Sistem Penghantaran

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1.

0 SISTEM PENJANAAN

Penjanaan elektrik
adalah merupakan proses di mana tenaga mekanik ditukarkan kepada tenaga elektrik. Ia juga
merupakan satu industri yang membekalkan tenaga elektrik untuk kegunaan industri dan rumah-
rumah kediaman. Bagi negara kita, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memainkan peranan yang
besar dalam pembekalan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik bagi lima juta penduduk
termasuk di Sabah dan Sarawak. TNB menjana 62 peratus keperluan tenaga elektrik di
Semenanjung Malaysia yang meliputi 7500MW.

Bagi memperolehi tenaga mekanik bahan-bahan pembakaran seperti minyak, gas,


dan arang batu digunakan di stesen-stesen janakuasa sebagai bahan api untuk menghasilkan
haba. Tenaga mekanik juga dapat dihasilkan dengan menggunakan sumber tekanan air dari
empangan, menggunakan kuasa angin dan gelombang laut. Kuasa nuklear juga digunakan bagi
menghasilkan haba dengan proses yang dinamakan pembelahan nuklear. Haba yang terhasil akan
digunakan bagi memanaskan air yang kemudian bertukar menjadi stim. Kuasa stim ini akan
memutarkan turbin dan turbin pula akan memutarkan penjana bagi mengeluarkan tenaga elektrik.

Di negara kita,
terdapat berbagai-bagai jenis stesen penjanaan u tuk menghasilkan tenaga elektrik. Biasanya cara
atau kaedah yang digunakan bagi menggerakkan penjan oleh stesen tersebut akan menentukan
jenis stesen penjana itu. Berikut merupakan beberapa jenis penjana yang terdapat di negara kita
iaitu:

1) stesen penjana jenis turbin gas


2) stesen penjana jenis haba
3) stesen penjana hidro
4) stesen penjana diesel
5) stesen penjana kitar padu

Terdapat juga
stesen-stesen penjana yang menggunakan lebih dari satu kaedah bagi menggerakkan penjana.
Penggunaan bahan pembakaran juga dipelbagaikan di setengah-setengah stesen penjana.
Contohnya terdapat stesen penjana terbaru di Pelabuhan Kelang yang menggunakan minyak, gas
dan arang batu sebagai sumber bahan api.
2.0 SISTEM PENGHANTARAN

Kuasa-kuasa elektrik yang dijanakan oleh


penjana di stesen-stesen penjana akan dinaikkkan dengan menggunakan pengubah. Proses
penghantaran tenaga elektrik bermula dari janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang
voltan tinggi. Sesebuah stesen janakuasa elektrik akan menghasilkan voltan janaan 11kV.
Kemudian voltan janaan ini ditingkatkan dengan menggunakan pengubah peninggi ke nilai
66kV, 275Kv dan 400kV. Ini adalah perlu bagi penghasilan tenaga elektrik yang mencukupi
serta bagi mengatasi masalah kesusutan voltan dalam penghantaran kelak.

Dari lapangan suis di tiap-tiap


stesen penjana, kuasa elektrik akan digabungkan melalui sistem yang dinamakan sistem grid
Nasional. Jaringan talian ini dimiliki dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.
Penghantaran kuasa-kuasa elektrik ini dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem dengan
kadaran voltan yang tertentu. Sistem penghantaran tenaga elektrik yang dijalankan sekarang
ialah:

a) Sistem penghantaran talian atas :

i) litar dua (dupleks)


ii) litar satu
b) Sistem penghantaran kabel bawah tanah
c) Sistem penghantaran kabel dasar laut

Kadar voltan di dalam sistem penghantaran ini pula adalah seperti berikut :
a) 275kV - talian atas sahaja
b) 132 kV - talian atas, kabel bawah tanah, kabel dasar laut.
c) 66kV - talian atas, kabel bawah tanah, kabel dasar laut.
Voltan yang dihantar melalui sistem grid Nasional perlulah disesuaikan mengikut keperluan
pengguna. Biasanya voltan yang tinggi tadi diturunkan kepada nilai-nilai yang tertentu mengikut
keperluan setempat. Dua cara bagi penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik dilakukan, iaitu:
a) sistem jejari
b) sistem gelang dengan satu atau dua penyuap
Voltan mula-mula diambil dari rangkaian sistem grid Nasional. Dari sini nilai-nilai voltan itu
diturunkan melalui substesen-substesen elektrik. Sambungan boleh dibuat samada dengan sistem
jejari atau sistem gelang kepada pengguna atau ke kawasan tertentu.

KOD WARNA:
Hitam : Janakuasa
Biru : Penyiaran
Hijau : Pengagihan

Rajah sistem penghantaran tenaga elektrik


3.0 SISTEM PENGAGIHAN

Ia merupakan bekalan yang diagihkan


kepada rumah-rumah kediaman pada peringkat terakhir yang bermula daripada pencawang
voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna. Pencawang tinggi mengagihkan voltan
kepada pengguna mengikut keperluan yang dikehendaki. Pada kebiasaannya, rumah-rumah
kediaman adalah daripada sistem 3 fasa 4 dawai. Bagi menampung keperluan sesuatu kawasan
kediaman, bekalan 3 fasa 4 dawai disalurkan dari kawasan pencawang (substesen) ke kawasan
pengguna. Sistem fasa tunggal 2 dawai sebenarnya diambil daripada 3 fasa 4 dawai.
Perseimbangan beban pada tiap-tiap fasa merupakan faktor yang mesti diambil kira dalam
mengagihkan bekalan melalui sistem fasa tunggal 2 dawai. Beban yang tidak seimbang daripada
pengambilan sistem fasa tunggal 2 dawai akan menyebabkan ketidakseimbangan beban pada
system 3 fasa.

Terdapat 2 sistem bekalan tenaga elektrik iaitu sistem fasa tunggal dan sistem tiga fasa.

1) Sistem fasa tunggal


Sistem fasa tunggal 240V dibekalkan untuk rumah kediaman. Bekalan ini
membolehkan pengguna menggunakan peralatan dan perkakasan elektrik seperti seterika, peti
sejuk,TV dan sebagainya digunakan dengan selamat. Terdapat juga bekalan elektrik 115V yang
digunakan di negara-negara lain seperti Jepun, Canada dan sebagainya.
2) Sistem tiga fasa
Sistem tiga fasa menghasilkan voltan 415V untuk kegunaan industri. Voltan ini
diperolehi daripada pengubah perendah di substesen. Pengubah menggunakan sambungan cara
Delta-delta atau Delta Bintang antara gelung utama dengan gelung kedua pengubah substesen.
Bagi mengelakkan kekeliruan, satu kod warna bagi talian tiga fasa diperkenalkan pada kabel
pendawaian.
Sistem pengagihan tenaga elektrik ke pengguna
Sumber: http://powerelectrical.blogspot.com/2007/03/thermal-power-plant-layout-and.html
Proses Penghantaran dan Pengagihan
Sumber: http://www.scribd.com/doc/6229966/Teknologi-Elektrik-1-E1063-Unit-3

4.0 LITAR KAWALAN PENGGUNA


4.1 Hak milik
i.  Aksesori Kawalan  Pembekal

Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama.  Ianya bermula dari
fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj.  Aksesori ini adalah hak milik pembekal
tenaga elektrik (TNB).  Pengguna tidak boleh melakukan sebarang, percubaan, tentukan dan
penyambungan luar. Bekalan utama merupakan bekalan yang disalur masuk dari kabel sistem
fasa tunggal 2 dawai ke rumah kediaman. Bekalan utama akan disambungkan ke rumah
kediaman melalui fius perkhidmatan (service fuse) dan penyambung neutral (neutral link)
kemudian disambungkan ke meter kilowatt-jam. Selepas meter kilowatt-jam, bekalan ini akan
disalur masuk melalui kabel talian hidup (L) dan neutral (N) ke papan kawalan agihan di dalam
rumah untuk kegunaan penggunanya.

ii.    Aksesori Kawalan Pengguna

Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:


Ø  Pengasing/pemencil   - Suis fius atau MCCB/NFB
Ø  Pemutus Litar Bocor ke bumi  - kendalian arus baki
Ø  Kotak Agihan  - fius aksesori pemutus litar minature

Kegunaan pemencil adalah untuk memisahkan bekalan utama ke litar pengguna. Di dalam
pemencil terdapat sebuah fius. Nilai fius ini bergantung kepada berapa banyak beban yang
digunakan.

Perlindung arus lebihan adalah bertujuan untuk melindungi litar, kelengkapan elektrik atau kabel
daripada menerima arus yang berlebihan dari had yang ditetapkan. Peranti seperti fius, MCB
atau MCCB biasanya digunakan sebagai pelindung arus lebihan.

Perlindung arus bocor ke bumi digunakan untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik
terhadap penggunanya. Jika berlakunya arus bocor ke bumi peralatan ini akan memutuskan
bekalan utama ke litarnya secara automatik. Oleh itu, pengguna akan terselamat dari terkena
kejutan elektrik.

LITAR AKHIR

Litar akhir ialah litar yang disambungkan di antara kotak fius agihan atau suis-suis atau kotak
pemutus litar agihan dengan satu atau lebih poin lampu, kelengkapan, soket alur keluar atau
kelengkapan elektrik di pemasangan itu. Bagi memudahkan kerja penetapan peraturan atas litar
akhir ini,pihak I.E.E. telah membahagikan litar akhir ini berdasarkan permintaan arus setiap
kelengkapan atau poin atau alur keluar itu. Kelengkapan atau poin alur keluaran yang
menggunakan litar akhir itu dinyatakan dalam jadual 4A dan 5A buku peraturan I.E.E.

Beberapa peraturan penting I.E.E.E untuk litar akhir kurang daripada 15Amp ialah:
314-2 Jika sesuatu pemasangan mempunyai lebih daripada satu jenis litar akhir,  tiap-
tiap litar akhir itu hendaklah disambungkan secara berasingan dalam kotak
agihan (berlainan fius dan kawalannya)  bagi mencegah gangguan  bekalan
jika  litar akhir itu mengalami kerosakan.

314-4 Pendawaian  setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik (neutral dan
hidup berlainan)  kecuali bumi.  Susunan pemasangan neutral seboleh-
bolehnya sama dengan susunan pemasangan fius (dan dipasang berurutan
mengikut hieraki kadaran arus fius bagi memudahkan pemeriksaan).
Litar akhir bagi soket alur keluar adalah terdiri daripada 5A, 13A, 15A, 16A, 30A.

Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 1363

Jenis Pelindung arus lebih Saiz minimum pengalir Luas


litar maksimum
lantai yang
boleh
dibekalkan
(mm2)

    Kabel Kabel Kabel  


pengalir pengalir pengalir
kuprum aluminium kuprum
bertebat berlapis bertebat
PVK kuprum mineral
atau bertebat (mm2)
getah PVK(mm2)
(mm2)

100
A1 Kadaran Jenis 2.5J 4 1.5
gelang (Amp)  

  30 atau Sebarangan      
32

A2 30 atau Fius kartrij 4 6 2.5 50


jejari 32 atau
pemutus
litar

A2 20 Sebarangan 2.5 4 1.5 20


jejari

Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal

4.2 Fungsi & Simbol Piawai

 Fius pemutus dan perangkai neutral – sebagai


pelindung arus lebihan dan menghadkan arus
pengguna.
 Meter Kwj – mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi kadar bayaran tarif.
 Suis utama – sebagai pengasing litar dan perlindungan arus berlebihan.
 Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus –
alat –alat pelindung kepada kebocoran arus ke
bumi dan sebagai pengasing litar.
 Kotak agihan – pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan

Litar lampu menghubungkan tenaga elektrik kepada beban lampu atau kuasa am. Manakala litar
kuasa (soket alir keluar) disambungkan kepada beban untuk soket alir keluar.

Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang paling banyak
digunakan adalah palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Ada juga aksesori digunakan untuk
tujuan perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litar pintas atau arus bocor.

Kawalan dan perlindungan pendawaian adalah suatu sistem pemencilan


/pengasingan dan pensuisan serta sistem perlindungan yang mesti ada di dalam setiap
pendawaian domestik. Perlindungan bermakna memberi penjagaan kepada alat-alat pemasangan
daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, kebocoran arus
ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya. Di samping perlindungan daripada bahaya kilat,
terdapat tiga jenis perlindungan yang perlu diadakan seperti berikut:

i. Pemencil (Isolator)
Pemencil merupakan satu alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada
pengguna dengan membukakan sambungan kabel hidup dan neutral secara serentak.
Untuk bekalan 1 fasa, ia menggunakan suis 2 kutub berangkai. Manakala untuk bekalan 3
fasa, ia menggunakan suis 3 kutub berangkai.
Tujuan mengadakan pemencil ialah mengasingkan litar dan seterusnya dapat melindungi
pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan jika berlaku kebocoran dan sentuhan
renjatan. Biasanya pemencil dipasang pada permulaan litar. Selain itu, pemencil boleh
digunakan untuk memutuskan bekalan sebelum kerja-kerja membaiki kerosakan atau
membuat pendawaian tambahan. Kadaran pemencil hendaklah dipadankan dengan
kadaran arus bekalan dan beban. Yang penting, pemencil mestilah mampu membawa
arus beban penuh dan berkeupayaan memutuskan dan menyambungkan bekalan seperti
yang diperlukan.
ii. Perlindungan Arus Lebih (Over Current Protection)
Alat ini berfungsi untuk memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatik) apabila
berlaku arus lebih (litar pintas dll) daripada yang dihadkan. Alat ini dipasang pada dawai
hidup di awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan. Tujuan memasang pelindung
arus lebih pada sesuatu pemasangan ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada
sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran keupayaan maksimum alat itu mengalir
di dalam litar. Di samping itu, ia juga melindungi kabel daripada rosak.

iii. Suis

Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus dan menyambung
bekalan kepada peralatan elektrik. Terdapat banyak jenis suis diantaranya ialah suis togel,
suis satu hala, suis satu kutub dua hala, suis siling dan lain-lain.

iv. Soket alur keluar dan palam

Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan kepada peralatan elektrik mudah alih.
Soket alur keluar mempunyai dua atau tiga alur terminal manakala palam pula merupakan
bahagian yang boleh digerakkan yang mempunyai dua atau tiga pin untuk dimasukkan ke
dalam soket alur keluar. Saiz piawai bagi peralatan tersebut adalah 2A, 5A, 15A dan 30A.

v. Siling Ros
Siling ros digunakan untuk penamatan dawai pendawaian bagi lampu. Pengguna mesti
mematikan suis utama sebelum penyambungan kepada lampu dilakukan.
Litar kawalan dan litar akhir
5.0 LITAR PENGGERA PENCURI
a) litar skematik

Litar skematik bagi sistem penggera pencuri

b. Fungsi Komponen Elektronik Bagi Sistem Penggera Pencuri


1. C1 & C3 - Kapasitor

 Kapasitor atau pemuat digunakan untuk menyimpan dan membuang cas elektrik.

 Amaun cas yang boleh disimpan dalam kapasitor bergantung kepada :

a) Voltan yang dibekalkan kepada plat-plat, iaitu semakin tinggi voltan, semakin
banyak cas disimpan.
b) Kerapatan plat, iaitu plat yang rapat menambahkan keupayaan cas.
c) Keluasan plat, iaitu semakin luas plat, semakin banyak cas yang diperoleh.
2. C2 - Kapasitor elektrolitik

 Kapasitor berkutub dinamakan sebagai kapasitor elektrolitik atau pemuat

elektrolitik.

 Digunakan untuk menyimpan dan membuang cas elektrik.

 Kapasitor jenis ini hendaklah dipasang mengikut kekutuban yang betul iaitu kutub

positif(+) kapasitor hendaklah disambungkan kepada punca positif bekalan

manakala kutub negatif (-) kapasitor disambung kepada punca negatif bekalan.

 Kekutuban kapasitor dilabelkan pada badan kapasitor.

3. R1, R2 & R3 - Perintang

 Perintang merupakan komponen yang biasa terdapat dalam litar elektronik.


 Fungsi utama perintang adalah untuk mengawal arus dan voltan dalam litar.

 Terdapat dua jenis perintang iaitu perintang tetap dan perintang bolehubah.

 Perintang tetap mempunyai nilai yang tetap manakala perintang bolehubah


mempunyai nilai yang boleh diubah dengan melaras shaft.

4. D1 - Diod

 Diod merupakan satu komponen elektronik yang membenarkan arus mengalir


hanya dalam satu arah sahaja.

 Tanda anak panah dalam simbol diod menunjukkan arah aliran arus.

5. Q1 - Transistor NPN

 Transistor adalah komponen elektronik yang penting penggunaannya dalam alatan


elektronik.
 Ia berfungsi untuk meninggikan arus, voltan dan kuasa selain digunakan sebagai
suis.

 Binaan transistor – mempunyai 3 kaki iaitu pemungut (collector), tapak (base) dan
pemancar (emitter).

6. IC CMOS = 1 OFF 4001 & 14 PIN SOKET

 Menghasilkan signal berdigit sebagai keluarannya.

 Untuk menjadikan satu litar kompleks yang bersaiz kecil dan menjimatkan ruang.

 Nombor-nombor pada badan IC dapat menyatakan fungsi-fungsinya dengan

merujuk kepada lembaran data daripada pembekal atau pengilang.

 Terdapat tanda pada bahagian atas permukaan I.C. bagi membantu mengenal pasti
nombor-nombor pin I.C.
7. BUZER

 Buzer adalah komponen yang berfungsi untuk menukarkan gelombang


elektrik
kepada gelombang bunyi berfrekuensi tinggi.
 Ia digunakan pada alatan yang berfrekuensi tinggi seperti penggera dan
siren.
 Terdapat dua jenis buzzer iaitu:
a. Buzer piezo


Dapat mengeluarkan nada bunyi
yang nyaring
 Berkutub negatif dan positif

 Memerlukan voltan 1.5V – 12V

b. Buzer elektromagnet
 Dapat mengeluarkan nada bunyi yang rendah
 Tiada kutub

RUJUKAN

Abd. Samad b Hj Hanif, & Mohd Nazi b Hj Mustafa. (1989). Teknologi elektrik Tingkatan 4.

Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Abd. Samad b Hj Hanif, & Mohd Nazi b Hj Mustafa. (1989). Teknologi elektrik Tingkatan 5.

Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Ng Ka Kui & Mohd Noh Sarip.(2011).HBLS3203 Asas Elektrik Dan Elektronik. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.

http://www.zen22142.zen.co.uk/ronj/cm01.html

You might also like