Latih Tubi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LATIH TUBI

1 Maklumat di bawah berkaitan dengan BlackRed Sdn Bhd.

BlackRed Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat di Korea. Syarikat berjaya mencipta
teknologi baharu dalam penghasilan vitamin daripada buah kelapa sawit. Syarikat
D’Herba Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan yang menghasilkan pelbagai
vitamin menggunakan hasil herba tempatan. Kedua-dua syarikat bersetuju untuk
membuat satu syarikat baharu yang dikenali sebagai BlackHerb Sdn Bhd dengan
pejabat dan kilang di kawasan perindustrian Shah Alam, Selangor. Untung rugi yang
diperolehi akan dikongsi pada kadar nisbah 50:50 antara Syarikat BlackRed Sdn bhd
dan D’Herba Sdn Bhd masing-masing.

(a) Apakah bentuk pemilikan Syarikat Blackherb Sdn Bhd? [1


markah]
(b) Berdasarkan jawapan di 7 (a), Huraikan kelebihan bentuk pemilikan tersebut.[9
markah]
(c) Berikan lima komponen asas dalam perniagaan [5
markah]

2 Datin Seri Atiqah merupakan seorang bekas pengurus di sebuah syarikat. Beliau
bercadang ingin bersara dan membuka perniagaan seperti dalam rajah berikut.

BUTIK ATIQAH

(a) Cadangkan tiga bahagian fungsian yang paling sesuai diwujudkan oleh Datin Seri
Atiqah bagi memastikan beliau menjayakan matlamatnya. [3 markah]

(b) Jelaskan tiga tujuan bahagian-bahagian dalam organisasi perniagaan yang


dicadangkan.
[6 markah]

(c) Datin Seri Atiqah bercadang ingin membuka butik dalam talian dengan menggunakan
media sosial. Pada pendapat anda, apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan
media sosial dalam menjalankan sesebuah perniagaan. [6 markah]

2
3

(a) Berikan maksud kebolehkerjaan. [2 markah]

(b) Berdasarkan iklan jawatan kosong di atas, huraikan kemahiran kebolehkerjaan yang

diperlukan oleh seorang calon pekerja untuk mendapatkan jawatan tersebut?

[8 markah]

(c) Nyatakan lima faedah yang akan diperolehi seorang pekerja dalam sistem penggajian

[5 markah]

3
4 (a) Gambar di bawah menunjukkan satu jenis milikan perniagaan.

(i) Apakah jenis milikan perniagaan tersebut. [1 markah]


(ii) Terangkan ciri jenis milikan perniagaan di (a) (i).
[5 markah]
(b) Gambar di bawah menunjukkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi
dalam perniagaan.

(i) Nyatakan tujuan penggunaan


sistem tersebut. [4 markah]
(ii) Terangkan kaedah yang boleh digunakan untuk mengaplikasi
maklumat melalui sistem di atas. [5 markah]
5 a) Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis sumber dalam sebuah
perniagaan.

4
Sumber X

i Apakah sumber X ? [1 markah]


ii Bagaimanakah pemilik perniagaan di atas menjalankan prosedur
mengurus sumber X ? [8 markah]

b) Huraikan dua kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi


kerajaan bagi membantu usahawan. [6 markah]

6 (a) Maklumat berikut dipetik dari penyata kewangan Puteri Enterprise.


Stok / Inventori Awal RM 25 000
Belian RM55 000
Jualan RM97 000
Stok / Inventori Akhir RM32 000

Hitungkan
i) Kos jualan [2 markah]
ii) Untung kasar [1 markah]
iii) Pusing ganti stok [4 markah]

(b) i) Nyatakan tiga faktor bagi peniaga untuk memulakan sesuatu perniagaan
Selain daripada lokasi. [3 markah]
ii. Jelaskan faktor untuk memilih lokasi sesuatu perniagaan. [5 markah]

7. Dialog berikut menunjukkan gaya pengurusan Encik Hakim dan Encik Aqil.
Encik Hakim : Saya sentiasa memberi peluang dan kebebasan kepada pekerja
saya untuk memberi idea dan membuat keputusan dalam kerja
tetapi masih dalam pengawasan saya. Saya percaya dan yakin
pekerja saya boleh melakukan kerja dengan cemerlang.
Encik Aqil : Tapi Encik Hakim, saya lebih suka membuat keputusan sendiri
tanpa perlu bertanya kepada pekerja. Lagipun saya ingin
pastikan matlamat yang ditetapkan dicapai tepat pada masa.
Pekerja hanya perlu ikut arahan sahaja.

5
(a Adakah anda bersetuju dengan gaya pegurusan Encik Aqil.
) Berikan alasan anda. [5 markah]

(b Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang sesuai diambil kira oleh Encik Hakim untuk
) bakal pekerja di syarikat beliau. [4 markah]

c Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh peniaga selepas mendapat perakuan
pendaftaran perniagaan tersebut. [6 markah]

8. Maklumat berikut berkaitan dengan situasi ekonomi di negara S.

Negara S telah mengalami suatu masalah ekonomi yang menjadi semakin serius.
Harga barang dan perkhidmatan menurun secara berterusan untuk tempoh dua
tahun.Faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku termasuklah factor
permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk meramalkan hargabarang dan
perkhidmatan akan terus jatuh. Pembeli memilih untuk menangguhkan pembelian.

(a) Apakah masalah ekonomi yang berlaku di negara S? (1 markah)


(b) Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ekonomi tersebut
dalam negara S. (2 markah)
(c) Jelaskan kesan ekonomi tersebut dinegara S. (3 markah)
(d) Bagaimanakah kerajaan di negara S dapat mengatasi masalah ekonomi tersebut?
(9 markah)
9. Situasi di bawah menunjukkan seorang usahawan pemilik Syarikat Cuci-Cuci
Enterprise yang mengeluarkan produk sabun pakaian berjenama “NgetopBersih”.

 Encik Kamarul bercadang untuk mengeluarkan produk sabun mencuci


pakaian berasaskan isi kelapa sawit untuk kegunaan harian.
 Produk tersebut telah dijual di sekitarJasin dan telah mendapat sambutan
yang baik.
 Beliau juga bercadang meluaskan pasaran produk tersebut ke seluruh
negeri Melaka dan juga secara dalam talian @ online.

Merujuk kepada situasi di atas, jawab soalan berikut:


(a) Terangkan tiga sumber fizikal yang diperlukan oleh En. Kamarul (6 markah)

(b) Jelaskan dua tujuan mengurus sumber fizikal. (4 markah)

(c) Bagaimanakah prosedur mengurus sumber fizikal? (5 markah)

6
(d) Gambar berikut menunjukkan barangan elektrik yang dikeluarkan oleh sebuah
syarikat di Malaysia.

Jelaskan saluran agihan yang sesuai digunakan oleh syarikat tersebut? [5 markah]

10 Situasi berikut adalah perbualan antara Ali dan Abu berkaitan faktor memulakan
perniagaan.

Saya bercadang nak mula berniaga


secara kecil-kecilan di hadapan Setahu saya, pihak PBT ada
rumah saya sahaja, tapi saya serba menyediakan ruang niaga di bandar
salah

ALI ABU
(a)(i) Jelaskan kelebihan lokasi yang dinyatakan oleh Abu. [6 markah]
(a)(ii) Untuk memulakan perniagaan milikan tunggalnya, Ali perlu tahu prosedur
pendaftaran perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak SSM dan PBT.
Jelaskan prosedur dan kesannya jika Ali tidak mengikutinya. [4 markah]

(b) Gambar berikut menunjukkan satu aktiviti perniagaan yang dijalankan di


7
negara kita yang melibatkan pengurusan sumber fizikal dan teknologi.

Terangkan kesan sumber manakah yang lebih utama diambil berat dalam
perniagaan ini serta implikasinya terhadap perniagaan tersebut. [5 markah]

You might also like