KaedahpenyelidikanChongShin PDF

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/327622859

Penyelidikan Sosiolinguistik: Prinsip, Teknik dan Pengalaman

Article · September 2018


DOI: 10.17576/jatma-2018-0601-01)

CITATIONS READS

0 2,265

1 author:

Chong Shin
Universiti Kebangsaan Malaysia
42 PUBLICATIONS   28 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Pengekalan Dan Peralihan Bahasa Dalam Kalangan Etnik Minoriti Kedayan Di Bekenu, Sarawak View project

Attitudes Towards Language Choice and Ethnicity : Multigenerational Divergence and Rapproachement View project

All content following this page was uploaded by Chong Shin on 13 September 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


International Journal of the Malay World and Civilisation 6(1), 2018: 3 - 9
(https://doi.org/10.17576/jatma-2018-0601-01)

Penyelidikan Sosiolinguistik: Prinsip, Teknik dan Pengalaman

Sociolinguistics Research: Principles, Technics and Experiences

Chong Shin

ABSTRAK

Dalam bidang linguistik, terdapat dua bentuk penyelidikan, iaitu penyelidikan yang berbentuk armchair dan penyelidikan
lapangan. Lazimnya, penyelidikan berbentuk armchair lebih popular mungkin kerana faktor keselesaan. Kaedah
armchair, yang hanya mengulas/mengkritik sumber sekunder sedia ada dan disusuli dengan ulasan intuisi pengkaji
wajar dihindari kerana membatasi sumbangan input baru kepada ilmu. Penyelidikan di lapangan sesungguhnya amat
sukar dan mencabar, namun merupakan tunjang penyumbang ilmu baru. Kertas ini membincangkan prinsip, teknik
dalam penyelidikan sosiolinguistik dan disertakan dengan perkongsian pengalaman penulis. Perbincangan ini bermula
dengan menyoroti dua prinsip dalam penyelidikan, iaitu Prinsip Empirikal dan Prinsip Induktif. Pada masa yang sama,
penyelidikan kualitatif di awal era ilmu linguistik moden juga disoroti. Di akhir perbincangan, dua contoh kajian
sosiolinguistik penulis akan dibincangkan, iaitu (1) kajian pemilihan bahasa suku Tionghoa di Sekadau, Indonesia,
dan (2) kajian Penan Muslim di Niah, Sarawak. Diharapkan melalui perkongsian pengalaman ini, para pelajar yang
bakal menulis kertas ilmiah atau tesis boleh memperoleh manfaat daripadanya.

Kata Kunci: Kajian lapangan; empirikal; induktif

ABSTRACT

There are two forms of research in linguistics study, namely the armchair and fieldwork research. Normally, the armchair
method seems preferred by researchers probably due to its “comfort-ness”. The armchair method, which focusing on
comments or criticizing secondary sources and ended up with conclusions based on personal intuition opinions, should
be avoided since its contributions to new knowledge is very limited. Field research, on the other hand is a challenging
and tough task however can yield massive contributions to new knowledge if compare to the armchair research. This
paper discusses the principles and techniques of sociolinguistics research, which followed by the description of the
author’s field experiences in Sarawak and Western Kalimantan. The discussion begins with highlighting the empirical
and inductive principles of an academic research. Apart from this, this paper also highlighted the brief history of
qualitative research that practiced by scholars in the initial era of modern linguistics. At the end of the discussion, the
author provided two examples of sociolinguistic study on the: (1) study on the language choice among the Chinese in
Sekadau (Western Kalimantan), Indonesia, and (2) study of the Muslim Penans in Niah, Sarawak. Finally, it is hope
that this paper can share useful field experiences for students and researchers as well as contribute some knowledge
to scientific research.

Keyword: Field research; empirical; inductive

PENGENALAN tabii”. Kenyataan ini bermaksud bahawa bahasa-


bahasa yang ada di sekeliling kita bukan bersifat
Hujah “linguistik adalah suatu sains mengkaji bahasa preskriptif dengan aturan rumus yang statik. Bahasa
(Abdullah Hassan 1984)” bukanlah suatu yang jika berada di ruang sosial-masyarakat sering
asing bagi kita yang menekuni bidang linguistik. terdedah pada perubahan yang baik perubahan
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Collins (2002), fonologi, semantik, kelas kata dan sebagainya.
“Ilmu linguistik yang sebenarnya merupakan usaha Antara faktor yang mempengaruhinya ialah umur,
deskriptif yang bermaksud menjelaskan bahasa jantina, domain, peringkat sosial, peredaran masa
sebagaimana bahasa itu dituturkan dalam pelbagai dan sebagainya. Sebagai seorang linguis, adalah
lingkungan sosial…pada hakikatnya, tugas ahli menjadi tugas utama kita menghuraikan fenomena
linguistik semata-mata deskripsi dan penjelasan ini dengan kaedah penyelidikan lapangan yang
yang berdasarkan fakta dan data yang nyata dan sistematik dan mantap. Untuk mencapai tujuan
4  Chong Shin

tersebut, kaedah penyelidikan berbentuk armchair Edmunt adalah kajian empirikal kerana mempunyai
gagal memenuhi tuntutan ini kerana sifat bahasa prosedur yang berdasarkan pengalaman (iaitu terlatih
dalam masyarakat adalah dinamik. Kaedah ini yang dengan aspek fonetik), menggunakan metodologi
hanya mengulas/mengkritik sumber sekunder sedia dan instrumen pengambilan data yang sistematik.
ada dan disusuli dengan ulasan intuisi pengkaji wajar Data akhir dipersembahkan (dalam bentuk peta
dihindari dalam penelitian linguistik kerana tidak persebaran dialek/bahasa Perancis) sehingga
berupaya menyumbang kepada input baru. Makalah para sarjana dapat menilai dan mentafsirkan peta
ini bermula dengan memperkenalkan dua prinsip tersebut. Sesungguhnya, prinsip empirikal inilah
penyelidikan linguistik lapangan, iaitu Prinsip yang meletakkan bidang linguistik sebagai ilmu
Empirikal dan Induktif. Di akhir perbincangan, mengkaji bahasa yang saintifik. Sesebuah kajian
dipaparkan dua contoh kajian lapangan penulis dan linguistik yang memenuhi prinsip induktif pula
cabaran-cabaran penelitian lapangan. bermaksud data atau hasil kajian yang diperoleh
mampu membentuk generalisasi yang berimpak
lebih besar. Generalisasi tersebut kemudian perlu
PRINSIP EMPIRIKAL DAN INDUKTIF berupaya diuji lagi untuk memastikan kesahihannya
DALAM PENELITIAN lagi (Collins 2002).
Penulis sering mendengar keluhan atau komen
Menurut Bloomfield (1995), orang-orang zaman pengkaji lain tentang hasil kajian yang dibuatnya
Yunani kuno tidak mengkaji bahasa selain bahasa “tidak betul” atau “tidak tepat”. Pada pendapat
mereka sendiri; mereka menganggap bahasa mereka penulis, mereka harus yakin pada hasil kajian jika
telah mencakupi bentuk-bentuk universal pemikiran perlaksanaannya menepati prinsip empirikal. Begitu
manusia atau tata tertib alam semesta. Mereka ada juga dengan pengkritik, kesahan sesuatu hasil
melakukan pengamatan-pengamatan gramatikal, kajian tidak wajar dinilai dengan persepsi tanpa
tetapi membatasinya dengan menerangkannya berlandaskan prinsip empirikal. Dengan ringkas,
dalam bentuk falsafah. Era linguistik moden bermula tiada yang “betul” atau “salah” dalam sesebuah
pada abad ke-18 dengan adanya usaha sarjana penelitian linguistik yang bersifat empirikal. Biarpun
membahaskan linguistik dengan berorientasikan metodologi yang sama dipraktikkan, informan yang
data dari lapangan. Sir William Jones (1746-1794) sama digunakan dan soalan yang sama ditanyakan,
dalam satu pidato yang diucapkan pada tahun hasil jawapan yang diperoleh tetap berlainan dengan
1786 menemukan bahawa wujud pertalian antara peneliti sebelumnya. Banyak faktor sinkronik yang
bahasa Sanskreta di India dan Parsi Purba dengan menentukan kelainan tersebut, antaranya ialah
bahasa Yunani dan Latin di Eropah. Hasil penemuan seperti ruang masa, tahap pengetahuan informan
ulung beliau berlainan dengan kaedah penghuraian telah berbeza dan sebagainya.
bahasa ahli-ahli falsafah zaman sebelumnya dan Perlaksanaan sesuatu kaedah penyelidikan
tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan-bahan bergantung rapat dengan model, konsep, teori
sekunder. Untuk mendapatkan data, William Jones dan hipotesis yang ditetapkan dalam kajian.
di samping mengumpul data bahasa di lapangan, Tanpanya, sesebuah kajian akan hilang landasan
juga mempelajari bahasa tersebut. Menurut Davies dan tidak bererti. Sesebuah model menyediakan
(1998 dlm. Collins 2002), ilmu linguistik yang kerangka yang menyeluruh tentang bagaimana kita
berorientasikan data menandakan titik permulaan melihat realiti dan unsur-unsur yang terkandung
tradisi baru dalam usaha mengkaji bahasa. dalam realiti. Konsep pula adalah idea yang jelas
Penelitian yang dilakukan oleh Edmond Edmunt, dinyatakan dan lahir daripada model tertentu.
seorang ahli fonetik (sebenarnya merupakan asisten Teori pula mengatur dan menggunakan konsep
kepada penyusun atlas bahasa Perancis, Jules untuk mendefinisikan dan menjelaskan sesuatu
Gilliéron) adalah antara contoh penelitian lapangan fenomena. Model, konsep dan teori memandu kita
yang boleh dijadikan iktibar. Semasa mengumpulkan melihat sesuatu fenomena mengikut cara tertentu.
data, beliau berkayuh basikal ke lebih dari enam Hipotesis pula biasanya diuji dalam penyelidikan
ratus tempat yang berbahasa Perancis, bertanya dan ia dihasilkan pada tahap awal penyelidikan
pada informan dengan satu senarai kata yang berdasarkan maklumat yang dikumpulkan (Othman
mengandungi dua ribu kata dan frasa. Data yang Lebar 2014).
dikumpulkan diserahkan kepada Gilliéron untuk
pemetaan bahasa. Kajian yang dilakukan oleh
Chong Shin 5

CONTOH KAJIAN LAPANGAN DAN KAJIAN DI SEKADAU


CABARAN-CABARANNYA
Kajian ini dilakukan untuk tujuan penulisan disertasi
Lazimnya kebanyakan buku rujukan tentang Ph.D (2002-2004). Sekadau terletak kira-kira 300
metodologi penelitian sains sosial, hanya km dari ibu kota Provinsi Kalimantan Barat, iaitu
mengemukakan panduan tentang kaedah penelitian Pontianak. Di pekan ini, dihunikan sekelompok
secara “teoretikal” sahaja. Panduan-panduan ini penutur Sinotibet yang berbahasa Hakka (majoriti)
memang berguna untuk sesuatu pra-penelitian dan Hoklo (minoriti). Golongan ini dikelilingi oleh
lapangan. Jarang ada tulisan yang mengisahkan 13 suku etnik peribumi (Melayu dan Dayak) yang
cabaran-cabaran dan panduan ketika melaksanakan berbeza bahasa dan dialek. Jika berdasarkan bahasa,
kajian lapangan. Sebelum ke lapangan, para peneliti, kesemua suku etnik ini adalah anggota subcabang
terutamanya yang kali pertama turun ke lapangan Melayo-Polinesia, iaitu Melayik (Melayu, Benawas,
biasanya tidak dilengkapi dengan latar belakang Taman, Jawan, Menterap dan lain-lain), Ibanik
konsep situasi sebenar sebelum ke lapangan. (Ketungau Sesat) dan Bidayuhik (Koman, Mentuka’,
Bahagian ini menghuraikan lapan cabaran penelitian Semeraway); lihat Chong & Collins (2008). Atas
sosiolinguistik yang pernah penulis lakukan di dasar diversiti bahasa yang kompleks dan tinggi,
Sekadau (Kalimantan Barat, Indonesia) dan Niah, penulis memilih pekan Sekadau sebagai tempat
Sarawak; lihat Chong (2012) dan Chong (2016). meneliti pemilihan bahasa oleh suku Cina, yang
Untuk perbincangan yang lebih meluas, pengalaman sebagai suku minoriti di Sekadau.
penelitian di tempat lain di Kalimantan Barat ( 2000
– 2008) juga disentuh.
KAJIAN DI NIAH, SARAWAK

Kajian ini bertujuan mengkaji fenomena


“masuk Melayu” dalam kalangan suku Penan
setelah memeluk agama Islam di bawah projek
FRGS/1/2015/SSI01/UKM/02/8. Suku Penan
pada awalnya adalah suku nomadik di pedalaman
Sarawak. Pada awal abad ke 19, mereka mula
berpindah ke kawasan pesisir pantai. Suku Penan
Muslim setelah memeluk Islam, telah meninggalkan
bahasa ibunda dan memilih bahasa yang sepadan
dengan identiti agama baru, iaitu bahasa Bintulu.
Bahasa Bintulu dipilih dan bukannya bahasa lain
kerana suku peribumi Bintulu adalah satu-satunya
suku yang beragama Islam di lembah Kemena.
Kajian ini bertujuan mengkaji fenomena perubahan
dan pemilihan bahasa baru, aspek budaya dan
sebagainya oleh suku Penan Muslim. Oleh kerana
tuntutan objektif yang berbeza, berikut dipaparkan
persamaan dan perbezaan kedua-dua kajian
sosiolinguistik ini:

Lokasi Kajian: Sekadau dan Niah


6  Chong Shin

Kajian di Sekadau Kajian di Niah

Tujuan - Sebagai bahan penulisan disertasi Ph.D - Sebuah projek penelitian (karier)
Durasi - Tempoh yang lama berada di lapangan - Mengunjungi lapangan secara
- 1 kali tinjauan lokasi berkala.
- 1 bulan pra-kajian lapangan - Jangka waktu di lapangan tidak
- 3 bulan kajian intensif konsisten.
- Beberapa kali kunjungan semakan
Fokus - Mengumpul data sosiolinguistik, etnografik dan bahasa. - Mengumpul data sosiolinguistik,
etnografik dan bahasa
Metodologi - Observasi partisipan, soal selidik - Data dikumpulkan oleh - Observasi, temu bual, soal selidik
penulis. (oleh penulis)
- Asisten lapangan hanya membantu transkripsi. - Tugas kajian yang mendalam
bergantung kepada GRA
- Juga banyak bergantung kepada
asisten lapangan.
Implikasi - Berupaya menghuraikan fenomena dengan lebih mendalam. - Maklumat sangat terhad. Hanya
berdasarkan laporan dari informan
dan observasi asisten.
- Maklumat terperinci bergantung
kepada kemahiran GRA.

Berdasarkan jadual di atas, di bawah tuntutan- peroleh melalui pembacaan dan pengalaman sendiri.
tuntutan tertentu, dua projek kajian ini menghasilkan Bagaimana pula dengan lokasi kajian yang kita
implikasi yang berbeza dan ternyata kajian di tiada konteks dan maklumat mengenainya? Ketika
Sekadau lebih mendalam berdasarkan kajian di Niah penulis memilih pekan Sekadau sebagai lokasi,
yang agak sederhana. Namun demikian, daripada penulis menghadapi masalah tersebut kerana tulisan
segi perlaksanaan, kedua-dua kajian ini mematuhi tentang Kalimantan Barat amat kurang, apatah
prinsip empirikal dan induktif dalam penelitian lagi kajian tentang masyarakat Cina Sekadau di
bahasa. Dalam kes kajian di Sekadau, hasil kajian pedalaman Borneo. Untuk menangani masalah ini,
yang digeneralisasikan memberi impak kepada studi penulis membuat satu kunjungan awal ke pekan
sinologi di Indonesia, terutama kosa ilmu komuniti Sekadau sebelum menulis proposal kajian (tahun
Cina di pedalaman Kalimantan Barat. Kajian di Niah 2001). Usaha ini sejajar dengan hujah Feagin (2002)
sebaliknya memperbaharui konsep“masuk Melayu” iaitu “matlamat terakhir penelitian sosiolinguistik
dalam konteks Sarawak. ialah menyelesaikan masalah linguistik, misalnya
Dalam erti kata lain, beragama Islam” di bagaimana perubahan sesuatu bahasa itu berlaku.
Sarawak tidak semestinya sejajar dengan “masuk Ianya ini tidak mungkin akan dicapai tanpa
Melayu” dan akan “berbahasa Melayu”. Di memasuki ke lapangan buat kali pertama untuk
sebalik tabir membuahkan hasil-hasil kajian ini, mengumpul data yang akan membekalkan jawapan
sesungguhnya pelbagai cabaran dihadapi. Bahagian asasi tertentu…peneliti di lapangan perlu bermula
berikut merumuskan lapan cabaran yang dihadapi dengan memerhatikan keadaan fizikal tempat
penulis di lapangan. penelitian, siapa yang tinggal di situ, jalinan
masyarakat dan dalam situasi apa masyarakat
Memilih Lokasi Kajian berhubungan”. Di Sekadau, penulis mengambil
kesempatan ini mengenali keadaan masyarakat di
Semasa memulakan kajian, lebih-lebih lagi semasa lokasi dan sekitarnya, menemu bual dan membuat
kita mencari ilham untuk topik kajian, minda kita observasi ringkas tentang keadaan fizikal pekan
secara serentak akan memikirkan tentang lokasi Sekadau, populasi dan sebagainya. Hasil observasi
kajian. Lokasi yang wujud di minda kita sering kali ini selain dijadikan kemudian diterbitkan di Majalah
adalah lokasi yang kita ada konteks asas tentangnya Dewan; lihat Chong (2002).
(atau mengetahui serba sedikit latar belakangnya).
Konteks dan pengetahuan asasi ini biasanya kita
Chong Shin  7

Kejangkauan Untuk kajian di pekan Sekadau, oleh kerana


kaedah partisipan observasi, maka penulis perlu
Sesungguhnya, terdapat dua jenis lokasi yang boleh bergaul erat dengan komuniti Cina, malah tinggal
kita pilih sebagai kawasan kajian, iaitu sesuatu bersama keluarga mereka untuk tujuan memahami
lokasi yang jauh dan yang dekat. Umpamanya, dengan mendalam budaya, penggunaan bahasa dan
kajian tesis Sarjana penulis hanya di Pasar Kajang, aspek sosial yang lain. Dalam hal ini, pembinaan
iaitu kira-kira 10km sahaja dari UKM. Ini berbeza jaringan dengan masyarakat setempat amatlah
dengan kajian untuk pengajian Ph.D di Sekadau. penting. Untuk memasukkan diri ke dalam
Untuk mencapai pekan Sekadau, pengkaji perlu masyarakat Sekadau, penulis pada mulanya
mengharungi satu perjalanan yang jauh, bermula mengambil langkah bergaul dengan orang muda
daripada menaiki pengangkutan udara hingga di tempat mereka berkumpul. Tempat tersebut
bertukar ke pengangkutan darat yang memakan telah dikunjungi kerap kali oleh penulis sehingga
masa kira-kira 8 jam perjalanan. Untuk beberapa kami saling mengenali dan akhirnya berhubungan
projek lain yang penulis ikuti, terdapat perjalanan akrab. Bertitik tolak daripada kelompok pemuda
yang harus bermalam di kampung sebelum tersebut, penulis meluaskan jaringan ke keluarga
melanjutkan perjalanan ke destinasi. Contohnya mereka. Jaringan tersebut makin meluas hinggalah
semasa penelitian di Sungai Laur, rombongan kami ke saudara mara dan sahabat handai mereka. Berkat
perlu menaiki kapal dari Pontianak ke laut sebelum daripada pertolongan pemuda-pemuda tersebut,
memasuki ke alur sungai Laur. Setiba di Ketapang penulis diberi kesempatan menumpang di rumah
(pekan utama di Sungai Laur), kami dikehendaki salah rumah mereka di Sekadau.
bermalam sebelum melanjutkan perjalanan ke
Sepotong yang terletak di tengah sungai Laur. Penerimaan Masyarakat
Kesemua cabaran ini hanya dapat diatasi dengan
kesabaran dan semangat yang cekal. Penerimaan masyarakat terhadap seseorang pengkaji
amat penting untuk memastikan kelangsungan
Bersuai-kenal penelitian. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada
masyarakat, sesebuah kajian akan terbantut. Dengan
Untuk memasuki sesebuah kawasan kajian buat kali itu, pengkaji perlu menjaga ketertiban perilaku,
pertama, perkara yang dihadapi ialah bagaimana menghormati budaya setempat dan menerima
bersuai-kenal dengan masyarakat setempat. Faktor fasiliti yang seadanya di lapangan. Memang pada
segan dan malu selalunya menjadi halangan utama. mulanya orang kampung akan berasa was-was
Pengkaji wajar mengambil inisiatif mengikis tentang kehadiran kita. Namun asalkan niat kita
perasaan tersebut. Dalam kajian penulis di Niah, berdepan dengan mereka adalah baik dan jujur,
justeru kerana ia sebuah projek yang melibatkan lama-kelamaan kita akan diterima sebagai salah satu
penduduk kampung, langkah pertama yang anggota kampung. Pengkaji perlu menyesuaikan diri
diambil ialah melapor diri tujuan kedatangan pada persekitaran yang dia berada. Elakkan daripada
kita kepada ketua kampung. Semasa bersuai berpakaian dengan formal dan bergaya, apatah lagi
kenal dengan ketua kampung, penulis mengambil mengunjungi lokasi kajian dengan kereta mewah.
kesempatan bertanya beliau mengenai hal-hal Kesemua ini akan mewujudkan jurang di antara
kampung, soalan yang berkaitan dengan kajian dan pengkaji dengan masyarakat kampung.
sebagainya. Penulis juga mengambil kesempatan
meminta beliau memperkenalkan orang-orang Pemilihan Asisten Lapangan
yang bertanggungjawab pada hal ehwal tertentu,
misalnya ketua budaya, Siak, wakil masyarakat Ketika di lapangan, pemilihan asisten lapangan
dan sebagainya. Pada kelazimannya, informasi amat penting untuk kelancaran kajian kita. Asisten
daripada golongan ini hanya digunakan sebagai mampu membantu kita mengemaskinikan data,
rujukan sahaja kerana berdasarkan pengalaman memberi input baru, menjadi pakar rujuk kita dan
penulis, golongan yang berstatus dalam masyarakat sebagainya. Berdasarkan pengalaman penulis,
cenderung melakukan hiperkoreksi apabila berdepan semasa memilih asisten, perlu mencakupi syarat
dengan orang luar. Informan yang menjadi sumber seperti (1) bersifat jujur (2) rajin (3) memahami
data kita hendaklah terdiri daripada penduduk bahasa setempat (4) usia dan latar belakang yang
“biasa”; lihat (6) untuk keterangan lanjut. berpatutan. Dalam hal ini, usia dan latar belakang
8  Chong Shin

amat penting untuk menentukan tahap efisien canggih dan kompleks, akan mengakibatkan penutur
penelitian. Jika kita memilih asisten dewasa, mereka memformalkan sebutan mereka, bahkan mengalih
biasanya tidak dapat membantu kita sepenuhnya perhatian mereka. Pengkaji disarankan membawa
kerana dibebankan dengan tugas. Semasa penulis peralatan yang sederhana dan tidak terlalu kompleks
menjalankan kajian lapangan, pelajar sekolah agar informan tidak hilang fokus.
menengah atau orang muda biasanya dipilih kerana
golongan ini berpendidikan, mempunyai perasaan Kemelut Etika
ingin tahu dan bebas daripada tugas kehidupan.
Asisten lapangan perlu dikenal pasti pada kali Dalam melaksanakan sesebuah kajian, kita juga
pertama atau kedua ketika kita berada di lapangan. perlu mengambil kira aspek etika. Umpamanya
Pada waktu ini, kita boleh mula memerhatikan pengamalan rakaman pertuturan tak sedar
tingkah laku pemuda-pemudi di sekeliling kita. dalam kajian sosiolinguistik; lihat Wong (1987).
Jika terdapat pemuda yang arif, aktif dan tertarik Meskipun perakaman tak sedar amat penting untuk
pada penelitian kita, beliau boleh dipertimbangkan mengumpulkan pertuturan yang tabii. Namun oleh
sebagai asisten. kerana penutur cenderung membuat hiperkoreksi
bila menyedari tentang kehadiran alat merakam
Hiperkoreksi (mungkin perbualan akan terhenti juga). Dalam
hal ini, pengkaji menghadapi dilema antara nilai
Di sesebuah lokasi kajian, penduduknya terdiri etika dengan mendapatkan data yang tabii. Jika
daripada berbagai status sosial yang berbeza. mengamalkan rakaman tak sedar, daripada segi etika,
Contohnya, guru, ketua agama, ketua adat, ia adalah tindakan yang tidak amanah. Sebaliknya,
pegawai kerajaan, pengusaha, dan penduduk biasa jika mementingkan nilai etika, hasil kajian akan
sebagainya. Dalam kalangan penduduk biasa, menjadi sebaliknya. Langkah yang wajar diambil
terdapat pula tahap pendidikan yang berbeza. ialah memaklumkan kepada informan di akhir
Faktor status sosial berupaya mempengaruhi hasil kajian tentang pertuturan mereka telah dirakam.
kajian kita. Golongan yang dianggap “elit” dalam Pada pengalaman penulis, informan biasanya
masyarakat seringkali cenderung melakukan tidak membantah kita daripada menggunakan data
hiperkoreksi ketika di wawancarai. Walaupun tersebut kerana kita telah menjalin hubungan yang
maksud informan untuk membuat hiperkoreksi mesra dan akrab dengan informan setelah satu
adalah baik, iaitu bertujuan menyampaikan sejelas tempoh bersama mereka.
mungkin maklumat kepada orang luar (pengkaji),
namun tindakan tersebut akan menyebabkan Gangguan-gangguan
perubahan yang berlebihan kepada data sehingga
mengganggu keasliannya. Berdasarkan pengalaman Ketika di lapangan, kita juga akan berdepan
penulis khususnya semasa mengumpul sampel kosa dengan banyak halangan yang tidak diduga, di
kata, informan yang berpendidikan (di Sekadau antaranya ialah seperti kemalangan, kecurian, tidak
ataupun di tempat lain di Kalimantan), ketika di mendapat sambutan, faktor pemakanan, cuaca dan
wawancarai, lebih cenderung mengubah sebutan sebagainya. Sebagai seorang peneliti, kita perlu
/ɣ/ menjadi [r] (contohnya [caɣa] à [cara]). bersabar, sentiasa berhati-hati dan meminta bantuan
Fenomena ini berlaku mungkin kerana pengaruhi daripada pihak berkuasa tempatan jika berlaku
dari bahasa Indonesia atau inisiatif informan sendiri sesuatu masalah. Elakkan daripada berkonflik
untuk mencipta sebutan yang “dianggap baku” secara langsung dengan penduduk setempat kerana
untuk peneliti luar, lebih-lebih lagi peneliti yang ini bakal membawa kesan negatif kepada banyak
berasal dari universiti. Sehubungan dengan itu, aspek seperti: reputasi universiti, keselamatan diri,
untuk mendapatkan data yang lebih asli, disarankan membantutkan penelitian dan sebagainya. Untuk
peneliti-peneliti memilih informan yang berstatus kes yang ringan, pengkaji disarankan berhadapan
sosial lebih rendah. dengan dada yang lapang dan penuh kemaafan demi
Selain faktor status sosial, instrumen juga kejayaan sesebuah projek.
mempengaruhi kerelevanan data yang kita
kumpulkan. Maksud instrumen kajian di sini ialah
seperti alat merakam audio, video, komputer riba
dan sebagainya. Dengan kehadiran peralatan yang
Chong Shin  9

KESIMPULAN Bloomfield, L. 1995. Language. Terj. I. Sutikno. Jakarta:


Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.
Chong Shin. 2002. Sosiolinguistik masyarakat minoriti di
Ilmu bidang linguistik sukar berkembang dengan Sekadau. Dewan Bahasa 2(6): 51-57.
kaedah yang intuisi dan awang-awangan. Sebuah Chong Shin 2008. Bahasa Bidayuhik di Borneo Barat. Kuala
kajian linguistik yang bermutu bukan kerana topik Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
yang dipilih tidak pernah diteliti sebelum ini, datanya Chong Shin 2012. Masyarakat multilingual dan pemilihan
tersembunyi jauh di pedalaman ataupun tiada ralat bahasa: Tionghoa minoritas di kota Sekadau, Pulau
Borneo. Jakarta: Penerbit ATMAJAYA.
dalam hasil penulisannya. Kepiawaiannya diukur
Chong Shin & Mohd. Syukri Yeoh bin Abdullah. 2016.
berdasarkan pematuhan pada prinsip empirikal dan Agama sebagai Penentu Pemilihan Bahasa Ibunda dan
induktif dalam penelitian. Melalui paduan kedua- Identiti Penan Muslim di Sarawak (Malaysia Timur).
dua prinsip ini dengan teori dan metodologi yang Makalah yang dibentangkan di Kongres Internasional
bersesuaian, sebuah karya linguistik yang saintifik Masyarakat Linguistik Indonesia (KIMLI), Anjuran
berupaya dihasilkan meskipun prosesnya tidak Udayana Universitas dan Masyarakat Linguistik Indonesia
(MLI). 117-111.
melibatkan makmal sains. Sudah tentu, sepanjang Collins, J.T. 2002. Kaedah Penyelidikan Bahasa. Kertas kerja
proses pengumpulan data, pelbagai halangan yang dibentangkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
dan cabaran akan dihadapi. Sebagai panduan, Universiti Malaysia Sabah.
dirungkaikan di makalah ini lapan cabaran untuk Feagin, Crawford. 2002. Entering the Community: Fieldwork.
panduan para peneliti. Dalam. Chambers, J.K., Trudgill, P. & SchillingEstes,
N. The Handbook of Language Variation and Change.
Oxford: Blackwell Publisher Ltd.
Othman Lebar. 2014. Penyelidikan kualitatif: Pengenalan
RUJUKAN kepada teori dan metode. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
Wong Khek Seng. 1987. Persilihan bahasa di Kampung
Abdullah Hassan. 1984. Linguistik am untuk guru Bahasa Kerinci. Bangi: Penerbit UKM.
Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Prof. Madya Dr. Chong Shin


Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi
Selangor Darul Ehsan
[email protected]

Diserahkan: 16 Oktober 2017


Diterima: 12 Januari 2018
View publication stats

You might also like