Dokumen Sebutharga Sh01-Ppki

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 39

JABATAN PENDIDIKAN

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


ARAS 7, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

DOKUMEN SEBUT HARGA

NO. SEBUT HARGA :


JPWPP/PPKI/SH/01/2021

TAJUK KERJA:

KERJA - KERJA PENYENGGARAAN DAN PENYEDIAAN


KEMUDAHAN MESRA OKU DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
SENARAI SEMAKAN
(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Di tanda Untuk Di tanda


Oleh Syarikat Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut
Harga

1. Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat


Malaysia (SSM)

2. Salinan Sijil Pendaftaran CIDB

3. Salinan Sijil Perakuan Bahan daripada TIDAK TIDAK


Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia BERKENAAN BERKENAAN

4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran


Kontraktor (PPK)

5. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan


(SPKK)

6. Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB)

7. Salinan Sijil Kementerian Kewangan TIDAK TIDAK


(MOF) di bawah kod bidang 220401 BERKENAAN BERKENAAN

8. Salinan Sijil Pusat Kontraktor TIDAK TIDAK


(PUKONSA) -Sabah BERKENAAN BERKENAAN

9. Salinan Sijil Unit Pendaftaran Kerja dan TIDAK TIDAK


Juruperunding (UPKJ)- Sarawak BERKENAAN BERKENAAN

10. Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan


Lengkap (termasuk nilai tawaran dan
tempoh siap) dan Ditandatangani

11. Borang Latar Belakang Kontraktor


12. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank
bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (Nov - Dis
2020 & Jan 2021)

13. Surat Akuan Pembida

14. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog TIDAK TIDAK


(jika berkaitan) BERKENAAN BERKENAAN

15. Cadangan Penyelenggaraan / TIDAK TIDAK


Penyenggaraan (jika perlu) BERKENAAN BERKENAAN

Pengesahan Oleh Syarikat Untuk Kegunaan Kerajaan

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga /
telah membaca dan memahami semua syarat- Tender mengesahkan penerimaan dokumen
syarat dan terma yang dinyatakan di dalam bertanda kecuali bagi perkara bil…………
dokumen sebut harga. Semua maklumat yang (jika ada)
dikemukakan adalah benar.

Tarikh : Tarikh :
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Tandatangan : Tandatangan Pengerusi :

Tarikh :
Nama :
Jawatan :
Tandatangan Ahli:
KERJA - KERJA PENYENGGARAAN DAN PENYEDIAAN
KEMUDAHAN MESRA OKU DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

NO. SEBUT HARGA :


JPWPP/PPKI/SH/01/2021

ISI KANDUNGAN:

1. Notis Sebutharga (dicetak daripada https://myprocurement.treasury.gov.my/)

2. Arahan Kepada Penyebut Harga

3. Syarat-syarat Sebut Harga Untuk Kerja

4. Syarat-syarat Am Sebutharga

5. Jadual Harga.

6. Lampiran.

i) Latar Belakang Kontraktor

ii) Surat Akuan Pembida


1. Notis Sebutharga
1. Pihak Penyebuthraga perlu merujuk maklumat berkaitan sebut harga pada Notis
Sebutharga.

2. Maklumat yang perlu dipatuhi adalah seperti Gred, Kategori, Pengkhususan, dan
alamat pendaftaran bagi daerah yang terlibat sepertimana yang terdapat pada Sijil
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
(SPKK), CIDB

4. Pihak Penyebutharga juga perlu mematuhi dan mengemukakan Sijil Taraf


Bumiputera (STB) daripada Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan
(BPKU) / Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

5. Pihak Penyebutharga perlu memastikan bahawa Sijil-Sijil Pendaftaran dari CIDB


dan BPKU/PKK adalah masih sah tempoh sahlaku sehingga tarikh tutup sebut
harga yang terlibat.

6. Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan dan taklimat tapak tidak akan dilaksanakan
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehubungan itu pihak
penyebutharga perlu membaca dan memahami semua dokumen sebut harga
yang terlibat sebelum menghantar dokumen yang telah lengkap kepada pihak
Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.

7. Dokumen Sebut Harga boleh didapati secara percuma melalui permohonan


secara emel kepada [email protected]. Hanya penyebutharga yang
memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja akan menerima dokumen sebut harga.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB), Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan
Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Dokumen Sebut
Harga boleh diperoleh sebagaimana tarikh dan masa seperti berikut kecuali
waktu rehat :-

Tarikh : 5 April 2021 – 7 April 2021


Masa : 8.30 Pagi Hingg 4.00 Petang
Waktu rehat : 1.00 Petang – 2.00 Petang (Isnin – Khamis)
12.45 Tengahari – 2.45 Petang (Jumaat)

8. Dokumen Sebut Harga yang telah dicetak dan telah lengkap diisi hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis Nombor Sebut Harga,
Nama Projek dan Tarikh Tutup dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit
Perolehan, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan
sebelum jam 12.00 tengahari.
9. Sila ambil maklum bahawa pihak Jabatan Pendidikan WP Putrajaya tidak akan
menerima dokumen sebut harga yang lewat dihantar dan sebarang rayuan tidak
akan dilayan.

10. Pihak Penyebutharga perlu melengkapkan/ mengemukakan semua maklumat


yang dinyatakan dan menandatangani ruangan Penyebutharga bagi
mengesahkan setiap tindakan yang telah diambil.

11. Pihak Jabatan Pendidikan WP Putrajaya tidak akan bertanggungjawab ke atas


dokumen yang tidak dikemukakan dan tidak mematuhi syarat-syarat Sebut Harga.

12. Jabatan Pendidikan WP Putrajaya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.
2. Arahan Kepada Penyebut
Harga
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT


HARGA.

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebut harga yang


terendah atau mana-mana Sebut harga atau memberi apa-apa sebab
di atas penolakan sesuatu Sebut Harga. Keputusan Jawatankuasa
Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala


maklumat berikut dengan sepenuhnya :-

(a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut


Harga.

(b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut


Harga.

(c) Senarai Kerja Dalam Tangan.

(d) Maklumat Kontraktor di Bahagian Latar Belakang


Kontraktor

(e) Jadual Kadar Harga (Jika ada)

(f) Butir – butir Spesifikasi (Jika ada)

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di


atas Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua
pembetulan. Penggunaan sebarang cecair pemadam adalah
dilarang sama sekali.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga.

(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap


hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri
yang dicatatkan dengan bilangan Sebut Harga NO.
SEBUT HARGA : JPWPP/PPKI/SH/01/2021 serta tajuk
sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti
sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan
dalam Notis Sebut Harga.

(b) Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan


tangan, Pentender hendaklah menghantar Dokumen
tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum
masa dan di tempat yang ditetapkan.

(c) Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang


ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan
dipertimbangkan.

2.3 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga


yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh
menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut.

JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN


PUTRAJAYA
ARAS 7, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Tel : 03-8889 7445


Faks : 03-8889 0090

3. TEMPOH SIAP KERJA

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh masa tidak melebihi


12 Minggu.
4. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA.

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah


ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.

5. TEMPOH SAH SEBUT HARGA.

Sebut Harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebut Harga.
Kontraktor tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat
tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya
Kontraktor menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah
Sebut Harga.

6. LAWATAN TAPAK.

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan dan taklimat tapak tidak akan
dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), sehubungan itu pihak penyebutharga perlu membaca dan
memahami semua dokumen sebut harga yang terlibat sebelum
menghantar dokumen yang telah lengkap kepada pihak Jabatan
Pendidikan WP Putrajaya.

7. BARANGAN IMPORT DAN PERKHIDMATAN ASING.

Pentender hendaklah mengambilkira di dalam tawarannya ke atas


masa dan perbelanjaan yang diperlukan bagi mematuhi syarat-syarat
penggunaan barangan import. Pentender tidak dibenarkan
mengimport sebarang bahan, loji, peralatan, kenderaan atau lain-lain
barangan berkaitan dengan kerja-kerja Sebut Harga ini kecuali yang
telah diluluskan oleh MITI (Ministry International Trade &
Industry). Sekiranya barangan tempatan tiada di dalam pasaran,
pentender hendaklah memohon kebenaran daripada MITI dan
Jabatan Perbendaharaan Negara bagi menggunakan barangan
import.
3.0 SYARAT-SYARAT SEBUT
HARGA UNTUK KERJA
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA

1. PEMERIKSAAN TAPAKBINA.

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan


sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan
dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara
perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah
mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar
jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas
sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada
kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan
dipertimbangkan.

2. INSURANS.

Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor


mengambil insurans seperti berikut :-

a) Insurans Pampasan Pekerja (Workmen Compensation) dan /


atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua
pekerjanya.

b) Insurans Liabiliti Awam dan / atau Insurans Kerja (sekiranya


dinyatakan di dalam Butir-Butir Ringkasan Sebut harga).

bagi tempoh perlaksanaan Kerja ini.

Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua


polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO
yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun
untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan
resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor
gagal mengemukakan semua polisi Insurans selepas tempoh sah
Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah,
Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal
11(d).
3. BON PERLAKSANAAN

Bon Perlaksanaan dikenakan bagi kontrak kerja yang melebihi


RM200,000.00. Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon
Pelaksanaan sebanyak lima peratus (5%) daripada jumlah harga
kontrak sebelum sesuatu kerja dimulakan.

4. BAYARAN PENDAHULUAN

Bagi kontrak kerja, bayaran pendahuluan boleh diberi sehingga 25%


daripada jumlah nilai kerja pembina (Builder’s Works) atau
maksimum RM100,000.00 mengikut mana yang lebih rendah.

4.1 Bagi mendapat kemudahan bayaran pendahuluan tersebut,


syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi:

a) Dibenarkan bagi kontrak yang bernilai melebihi


RM200,000.00 hingga RM500,000.00.

b) Kontraktor Gred G2 dan ke atas yang melaksanakan


projek dengan tempoh siap projek melebihi tiga (3) bulan
boleh memohon untuk kemudahan bayaran Pendahuluan
tertakluk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa.

b) Inden Kerja/Pesanan Kerajaan telah ditandatangani dan


di keluarkan.

c) Polisi-Polisi insuran yang dinyatakan dalam syarat-syarat


kontrak telah dikemukakan.

d) Jaminan bagi bayaran pendahuluan bagi


bekalan/perkhidmatan/kerja hendaklah dikemukakan
seperti yang ditetapkan dalam AP200.2(b). Jaminan
hendaklah sama nilainya dengan bayaran pendahuluan.

e) Bayaran pendahuluan hendaklah dipohon pada peringkat


awal kontrak dan tidak melebihi satu(1) bulan dari tarikh
inden Kerja/Pesanan kerajaan dimana berkaitan; dan
f) Bayaran pendahuluan tidak dibenarkan bagi perolehan
bekalan/Perkhidmatan/siap jika tempoh penghantaran/
Perkhidmatan/siap kerja tidak melebihi tiga (3) bulan.

4.2 Bayaran Balik pendahuluan hendaklah dibuat melalui


potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat atau
mengikut peringkat bekalan yang disempurnakan. Bagi
kontrak kerja, potongan hendaklah selesai selawat-lewatnya
semasa projek siap pada tahap 75% bekalan atau
perkhidmatan disempurnakan.

5. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA

5.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi


Spesifikasi, Pelan-pelan, Butir-butir kerja dalam Ringkasan
Sebut Harga dan Syarat-Syarat yang dinyatakan dalam
Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau
Wakilnya.

*5.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi


kehendak di perenggan 5.1 di atas, hendaklah juga mematuhi
semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-
undang kecil yang diluluskan oleh:

(i) Suruhanjaya Tenaga


(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan

6. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari


dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden,
tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh
Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap
Kontraktor.
7. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada


kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-
apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu
mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

8. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI


INDEN

8.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang


dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati
seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah,
apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya
baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk
membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu
mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerjakerja yang
ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang
terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

8.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan


sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk
ujian.

8.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang
telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah
diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada
Pegawai Inden secara bertulis.

9. RINGKASAN SEBUT HARGA

(i) Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian


daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas
jumlah Harga Sebut Harga.

(ii) Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah


mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai,
duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi
penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
(iii) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga
akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua
duti dan cukai Kerajaan, samada dalam tempoh sah Sebut
Harga atau dalam tempoh Kerja.

(iv) Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan


oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan
sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang
kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa
pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan
Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja
dikeluarkan.

(v) Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga


menurut perenggan (iv) tersebut di atas dan apa-apa kesilapan
hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan
diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun
yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga
pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal
dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.

10. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA

(i) Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-


menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah
mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja
dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan
maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya
sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau
diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan,
maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari
Dokumen Sebut Harga itu.

(ii) Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam


Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai
Inden untuk mendapatkan keputusan.

11. BAYARAN KEMAJUAN

Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-


kerja siap dilaksanakan.
12. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN
PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR

Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya


Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima
surat amaran daripada Pegawai Inden:

(i) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam


tempoh masa yang telah ditetapkan;

(ii) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang


munasabah;

(iii) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja,


tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

(iv) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan


yang munasabah; dan

(v) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

13. KERJA PERUBAHAN

(i) Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan


arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja
dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang
dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian
oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebut Harga ini.

(ii) Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan


oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan
menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti /
Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar
harga yang bersesuaian kadar harga yang dipersetujui oleh
Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
14. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)

14.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah


sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh kerja
diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal
dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua
belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis
dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih
lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.

14.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan,


ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan
lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan
atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut
harga ini apabila diarahkan oleh Pegawai Inden dan dalam
masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki
kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua
kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.

14.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan,


ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan
lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong
kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada
kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi,
mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat
Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan
menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah
Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan
Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja
elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada
Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan
Kerja Mekanikal.

15. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor


menyiapkan Kerja dengan sempurnanya dan mengembalikan Inden
Kerja Asal berserta dengan Invois dan dokumen sokongan.
16. PERAKUAN SIAP KERJA

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik


sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh
siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.

17. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki


Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.

18. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH


KONTRAKTOR.

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang


Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa
pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos
dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan Syarat-syarat
ini.
4.0 SYARAT-SYARAT AM SEBUT
HARGA
SYARAT – SYARAT AM SEBUT HARGA

Tajuk : KERJA - KERJA PENYENGGARAAN DAN PENYEDIAAN


KEMUDAHAN MESRA OKU DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

NO. SEBUT HARGA : JPWPP/PPKI/SH/01/2021

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain


dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai,
melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan
khususnya oleh penyebut harga.

1. Kehendak Am

Spesifikasi kerja ini hendaklah dibaca dan difahami supaya kerja-


kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan mengikut sebagaimana
yang dikehendaki oleh Pegawai Inden.

Jika sekiranya Kontraktor menganggap mana-mana fasa Sebut


Harga ini akan melibatkan perbelanjaan, dia hendaklah memberi nilai
wang terhadap fasa-fasa tersebut.

2. Lokasi Tapak Kerja/Pemeriksaan Tapak.

Kerja-kerja yang hendak dilaksanakan adalah di SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1).

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan dan taklimat tapak tidak akan
dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), sehubungan itu pihak penyebutharga perlu membaca dan
memahami semua dokumen sebut harga yang terlibat dan meneliti
maklumat yang disertakan sebelum menghantar sebut harga yang
telah dilengkapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.

3. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Pihak Kontraktor dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang


ditetapkan oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
4. Skop Kerja

Kontraktor hendaklah menyediakan pekerja dan semua peralatan


yang diperlukan dalam melaksanakan semua skop kerja yang
dinyatakan di Ringkasan Sebut Harga dimana kosnya telah diambil
kira dalam menghargakan. Semua kerja hendaklah mengikut arahan
Pegawai Inden dan spesifikasi serta hendaklah berkualiti.

Kontraktor adalah bertanggungjawab dengan perbelanjaan sendiri ke


atas risiko pada semua kerja, bahan, buruh, peralatan, mesin-mesin,
jentera pengangkutan dan lain-lain perkara yang perlu untuk kerja-
kerja senggaraan ini serta kerja-kerja yang berkaitan di kawasan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT
5(1).

5. Kerosakan Kepada Harta Benda

Kontraktor hendaklah bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan


yang disebabkan oleh alat-alat, mesin-mesin, lori-lori atau pekerja-
pekerja ke atas mana–mana harta, tumbuh-tumbuhan atau pokok
kepunyaan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA
PRESINT 5(1) atau pengguna dan sebagainya dan hendaklah
menyelenggara dan membaiki kerosakan-kerosakan itu mengikut
sepertimana yang diluluskan oleh Pegawai Inden atau sebaliknya
dan hendaklah menanggung kos pembaikan tersebut.

6. Alat-alat Dan Mesin-mesin Kontraktor.

Semua alat-alat dan mesin-mesin kontraktor yang digunakan


hendaklah dari jenis, saiz dan corak bekerja yang bersesuaian
dengan jenis, corak dan keadaan tapak di mana kerja-kerja akan
dijalankan. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas
keselamatan semua mesin dan lain-lain kelengkapan kepunyaan
kontraktor yang perlu untuk kerja dalam kontrak ini.

7. Penyelia/Pengawas Kerja

Pemborong hendaklah mengadakan seorang penyelia kerja di tapak


kerja setiap masa bekerja. Ini adalah bagi memudahkan Pegawai
Inden memberi arahan atau pun teguran berhubung dengan mutu
kerja berkenaan.
8. Kebersihan Dan Keselamatan Tapak Kerja

Tapak kerja hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersih


pada setiap masa. Langkah-langkah keselamatan termasuk
menyediakan papan tanda petunjuk/amaran hendaklah sentiasa
diadakan bagi mencegah apa-apa kemalangan yang mungkin
berlaku dan membahayakan orang awam dan pekerja pejabat.

9. Bersedia Untuk Dihubungi

Kontraktor adalah dikehendaki memberi alamat, nombor telefon atau


apa-apa jenis perhubungan yang boleh dihubungi pada bila-bila
masa. Oleh yang demikian kontraktor hendaklah sentiasa bersedia
untuk menjalankan kerja-kerja apabila dihubungi. Kontraktor
hendaklah mengisi butir-butir seperti berikut:

Nama Syarikat : ................................................................

Alamat : ................................................................

................................................................

................................................................

No. Telefon Rumah : ..........................................................

No. Telefon Bimbit : ...........................................................

No. Telefon Pejabat : ..........................................................

10. Kawalan Dan Papan Tanda Lalulintas / Amaran

a) Kawalan dan papan tanda lalulintas/amaran yang bersesuaian


hendaklah disediakan oleh kontraktor semasa menjalankan kerja-
kerja yang memerlukan penutupan jalan sebahagian atau
sepenuhnya demi untuk keselamatan awam.

b) Segala urusan memohon kebenaran penutupan jalan dari pihak


yang berkenaan adalah tanggungjawab kontraktor.
11. Pengawalan Dan Pendaftaran Pekerja Di Tapak

Pihak Penyebutharga juga perlu mematuhi semua peraturan dan


garis panduan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Malaysia bagi
mematuhi Akta Pecegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit1988
dan Akta Polis 1967 akibat wabak COVID 19 serta mengambil
langkah-langkah yang perlu selaras dengan akta tersebut. Kontraktor
adalah bertanggungjawab mengawal semua pekerjanya di dalam
kawasan tapak kerja dan sekitarnya bagi mengelak dari sebarang
perkara yang boleh menyalahi Undang-Undang Kerajaan. Kontraktor
perlu menyenaraikan semua butiran pekerja di tapak dan diserahkan
kepada pihak pelanggan dan Arkib Negara Malaysia bagi tujuan
rekod keselamatan.

12. Kerja-kerja Yang Tidak Disiapkan

Jika kontraktor tidak menyiapkan kerja mengikut penentuan kerja


atau mengikut jadual, tindakan-tindakan seperti berikut akan diambil
ke atas kontraktor mengikut syarat-syarat berikut:

a) Arahan secara bertulis akan dikeluarkan oleh Pegawai Inden


supaya kontraktor menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh surat arahan.

13. Pegawai Inden

Perkataan Pegawai Penguasa (P.P) yang tercatat pada mana-mana


bahagian dalam Dokumen Sebut Harga ini adalah bermaksud
Pegawai Inden.

14. Keadaan Barang

Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum


digunakan.

15. Harga

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua


diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
16. Sebut Harga Sebahagian
Sebut Harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau
sebahagian bilangan item.

17. Barang Setara


Sebut Harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai
dengan syarat butir- butir penuh diberi.

18. Persetujuan
(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang
terendah atau mana-mana sebut harga; dan
(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang
berasingan.
19. Pemeriksaan
(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk
memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan
atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan
tersebut; dan
(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan
atau pengujian apabila dikehendaki.
20. Perakuan Menyatakan Spesifikasi Telah Dipatuhi
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan
perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut
spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan
ini.
21. Penolakan
(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada
bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;
(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang
yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan
perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik
kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan
mengenai bekalan yang ditolak itu; dan
(iii) Fasal kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa
hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan
memenuhi obligasi kontrak.
22. Pengiklanan
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana
Sebut Harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah,
atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.
23. Tafsiran
Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya
hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang
Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada
bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian
atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga
ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
24. Insurans
Tiada apa-apa insurans atau barang dalam perjalanan daripada
negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke
dalam sebut harga.
25. Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan
Melalui Sistem ePerolehan
25.1 Penyebut harga adalah tertakluk kepada Surat Arahan
Perbendaharaan (SAP) mengenai pelaksanaan Integrity Pact
bagi mengukuhkan usaha ke arah meningkatkan integriti dan
ketelusan dalam perolehan Kerajaan.
25.2 Sehubungan dengan itu penyebutharga DIWAJIBKAN mengisi
Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran
26. Penyerahan Dokumen Sebutharga

26.1 Dokumen Sebutharga hendaklah dikemukakan dalam satu


(1) sampul berlakri yang mengandungi perkara-perkara
berikut:-
i. Dokumen Sebut Harga (Mandatori)
ii. Borang Sebut Harga & Jadual Harga (BQ)
(Mandatori)
iii. Borang Latar Belakang Kontraktor (Mandatori)
iv. Profil Syarikat (Mandatori)
v. Surat Akuan Pembida

dan di tanda di bahagian atas sampul surat itu dengan:-

NO.SEBUTHARGA : JPWPP/PPKI/SH/01/2021

KERJA - KERJA PENYENGGARAAN DAN PENYEDIAAN


KEMUDAHAN MESRA OKU DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

“DITUTUP PADA 9 APRIL 2021 JAM 12.00 TENGAH HARI”

Semua sebut harga hendaklah dihantar kepada :

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya


Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

26.2 Dokumen sebut harga hendaklah dihantar melalui serahan


tangan atau pos ke alamat yang disebutkan pada atau
sebelum masa yang ditetapkan dalam Kenyataan sebut
harga. Jika sebut harga tidak dihantar sendiri, Penyebutharga
hendaklah mengatur dan memastikan supaya sebut harga
dan lain-lain dokumen jika melalui pos, sampai pada waktu
dan tempat yang ditetapkan. Walau apa pun alasan yang
diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas
tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

26.3 KPM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang


perbelanjaan yang ditanggung oleh mana-mana
Penyebutharga dalam penyediaan dan penyerahan tawaran
sebut harga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil proses
sebut harga ini berjaya atau sebaliknya

27. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH


27.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar
atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan
secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang
berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

27.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawat atau memberi apa-


apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam,
maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki
membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau di balai polis yang
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan
satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah 2009.

27.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan


tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan
menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil
sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

27.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan


bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat
atau tiada barangan dibekalkan mengikut spesifikasi yang
ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana
anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan
berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
5.0 JADUAL HARGA
BORANG SEBUT HARGA

NO. SEBUT HARGA: JPWPP/PPKI/SH/01/2021

PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
ARAS 7, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

SEBUTHARGA BAGI KERJA - KERJA PENYENGGARAAN DAN PENYEDIAAN


KEMUDAHAN MESRA OKU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA
PRESINT 5(1)

Dibawah dan tertakluk kepada Arahan kepada Penyebutharga, Syarat-syarat Am Sebut


Harga, Spesifikasi Kerja dan Pelan-Pelan, saya yang menandatangani di bawah ini adalah
dengan ini menawarkan untuk melaksana dan menyiapkan kerja tersebut bagi jumlah wang
pukal sebanyak Ringgit Malaysia:………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

(RM ……………………. )

2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dalam masa ………… minggu dari tarikh
tempoh mula kerja seperti yang ditetapkan di bawah Fasal 2 Borang Inden Kerja.

Bertarikh pada …………… haribulan ……… 2021

…………………………….. ……………………………
(Tandatangan Kontraktor) (Tandatangan Saksi)

Nama penuh: …………………… Nama penuh: …………………………...


No. K/P: …………………………. No. K/P: …………………………………
Alamat: ………………………….. Alamat: ………………………………….
……………………………………. ……………….......................................
……………………………………. …………………………………………..
Atas sifat:
(Meteri atau Cop Kontraktor)
Tarikh: ……………………
6.0 LAMPIRAN

A. LATAR BELAKANG KONTRAKTOR

B. SURAT AKUAN PEMBIDA


A. LATAR BELAKANG KONTRAKTOR

AM

Bil. Perkara

1. Nama :

2. Jawatan :

3. Nama Syarikat :

4. Nombor Pendaftaran :
Syarikat

5. Tarikh Ditubuhkan :

6. Jenis Perniagaan :

7. Taraf Syarikat Bumiputera/Bukan Bumiputera*

8. Status Syarikat Syarikat Tempatan/Syarikat Asing*

9. Alamat Syarikat :

10. Nombor Telefon Syarikat :

11. Nombor Faks Syarikat :

12. Alamat E-mel Syarikat :

*Potong mana yang tidak berkenaan


MAKLUMAT PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK URUSAN
SEBUTHARGA INI

Bil. Perkara

1. Nama :

2. Jawatan :

3. Alamat Syarikat :

4. Nombor Telefon Pejabat :

5. Nombor Telefon Bimbit :

6. Nombor Faks :

7. Alamat E-mel :

PENDAFTARAN DENGAN PKK DAN CIDB

i. Nyatakan kepala dan sub-kepala pendaftaran dengan PKK

Bil. Kepala Sub-Kepala

1.

2.

3.

4.
ii. Nyatakan Kategori dan Kod Spesifikasi Pendaftaran Dengan CIDB

Bil. Kategori Kod Spesifikasi Kategori

1.

2.

3.

4.

PEMILIKAN SAHAM

Nyatakan Nama-nama Pemilik Saham Syarikat

Bil. Nama Warganegara Jumlah Saham (RM)

1.

2.

3.

4.

5.
Nyatakan Peratusan Pemilikan Saham Syarikat

Bil. Taraf Peratusan (%)

1. Bumiputera

2. Bukan Bumiputera

Modal Asing dan Nama


3.
Negeri

KEDUDUKAN KEWANGAN
(Nyatakan dengan jelas dan sertakan salinan dokumen berkaitan.)
Total Authorised Capital
1. RM
(Share)
2. Total Paid Up Capital RM

Sertakan Salinan Penyata Akaun Bank


3. Penyata Akaun Syarikat
Bagi Tiga Bulan Terakhir

KAKITANGAN
Nyatakan Bilangan Kakitangan Berdasarkan Taraf dan Bidang

Bil. Taraf Bidang Jumlah Peratus (%)

1. Bumiputera Pengurusan

Operasi

2. Bukan Bumiputera Pengurusan

Operasi

3. Bukan Pengurusan
Warganegara
Operasi

Jumlah:
Nyatakan Bilangan Kakitangan Mengikut Pengkhususan Jawatan

Bil. Jawatan Jumlah

PENGALAMAN SYARIKAT
(Nyatakan dengan jelas pengalaman lepas dan aktiviti semasa Syarikat, sertakan
dokumen sokongan jika perlu)

Pengalaman Lepas (Projek Telah Tamat)

Jenis/Bidang Nama Agensi Nilai Tempoh


Bil.
Kontrak Kerajaan/Swasta (RM) Kontrak

1.

2.

3.

4.

5.
Projek Semasa (Kontrak Masih Berkuatkuasa)

Jenis/Bidang Nama Agensi Nilai Tempoh


Bil.
Kontrak Kerajaan/Swasta (RM) Kontrak

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.
B. SURAT AKUAN PEMBIDA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

SURAT AKUAN PEMBIDA

Saya, ..........................……………................ No.Kad Pengenalan …………………………………


yang mewakili Syarikat ........................………...........….. No.pendaftaran ...................................
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu dalam tidak akan
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
…………………………………........................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan
untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat
Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat
pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
…………………………………………................................. atau mana-mana individu lain
sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai
wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuatkuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau
balai polis yang berhampiran.

Yang benar,

............................................................
( )

Cop Syarikat :

Catatan : i) *Potong mana yang tidak berkaitan


ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

You might also like