kepada pegawai Inggeris.
j     Sultan menjuruskan tugas dalam bidang kegamaan sahaja. Dalam Malayan Union kuasa inipun telah
diambil oleh Inggeris.
j     Pelantikan jawatan tidak dilantik oleh Sultan. Wujudnya MCS – Satu perkhidmatan awam yang berkuasa
melantik keki tangan kerajaan.
j     Peranan pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah, tetapi ditukar fungsi menjadi pegawai
kerajaan yang bergaji tetap.
j     Kuasa memungut hasil dan cukai bukan terletak pad pembesar, tetapi dikawal oleh perbendaharaan yang
diwujudkan oleh sistem pentadbiran Inggeris.
 
      Sosio-Ekonomi
1.        Sistem pendidikan
      Sukatan pelajaran , guru, matlamat dan tujuan pendidikan berdasarkan negeri ibunda kaum masing-
masing.
      Sistem pendidikan Melayu berteraskan bidang kemahiran sahaja.
      Sekolah-sekolah didirikan bagi pendidikan formal.
      Pembahagian 4 bahasa pengantar bagi setiap kaum.
      Pendidikan sekular dan berbentuk akedemik l diutamakan kepada golongan bangsawan.
2.        Demografi penduduk
      Taburan penduduk dibahagikan mengikut kerjaya. - orang Melayu di kampung-kampung, Cina di
bandar dan kawasan perlombongan, India di kawasan perladangan getah.
      Wujud sesetengah kawasan yang terlalu ramai kaum-kaum tertentu.
3.        Taburan pekerjaan
      Wujud kepelbagaian pekerjaan seperti bidang iktisas - doktor, peguam , hakim, pegawai tadbir,
perkeranian dll.
      Taburan pekerjaan tidak seimbang antara kaum. - Melayu bawahan sebagai petani dan kerja kampung.
Melayu bangsawan dan lulusan Inggeris - pegawai kerajaan. Cina:  peniaga dan pelombong. India :
penoreh getah dan pekerja pembinaan jalan keretapi.
      Taburan pekerjaan banyak terdapat di pantai barat dan di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh,
Pulau Pinang, Seremban serta kawasan yang berhampiran dengan sumber bahan mentah.
4.        Taraf  hidup penduduk
         Perkembangan hidup masyarakat Tanah Melayu meningkat, tetapi bukan penduduk pribumi. Ia hanya
melibatkan penduduk yang berhijrah ke Tanah Melayu. Ia dapat dilihat daripada penguasaan ladang
yang dimiliki oleh bangsa-bangsa di tanah Melayu seperti rajah berikut: ( Emerson, 1974 )
 
Keluasan ladang Eropah Melayu Cina India
100-1000 ekar 357 23 287 118
1000 dan > 296 - 12 -
 
5.        Kemajmukan
masyarakat                                                                                                                                                           
   
         Wujudnya masyarakat yang majmuk dengan kedatangan dan penghijarahan masyarakat Jawa, India
dan Cina.
         Kedatangan mereka memang telah diatur untuk memenuhi ruang kerja sebagai pekerja ladang, dan
pelombong timah. Orang Jawa bagi mendapat kesejahteraan hidup serta sebagai tenaga upahan
kalangan golongan atasan.
         Kemajumukan ini bukan sahaja kemajmukan komposisi penduduk, tetapi meliputi kemajmukan dalam
politik, agama, budaya, adat resam, pendidikan dan cara hidup.
6.        Infrastruktur
7.        Urbanisasi
8.        Ideologi ekonomi dan industrilisasi
9.        Perkembangan Teknologi moden
10.     Pemikiran dan tanggapan hidup masyarakat.
11.     Sistem ekonomi dan pencukaian
12.     Sistem Perbankan
13.     Pembangunan yang  tidak seimbang antara kawasan.
 
 
 
 
      Proses dan Perkembangan Perubahan
`      Sebab-sebab
1.        Ketidaktentuan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran seperti:
      wujudnya sistem kerah, serah, dan hamba abdi, tidak bersesuaian dengan konsep reformasi politik
Inggeris - liberalisme dan kapitalisme.
      sistem pengutipan cukai yang tidak bersesuaian dengan konsep wang untuk perbendaharaan negara dan
bukan pembesar. Bersesuaian dengan perubahan di Eropah pembesar tidak lagi menguasai sumber.
2.        Berlakunya sistem-sistem ekonomi dunia seperti ekonomi ekspot, perdagangan bebas, ekonomi sosialis dan
kekhuatiran Inggeris tehadap perkembangan ekonomi komunis.
3.        Persaingan kuasa-kuasa asing dan cara atasi dengan perkukuhkan institusi politik berteraskan konsep parlimen
Inggeris.
4.        Perkembangan permintaan bahan mentah dunia dan kepesatan ekonomi pasaran bebas.
5.        Peningkatan kesedaran tentang ketuanan bangsa dan perubahan minda penduduk tempatan kerana wujudnya
mobiliti masyarakat.
6.        Peningkatan kemasukan  warga asing dan peranan agen serta majikan Inggeris.
7.        Tumpuan golongan kapitalis terhadap wilayah yang berpotensi maju.
 
`      Cara perubahan
1.        Peningkatan bilangan sekolah dan pewujudan dasar pendidikan Inggeris.
2.        Membezakan sukatan dan tiada dasar pendidikan untuk perpaduan kaum.
3.        Tumpuan pekerjaan yang diaturkan oleh pihak Inggeris.
4.        Mengubah struktur dan sistem pentadbiran Melayu dan disesuaikan dengan kehendak Inggeris.
5.        Peningkatan pembukaan hutan dan penambahan peladangan.
6.        Pemberian dan jaminan pekerjaan bagi orang-orang asing dengan wujudnya Jabatan Orang Asing.
7.        Menghalang dan membasmikan penentangan daripada orang-orang Melayu.
8.        Menyogok kepimpinan Melayu dengan kekayaan dunia.
9.        Mengugut kepimpinan Melayu supaya patuh dengan dasar Inggeris. Sultan dijaminkan kedudukannya, jika
tidak, jadi seperti Sultan Abdullah. Sultan Ibrahim, Johor diugut supaya menerima penasihat.
 
`      Kesan perubahan dan Penerimaannya oleh orang Melayu
Lihat dari sudut:
a.        Masyarakat dan Individu Melayu
b.        Negara secara keseluruhannya.
 
         Masyarakat dan Individu Melayu
( Tercabarnya Maruah Melayu )
1.        Kehilangan kuasa dan kedaulatan
2.        Fungsi pembesar bertukar daripada mempunyai kuasa kepada pegawai kerajaan yang dibayar upah.
3.        Kedudukan masyarakat Melayu terpinggir.
4.        Menggugat kuasa politik dan persaingan politik perkauman.
5.        Kedudukan Sultan daripada pemerintah kepada penasihat kepada penasihat Inggeris.
6.        Kehilangan kuasa ekonomi.
7.        Wujudnya penentangan dan kebangkitan yang berterusan.
8.        Wujudnya rasa kesedaran dan nasionalisme Melayu.
 
( Timbulnya aktiviti pelanunan atau banditisme sosial ).
Kehilangan penguasaan dan wilayah oleh pembesar telah menggalakkan mereka untuk bergiat dalam aktviti
pelanunan. Hal ini kerana hak mereka untuk mencari kekayaan di negara sendiri telah dicemari oleh penguasaan
penjajah Inggeris. Lihat perjuangan Salleh Tui, Panglima Nayan, Awang Poh, dan Suleiman  Kerekau di Kedah.
Perjuangan mereka adalah kerana perubahan yang dilakukan oleh Inggeris dengan meninggalkan mereka serta
petani miskin dalam kemiskinan. Perubahan seperti pembayaran pelbagai cukai, sistem ekonomi komersial, dan
hilangnya bentuk-bentuk sosial tradisi seperti penghapusan penghambaan dan sistem kerah oleh Maxwell
sebenarnya menjadikan petani miskin hilang arah. Keadaan ini lebih menekan lagi apabila para pembesar serta
kapitalis barat dan Cina serta Chettiar India mula mencari keuntungan dan meningglkan kesengsaraan kepada
mereka.Oleh itu pembaratan Inggeris terhadap Kedah pada 1909 menjadi asas kepada kebangkitan banditisme
sosial ini
 
 
         Negara Secara Keseluruhannya
( Negara pengeluar bahan mentah utama dunia )
1.        Peningkatan ekonomi negara - Timah dan Getah
2.        Memperlihatkan perkembangan pendidikan dan prasarana.
3.        Pembukaan dan peluasan bandar-bandar.
 
( Tidak berupaya berdikari )
1.        Masih bergantung pada kekuasaan dan bantuan Inggeris.
2.        Perjalanan pentadbiran mengikut pentadbiran Inggeris
3.        Dasar-dasar yang dilaksanakan tidak mencerminkan dasar dalam lingkungan Tanah Melayu - Cth: Dasar
Pendidikan, Pertanian dan kependudukan.
4.        Penguasaan ekonomi oleh orang asing - Guthrie, Sime Darby, dan Dunlop.
 
( Wujud Kemajmukan Masyarakat )
1.        Penduduk- wujudnya masalah ras dan resisme.
2.        Pekerjaan - pembahagian bidang kerjaya.
3.        Pendidikan - perbezaan dasar dan sukatan dalam sistem pendidikan.
4.        Budaya - pencampuran dan amalan budaya yang bertentangan dengan budaya Melayu dan agama Islam.
 
??? - Sejauh manakah orang Melayu menerima perubahan ini?
Lihat sama ada perubahan itu memberikan manfaat kepada orang-orang Melayu.
??? - Adakah mereka bertindak terhadap perubahan ini. Perjelaskan.
Lihat sama ada wujud atau tidak penentangan. Jika wujud penentangan,  apakah bentuk penentangan.
Adakah secara pemberontakan, kebangkitan, perjuangan politik, perundingan ataupun kecaman?
Hubungkaitkan juga dengan Nasionalisme Melayu.
 
 
Perubahan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran
 
Tanah Melayu
 
1. Negeri Selat
2. Sistem Residen
3. Negeri Melayu Bersekutu /Negeri Melayu Tidak Bersekutu
4. Persekutuan 1896
5. Desentralisasi ( Pengagihan Kuasa)
6. Kesatuan Malaya
7. Persekutuan 1948
8. Sistem Ahli
9. Persekutuan 1957
 
Sarawak dan Sabah

You might also like