Kertas Kerja Bijak Sifir 2016

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA

KERTAS KERJA
CABARAN BIJAK SIFIR

Projek Internship
2016
1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting


dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk
menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu murid - murid yang belum
menguasai sifir supaya bersaing dengan rakan yang lain untuk menghafal sifir.
Program ini akan diadakan selama dua minggu di mana murid-murid yang terlibat
akan membaca sifir yang telah di hafal pada guru matematik masing- masing. Murid
yang pantas menghabiskan kesemua sifir akan di kira sebagai pemenang.

2.0 RASIONAL

Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian
murid-murid terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik
merupakan mata pelajaran asas yang wajib dikuasai oleh setiap murid.
Justeru itu melalui program bijak sifir ini, diharap dapat meningkatkan prestasi
murid-murid dalam subjek matematik.

3.0 OBJEKTIF

 Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran arus


perdana.
 Menambah kecintaan pelajar terhadap subjek Matematik.
 Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan
berkesan.
 Satu kaedah pertandingan bagi meningkatkan persaingan di antara
murid.
 Untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan seterusnya
mencapai target yang telah ditetapkan sekolah.
4.0 ANJURAN

Guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

2 Minggu ( 18 Julai 2016 – 29 Julai 2016)

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 4 dan Tahun 5.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah

1 Hadiah
(RM 10 × 17) individu RM 170.00
(RM 50 X 1) kelas RM 50.00

2 Banner 5x6 RM 80.00

JUMLAH RM 300.00

JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR


Penasihat : EN. Abu Kassim B. Abd Manap (Guru Besar)
Pengerusi : En. Redzuan B. Alias (GPK 1)
Naib Pengerusi 1.: Pn. Samarina bt Samon (GPK HEM )
2.: Pn. Salina bt Hamdan (GPK Kokurikulum )
Penyelaras : En. Roslan B. Muhd Zain ( Ketua Panitia Matematik )
Setiausaha : Pn. Roniza Bt Harun
Bendahari : Pn. Rosidah Bt Mohammad
Dokumentasi : Pn. Norazidah Bt Saharom
Pn. Nor Asiah Bt. Tahir
Pn. Salina Bt Hamdan.
Pn. Hairani Bt Dzulkefli
Pn. Sabarina Bt Abu Bakar
Hadiah : Pn. Norhayati Bt Mohd Ali
Pn. Shahaliza Bt Md Shah

CABARAN BIJAK SIFIR

Setiap murid di kehendaki menghafal dan membacakannya pada guru matematik


kelas masing- masing dalam tempoh cabaran iaitu selama 3 minggu yang telah di
tetapkan. Setiap sifir yang di hafal akan di rekodkan pada carta dalam kelas masing-
masing. Murid yang paling pantas menghabiskan sifir akan di kira sebagai
pemenang. 1 kelas yang paling tinggi peratus murid yang berjaya menghafal akan di
pilih sebagai pemenang.

PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan
mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam menjayakannya.
Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

…………………..
(EN. ROSLAN BIN MUHAMAD ZAIN)
Ketua Panitia Matematik,
SK Nyatoh, Rantau.

Disemak oleh,

…………………..
(EN. REDZUAN B. ALIAS)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK Nyatoh, Rantau.

Disahkan oleh,

…………………..
(EN. ABU KASSIM BIN ABD. MANAP)
Guru Besar,
SK Nyatoh, Rantau.

You might also like